You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA NILAM

BIL 1/2016
SMK BATU KAWA

TARIKH : 10 Mac 2016 (Khamis)


MASA : 11:10 am
TEMPAT : Makmal Apple
KEHADIRAN:
1. En. Joseph Ng Shan Tsing (Pengetua)
2. En. Rojap Jehong (Guru Kanan Bahasa)
3. Pn. Dori Selia (Ketua Panitia Bahasa Melayu)
4. Pn. Lian Yuk Lan (Ketua Panitia Bahasa Inggeris)
5. Pn. Margaret Phang Sze Ying
6. Pn. Sueelinna Binti Ahmad
7. Pn. Huzaimah Arip
8. Pn. Jee Pei Boon
9. Pn. Saraspathi Naniapen
10. Pn. Faridah Ak Rinong
11. Pn. Theng Siew Kiong
12. Pn. Kartina Nordin
13. Pn. Maria Buggak
14. Pn. Ooi Juan Boi
15. Pn. Misrah Bt Suliman
16. En. Nilla Limin
17. En. Raymond Ting
18. Pn. Jee Nyuk Hiong

TIDAK HADIR
1. En. Bobby Langat (Penolong Kanan Petang - Bersebab)
2. Pn Emily Chang (Ketua Panitia Bahasa Inggeris - Bersebab)
3. Pn. Lilian (Penyelaras NILAM Petang – Bersebab)

AGENDA
1.0 KATA ALUAN
1.1 Tuan pengetua, En. Joseph Ng mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru
untuk mesyuarat Jawatankuasa NILAM 1/2016.

1.2 Beliau berharap Program NILAM bagi tahun 2016 dapat berjalan dengan lancar
atas kerjasama semua guru yang terlibat. Beliau juga menegaskan kepentingan
mewujudkan budaya membaca di sekolah.
Untuk makluman

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 1/2015
2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Pn. Lian Yuk Lan dan disokong oleh Pn. Maria
Buggak.

3.0 PERKARA BERBANGKIT


3.1 Tuan pengetua, En. Joseph Ng menyatakan bahawa Program NILAM adalah sangat
penting dan semua guru yang terlibat perlu melaksanakannya sebaik-baiknya.

3.2 Tuan pengetua, En. Joseph Ng menyatakan penghargaan yang diberi kepada para
pelajar yang telah mencapai tahap Gangsa, Perak, Emas dan NILAM perlu
diadakan semasa perhimpunan sekolah. Ini bertujuan untuk memberi galakan dan
motivasi kepada para pelajar.

3.3 Cikgu Jee Nyuk Hiong menyatakan hadiah galakan yang diberikan ialah sijil dan
lencana khas Program NILAM.

3.4 Tuan pengetua, En. Joseph Ng menyatakan gambar dan nama pelajar yang
mendapat pengiktirafan perlu dipaparkan di papan notis NILAM.

Tindakan: Pn. Jee Nyuk Hiong & Pn. Sueelinna Binti Ahmad

4.0 PERANCANGAN SISTEM PELAKSANAAN PROGRAM NILAM 2016


4.1 Pn. Sueelinna menyatakan bagi tahun ini semua kelas boleh menjalankan NILAM
dengan menggunakan Kotak NILAM yang disediakan di perpustakaan. Pn.
Sueelinna juga menyatakan bagi semua kelas sesi pagi dan sesi petang, guru-guru
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan mengendalikan kelas NILAM secara
bergilir-gilir seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS.
Satu jadual khas telah disediakan untuk menetapakan masa NILAM kelas masing-
masing.

Pn. Sueelinna juga menyatakan pada tahun ini, Kad Kemajuan Program NILAM
akan dicatat khas dengan kad berwarna biru. Kad-kad itu akan digunakan oleh para
pelajar Tingkatan 1 dan 2.

Pelaksanaan Program NILAM (Lampiran 1)


Tindakan: Pn. Sueelinna Binti Ahmad

4.2 Pn. Lian menyatakan tahun ini Panitia Bahasa Cina juga akan mengadakan bacaan
buku Bahasa Cina dan bilangan bacaan akan dicatat dan diberi kepada Cikgu Jee
Nyuk Hiong untuk diisi secara atas talian.
Tindakan: Pn. Lian & Pn. Jee

2
4.3 Pn. Sueelinna juga menyatakan tahun ini Program NILAM telah menyediakan dua
kotak khas sebagai Kotak Lestari. Kotak tersebut juga boleh digunakan semasa
kelas NILAM.

Pn. Margaret Phang menyatakan semua buku-buku di dalam Kotak Lestari itu
adalah buku-buku berkaitan dengan alam sekitar. Beliau juga sedang membuat
pesanan untuk buku-buku baru yang berunsur Lestari.
Tindakan: Pn. Margaret Phang

5.0 KEWANGAN
5.1 Pn. Margaret Phang menyatakan perbelanjaan untuk Program NILAM tahun 2015
ialah seperti dalam Lampiran 2.

5.2 Pn. Margaret Phang menyatakan untuk tahun ini, agihan kewangan untuk Program
NILAM adalah seperti dalam Lampiran 3.
Tindakan: Pn. Margaret Phang

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 Cikgu Jee Nyuk Hiong melaporkan bahawa sebanyak 11.43% daripada jumlah
pelajar telah mendapat pengiktirafan NILAM Tahap Jauhari seperti berikut:
Pengiktirafan Bilangan Pelajar
Gangsa Tahap Jauhari 201
Perak Tahap Jauhari 27
Emas Tahap Jauhari 4
NILAM Tahap Jauhari 4

Tindakan: Semua guru NILAM

6.2 Pn. Sueelinna menyatakan tarikh pelancaran Program NILAM ialah pada 5 April
2016 (Selasa).

Tuan pengetua, En. Joseph Ng mencadangkan agar pelancaran Program NILAM


2016 diadakan pada Sesi Petang.
Tindakan: Pn. Lilian

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:20 petang.

Disediakan oleh,

__________________
(JEE NYUK HIONG)
3

You might also like