You are on page 1of 2

Tugasan 1 (Individu)-20%

Menganalisis secara kritis peranan dan tanggungjawab pihak sekolah, nadan


kerajaan dan bukan kerajaan dalam pelaksanaan program pendidikan inklusif
bagi mata pelajaran Pendididkan Seni Visual.

Lewis dan Doorlag (2003), inklusif merupakan istilah yang sering digunakan
pada masa kini untuk menerangkan tentang penempatan bagi murid berkeperluan
khas di dalam pendidikan arus perdana.

Pihak sekolah memikul tanggungjwab berat agar Program Pendidikan Inklusif


(PPI) dilaksanakan dan diterima oleh masyarakat sekolah. Antara peranan pihak
sekolaha adalah memberikan bantuan dan sokongan kepada murid berkeperluan khas
(MBK) yang hadir ke sekolah dengan mewujudkan budaya inklusif di sekolah. Pihak
sekolah patut menerima kehadiran MBK dengan hati yang terbuka. Menurut Sue
(2012), di mana guru-guru dikatakan mempunyai anggapan negatif dan sering
memberikan pelbagai alasan dan tidak mahu menerima kehadiran MBK aliran perdana.
Sikap tersebut perlu dikikiskan oleh setiap guru. Sikap positif terhadap kehadiran MBK
akan membawa kesan kepada minat MBK untuk belajar. Selain daripada itu, inisiatif
mewujudkan suasana inklusif di dalam bilik darjah juga penting. Guru Arus Perdana
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual perlu mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran untuk menggalakkan interaksi MBK dengan murid-murid tiripikal.
Contohnya, semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni
Visual boleh mengadakan aktiviti menghasilkan anyaman dalam kumpulan. Ini bukan
sahaja dapat menggalakkan interaksi maksimun antara MBK dengan murid tiripikal
malah MBK juga dapat belajar kemahiran menganyam melalui bimbingan kawan
sebaya. Pihak sekolah juga hendaklah inovatif dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru arus perdana berperanan
inovatif mengaplikasi pelbagai kaedah pedagogi dengan kerjasama membincang
dengan guru resos agar lebih berkesan. Guru besar pulak perlu memberi sokongan
penuh kepada usaha-usaha guru yang melakukan penambahbaikan pedagogi.
Contohnya, guru Pendidikan Seni Visual mengajar warna dengan penggunaan
teknologi komunikasi dan maklumat (TMK). Dengan ini, semua murid di kelas tidak
kira murid tiripikal atau MBK akan berminat kerana ia lebih menarik dan memberikan
rangsangan multisensori.

Badan kerajaan turut memainkan peranan penting dalam pelaksanaan


program pendidikan inklusif terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM berperanan untuk memantau pelaksanaan pendidikan inklusif, menyediakan
latihan kepada para guru yang terlibat dalam PPI, dan sokongan perkembangan

1
professional guru di semua sekolah yang menjalankan PPI, memberi maklumat dan
nasihat kepada sekolah sepanjang PPI dijalankan. Hal ini demikian kerana,
Kebanyakan guru-guru arus perdana yang terlibat dalam program inklusif didapati
tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran yang cukup untuk mendidik dan
mengajar murid berkeperluan khas ada juga guru tidak pernah menerima pendedahan
mengenai program pendidikan inklusif. Latihan dan kursus telah diadakan oleh KPM
untuk membantu guru arus perdana menguasai pedagogi inklusif dalam Pendidikan
Seni Visual. Mohd. Hanafi, Hasnah, Shahruddin (2008) menyatakan bahawa guru-
guru sedia menerima cabaran untuk mendidik MBK tetapi masalah utamanya ialah
mereka tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk mendidik murid-murid
berkeperluan. Oleh yang demikian, dengan usaha kerajaan ini para guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dapat merancang pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

Terdapat banyak penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang memberikan


perkhidmatan pendidikan khas telah wujub kini, kebanyakkannya bermula daripada
advokasi ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas (Ang, C.T. & Lee, L.T.
2018). Secara umunnya, NGO berperanan mengadakan kempen kesedaran agar
mengenal pasti MBK mengikut pendidikan inklusif seawal mungkin dan memantau PPI
yang dijalankan di sekolah. Lebih-lebih lagi, Badan Bukan Kerajaan juga berperanan
mengendalikan penyelidikan tindakan untuk mengenal pasti teknik dan kaedah baharu
membantu MBK belajar. Dengan ini, hasil daripada penyelidikan dapat diaplikasi
dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual agar membantu MBK
belajar dengan berkesan. Sehubungan itu, NGO juga memberi nasihat kepada institut-
institut teknologi untuk menyelidik agar mencipta pelbagai peranti teknologi pendidikan
untuk MBK belajar di kelas arus perdana. Peranti teknologi boleh digunakan oleh guru
Pendidikan Seni Visual untuk mengajar unsur-unsur seni dengan lebih mudah dan
menarik. Usaha ini dapat menyeronokkan suasana para murid termasuk MBK agar
mereka lebih berminat dan aktif sepanjang waktu Pendidikan Seni Visual.

Dalam melaksanakan program inklusif ini, semua pihak yang terlibat perlu
berganding bahu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh demi masa hadapan
dan kemampuan berdikari bagi setiap individu berkeperluan khas, agar mereka dapat
mencapai kesempurnaan hidup yang lebih baik.

You might also like