You are on page 1of 5

BAB 1 MAKANAN DAN PEMAKANAN

PENGENALAN :
 Dalam bab ini, saya akan mengupas secara ringkas mengenai tajukKEPERLUAN
NUTRIEN yang terkandung dalam bab 1. Saya berharap agar pengisian yang saya beri akan
membantu anda untuk mendapatkan ouput yang berguna disamping memahamkan anda
dalam sesuatu silibus.
 Makanan merupakan perkara yang kita ambil dalam kehidupan seharian untuk membekalkan
tenaga kepada tubuh badan kita. Makanan yang diambil setiap hari hendaklah seimbang dan
membekalkan nutrien yang diperlukan mengikut keperluan individu. Contohnya pengambilan
nutrien, protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral.
 Tujuan mengambil makanan ialah untuk membekalkan tubuh dengan semua nutrien yang
diperlukan bagi mendapatkan kesihatan yang optimum.

Setiap manusia memerlukan makanan dan makanan yang kita ambil juga perlulah mengandungi
kandungan nutrien yang lengkap. Keperluan nutrien di pengaruhi oleh beberapa faktor iaitu :

 Jantina – Kebiasaanya lelaki memerlukan lebih nutrien berbanding dengan perempuan. Ini
kerana lelaki lebih aktif dan mempunyai otot yang berlemak. Manakala, perempuan pula
memerlukan ferum yang banyak untuk menampung kehilangan darah semasa haid dan
bersalin.
 Umur – Bayi perlukan protein, karbohidrat, kalsium, dan ferum untuk pertumbuhan.
Manakala, kanak-kanak pula memerlukan karbohidrat dan protein kerana sangat aktif dan
membesar dengan pesat. Remaja pula perlukan protein, kalsium dan ferum bagi
mengimbangi perubahan fizikal dan peningkatan aktiviti. Dewasa dan warga tua pula
memerlukan lebih kalsium dan kalsiferol bagi tulang yang sihat dan menghalang osteoporosis.
Asid askorbik dan retinol bagi mencegah infeksi serta tiamina untuk membantu fungsi saraf.

 Saiz tubuh badan – Terbahagi kepada 2 jenis tubuh badan iaitu :

i) Endomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang besar. Ini menyebabkan lebih tenaga diperlukan bagi
mengerakkan badan dan mengekalkan fungsi tubuh.
ii) Ektomorf – Mempunyai bentuk tubuh yang kecil dan tidak memerlukan tenaga yang lebih
berbanding endomorf.

 Aktiviti – Semakin banyak aktiviti fizikal yang dilakukan, semakin banyak tenaga yang
diperlukan. contohnya aktiviti berenang merupakan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga
iaitu 5.0-11.0 kkal/min.

 Kumpulan Tertentu – melibatkan 4 kategori iaitu :

√ Ibu Mengandung – protein diperlukan bagi pertumbuhan dan perkembangan fetus


– asis folik untuk perkembangan otak yang sihat

– kalsium dan fosforus untuk pembentukan tulang

– ferum untuk menjamin bekalan darah semasa melahirkan anak

√ Ibu yang menyusukan anak – rotein, kalsium dan tenaga perlu untuk penghasilan susu
√ Pesakit dan si pulih – Protein dan karbohidrat untuk membina dan membaiki tisu serta sembuh
√ Vegetarian – Protein diperoleh daripada kekacangan
– Retinol diperoleh daripada karoten sayur-sayuran

– Kalsiferol pula diperkaya oleh marjerin.

– Kalsium, fosforus dan ferum pula dibekalkan melalui sayuran hijau dan kekacang.

You might also like