You are on page 1of 8

1

1.0 PENGENALAN

1.1 KONSEP PERKEMBANGAN KANAK–KANAK


Manusia yang merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik kejadian
serta dianugerahkan dengan akal fikiran untuk membezakan yang benar dan salah atau
yang hak dan batil (Siti Kholila, 2016) . Setiap manusia pasti mengalami atau melalui
perubahan diri dan cara hidup iaitu melalui proses pertumbuhan dan perkembangan.
Perkembangan berlaku bermula daripada peringkat percambahan sel sehinggalah akhir
hayat organisma.

Perkembangan ditakrifkan sebagai suatu perihal atau proses berkembang (menjadi


maju atau tersebar, membiak, meluas, dan sebagainya) dan dikaitkan dengan pertumbuhan
serta kemajuan (Noresah, 2015). Kanak –kanak juga ditakrifkan sebagai budak lelaki atau
perempuan yang masih kecil. Maka dari segi etimologi, perkembangan kanak-kanak ialah
suatu proses pertumbuhan atau maju yang dilalui oleh manusia pada peringkat awal.
Menurut Mok Soon Sang (2013) mendefinisikan perkembangan manusia sebagai perubahan
manusia itu sendiri dari segi aspek jasmani (fizikal), kognitif (pemikiran), emosi, sosial dan
rohani berdasarkan kajian ahli psikologi.

Wong et. all (2016) yang memetik pendapat Diamond (2013) iaitu perkembangan
ialah satu proses perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosio emosi seseorang
individu. Zainuddin (2008) memetik pendapat Atan Long (2008) yang menerangkan
perkembangan merupakan suatu perubahan yang bersifat kualiti yang mana membawa
manusia ke peringkat matang secara berterusan walaupun peringkat kematangan telah
tercapai.

Perkembangan merupakan perubahan kualitatif dan tidak dapat diukur secara


kuantitatif. Dalam erti kata lain, perkembangan kanak-kanak dianggap sebagai proses yang
mana kanak-kanak tersebut mencapai kematangan, pengukuhan dan kestabilan dalam
semua aspek. Contohnya bagi perkembangan fizikal iaitu kemahiran menggunakan
anggota badan seperti berjalan, berlari dan sebagainya. Bagi aspek mental pula, kemahiran
kanak-kanak tersebut berkembang dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran dan
penaakulan. Manakala bagi perkembangan dalam aspek emosi pula, kanak-kanak mula
berupaya menguasai dan mengawal perasaan. Akhir sekali, bagi aspek sosial, kanak-
kanak mulai sedar tentang perbezaan jantina, disiplin dalam kumpulan, dan penyesuaian
dengan rakan sebaya.
2

1.2 PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN


Terdapat lapan prinsip asas pertumbuhan dan perkembangan menurut Wong et. all (2016)
iaitu yang pertama ialah mengikut arah tertentu; arah kepala ke kaki (cephalocaudal) dan
arah tengah ke tepi (proximodistal). Prinsip ini menerangkan tentang pertumbuhan badan
manusia bermula dari arah kepala ke kaki dan dari arah tengah ke tepi. Prinsip kedua ialah
susun atur perkembangan adalah sama dan dikenali sebagai corak perkembangan dari
umum ke spesifik. Contohnya, bayi mula memegang objek dengan tangan dahulu,
kemudian belajar menggunakan jari-jari tangan seperti memegang pensel.

Prinsip ketiga ialah menyeluruh contohnya emosi. Pada awalnya, ketakutan kanak-
kanak secara menyeluruh, kemudian ketakutannya hanya kepada perkara-perkara tertentu.
Seterusnya ialah perkembangan ialah berterusan. Hal ini dimaksudkan perkembangan
berlaku bermula daripada proses persenyawaan lagi sehinggalah akhir hayat seseorang itu.
Kadar kecepatan perkembangan adalah berbeza iaitu sama ada cepat atau lambat. Selain
itu, perkembangan adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada peringkat
pranatal hinggalah ke peringkat tua. Akhir sekali ialah corak perkembangan adalah berbeza.
Tidak semua kanak-kanak akan sampai pada peringkat kematangan pada usia yang sama.
Hal ini kerana corak perkembangan turut bergantung pada faktor-faktor yang
mempengaruhinya (1.3).

1.3 FAKTOR - FAKTOR PERKEMBANGAN KANAK – KANAK


Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu:

1.3.1 Faktor Baka atau Genetik


Baka atau faktor keturunan merupakan ciri-ciri biologi yang diwarisi atau dimiliki anak-anak
melalui ibu bapa mereka. Baka yang diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-
anak mereka. Faktor ini boleh memberi kesan kepada penyuburan fizikal dan mental.
Selain itu, baka yang diwarisi turut menentukan keupayaan seseorang individu termasuklah
kemampuan mental sama ada pandai atau tidak pandai berdasarkan kemampuan mental
waris sebelum individu tersebut.
1.3.2 Faktor Persekitaran
Faktor kedua pula ialah faktor persekitaran atau faktor luar. Faktor ini merujuk kepada
keadaan atau situasi semasa proses perkembangan kanak-kanak. Hal ini termasuklah
pengalaman kanak-kanak tersebut sebelum dan selepas kelahiran. Faktor bagi keadaan
sebelum lahir ialah gaya pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu semasa hamil.
Manakala, keadaan selepas lahir pula dipengaruhi oleh gaya pemakanan sama ada sihat
atau tidak sihat, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan sebaya, amalan dan
kegiatan harian, budaya, media massa dan sosial.
3

2.0 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK HINGGA AWAL


REMAJA
Terdapat beberapa teori-teori perkembangan yang dikemukakan oleh ahli psikologi iaitu teori
tentang perkembangan kognitif, emosi, rohani, moral, bahasa dan sebagainya. Antara teori
yang membincangkan tentang perkembangan awal kanak-kanak hinggalah remaja ialah:

2.1 TEORI PERKEMBANGAN JEAN PIEAGET (KOGNITIF)

Jean Piaget seorang ahli biologi telah mengemukakan satu teori tentang perkembangan
kanak-kanak yang terbahagi kepada empat peringkat. Hal ini dibuktikan melalui Huitt, W., &
Hummel, J. (2003) iaitu:

“Piaget's research methods were based primarily on case studies (i.e., they
were descriptive). While some of his ideas have been supported through
more correlational and experimental methodologies, others have not. For
example, Piaget believed that biological development drives the movement
from one cognitive stage to the next. Data from cross-sectional studies of
children in a variety of western cultures seem to support this assertion for the
stages of sensorimotor, preoperational, and concrete operations (Renner,
Stafford, Lawson, McKinnon, Friot & Kellogg, 1976).”
Berdasarkan kenyataan di atas, Piaget telah menjalankan kajian terhadap terhadap kognitif
kanak-kanak dan merumuskan bahawa terdapat empat peringkat perkembangan kanak-
kanak iaitu, peringkat sensori motor, pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal.

Pada peringkat sensori motor iaitu pada umur 0 hingga 2 tahun, kanak-kanak hanya
menggunakan deria dan pergerakan untuk mempelajari persekitarannya. Dalam hal ini, bayi
mempunyai skema mudah iaitu satu struktur asas yang mana mewakili pengetahuan mental
seseorang tersebut. Skema bayi pada peringkat ini ialah menghisap dan menggenggam
tangan.

Peringkat seterusnya iaitu pra-operasi bermula daripada umur 2 hingga 7 tahun.


Pada peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan minda mereka dalam membentuk-
membentuk skema yang baharu. Hal ini bermaksud skema sebelumnya akan diubahsuai
dan bertambah luas. Dalam erti kata yang lebih mudah, minda kanak-kanak mula
berkembang dan mereka mula meneroka persekitarannya. Namun, pemahaman mereka
terhadap objek bergantung pada ciri-ciri yang wujud atau nyata (intuitif). Pada peringkat ini
juga, Piaget menyatakan kanak-kanak tidak mampu berfikir secara rasional dan bersifat
egosentrik iaitu mementingkan keperluan sendiri sahaja tanpa mengendahkan keperluan
orang lain (Noresah, 2015). Mereka beranggapan bahawa semua orang mempunyai minat
4

yang sama seperti mereka contohnya menonton rancangan televisyen yang bersifat kartun
atau fantasi.

Seterusnya, peringkat ketiga iaitu operasi konkrit yang mana berlaku pada umur 7
hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak hanya boleh melaksanakan kebolehan
logik ini dalam keadaan konkrit. Hal ini bermaksud mereka hanya boleh belajar daripada
benda yang wujud (maujud) di hadapan mereka. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat
berfikir secara logik dan mampu menguasai konsep pengekalan (mengetahui jumlah air yang
sama jika dituang dari satu cawan ke cawan yang lebih tinggi dan tirus). Pada peringkat ini
banyak berlaku proses asimilasi dan akomodasi ke dalam skema mereka untuk
menyeimbangkan pengetahuan mereka sejurus menambahkan daya kognitif mereka.

Peringkat perkembangan yang terakhir iaitu operasi formal bagi peringkat awal
remaja pada umur 12 tahun ke atas. Pada peringkat ini, mereka mampu membuat andaian
dan jangkaan berdasarkan fakta dan mampu berfikir secara abstrak serta sistematik. Selain
itu, mereka juga berupaya untuk membuat pendapat dan mencari jalan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Namun, mereka juga bersikap egosentrik dan sukar
menerima pendapat orang lain.

Maka, dapat dirumuskan bahawa Piaget menyatakan bahawa perkembangan kogntif


kanak-kanak bermula daripada benda yang nyata atau konkrit kepada yang lebih abstrak.
Dalam erti kata yang lebih mudah, mereka mempunyai daya pemikiran daripada yang
mudah sehinggalah kepada yang lebih kompleks.

2.2 TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERIKSON (SOSIOEMOSI)

Erik Erikson pula membahagikan tahap perkembangan manusia kepada lapan peringkat
(Wong et all, 2016). Namun, bagi perkembangan kanak-kanak sehingga awal remaja,
terdapat lima peringkat. Peringkat pertama ialah percaya lawan tidak percaya yang mana
kanak-kanak pada waktu ini berumur dari 0 hingga 18 bulan. Pada peringkat ini,
perkembangan bayi adalah penting kerana bayi mula belajar untuk mempercayai atau tidak
mempercayai orang lain. Sekiranya pengasuh menjaganya dengan baik, bayi tersebut yakin
terhadap penjaganya.

Peringkat kedua pula ialah autonomi melawan malu atau sangsi yang mana pada
peringkat ini kanak-kanak berusia 18 bulan hingga tiga tahun. Peringkat ini tertumpu pada
5

keyakinan diri dalam kalangan anak-anak. Ibu bapa seharusnya memberi sedikit kebebasan
kepada anak pada peringkat ini untuk menimbulkan rasa yakin dalam diri mereka.
Sekiranya, kanak-kanak sentiasa dikawal dan disekat kebebasannya, mereka akan sentiasa
ragu-ragu, malu dan sering mempersoalkan kebolehan diri mereka sendiri.

Peringkat seterusnya ialah inisiatif melawan bersalah iaitu pada umur tiga hingga
enam tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak ingin mencuba dan meneroka sesuatu yang
baharu serta mencabar selain mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi dalam diri mereka.
Mereka suka melakukan kerja-kerja orang dewasa. Sekiranya, ibu bapa tidak memberi
dorongan atau sokongan kepada mereka, kanak-kanak akan rasa bersalah dan mereka
tidak lagi berani untuk berinisiatif dalam melakukan sesuatu yang baharu.

Kemudian, peringkat keempat ialah kecekapan lawan rasa rendah diri iaitu pada
umur enam hingga 12 tahun. Peringkat ini ialah peringkat kanak-kanak tersebut menjadi
murid yang mempelajari dan membentuk kemahiran-kemahiran yang tertentu iaitu
kemahiran fizikal, sosial dan bahasa. Guru memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan kemahiran kanak-kanak pada peringkat ini untuk melahirkan sifat cekap
dalam diri mereka sejurus mencegah rasa rendah diri dalam diri kanak-kanak.

Peringkat bagi remaja iaitu pada umur 12 hingga 18 tahun ialah peringkat identiti
melawan kekeliruan. Pada peringkat perkembangan ini, remaja akan mula membentuk
identiti mereka tersendiri yang mana turut mengalami perubahan biologi serta hormon dalam
badan mereka. Mereka juga mulai sedar tentang peranan mereka, nilai dan adab dalam
perhubungan sesama mereka. Dalam erti kata yang lain, remaja pada peringkat ini mulai
menuju kepada proses kematangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah, matang dalam
mengambil tindakan dan pertuturan dan sebagainya. Kegagalan perkembangan dalam
peringkat ini akan melahirkan kekeliruan dalam diri mereka terutamanya dalam membuat
pilihan, contohnya dalam bidang pekerjaan.

Maka dapat dirumuskan, teori yang diperkenalkan oleh Erik ini memenuhi prinsip-
prinsip dalam perkembangan iaitu kegagalan perkembangan kanak-kanak pada satu
peringkat akan mempengaruhi peringkat yang lain. Contoh faktor keluarga iaitu kanak-
kanak sering melihat ibu bapanya yang kerap bergaduh di rumah turut memberi kesan pada
usia remajanya yang mana individu tersebut akan lebih agresif dan cepat memberontak.

2.3 TEORI PERKEMBANGAN LAWRENCE KOHLBERG (MORAL)


6

Saul McLeod (2013) menyatakan bahawa Lawrence Kohlberg bersetuju dengan teori Piaget
perkembangan moral pada dasarnya kemudian beliau membangunkan idea-ideanya
tersendiri. Kohlberg pada tahun 1984 membina satu model perkembangan moral
berdasarkan teori Piaget yang mana turut menghuraikan perkembangan moral yang
ditentukan oleh perkembangan kognitif. Dalam erti lata yang lain, cara seseorang individu
menyelesaikan atau mempertimbangkan isu moralnya adalah bergantung pada
perkembangan kognitifnya. Kohlberg membahagikan tiga tahap bagi perkembangan sosial-
emosi bagi awal kanak-kanak sehinggalah remaja.

Tahap pertama iaitu Moraliti Prokonvensional iaitu pada peringkat awal kanak-kanak.
Tahap ini terbahagi kepada dua iaitu peringkat pertama ialah Orientasi Hukuman. Pada
peringkat ini, kanak-kanak akan mematuhi peraturan untuk mengelakkan hukuman daripada
penjaganya. Pada peringkat kedua iaitu peringkat Orientasi Ganjaran, kanak-kanak
mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran dalam bentuk hadiah atau pujian.

Tahap kedua bagi kanak-kanak ialah Moraliti Konvensional yang juga terbahagi
kepada dua peringkat iaitu peringkat Orientasi Kanak-kanak Baik dan peringkat Orientasi
Autoriti. Pada peringkat ketiga iaitu Orientasi Kanak-kanak Baik, mereka mematuhi
peraturan mengikut kebenaran. Dalam hal ini, kanak-kanak bersikap baik dalam mengikut
persetujuan orang lain. Manakala pada peringkat keempat iaitu Orientasi Autoriti, kanak-
kanak mematuhi sepenuhnya peraturan dan undang-undang dalam masyarakat. Hal ini
kerana mereka ingin mengelakkan hukuman atau denda yang bakal dikenakan kepada
mereka sekiranya mereka gagal mematuhinya.

Tahap yang terakhir iaitu Moraliti Lepas Konvensional pada usia remaja yang juga
terbahagi kepada dua peringkat. Peringkat pertama (kelima) iaitu Orientasi Kontrak Sosial.
Individu tersebut akan memahami kepentingan mematuhi peraturan atau undang-undang
iaitu memenuhi keperluan ketenteraman sosial. Individu ini juga mengakui bahawa
peraturan boleh diubahsuai sekiranya keadaan sesuai. Peringkat yang terakhir pula ialah
Moraliti berdasarkan Prinsip Individu dan Hati Nurani. Peringkat ini bergantung pada diri
individu itu sendiri sama ada seorang yang berprinsip atau tidak dalam dirinya. Individu
tersebut mungkin melanggar peraturan masyarakat sekiranya peraturan tersebut
bercanggah dengan kod etika peribadinya.
7

3.0 RUMUSAN

Berdasarkan beberapa pendapat tokoh dalam 2.0, dapat dirumuskan bahawa


perkembangan kanak-kanak sehingga remaja ialah secara berterusan dan semakin maju
sama ada dari segi fizikal, kognitif, sosial, emosi mahupun moral. Bagi pertumbuhan fizikal,
ia bermula daripada peringkat pranatal hinggalah akhir remaja. Bagi perkembangan kognitif,
kanak-kanak semakin menguasai kemahiran berfikir dengan baik dan keupayaan untuk
memproses peristiwa atau pengalaman semakin bertambah. Kanak-kanak semakin dapat
berfikir secara abstrak sekiranya mencapai tahap-tahap tertentu dalam perkembangan
pemikirannya. Kanak-kanak juga dapat berfikir terhadap perkara yang mudah kepada yang
kompleks serta daripada umum kepada yang khusus.

Bagi perkembangan sosioemosi yang mana ditentukan oleh kejayaan atau


kegagalan dalam hidup kanak-kanak tersebut Oleh itu, adalah penting bahawa komuniti
iaitu ibu bapa, guru, rakan, dan masyarakat untuk memahami perkembangan sosiaemosi
kanak-kanak. Hal ini bagi melahirkan individu yang sentiasa berfikiran positif, berkeyakinan
dan dapat mengawal emosi dengan baik.

Perkembangan moral atau nilai bagi kanak-kanak pula secara ringkasnya melibatkan
justifikasi individu dalam menyelesaikan masalah. Penaakulan iaitu membuat pertimbangan
dengan teliti dan logik akan hadir dalam diri kanak-kanak sekiranya perkembangan kognitif
individu tersebut berkembang dengan baik. Hal ini kerana penaakulan moral berkait rapat
dengan perkembangan pemikiran sesorang individu. Dalam erti kata yang lebih mudah,
perkembangan seseorang individu itu dipengaruhi oleh perkembangan yang lain.

Perkembangan dari semua aspek ini sangat penting bagi melahirkan individu yang
seimbang dari aspek jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Oleh itu, semua pihak
perlulah berganding bahu dalam memaksimumkan perkembangan bagi generasi muda.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2015) menyatakan bahawa pihak sekolah dan komuniti iaitu ibu
bapa serta masyarakat luar perlulah bekerjasama dalam membentuk peribadi generasi
muda pada waktu kerana merekalah yang bakal memegang tampuk kepemimpinan pada
masa hadapan.
8

4.0 RUJUKAN

Huitt, W., & Hummel, J. (2003) Piaget's Theory of Cognitive Development. Educational
Psychology Interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University. Diakses pada 5
September daripada http://www.edpsycinteractive.org/topics/cognition/piaget.htm

Mok Soon Sang. (2013). Perkembangan Kanak-kanak Edisi Ketiga. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Noresah Baharom. (2015). Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Saul McLeod (2013). Kohlberg. Diakses pada 10 September daripada


http://www.simplypsychology.org/kohlberg.html

Siti Kholila Roslan. (2016). Manusia dalam Al-Quran. Jabatan Islam Selangor (Jais).
Diakses pada 4 September 2016 daripada http://www.jais.gov.my/article/manusia-
dalam-al-quran

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. (2015). Pengantar Pengajian
Profesional. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

Wong Kiet Wah, Mohamad Isa Azis, Rafidah Ruhani. (2016). Siri Pendidikan Guru:
Perkembangan Kanak-kanak Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zainuddin Abu Bakar. (2008) Teori-teori Perkembangan. Diakses pada 5 September


daripada http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

You might also like