You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

MEMOHON BANTUAN
KEWANGAN BAGI
PROGRAM PECUTAN
AKHIR UPSR SEKOLAH
KEBANGSAAN LANAI
2016
1.0 PENGENALAN

Program pecutan akhir UPSR merupakan program yang dirangka


khusus oleh pihak sekolah untuk memastikan sekolah mencapai target yang
ditetapkan iaitu 48% lulus , 2 orang mendapat 6A dengan pencapaian GPS
sebanyak 3.38. Beberapa inisiatif telah diambil oleh pihak sekolah dengan
menyediakan program-program kecemerlangan untuk membantu murid mencapai
target daan memastikan program-program yang dirangka berjalan dengan lancar
dengan melibatkan guru-guru dan murid-murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Lanai.

2.0 OBJEKTIF
1. Memastikan 12 orang murid lulus sekurang-kurangnya 6D semua mata
pelajaran
2. Memastikan 2 orang murid mendapat 6A
3. Memastikan GPS 3.52 kepada 3.38
4. Mendorong motivasi murid untuk belajar

3.0 TENTATIF PELAKSANAAN


Tarikh : 11 Julai – 4 September 2016
Tempat : Kelas Tahun 6 dan Dewan Makan SK Lanai
Masa : Rujuk lampiran A

4.0 SASARAN
Semua murid tahun 6 SK Lanai

5.0 PROGRAM PECUTAN AKHIR UPSR


1. Cakna pagi
2. Kelas bimbingan berfokus - petang
3. Kelas ulangkaji malam - prep
4. Kelas bimbingan berfokus -sabtu

6.0 JADUAL PROGRAM


Rujuk lampiran B
7.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PECUTAN UPSR 2016 SK LANAI
Penaung : En. Tajuldin bin Yaa’kob
Penasihat : En. Zuber bin Omar (GPK 1)
Penyelaras : Cik Nik Noradilla binti Zakaria
AJK pelaksana : Rujuk Lampiran C

8.0 SUMBER KEWANGAN

1. Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) = RM 2000


2. Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) = RM 3000

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Bil. PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH

1. - Saguhati RM 50 25 org RM1250

- Bahan
2. RM 5 12 unit X 25 orang RM 1500

- Ganjaran
murid

3. - makanan

RM 40 25 orang RM 1000

4. RM 50 25 orang RM 1250

JUMLAH RM 5000
10.0 PENUTUP

Diharapkan dengan adanya bantuan kewangan bagi melancarkan program ini,


semua murid tahun 6 dapat menimba ilmu sebanyak mungkin sebelum peperiksaan
UPSR. Kelas tambahan berfokus dan terancang penting agar murid-murid dapat
mengulanggkaji dan membuat latih tubi dengan lebih berkesan

Disediakan oleh:-

...........................................
Nik Noradilla Binti Zakaria,
Penyelaras Tahun 6,
Sekolah Kebangssaan Lanai.

Disahkan oleh :-

……………………………….
Tajuldin Bin Yaa’kob,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Lanai.

You might also like