You are on page 1of 8

TEKS PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG 2019

SK TROPICANA

BIL. PERKARA CATATAN


1. Mengambil Tuan-tuan, Puan-puan yang dimuliakan, sila mengambil tempat
tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar saja lagi.

Mohon Kerjasama dan perhatian dari tuan-tuan dan puan-puan


1. untuk tetapkan telefon dalam nada senyap.
2. untuk mendaftarkan nama di meja pendaftaran.
3. untuk mengambil buku program pibg
4. untuk mengambil sarapan pagi
5. bagi ketibaan VIP dan nyanyian lagu negaraku, hadirin
diminta berdiri.

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

2. Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati Encik Shahfulnizad


Bin Kassim, Pengurus Besar Tesco Ara Damansara dengan
diiringi oleh Puan Hajah Maznah Binti Othman, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan tropicana, Pn. Noraini Binti
Kamarudin,Yang Dipertua PIBG SSK Tropicana, guru-guru
Penolong Kanan dan AJK-AJK PIBG.

Hadirin di minta berdiri.

3. NYANYIAN Sidang Hadirin yang dihormati,


LAGU Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnya menyanyikan
NEGARAKU lagu Negaraku.

************************************************************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

4. Kata Alu- Kompang Bergema Pusaka Bangsa


aluan Dipalu oleh Si Anak Muda
Pengacara Hadir Tuan Puan meriah suasana
Majlis Kami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Dihormati
Encik Shahfulnizad Bin Kassim
Pengurus Besar Tesco Ara Damansara

Yang berusaha
Puan Hajah Maznah Bt Othman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tropicana

Yang dihormati,
Pn. Noraini bt Kamaruddin
Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tropicana

En Azharuddin bin Aziz


Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Tropicana

Puan Rosmaniah Binti Awang Ibrahim


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Nor Zalia Bt Omar


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Zamri Bin Hashim


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat


pagi.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta
limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat
Agung PIBG kali ke- 18.
5. Bacaan Doa Hadirin Yang Dimuliakan,

Kayu jati si kayu cendana


Mari di tanam kita berdua
Majlis kami tidak kan sempurna
Tanpa diiring seutai doa

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan


mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Kushairi Bin Azmi untuk
memimpin bacaan doa.

Dengan hormatnya dipersilakan…


**************BACAAN DOA*******************
Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd Kushairi
Bin Azmi atas pimpinan doa itu tadi.

6. Tayangan Majlis diterus dengan tayangan montaj bagi program-program


montaj yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Tropicana
sepanjang tahun 2018 dan 2019.
**********************************************************************
Selesai sudah persembahan tayangan yang disediakan oleh en
mohd hilmi.
7. Persembahan Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-
pembukaan sama kita saksikan 2 persembahan daripada murid.

persembahan pertama adalah nyanyian lagu Bahasa inggeris


daripada murid-murid tahun 6 cemerlang yang dibimbing dan
dilatih oleh puan gowri dan juga guru-guru pelatih. dipersilakan.
*********************************************************************
Terima kasih atas persembahan nyanyian tadi.
**********************************************************************
Persembahan kedua adalah persembahan Bahasa Arab
daripada murid tahun 2 cemerlang iaitu adik Anis Aufa Bin
Sanusi Dan Adik Nur Qistina Syafiyah Bt Abdul Halim.
Persembahan ini dibi,bing oleh ustazah puan hajah Zaimah.
Dipersilakan.
******************************
Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar
tadi.
8. Ucapan Guru Warga dewan yang dimuliakan,
Besar
Majlis dimulakan dengan ucapan penasihat PIBG SK
Tropicana iaitu Puan Hajah Maznah Bt Othman, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tropicana.
Majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan.

**************UCAPAN GB*************
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar atas
ucapan beliau sebentar tadi.

9. Ucapan Seterusnya, majlis mempersilakan Yang dihormati, Pn. Noraini


NYDP bt Kamaruddin, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Tropicana untuk memberikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
*************ucapan YDP*************
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Noraini bt Kamaruddin
atas ucapan beliau sebentar tadi.

10. Ucapan Hadirin yang dimuliakan,


Perasmian
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Majlis sangat berbesar hati menjemput Yang Dihormati Encik


Shahfulnizad Bin Kassim, Pengurus Besar Tesco Ara
Damansara untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH
KEBANGSAAN TROPICANA kali ke-18.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


*********************UCAPAN PERASMIAN**********************
*Majlis menjemput Pn. Hjh Maznah binti Othman, Bersama-
sama Pn. Noraini Bt Kamaruddin dan Encik Azharuddin bin Aziz
bagi mengiringi Yang Berbahagia Encik Shahfulnizad Bin
Kassim untuk memalu gong sebagai tanda gimik perasmian.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang dihormati


Encik Shahfulnizad Bin Kassim, atas kesudian memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan majlis.

11. Penyampaian Mohon untuk Encik Shahfulnizad Bin Kassim dan Pn. Hjh
cenderahati Maznah binti Othman untuk terus berada diatas pentas.
murid
cemerlang Majlis menjemput Pn Noraini Bt Kamarudin Dan Encik
UPSR 2018 Azharuddin Bin Aziz untuk mengambil tempat kembali.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada


murid cemerlang UPSR 2018.

******************************************************************
Senarai penerima dimulai dengan murid cemerlang 6a iaitu adik
1. MATHAN A/L GOBALAN
2. UMAR RAZIQ BADRUL ZAMAN
3. NURUL AMANINA BINTI MOHD WASTARLY
pencapaian cemerlang 5a 1b dimulai oleh adik
1. ALEXANDER ARIEL ANSI ANAK RIMONG
2. AIKA SOFIYA BINTI JOFA HILMI
3. NOR SHUHADA NOR SHAHZAEZLY
seterusnya, murid yang cemerlang 4a 2b dimulai oleh adik
1. AFNAN FIKRI BIN MOHD SHUHAILI
2. ANNTASYA ANNUR BINTI SHAMSUL ANUAR
3. MOHD ARYAN AAQILLES BIN MOHD ANAZIM
4. MUHAMMAD ZIYAD AZAIM BIN ZAINUNDIN PAIZAL
dan murid yang mendapat 4a 1b dan 1c, dipersilakan adik
1. PUTERI AINAA BINTI MOHD YASIM
12. Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan
Sijil kepada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa .
penghargaan
kepada ibu Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB) ialah saluran kerjasama
bapa (KSIB) dan komunikasi untuk merapatkan hubungan antara ibu, bapa,
murid serta membantu pelancaran program-program yang
dilaksanakan oleh sekolah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


1. Puan Annie anak sindang
2. Puan Dian Mealdawati Johari
3. Puan Norita, dan
4. Puan Azliza Sahin.

Tahniah dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah


dilaksanakan.
13. Penyampaian Hadirin yang Dimuliakan,
Cenderahati Bagi menghargai jasa dan sumbangan Jawatankuasa PIBG SK
jawatankuasa Tropicana bagi sesi 2018/2019, majlis berbesar hati untuk
PIBG- menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan.
Perasmi Dipersilakan.

AHLI JAWATAN KUASA GURU


1. EN MOHD KUSHAIRI BIN AZMI
2. PN SITI ARFIFAH BT JAIS
3. PN RAAFAH AZKIA BT ABDULLAH RIPAIN, dan
seterusnya
4. PN SITI KHADIJAH BT ZAKARIA

AJK IBU BAPA:


1. EN MOHD KHAIRULL BIN MOHD TAIB
2. EN KHALIL FARAZI BIN SELEIMAN
3. PN AZIDA BT CHE ZAKARIA
4. PN SAZALIZA BT SAMSUDAIN
5. PN. ZAMARIAH BT MUALIM
dan seterusnya, dijemput PN ROZIDA BT HASSAN selaku
juruaudit PIBG sekolah.
********************************************************************
tahniah dan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah
diberikan sepanjang tempoh berkhidmat.

14. Penyampaian Majlis mempersilakan Pn Hajah Maznah Bt Othman untuk


Cenderahati memberikan cenderahati kepada En Shahfulnizad Bin Kassim
perasmi. sebagai tanda kenang-kenangan.
****************************************************************
15. Penutup Kami mewakili AJK PIBG dan SK Tropicana, merakamkan
penghargaan terima kasih kepada Yang dihormati Encik
Shahfulnizad Bin Kassim atas kesudian meluangkan masa dan
juga merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- 18. Tidak
dilupakan juga kepada ibu bapa, guru-guru dan Tuan-tuan dan
Puan-puan sekalian.

berakhir sudah majlis kita,


moga bersua tahun hadapan,
andai ada tersasul kata,
salah silap mohon dimaafkan.
16. Jamuan
Dengan ini pihak sekolah menjemput Pn Hajah Maznah Bt
Othman untuk mengiringi yang dihormati Yang Dihormati Encik
Shahfulnizad Bin Kassim, untuk menikmati jamuan di pejabat
sekolah.

Dipersilakan.

Sekian terima kasih.


17. MESYUARAT Seterusnya, kami serahkan kepada kepada Encik Abu Hanafi
PIBG 2019 b. Abu Samah untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung
PIBG SK Tropicana bagi tahun 2019
18. Jamuan
Ringan

You might also like