You are on page 1of 3

Luruskan barisan. Angkat tangan……..

jatuh……
Senang diri
Sedia

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.


Yang dihormati
Guru Besar Puan Sabariah Binti Sapari
Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Siti Nor Binti
Razak,
Guru Penolong Kanan HEM, Puan Magesh a/p Maniam
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Faridah Binti
Abdullah,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


rahmatNya dapatlah kita berkumpul bersama-sama
dalam perhimpunan rasmi pada hari ini.

Justeru, marilah kita bersama-sama menadah tangan


memohon rahmat dan keberkatan daripadaNya.

Bagi rakan-rakan yang bukan beragama Islam, rakan-


rakan diminta bertafakur mengikut fahaman agama
masing-masing.
Dengan ini majlis menjemput ADIK MUHAMMAD AFIQ BIN
MAT PAUZI untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormat dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ADIK


MUHAMMAD AFIQ atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian tiga buah lagu


patriotik, iaitu lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu
Sekolah.

Semua diminta bersedia dan menyanyikan lagu-lagu


tersebut dengan penuh semangat.
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian
ketiga-tiga buah lagu itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan ADIK RAYYAN ZARITH BIN


OMAR KAMAL untuk mengetuai lafaz ikrar.
Dengan segala hormat dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ADIK RAYYAN


ZARITH atas bacaan ikrar itu tadi.
Rakan-rakan diminta duduk dalam keadaan senyap.

Untuk makluman semua guru dan rakan, guru yang


bertugas pada minggu ini ialah Cikgu Halimah Binti Ahmad
dan Ustaz Mohd Zawawi Bin Omar.
Sekiranya rakan-rakan menghadapi masalah, bolehlah
berjumpa dengan Cikgu Halimah.

Seterusnya, saya ingin menjemput USTAZAH NAZIRAH BINTI


AWANG, selaku guru bertugas minggu lepas untuk
menyampaikan laporan tugasan beliau bersama CIKGU
____________________________________________________.

Dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Nazirah atas


pesanan dan peringatan itu tadi.

Seterusnya majlis diserahkan kepada USTAZAH NAZIRAH


BINTI AWANG untuk majlis Pelancaran Minggu PPDa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah


Nazirah
Seterusnya majlis menjemput Puan Rela binti Tahir untuk
menyampaikan piala pusingan bagi Anugerah Murid
Teladan Mingguan.
Dengan segala hormat dipersilakan.

Anugerah Murid Teladan Mingguan pada minggu ini


dinobatkan kepada ________________________ daripada
kelas ___________________________.
Dijemput ___________________________ untuk naik ke pentas.

Terima kasih kepada Puan Rela Binti Tahir atas


penyampaian anugerah itu tadi dan tahniah kepada
pemenang.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Halimah


Binti Ahmad selaku guru bertugas mingguan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih kepada Puan Halimah Binti Ahmad.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Faridah


Binti Abdullah, selaku Penolong Kanan Kokurikulum.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Faridah atas ucapan


yang diberikan.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita pada hari ini.
Rakan-rakan diminta bangun dengan senyap dan beredar
ke kelas masing-masing.
Sekian, terima kasih.

You might also like