You are on page 1of 5

SMK BANDAR EASTER

FELDA BUKIT EASTER

81907 KOTA TINGGI

NO TELEFON & FAX : 07-8925822


EMAIL : smkbejea3036@yahoo.com

Ruj. Kami : JEA3036


Tarikh : 16 November 2017
Kepada :

Y.Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

………………………………………

………………………………………

MEMOHON MEMINJAM SKRIN LAYAR UNTUK MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMK


BANDAR EASTER

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Bilik Guru dan Staf (KEBIRUS) akan menganjurkan majlis
persaraan En Mohd Radzi Bin Ahamad, Pengetua SMK Bandar Easter pada :

Tarikh : 22 November 2017( Rabu )

Masa : 10.00 pagi – 2.20 ptg

Tempat : Dewan Felda Bukit Easter

2. Sehubungan itu, pihak KEBIRUS ingin meminjam skrin layar putih untuk kegunaan
tayangan multimedia pada majlis persaraan itu.

3. Kesudian pihak Y.Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam memberi kerjasama bagi
menjayakan majlis ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang
pertanyaan atau maklum balas boleh berhubung dengan EN NOOR AZIL BIN MOHD SALLEH
(0177541246) atau PN SYAIRAH BINTI KAMALUDIN (0197581552)

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

……………………………………....

( NOOR AZIL BIN MOHD SALLEH)

Pengerusi KEBIRUS,

Penyelaras Jawatankuasa Majlis Persaraan,

SMK Bandar Easter,

81900 Kota Tinggi.


Kepada :

...............................................................

...............................................................

Tuan/Puan,

SURAT PERINGATAN YURAN TUNGGAKAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dengan ini, dimaklumkan bahawa yuran keahlian Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan dari
pihak Tuan/Puan masih tertunggak sebanyak RM.........................

2. Diharap agar pihak Tuan/Puan dapat menjelaskan yuran tunggakan selewat-lewatnya


pada 31 Oktober 2008 kepada Bendahari BKGK.

Sekian Terima Kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

......................................................

( __________________________ )

Pengerusi,

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan,

Sesi 2007/2008

Sekolah Kebangsaan AU Keramat.

s.k : Guru Besar SK AU Keramat

Kepada :

Y.Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

…………………………………………………….

…………………………………………………….

JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK AU KERAMAT

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan ( BKGK ) SK AU Keramat
akan menganjurkan Majlis Persaraan ________________, Guru Besar SKAUK pada :

Tarikh : 16 November 2008 ( Sabtu )

Masa : 7.30 – 11.00 malam

Tempat : Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur

2. Sehubungan itu, pihak BKGK amat berbesar hati menjemput pihak Y.Bhg Dato’ / Datin /
Tuan / Puan untuk bersama-sama memeriahkan majlis tersebut.

3. Bersama ini disertakan surat jawapan dan pengesahan kehadiran. Untuk makluman pihak
Y.Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan, kehadiran akan dikenakan bayaran RM 65.00 seorang.

4. Kerjasama dan perhatian Y.Bhg Dato’ / Datin / Tuan / Puan didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………………….

( ---------------------------- )

GPK Kokurikulum

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Persaraan,


Sekolah Kebangsaan AU Keramat,

54200 Kuala Lumpur.

Kepada ;

Pengerusi,

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan ( BKGK )

SK AU Keramat

JEMPUTAN KE MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK AU KERAMAT

Saya ................................................................, dari ....................................................................

( Nama Jabatan / Sekolah / Agensi / NGO ) dengan ini mengesahkan kehadiran ke majlis yang

tersebut beserta bayaran sebanyak .................... secara Tunai / Money Order / Cek

bernombor ........................

Sekian Terima Kasih

Yang benar;

...................................................

( Nama : ...........................................................)

No. Tel : .........................................................

* Tarikh akhir bayaran adalah pada atau sebelum 24 Oktober 2008.

You might also like