You are on page 1of 1

PEMENTASAN LEGAL THEATRE 2.

0
FAKULTI SYARIAH DAN UNDANG- UNDANG
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
BANDAR BARU NILAI,71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

________________________________________________________________________________________

Pejabat Timbalan Naib Canselor


Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Sains Islam Malaysia
71800 Bandar Baru Nilai
Negeri Sembilan 28 Februari 2019

Assalammualaikum WBT

Tuan/Puan,

MEMOHON KELULUSAN UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI PENAJAAN SEMPENA PEMENTASAN


LEGAL THEATRE 2.0 2019

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam
Malaysia sedang merencanakan persediaan bagi melaksanakan Program Pementasan “MANSAF Legal
Theatre 2.0 (Teater Undang-undang)” yang dianjurkan oleh mahasiswa/i Fakulti Syariah dan Undang-Undang
USIM di Dewan Kuliah Pusat 4 USIM pada 27 dan 28 April 2019.

3. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan sebuah pementasan hasil adaptasi kes sebenar yang
berlaku, seterusnya memberi kesan kepada penguatkuasaan undang-undang Malaysia.

4. Justeru itu, kami dengan penuh rasa hati ingin memohon kelulusan pihak tuan/puan bagi meluluskan
aktiviti penajaan bagi melancarkan dan merealisasikan program ini.

5. Bersama surat ini disertakan salinan kertas kerja program yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa
Aktiviti Pelajar (JKAP) Fakulti Syariah dan Undang-undang sebagai rujukan pihak tuan/puan.

6. Segala kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan jutaan terima
kasih.

‘BERILMU, BERDISIPLIN, BERTAKWA’

Yang Menjalankan Tugas,

___________________________________

(SYAUQI MARDIA BIN BAHARUDIN)


Setiausaha 1,
Program Pementasan Legal Theatre 2.0,
Sarjana Muda Undang-Undang dan Syariah,
Fakulti Syariah & Undang-Undang,
Universiti Sains Islam Malaysia.

You might also like