You are on page 1of 2

REFLEKSI BINA INSAN GURU

LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

Pada 18 Oktober 2011 bersamaan hari Selasa, seramai 38 orang guru pelatih
dari kumpulan PISMP Pengajian Sosial dan kumpulan PISMP Pra Sekolah, IPG
Kampus Rajang telah mengadakan lawatan penanda aras (benchmarking)
pengurusan dan pentadbiran sekolah dan guru cemerlang di Maktab Rendah Sains
Mara (MRSM) Betong, Sarawak. Lawatan tersebut telah diiringi oleh tiga orang
pensyarah iaitu Encik Abdul Hadi bin Haji Ishak, Encik Bekarang Inggas dan Encik
Ab Razak bin Mohd Amin.

Setibanya kami di MRSM Betong, kami telah disambut baik oleh pihak
pengurusan MRSM Betong, yang terdiri daripada pengetua MRSM Betong, Encik
Zabidin, Timbalan Pengetua Cawangan Akademik MRSM Betong, Puan Yusliza dan
TimbalanPengetua Cawangan Hal Ehwal Pelajar, Encik Wan Mustapha. Program
lawatan tersebut bermula dengan ceramah pengurusan dan pentadbiran oleh
Timbalan Pengetua Cawangan Akademik, Puan Yusliza. Beliau telah memberi
penerangan yang amat jelas mengenai pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Ceramah ini sedikit sebanyak memberi guru pelatih pendedahan serta ilmu
pengetahuan yang amat berharga sewaktu menempuh alam pekerjaan kelak.

Pengisian program yang seterusnya merupakan perkongsian bersama guru


cemerlang MRSM Betong. Sebanyak 3 orang guru cemerlang telah dijemput iaitu
Puan Rohaya yang merupakan guru pakar Bahasa Melayu, Puan Salawati, guru
pakar Matematik dan Encik Safrin, guru pakar Kimia. Sememangnya perkongsian
bersama ketiga-tiga guru cemerlang tersebut amat memberi impak yang mendalam
kepada guru pelatih dalam menjadi seorang guru yang mampu menabur bakti untuk
mendidik anak bangsa. Kegigihan ketiga-tiga guru tersebut wajar dijadikan contoh
kepada guru pelatih dalam menjadi seorang guru yang berdedikasi. Pekerjaan guru
bukanlah hanya untuk menyara hidup semata-mata tetapi pekerjaan guru adalah
bagi membentuk generasi anak bangsa yang berjaya.
Guru pelatih juga telah mendapat tips-tips dalam menjadi guru cemerlang
dimana kunci utama adalah keikhlasan dalam mendidik anak murid. Tanpa
keikhlasan, sukar bagi guru membentuk anak bangsa yang mampu berbakti kepada
negara. Sepanjang pelaksanaan program bina insan guru tersebut, terdapat
beberapa kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenalpasti. Antara kekuatan
pelaksanaan program bina insan guru kali ini adalah guru pelatih dapat manfaat
daripada pengisian program tersebut. Pendedahan mengenai pengurusan dan
pentadbiran sekolah mampu memberi guru pelatih ilmu pengetahuan mengenai
pengurusan sesebuah sekolah kelak. Selain itu, melalui perkongsian bersama guru-
guru cemerlang, guru pelatih dapat mengetahui tips-tips menjadi guru cemerlang.

Selain itu, terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti sepanjang


pelaksanaan program bina insan guru pada kali ini. Antaranya adalah tempoh masa
lawatan yang agak singkat. Selain itu, program bina insan guru pada kali ini juga
tidak dimaklumkan pada masa yang awal.

Justeru itu, cadangan penambaikan bagi beberapa aspek kelemahan tersebut


adalah dengan memanjangkan tempoh masa lawatan bagi memberi impak dan
pengalaman yang lebih berharga kepada guru pelatih. Selain itu, notis
pemberitahuan program hendaklah sekurang-kurang 2 minggu lebih awal bagi
memastikan persediaan yang lebih rapi dapat dilaksanakan.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh

__________________

(Muhammad Isamuddin bin Poster)

You might also like