You are on page 1of 1

Fakta kes

Tertuduh merupakan ahli politik merangkap Ketua Pembangkang Dewan Rakyat telah
di tuduh melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii (liwat) yang mana
diperuntukkan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman di
bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara 20
tahun. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Mohd Saiful Bukhari bin Azlan
pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara
Kondominium,No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Pengadu meninggalkan pejabat kira-kira jam 1.45 petang dan tiba di unit pada jam 2.45 petang
dan mendapati pintu tidak berkunci lalu masuk ke unit terus mendapati tertuduh duduk di meja
makan. Pengadu duduk di meja menghadap tertuduh dan meletakkan dokumen-dokumen yang
dibawa. Mereka membincangkan jadual kerja dan tidak lama selepas perbincangan, tertuduh
bertanya “ boleh saya bersetubuh dgn anda hari ini?”pengadu enggan pada mulanya dan
tertuduh bertanya mengapa, pengadu menjawab bahawa dia tidak ingin buat pada hari itu.
Dengan nada marah tertuduh mengarahkan pengadu pergi ke bilik utama. Tertuduh
mengarahkan pengadu supaya membersihkan dirinya di bilik mandi. Pengadu pergi ke bilik
mandi dan keluar hanya dengan bertuala. Tertuduh kemudian hanya bertuala putih, berdiri di
sudut katil. Pengadu pergi kepada tertuduh apabila diberitahu berbuat demikian dan tertuduh
memeluknya. Selepas persetubuhan berlaku, pengadu membersihkan dirinya di bilik mandi.
Tertuduh mengajak minum dengannya dan pengadu meninggalkan kondominium 20 minit
selepas itu.

You might also like