You are on page 1of 20

SOALAN 1

Hasil kajian yang telah saya lakukan mengenai sejarah perkamusan


Melayu berdasarkan beberapa orang tokoh Bahasa Melayu dan beberapa buah
buku mengenai sejarah perkamusan Bahasa Melayu pula ialah bidang
perkamusan di Malaysia ini merangkumi beberapa zaman perkembangan yang
amat membanggakan. Bermulanya pada tahun 1403, kamus pertama Bahasa
Melayu telah diterbitkan iaitu Kamus Melayu-China yang ditulis dalam tulisan
China. Kamus ini menunjukkan bahawa perkembangan bahasa Melayu itu
sendiri yang membuatkan lahirnya Kamus Melayu-China ini. Pada peringkat
awal, kamus ini hanya mengandungi 500 perkataan sahaja yang berkaitan
perdagangan. Ini menunjukkan kepesatan perdagangan di Tanah Melayu pada
waktu ini juga menyebabkan berlakunya proses penghasilan kamus berkaitan
bahasa melayu ini untuk memudahkan urusan perdagangan.

Pada tahun 1522, bahasa melayu sekali lagi mengalami perkembangan


positif apabila 2 orang pedagang eropah iaitu Antonio Figagetta dan Ferdinand
Magellan telah mengumpulkan sebanyak 426 perkataan bahasa melayu.
Mereka telah mengumpulkan perkataan tersebut dan telah menerbitkan satu
kamus dalam bahasa Melayu - Itali. Mereka telah mengumpulkan perkataan
tersebut hasil dagangan rempah ratus yang telah dilaksanakan oleh mereka. Ini
telah membantu perkembangan bahasa melayu secara tidak lansung dan
membantu perkembangan dalam bidang perkamusan secara khususnya.

Hasil lahirnya Kamus Melayu China dan Melayu Itali telah membuka satu
lembaran baru dalam bidang perkamusan. Selepas tiga abad berikutnya, orang
eropah terus berusaha mengumpulkan perkataan bahasa melayu. Malangnya,
orang Melayu sendiri tidak mempedulikan ilmu perkamusan tersebut. Mereka
lansung tidak mempunyai kesedaran lansung dalam bidang perkamusan

1
tersebut. Mereka sekadar menjadi “pak turut” iaitu hanya menjadi orang suruhan
orang eropah dalam mengumpulkan bahan-bahan kamus mereka.

Tuntasnya ialah ilmu perkamusan Melayu ini merupakan satu daripada


kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penjajah Barat kepada orang
Melayu. Tujuan orang Eropah belajar bahasa Melayu ialah untuk memudahkan
komukasi dengan penduduk di Tanah Melayu. Kesannya ialah
perbendaharaan bahasa Melayu menjadi semakin bertambah dengan kata-kata
bahasa asing dan menyebabkan berlakunya campuran. Campuran ini telah
menunjukkan bahasa bahasa itu bersifat boleh berubah-rubah mengikut keadaan
suasana tempat dan masa.

Pada 1946, berlakunya satu penentangan besar-besaran orang Melayu


terhadap rancangan penubuhan Malayan Union. Pada waktu ini, orang Melayu
mula sedar mengenai kepentingan Bahasa Melayu dan mereka terus
memperjuangkan bahasa, sastera, dan negara. Bagaimanapun, perkamusan
Melayu masih belum diperjuangkan oleh sesiapa pun sehingga
kemunculan Zainal Abidin Safarwan. Beliau mula berkecimpung dalam bidang
tersebut sejak tahun 1958. Kamus beliau yang pertama ialah An Advanced
Malay-English Dictionary, yang diterbitkan oleh Merican &
Sons, Singapura pada 1964. Kamusnya yang kedua pula ialah Kamus Sinonim
dengan Ungkapan Lengkap diterbitkan oleh Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd pada tahun 1984. Beliau telah menjadi kebanggan Tanah Melayu hasil
perjuangan dan penghasilan kamus beliau.

Pada 22 Jun 1926, satu Balai Pustaka atau lebih dikenali dengan nama
barunya iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan. Tujuan
penubuhannya ialah untuk menggerak dan memartabatkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu. Dewan
Bahasa dan Pustakan telah mengorak langkah demi langkah demi perjuangan

2
bahasa Melayu. DBP telah menggariskan beberapa matlamat untuk menjelaskan
misi dan visi penubuhannya.

Matlamat penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam


Akta DBP adalah untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan (bahasa
Melayu) dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi, untuk
memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan,
untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau
penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk
kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain, untuk
membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai
dalam bahasa kebangsaan, untuk menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan yang betul dan yang terakhir ialah untuk menggalakkan
penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi
segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Pada tahun 1977, Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi telah membuka
satu lembaran baru apabila telah diberi penghormatan oleh Australian National
University, Canberra, Australia, untuk mengambil alih dan menyiapkan
kamus bahasa Inggeris-bahasa Melayu yang sedang disusunnya ketika itu
apabila kerajaan Australia menarik balik pembiayaannya sebagai sebahagian
langkah penjimatan negara. Projek itu diserahkan kepada DBP pada 1
November 1978. Walaubagaimanapun, projek ini menghadapi banyak masalah
yang serupa dengan masalah yang dihadapi di Australian National
University dahulu. Bukan sahaja mendapatkan kakitangan yang layak itu sukar,
apa lagi penutur asli bahasa Inggeris, malah untuk mengekalkan mereka setelah
mereka dilatih juga sukar.

Akhirnya pada tahun 1991, Kamus Inggeris Melayu Dewan yang


pertama berjaya diterbitkan dengan jayanya selepas melalui pelbagai rintangan
dan cabaran. Ia mempunyai lebih kurang 40,000 perkataan dan boleh dijadikan
rujukan kepada mereka yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

3
pertama atau kedua serta juga mengetahui asas bahasa Melayu. Kamus ini
merupakan satu kejayaan yang cukup besar dalam mengembangkan bahasa
Melayu dikalangan orang Eropah untuk mendalami bahasa Melayu itu sendiri.

Seterusnya pada tahun 1995, Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan telah
dihasilkan yang disusun oleh Zainal Abidin. Kemudian Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd telah menerbitkan kamus tersbut. Kamus itu pada
hakikatnya merupakan edisi baharu Kamus Sinonim yang disusun oleh Zainal
Abidin pada 1984. Ia merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama untuk
mencecah 100,000 perkataan dan paling banyak menyenaraikan ungkapan.
Penyusunan kamus merupakan salah satu kegiatan teras dalam usaha
pembinaan dan pengembangan bahasa apa sekalipun. Tetapi, penyusunan
merupakan bukan satu tugas mudah dan memerlukan individu yang mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam bidang tersebut untuk menghasilkan kamus yang
bermutu tinggi. Pada pendapat saya, Zainal Abidin perlu diberikan penghormatan
yang tinggi hasil usaha keras yang dibuat oleh beliau ini. Sehubungan dengan
itu, Dewan Bahasa dan Pustaka terus mempergiatkan usaha perancangan dan
pelaksanaan pelbagai projek perkamusan yang merangkumi kamus dwibahasa
dan kamus bidang-bidang khusus. Terdapat juga banyak penerbit swasta yang
kini menerbitkan pelbagai kamus bahasa Melayu bertujuan terus membantu
dalam perkembangan dalam bidang bahasa Melayu amnya dan bidang
perkamusan bahasa Melayu secara khususnya.

Pada abad moden ini, perkamusan Melayu terus mendapat liputan dan
perkembanagn oleh pihak kerajaan secara lansungnya apabila berlakunya
pengumuman mengenai pemansuhan penggunaan Bahasa Inggeris dalam Sain
dan Matematik di sekolah. Ini secara tidak lansung membantuk dalam
perkembangan bahasa Melayu dan perkamusan Melayu itu sendiri secara
khususnya. DBP terus diberikan dana oleh kerajaan pada saban tahun dalam
meningkatkan martabat bahasa Melayu ini. Kamus Dewan juga sentiasa
diberikan perhatian dan sentiasa dikemaskini agar kamus utama bahasa melayu
ini bergerak seiring perkembangan pesat teknologi pada masa kini. Contohnya

4
DBP sendiri melihat situasi perkembangan masa kini apabila sedang
bermesyuarat dan berbincang dalam mengiktiraf perkataan “selfie” ini. Ini
menunjukkan bahawa DBP sentiasa komited dan meninjau keadaan sekeliling
dalam membentuk dan menajadikan bahasa Melayu dan perkamusan Melayu
mendapat tempat dihati rakyat Malaysia dan juga dunia.

Kesimpulan akhir yang dapat saya buat disini mengenai sejarah


perkamusan Melayu ialah bahasa Melayu sudah mempunyai kamus-kamus yang
lengkap dan bermutu untuk kegunaan masyarakat bahasanya sendiri mengikut
peredaran zaman semasa. Sesuai dengan ledakan ilmu pada zaman sekarang
ini menunjukkan bahawa orang Melayu itu sendiri telah semakin sedar mengenai
kepentingan bidang perkamusan walaupun pada mulanya mereka lansung tidak
mempedulikan mengenainya dan hanya sekadar menjadi ‘pak turut’ kepada
orang barat. Sama-samalah kita berusaha kearah memartabatkan bahasa
Melayu dan perkamusan Melayu secara khususnya.

Seterusnya iaitu jenis-jenis kamus Bahasa Melayu. Seperti yang kita


sedia maklum bahawa bidang perkamusan Melayu amat penting kerana ia
merupakan satu keperluan kepada perkamusan negara. Ini kerana pertumbuhan
perkamusan Melayu dalam bentuk senarai kata dwibahasa di negara ini
dimulakan oleh orang bukan Melayu yang tidak menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa utamanya. Mereka dipercayai pengembara yang datang ke
Tanah Melayu dengan tujuan perdagangan, penjajahan atau penyebaran agama.
Menurut tokoh bahasa dan pakar perkamusan Melayu, Prof. Emeritus Datuk Dr.
Asmah Omar berkata kemungkinan pencatat senarai kata Melayu-Cina, iaitu
senarai dwibahasa yang paling awal itu singgah di Semenanjung Tanah Melayu
atau pulau-pulau Melayu berdekatan dengan semenanjung dalam perjalanan
dari China ke India dan sebaliknya untuk tujuan perdagangan. Kemungkinan
pencatat Cina ini adalah orang Cina yang datang bersama Laksamana Cheng
Ho dan merupakan di antara pemastautin Cina paling awal di Melaka. Pada abad
ke-19 pertumbuhan kamus dwibahasa dalam pelbagai bahasa berkembang
kerana ramai orang dari luar alam Melayu datang bertumpu di kawasan ini

5
Perdagangan sumber alam seperti rempah ratus, kayu kayan dan bahan
galian telah mendorong penghasilan satu jenis kamus iaitu kamus dwibahasa
Melayu melalui penyusunan dengan bahasa lain tidak terhad kepada Melayu-
Inggeris dan Melayu-Belanda dan sebagainya. Kemunculan kamus jenis Melayu-
Inggeris dan Melayu-Belanda ini boleh dikaitkan dengan perkembangan
pemerintahan dan pendidikan yang menggunakan bahasa penjajah. Contoh
tokoh-tokoh pengkaji penjajah British yang giat menghasilkan kamus ialah John
Crawfurd, William Marsdan, Hugh Clifford, Frank Swettenham, R.J. Wilkinson
dan R.O. Winstedt.

Seterusnya ialah, salah satu lagi kegiatan yang mempengaruhi


perkembangan leksikografi Melayu ialah kegiatan mubaligh Kristian seperti P.
Favre yang menghasilkan jenis kamus yang seterusnya iaitu kamus Melayu-
Perancis pada 1875 dan B.P. Keasberry iaitu jenis kamus Melayu-Inggeris pada
abad ke-19. Selain William Shellabear pada abad ke-20 menyaksikan satu lagi
jenis kamus dihasilkan oleh R.J. Wilkinson dan R.O. Winstedt dan seterusnya
satu lagi jenis kamus dwibahasa yang dihasilkan oleh Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Manakala Fajar Bakti juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan jenis-


jenis kamus apabila telah menerbitkan satu jenis kamus iaitu Oxford-Fajar
Advanced Learner's English-Malay Dictionary pada tahun 2000. Pertumbuhan
jenis-jenis kamus seperti ini pada abad ke-20 pula ialah dipengaruhi oleh dasar-
dasar sosial yang berlaku di Malaysia apabila tertubuhnya Pejabat Karang
Mengarang di Sultan Idris Training College atau lebih dikenali sekarang sebagai
Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 1922 di Tanjung Malim, Perak.
Peberbitan kamus ini penting kerana untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan
memerlukan penggunaan kamus.

6
Seterusnya, pertumbuhan perkamusan Melayu lahir disebabkan
keperluan dalam perniagaan, hubungan sosial dengan penduduk setempat,
penjajahan, kegiatan mubaligh Kristian dan dari segi ilmu pengetahuan. Orang
Melayu sendiri tidak berminat dalam perkamusan sehingga abad ke-20
disebabkan tidak ada di kalangan orang Melayu mengkaji bahasa Melayu itu
sendiri.

Seorang tokoh Bahasa Melayu iaitu Abdullah Abdul Kadir Munsyi sendiri
telah mengeluh tentang kurangnya minat orang Melayu belajar bahasanya
sendiri dan tentang kekurangan penulisan bahasa Melayu oleh orang Melayu
hingga ke zaman Raja Ali Haji dan Za'ba pada permulaan abad ke-20.
Penghasilan kamus jenis dwibahasa Melayu mulai diambil serius pada
pertengahan abad ke-20 ialah untuk menegakkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Kemunculan kamus dwibahasa
bukan sahaja melibatkan bahasa Inggeris tetapi bahasa-bahasa dunia selari
dengan program pembangunan negara ke arena antarabangsa.

Selain daripada jenis-jenis kamus tersebut, saya telah menjumpai


pelbagai lagi jenis-jenis kamus Bahasa Melayu yang lain antaranya ialah Kamus
ensiklopedik, kamus diakronik, kamus historis, kamus etimologi, kamus
sinkronik, kamus umum, kamus khusus (istilah), kamus singkatan, kamus
sinonim, kamus antonym dan kamus sistematik. Kamus-kamus ini telah menjadi
rujukan utama dalam menentukan sesuatu hal.

Kamus ensiklopedik atau lebih dikenali sebagai ensiklopedia


mengandungi pelbagai makna perbuatan atau perkataan. Kamus ini amat
membantu andai berlakunya sebarang kekeliruan antara tokoh-tokoh bahasa.
Semua kamus ini akan sentiasa dikemas kini seiring dengan kemajuan yang
dicapai. Setiap kamus ini mempunyai fungsi yang sama tetapi telah dikhususkan
dengan lebih mendalam lagi untuk memudahkan urusan pembacanya.

7
Teori dan prinsip perkamusan

1.0. Teori

Dalam menyusun kamus banyak perkara yang perlu dititikberat supaya


perkamusan dan penterjemahan yang dilakukan berkualiti dan dapat digunakan
kepada masyarakat. Individu yang ingin menerbitkan kamus mesti mempunyai
beberapa teori dan prinsip perkamusan yang digunakan bagi memastikan kamus
yang diterjemahkan akan menjadi panduan yang betul kepada orang ramai.
Menurut salah seorang ahli bahasa iaiti Arbak Othman (2000), tidak ada teori
yang dikhususkan bagi maksud penyusunan kamus. Tugas kamus adalah untuk
memberi makna atau takrif kepada kata dan pemberian ini juga menggunakan
kata-kata. Kata yang ada dalam setiap bahasa mempunyai makna yang
tersendiri. Jadi tugas kamus adalah untuk menterjemahkan makna sesuatu kata
tersebut. Dalam perkamusan kita memberi makna kepada sesuatu lambing
dengan menggunaan lambing itu sendiri. Lambang ini ialah lambang linguistik.

Prinsip keserjanan sebagai asas penyusunan kamus mentilah


diutamakan pada setiap kamus. Menurut Arbak Othma, penyusun kamus
hendaklah memastikan bahawa makna yang dibuat dalam pemerian sebaik-
baiknya berdaasarkan sumber rujukan yang berbentukteks supaya makna
perkataan yang digunakan daripada teks tersebut dapat diasingkan menurut
jenisnya sama ada kerana gayanya yang berbeza yang berbeza, situasi
penggunaannya atau sifat-sifat pragmatiknya yang berbeza.

Menurut Ainon Muhammad lagi (1985), Terjemahan yang baik adalah


terjemahan yang tidak ‘berbau’ terjemahan apabila dibaca, malah terasa seolah-
olah oa telah ditulis terus ke dalam bahasa penerima. Dengan itu, penterjemah
hendaklah membuat terjemahan dengan menggunakan ciri-ciri asli yang dipunyai
oleh bahasa penerima. Satu lagi implikasi prinsip ini ialah, teks sumber yang
telah ditulis beberapa lama dulu tidak sepatutnya diterjemahkan dalam bentuk
yang dirasakan lamanya, sebaliknya perlu diterjemahkan dalam bentuk yang

8
dirasakan baharu. Yang harus bersifat baharu ialah gaya bahasanya bukan
aspek-aspek kebudayaannya. Dalam perkataan lain penterjemahan itu tidak
boleh mengandungi bentuk-bentuk bahasa asing atau luar baiasa bagi pembaca
sezaman. Penterjemah yang baik adalah yang selalu berusaha menterjemah
dengan menggunaka persamaan yang terdekat.

2.0. Prinsip perkamusan

Beberapa prinsip harus dipegang kepada seseorang yang ingin


menerbitkan kamus. Beberapa prinsip tersebut ialah:

Keaslian

Prinsip-prinsip
dwsdhdwd
perkamusan

Keperwakilan

Berdasarkan peta bulatan di atas, prinsip pertama dalam perkamusan


ialah keaslian. Kamus haruslah memuatkan bahasa yang ada bukti bahawa
bentuk tersebut benar-benar digunakan oleh penutur jati. Ini bermakna
seseorang yang ingin membina kamus perlualah memuatkan ke dalam kamus
bahasa penutur jati. Sebagai contoh, bahasa inggeris yag ingin dikamuskan
dalam bahasa melayu perlu memuatkan bahasa yang digunakan oleh penutur

9
jati bahasa Melayu. Sesebuah kamus yang baik perlulah menggunakan bahasa
asli yang digunakan oleh penutur.

Manakala keperwakilan yang ada dalam peta bulatan tersebut ialah ianya
bergantung kepada format kamus yang ditentukan oleh pengguna yakni
khalayak, Kamus perlu memuatkan bahan yang benar-benar mewakili ruang
lingkup khalayak, misalnya bahasa kanak-kanak. Ini bermakna, setiap kamus itu
mempunyai bahasa yang dekat dengan pengguna. Sebagai contoh jika
menerbitkan kamus bahasa melayu perlu menggunakan bahasa yang mudah
untuk difahami oleh semua masyarakat. Bagi pendapat saya, kamus ini tidak
digalakkan menggunakan bahasa yang tinggi dan ini mungkin akan memberi
kefahaman kepada beberapa golongan masyarakat sahaja.

Akhir sekali, ialah kelayakan. Penyusun harus pasti bahawa hasil


kerjanya sesuai dengan tujuan pekerjaannya. Keperluan bagi kamus ekabahasa
tidak sama dengan kamus dwibahasa. Selain itu, kelayakan sosial juga perlu
diambil kira misalnya bahasa, agama dan adat istiadat pengguna kamus.
Penyusun yang baik harus meneliti kamusnya agar tidak menyentuh sensitivity
kaum dan agama. Oleh itu, kamus yang diterbitkan akan menjadi kamus yang
berkualiti. Sumber bagi kata masukan atau entri perlulah sumber yang layak
diterima pakai berdasarkan penelitian lapangan, iaitu sumber primer atau sumber
sekunder berdasarkan rujukan perpustakaan.

Jika di atas adalah prinsip yang menyatakan tentang pegangan yang


harus dilakukan dalam penyusunan kamus. Kini kita beralih arah kepada
sebelum kamus itu dan selepas kamus itu diterbitkan oleh penyusun dan ingi
memasarkan kamus yang telah dihasilkan. Ini bertujuan supaya kamus itu dapat
dihasilkan dengan baik dan mampu dipasarkan dengan baik. Antara prinsipnya
adalah:

10
Siapa yang terlibat
Perancangan
Individu yang terlibat bersangkutan
Pentadbiran yang berkaitan dengan
dengan persyaratan keahlian dan
perbelanjaan, penentuan individu dan
kemampuan individu melaksanakan
prasarana
program perkamusan.

Aspek linguistik Penelitian

Aspek linguistik digarap menurut Penelitian leksikologi termasuklah yang


cabang ilmu linguistik yang berkaitan
bersangkutan dengan korpus bahasa
dengan leksikologi termasukalah
tatabahasa, lafaz, pengetahuan dialek, dalam penyusunan pangkalan data.
maklumat ensiklopedia dan Penelitian aspek bahasa seperti
sebagainya.
tatabahasa sebagai maklumat
pelengkap mengenai data yang
disajikan.
Pra-syarat kemampuan peneliti atau
penyusun kamus

Seseorang penyusun perlulah Pra-syarat kemampuan peneliti atau


menguasai dua atau tiga bahasa di penyusun kamus
samping bahasa ibunda. Penyusun
Seseorang penyusun perlulah
perlu mempunyai ketekunan yang
menguasai dua atau tiga bahasa di
konsisten, ketelitian dan kecermatan.
samping bahasa ibunda. Penyusun
perlu mempunyai ketekunan yang
konsisten, ketelitian dan kecermatan.

Pemasaran

Aspek yang berkaitan dengan


penyebaran kamus secara meluas
sebagai satu produk.

11
Akhir sekali penulis berpendapat bahawa kamus tidak sekadar mencatat
makna tetapi kamus mempunyai perkaitan yang rapat dengan ilmu makna atau
semantik. Ilmu semantik perlu ada dalam diri penyusun bagi menghasilkan
kamus yang berkualiti. Penulis sangat tertarik dengan kata-kata Ainon
Muhammad (1985), yang menyatakan penterjemah atau orang yang menyusun
kamus tidak harus mementingkan fahamannya sendiri ketika menerbitkan kamus
atau memutarbelitkan dalam menerbitkannya. Penyusun seharusnya mencuba
sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu
bertentangan dengan maksud asal pengarang.

12
REFLEKSI

NAMA : AZIZUL HAKIM BIN MUDA

NUM I/C : 920706-11-5347

Terlebih dahulu saya ingin merapatkan tangan ke Ilahi sebagai tanda


syukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, Akhirnya
dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu, Perkamusan dan Terjemahan (BMM 3123) ini.

Saya telah menerima tugasan ini pada 15 Julai 2014 dan diberi tempoh
enam minggu untuk disiapkan. Tugasan ini dijalankan secara berkumpulan iaitu
dua orang satu kumpulan. Saya memilih Danial bin Mohd Ridzuan sebagai rakan
kerja saya untuk tugasan ini. Saya berasa sunguh bersyukur dan berasa gembira
kerana rakan sekerja saya amat efisien dan berkarisma dalam membuat
tugasan. Selepas pembahagian kumpulan, saya dan rakan kerja mula
berbincang mengenai tugasan yang diberikan oleh pihak pensyarah. Pada
peringkat mula saya menerima tugasan ini , saya berasakan tugasan ini amat
payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah kali pertama
saya diminta untuk mencari maklumat berkaitan sejarah perkamusan. Namun,
dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan dan sedikit ilmu pengetahuan
mengenai pengantar linguistik hasil daripada pembelajaran saya semasa kuliah
dan perbentangan rakan-rakan saya berusaha menyiapkan tugasan ini dengan
sebaik yang boleh. Akhinya, saya mampu menyiapkan tugasan ini dalam tempoh
yang ditetapkan. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Puan Fazilah bt Mat Zain selaku pensyarah BMM 3109 kerana memberi banyak
tunjuk ajar, bimbingan serta memberi keyakinan kepada saya serta kepada ahli
kumpulan untuk menyiapkan kerja kursus ini mengikut piawaian yang telah
ditetapkan.

13
Semasa menyiapkan tugasan ini, saya banyak belajar perkara yang amat
penting iaitu sejarah perkamusan dan dialek negeri Terengganu. Kedua, tugasan
ini juga banyak mengajar saya mengenai dialek Terengganu dengan lebih
mendalam lagi apabila saya perlu menghasilkan satu manuskrip dialek. Inilah
kekuatan tugasan ini iaitu kita mampu mengkaji sendiri kata dialek negeri
Terengganu dan menyatakannya dalam bahasa baku. Selain itu, melalui tugasan
ini, saya juga turut belajar mengenai terdapat pelbagai kata dialek Terengganu
itu sendiri yang saya lansung tidak pernah menggunakannnya walaupun saya
seorang anak jati negeri Terengganu.

Penghasilan manuskrip ini juga secara tidak lansung dapat membantu


saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu apabila saya dapat mengetahui
betapa uniknya bahasa Melayu ini. Antara faedah yang saya perolehi hasil
penghasilan manuskrip ini ialah dapat saya memahami dialek yang dituturkan
oleh murid saya kelak andai kata saya ditempatkan di sekolah di negeri
Terengganu nanti. Selain itu, saya juga dapat menerangkan kepada mereka
mengenai cara sebutan menggunakan bahasa baku yang sebenar agar
pemikiran mereka lebih terbuka. Penggunaan bahasa baku memudahkan lagi
mereka untuk bertutut dengan sahabat mereka yang berada di luar negeri
Terengganu dan memudahkan mereka mengenali dunia luar. Pemikiran mereka
juga akan semakin berkembang dan itulah tugas saya sebagai guru.
Menyebarkan ilmu tidak mengenal sempadan. Ilmu yang saya harus kongsi
bukan sahaja mengenai berteraskan peperiksaan tetapi juga mengenai
persekitaran kehidupan agar mereka terus maju kehadapan.

Terdapat juga beberapa masalah dan kelemahan yang saya temui dan
hadapi mengenai tugasan ini. Pertama ialah soalan yang dikemukakan terlalu
mendalam dan amat sukar untuk kita memahaminya. Tempoh masa yang
diberikan oleh pensyarah untuk menyiapkan tugasan yang terlalu sukar seperti

14
ini memang tidak cukup sama sekali. Tempoh masa yang diberikan tidak sesuai
dengan tahap kesukaran soalan. Masalah yang kedua yang saya hadapi dalam
menyiapkan tugasan ini ialah berkaitan perkamusan Melayu. Dalam tugasan ini,
kita perlu menghasilkan satu manuskrip yang kita pilih sendiri. Tetapi malangnya
bilangan buku rujukan yang terdapat di perpustakaan Al Khindi Institut
Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan ini tidak mencukupi. Saya
terpaksa menunggu sehingga beberapa minggu untuk meminjam buku rujukan
yang saya ingini tersebut. Tekanan masa, praktikum dan kerja-kerja lain juga
sedikit menganggu saya untuk menyiapkan tugasan pada kali ini.

Masalah dan kekangan lain yang saya tempuhi ialah masalah kekangan
masa. Hal demikian ini kerana, saya terpaksa membahagikan masa antara
waktu kuliah, waktu praktikum dengan waktu membuat tugasan ini. Selain itu,
masalah dalam membuat rujukan mengenai tugasan ini juga turut saya dan
rakan kerja saya alami dalam menyiapkan tugasan ini. Masalah ketiga yang saya
hadapi dalam membuat tugasan ini ialah masalah mengenai komputer saya yang
diserang virus secara tiba –tiba semasa membuat tugasan ini. Komputer itu tidak
dapat dibuka dan menyebabkan ia perlu diformat. Namun, nasib saya begitu baik
kerana segala tugasan ini, saya simpan dalam pendraif. Oleh itu, fail mengenai
tugasan ini tidak hilang dan saya dapat menyambung kembali tugasan BMM
3123 ini. Masalah tersebut menyebabkan saya lebih berhati – hati dalam
menyimpan fail dalam komputer.

Pada pendapat saya penghasilan manuskrip ini amat membantu guru-


guru secara amnya dan guru Bahasa Melayu secara khususnya. Tindakan pihak
Jabatan Pengajian Melayu (JPM) memberikan soalan seperti ini maat bertepatan
sama sekali dan amat berguna untuk masa hadapan saya kelak. Dialek negeri
yang dipilih mambu membantu kami untuk digunakan andaikata saya perlu
bertugas di negeri dialek tersebut. Saya juga akan dapat lebih memahami
pertuturan murid dalam bahasa dialek tersebut.

15
Akhirnya, saya mampu menyiapkannya dan berharap ia dapat
memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pensyarah. Tugasan ini juga banyak
mengajar saya dan ahli kumpulan tentang erti kerjasama dan semangat
berpasukan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan – rakan
kumpulan berusaha dan bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini dengan
sebaik mungkin agar ia dapat memenuhi ciri – ciri tugasan yang berkualiti yang
diingini oleh pihak pensyarah

Secara tuntasnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang


disenaraikan untuk pemarkahan sahaja. Namun, tugasan ini memberi banyak
kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai sejarah perkamusan
bahasa melayu dan juga dialek kepada saya khususnya dan kepada ahli
kumpulan umumnya. Akhir kata,dalam menyiapkan tugasan ini, saya dan rakan
kerja saya berharap agar hasil penulisan kami menepati kehendak dan piawaian
yang ditetapkan oleh pihak pensyarah. Sekian, terima kasih.

16
Refleksi

Nama : Danial Bin Mohd Ridzuan

No. Kad pengenalan : 920327-03-6083

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-


Nya saya dan sahabat saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pengalaman menghasilkan manuskrip ini merupakan yang pertama bagi diri
saya sendiri. Banyak ilmu yang dapat saya dapat dalam menghasilkan tugasan
ini. Segala pengalaman yang dikutip akan digunakan untuk diri saya sendiri
untuk masa akan datang dan untuk pengajaran saya sebagai seorang guru.

Kesan penghasilan manuskrip kepada saya ialah saya banyak menimba


ilmu untuk menyelidik tentang dialek Kelantan. Mungkin sebelum ini saya hanya
bercakap sahaja dalam dialek namun tidak mendalami apa yang ada dalam
dialek ini. Untuk pengetahuan semua, saya merupakan anak jati Besut. Daerah
Besut merupakan daerah yang ada dalam Negeri Terengganu. Walaupun berada
dalam negeri Terengganu, penduduk di sini menggunakan dialek Kelantan
sebagai pertuturan seharian mereka. Jadi, saya memilih dialek Kelantan sebagai
manuskrip saya. Dengan adanya tugasan ini saya mendalami maklumat-
maklumat yang ada pada dalam internet dan buku-buku. Selain itu, saya boleh
menyebarkan ilmu dialek kepada murid-murid saya pada suatu hari nanti dan
mungkin dengan ilmu ini saya mampu sebarkan kepada seluruh masyarakat.
Sebagai guru Bahasa Melayu ini memberikan ilmu yang perlu ada pada
seseorang guru bahasa Melayu.

Ketiga, saya dapat mempelejari cara sebutan bahasa baku dan cara
sebutan untuk dialek Kelantan. Jadi, ini satu peluang kepada saya sebagai guru
bahasa Melayu untuk mendalami dengan lebih lagi tentang sebutan secara baku.

17
Saya yakin sebagai guru bahasa, sebutan baku yang betul diperlukan kerana
segala tindak tanduk guru akan ditiru oleh murid. Saya tidak mahu, murid-murid
mengikut ajaran yang salah daripada saya. Saya mengharapkan agar dengan
adanya manuskrip yang diterbitkan akan menjadi satu yang berguna kepada
saya pada suatu hari nanti.

Dari segi pembelajaran bilik darjah, dialek mampu untuk memberikan


kesan yang positif kepada guru iaitu guru dapat menarik minat murid dan
sekaligus merapatkan hubungan antara guru dan murid. Sebagai contoh, guru
yang berasal daripada johor mengajar di Kelantan seharusnya menguasai dialek
Kelantan supaya murid-murid mudah tertarik dengan guru. Ini kerana, murid-
murid sangat suka andai kata guru dapat menguasai dialek mereka. Dengan
cara ini, guru dapat merapatkan hubungan antara murid dan guru. Hubungan
antara murid dan guru merupakan satu elemen yang penting dalam bilik darjah.

Dalam positif pasti ada negatifnya. Apabila dialek digunakan maka murid-
murid tidak dapat menguasai bahasa melayu baku dengan baik. Ini akan menjadi
masalah kepada murid tersebut andai kata pada suatu hari nanti mereka belajar
atau bekerja di luar negeri mereka. Jika di sekolah guru banyak menggunakan
dialek maka murid-murid akan rasa malu atau kekok untuk menggunakan
bahasa melayu baku. Ini akan memberi kesan kepada mereka pada suatu hari
nanti. Kita mahu melahirkan murid-murid yang mampu bertutur dan menulis
bahasa baku dengan baik kerana bahasa melayu merupakan bahasa
Kebangsaan.

Selain murid, dialek ini juga akan terbawa-bawa oleh guru dalam
pengajarannya. Ada sesetengah guru yang saya perhatikan semasa praktikum
menggunakan dialek negerinya semasa pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Bagi saya ini satu perkara yang perlu dielakkan. Ini kerana murid
tidak akan memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru kerana mereka
tidak faham dengan dialek yang digunakan oleh guru. Selain itu, murid-murid

18
juga akan meniru gaya guru tersebut. Guru ini merupakan role model di sekolah.
Segala tindak tanduk guru akan ditiru oleh murid-murid. Tuntasnya, penggunaan
dialek tidak boleh digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah


saya iaitu Puan fazilah yang banyak membantu saya dan rakan – rakan yang lain
dalam menjayakan tugasan ini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya dapat
akan dikenangkan dan disimpan sebagai memori yang tidak dapat dilupakan.

19
Bibliografi

Abdullah Hassan (1997), Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan esei-esei lain

Shah Alam: Penerbit fahar Bakti sdn. bhd

Husin Fateh Din at all: ( 2011), Literasi Bahasa Melayu

Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd

Lee Lai Foon & Raja Mashitah Raja Ariffin (2005), Petunjuk Bahasa

Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan pustaka

Siti Hajar Abdul Aziz (20009), Bahasa Melayu ii,

Selangor: Oxford Fajar.

http://abdul-ucop.blogspot.com/2014/02/sejarah-perkembangan-bahasa-
melayu.html

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berjenis-jenis

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=1071

http://akuanakjatikelate.blogspot.com/2013/02/dialek-kelantan.html

http://kelateori.blogspot.com/2010/12/kota-bharu-kota-bharu-merupakan-
sebuah.html

20

You might also like