You are on page 1of 6

.

SURAU AL-HUSNA

PERMOHONAN PERUNTUKAN KULIAH DAN


PENGAJIAN AGAMA BAGI TAHUN 2019

ANJURAN

AHLI JAWATANKUASA DAN PEGAWAI


SURAU RIYADH ASSOLIHIN

Kelulusan oleh:

Ketua Pegawai Eksekutif


Lembaga Zakat Selangor
Rujukan : ALHUSNA/PZS/151015/18
Tarikh : Mac 2019

Officer In-charge
Bangunan Zakat Selangor
3-01-1, Presint ALAMi,
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
U/p: Encik Abdul Basith Hamid

Melalui dan salinan,


Cawangan Zakat LZS
51-A, Jalan Suarasa 8/3,
Bandar Tun Hussein Onn
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN BAGI KULIAH DAN PENGAJIAN AGAMA SURAU BAGI SESI 2019

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk.

2. Ahli Jawatankuasa dan Pegawai Surau berhajat untuk menganjurkan Kuliah dan
Pengajian Agama sebagai sebahagian daripada aktiviti surau pada sepanjang tahun 2019.

3. Ini bertujuan bagi memberi peluang kepada kariah surau bagi menambahkan
pengetahuan dan mendalami ilmu agama berdekatan dengan perumahan.

4. Bersama-sama ini dilampirkan salinan kertas kerja untuk pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak tuan.

5. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat kami harapkan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“KEIMANAN MENJANA PERUBAHAN”

Yang menjalankan tugas,

……………………………………………………….
Hj Md Rahaimi Rashid
Pengerusi
Surau Al-Husna
KERTAS KERJA KULIAH DAN PENGAJIAN AGAMA SESI 2019

1. TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan memohon pertimbangan daripada pihak


Ketua Pegawai Eksekutrif Lembaga Zakat Selangor untuk mendapatkan kelulusan
bantuan kewangan bagi membolehkan pihak Ahli Jawatankuasa dan Pegawai
Surau bagi mengadakan Kuliah dan Pengajian Agama sesi 2019.

2. LATAR BELAKANG

Aktiviti Kuliah dan Pengajian Agama adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Ahli
Jawatankuasa dan Pegawai Surau sebagaimana telah diputuskan dalam Mesyuarat
Agong Surau Riyadh Assolihin pada 16 Mac 2019. Dalam mesyuarat terbabit juga
diputuskan untuk memohon bantuan kewangan daripada Lembaga Zakat Selangor
bagi membiayai program terbabit.

3. OBJEKTIF

Memberi peluang peluang kepada kariah surau bagi menambahkan ilmu


pengetahuan dan mendalami ilmu agama berdekatan dengan perumahan di
samping memakmurkan surau sebagaimana yang dituntut oleh agama.

4. PELAKSANAAN AKTIVITI

Bermula pada bulan Januari 2019 hingga akhir bulan Disember 2019.

5. PENYERTAAN

Terbuka kepada Ahli Kariah Surau Riyadh Assolihin dan penduduk sekitar.

6. MAKLUMAT SURAU

Sila rujuk Lampiran A

7. STRUKTUR ORGANISASI SURAU

Sila rujuk Lampiran B


8. JADUAL KULIAH

Sila rujuk Lampiran C

9. SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan dibiayai sepenuhnya oleh derma dari orang ramai dan bantuan
pembiayaan oleh Lembaga Zakat Selangor.

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran D

11. PENUTUP

Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih ucapkan atas kesudian Tuan Ketua
Pegawai Eksekutif LZS di atas pertimbangan dan perhatian terhadap kertas kerja
ini. Kami berharap semoga Tuan dapat meluluskan kertas kerja ini supaya kuliah
dan pengajian agama ini dapat dijalankan dengan jayanya bagi mencapai objektif
yang sewajarnya.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

…………………….......... …………….......………
Abdul Mahalil AG Hamat Hj Md Rahaimi Rashid
Setiausaha Pengerusi
Surau Riyadh Assolihin Surau Riyadh Assolihin
LAMPIRAN A

MAKLUMAT SURAU

Nama Surau : Surau Riyadh Assolihin

Alamat : Surau Riyadh Assolihin,


Jalan Perkasa Indah 4,
Taman Perkasa Indah,
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan

No Telefon : 019 – 340 6472

E-mel : husnawawasan@yahoo.com

No Rujukan JAIS : JAI.SEL.BPM/01/032/342

No. Rujukan PAID : JAI.SEL.PAIDP (PJ) 03/002/162

Bank : Affin Islamic Bank Berhad

No Akaun Bank : 10-602-000031-1 MYR


LAMPIRAN B

AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tuan Haji Rahaimi Rashid @ Yaacob

Imam/Pemangku Pengerusi : Tuan Haji Jalani bin Hassan

Bilal : En. Azrol Che Taff

Siak : En. Ghazali bin Jowahir

Setiausaha : En. Abdul Mahalil AG Hamat

Bendahari : En. Mohd Rapi bin Yashim

Biro Pemuda : En. Zainol Lat

Biro Wanita : Pn Hajah Meriam Ismail

Ahli Jawatankuasa : Tuan Haji Basir bin Haji Rahmad

Ahli Jawatankuasa : Pn Hajah Siti Zubaidah Sanusi

Biro Penyelenggaraan 1 : En. Zul Hisham Abd Rauf

Biro Penyelenggaraan 2 : En. Md Mizan Asrori Jangi

Pemeriksa Kira-Kira I : Tuan Haji Roslan Habib bin Yahya

Pemeriksa Kira-Kira II : Tuan Haji Abd Manan bin Mohd Din

You might also like