You are on page 1of 4

Medical Mythbusters Malaysia

Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (PPM-020-10-24012017)


9, Jalan Jasa Utama, Taman Jasa 68100 Batu Caves, Selangor
http://fb.com/MedicalMythbustersMalaysia | medical.mythbusters.malaysia@gmail.com

KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA

Pada Isnin 18 Mac 2019, jam 12 tengahari, bertempat di Pejabat YB Menteri Kesihatan, Jalan
Cenderasari, sekumpulan wakil NGO telah bertemu dengan Yang Berhormat Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bertujuan menyerahkan petisyen. Petisyen tersebut merupakan sebahagian
daripada kempen #WajibVaksin yang menyokong usaha kerajaan dan Kementerian Kesihatan
Malaysia bagi mewajibkan vaksin yang terkandung dalam Program Imunisasi Kebangsaan kepada
seluruh kanak-kanak warganegara Malaysia.

Petisyen yang dianjurkan oleh Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (Medical
Mythbusters Malaysia) berlangsung sejak 25 Februari 2019 lalu, dan berjaya memperolehi sejumlah
119,932 tandatangan. Sebanyak 15 pertubuhan dan persatuan bukan kerajaan (NGO) daripada
pelbagai bidang, khususnya kesihatan dan kebajikan kanak-kanak, turut menzahirkan sokongan ke
atas petisyen ini.

15 NGO tersebut adalah :

1. Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (Medical Mythbusters Malaysia, M3)


2. ASEAN Commission For the Promotion and Protection of the Right of Women and Children
3. Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia
4. Public Health Malaysia
5. Delegation Of Nurses
6. The Dressar & Co
7. Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA)
8. IKRAM Health
9. Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)
10. Persatuan Pakar-Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA)
11. Malaysian Male Nurses (MMN)
12. Islamic Medical Association Malaysia (IMAM)
13. Malaysian Integrated Medical Professionals Association (MIMPA)
14. Medical Tweet Malaysia (MedTweetMY)
15. Immunise4Life

Salinan petisyen tersebut telah diterima secara langsung oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan,
Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad. Beliau juga menyatakan iltizam dan komitmen ke arah mewujudkan
vaksin mandatori, dengan mengambilkira pandangan semua pihak termasuk sokongan rakyat yang
disampaikan melalui petisyen ini.

Sekian siaran media.


Medical Mythbusters Malaysia (M3).
18 Mac 2019, Jam 3 petang.

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung melalui :


medical.mythbusters.malaysia@gmail.com
FOTO SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN PETISYEN #WAJIBVAKSIN
Berlangsung di Pejabat YBMK, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur Pada 18 Mac 2019

Delegasi Penyerahan Petisyen #WajibVaksin. Dari kiri : Abdul Razak Bin Rosli (MMN), Siti Zulaikha Mazlan
(Immunise4Life), Nursyahaneez A Jamil (IMAM), Tasneem Mohd Yunus (IMAM), Khuzairol Hamzee Abdul
Wahab (MMN), YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Dr Mohamad Faizal Zulkhifli (IKRAMHealth), Dr Nor Hazlin
Talib (FMSA), Dr Nor Azyati Yusoff (I-Medik), Dr. Mohd Fadhli Mohd Fauzi (M3), Encik Muhammad Zubair
Suhaimi (I-Medik), En. Mohd Lizam (PAPISMA).

Sesi penyerahan petisyen oleh wakil Persatuan Pembanteras Mitos Perubatan Malaysia (M3), Dr. Mohd Fadhli
Mohd Fauzi (kanan) yang diterima oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Lagi Foto Dan Fail Resolusi Penuh boleh dimuat turun di alamat ini :
http://bit.ly/wajibvaksin-pic
Scanned by CamScanner
PETISYEN SOKONGAN WAJIBKAN VAKSIN
PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN

telah mendapat sokongan daripada

119,932 tandatangan &


15 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

#WAJIBVAKSIN
https://www.change.org/p/kerajaan-malaysia-sokongan-wajibkan-vaksin-program-imunisasi-kebangsaan

You might also like