You are on page 1of 3

NURAINI BINTI MOHD YUNUS (AIL180039)

Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 disumbangkan oleh kejayaan


gerakan nasionalis dan bukan hadiah daripada British. Analisiskan penyataan
tersebut.

PENGENALAN
 Nasionalisme - satu gerakan yang bersifat tempatan yang menuju ke arah
pembentukan sebuah negara bangsa.
 Tempatan - sesuatu yang lahir dan membesar sebagai satu gerakan yang
mengambil kira segala bentuk, corak, rupa, unsur serta isu tempatan yg penting.
 Terdapat 3 kumpulan yang telah - kumpulan radikal melayu
- kumpulan konservatif
- orang bukan melayu

Tahap-tahap kebangkitan nasionalisme

TAHAP 1 (1941 - 1945)


 Peranan golongan radikal melayu
- Ibrahim Hj Yaakob
- Dr. Burhanuddin Al-Helmy
- Ishak Haji Mohamad
 Kesatuan Melayu Muda (KMM)
- Menjalankan dasar anti British
- Jepun mengambil kesempatan menjanjikan kemerdekaan kepada golongan tersebut.
- Namun sifat radikal telah musnah
- Jepun mengharamkan KMM (Jun 1942) - menuntut kemerdekaan kpd Jepun.
 Golongan kanan
- Terdiri daripada pembesar melayu dan raja raja melayu
- British mewujudkan dasar pecah dan perintah
- Golongan ini diberikan kedudukan sosioekonomi dan status sosial yang tinggi
- Perundangan dan pentadbiran yang dibenarkan oleh british.
 Kedua dua golongan ini berkerjasama untuk menyokong Jepun
 Usaha untuk mendapatkan kemerdekaan dgn Indonesia diketuai oleh golongan
kiri dengan sokongan golongan kanan.
 Penubuhan KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung)
- Untuk melaksanakan usaha mendapatkan kemerdekaan bersama Indonesia.
 IBHY memasukkan nama anggota golongan kanan untuk membantu beliau
- Dato’ Onn Jaafar
- Dato’ Hamzah Abdullah
- Raja Kamaruzzaman
Tahap 2 (1946 - 1948)
 Memperlihatkan pertentangan sengit antara tiga kumpulan
Penubuhan Malayan Union ( Januari 1946)
- Satu penajajah politik ke atas Tanah Melayu
- Dasar eksekutif dan perundangan diambil alih oleh parlimen British
- Negeri melayu bakal menjadi tanah jajahan mahkota British.
 Menimbulkan dua reaksi
- Orang melayu yang sederhana dan konservatif, Malayan Union ditentang habis-
habisan - UMNO
- Golongan radikal melayu menyokong Malayan Union - PKMM
- pertentangan dan perebutan kuasa di antara dua buah parti politik
Dalam perebutan itu, UMNO telah dapat mengalahkan PKMM dan menjadi wakil
politik melayu kepada British.
Penubuhan PKMM ( Oktober 1945)
- Campur tangan Parti Komunis Malaya (PKM) yang sedang menjalankan dasar
berbaik-baik dan masuk kedalam parti politik kiri melayu.
- Dasar politik PKMM - menegakkan Indonesia Raya
- menyokong Malayan Union
- berkerjasama dengan bangsa lain
Penubuhan UMNO ( Mei 1946)
- 11hb Mei 1946 - Kongres Melayu Se-Malaya (Johor Bharu)
- Dato’ Onn Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama
- Dasar UMNO - menentang Malayan Union
- mendesak British mengembalikan semula status quo raja raja melayu,
negeri melayu dan rakyat melayu
- Dianggotai oleh pertubuhan negeri melayu dan persatuan sosioekonomi masyrakat
melayu
Gabungan PUTERA-AMCJA (1947)
- melahirkan perlembagaan Perlembagaan rakyat
- konsep yang lebih moden daripada UMNO namun ditolak oleh british
Undang undang Darurat (1948)
- kewujudan pelbagai pertubuhan yang mencabar kuasa politik British
- mengharamkan pertubuhan pertubuhan tersebut
- memberi kesan yang positif kepada UMNO

Tahap 3 (1949 - 1951)


 Dato’ Onn Jaafar melaksanakan konsep negara bangsa setelah dpt menegakkan
semula status quo.
 Mencadangkan parti kebangsaan bagi persekutuan tanah melayu
 Membuka keahlian UMNO kepada orang bukan melayu dengan menukarkan
struktur partinya iaitu daripada melayu kpd berbilang bangsa namun ditentang.
 Dato’ Onn telah pun meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.
 Penubuhan Parti IMP
- Cina IMP tidak boleh menerima dasar Dato’ Onn untuk menjadikan orang melayu
sebagai teras politik dan negara Persekutuan Tanah Melayu
- MIC juga turut keluar kerana kelambatan beliau untuk memerdekakan Pesekutuan
Tanah Melayu.
- kegagalan IMP menjadi petunjuk kepada Tunku Abdul Rahman untuk memilih
konsep kerjasama parti perkauman seperti perikatan
 Penubuhan Parti Negara
- gagal mendapat kemenangan politik kerana menjalankan dasar politik pro
melayunyayang sangatm dominan.
- masih mempertahankan hak orang melayu.

Tahap 4 (1951-1957)
- Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO untuk membentuk satu konsep
kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu yang berdasarkan struktur Malayan.
- kerjasama parti-parti politik perkauman yang bergabung dalam sebuah gabungan
parti yang besar.
- Parti Perikatan (Januari 1952) - gabungan parti politik iaitu UMNO, MCA dan
MIC
- menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur (Februari 1952).
- berjuang untuk menamatkan darurat, memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
dan memenangi pilihan raya Umum.
- 1953 - Parti Perikatan sebagai sebuah parti politik yang paling berpengaruh.
- British menyokong parti ini kerana ia mewujudkan perpaduan kaun dan kestabilan
ekonomi dan sekaligus memudahkan mereka menyediakan Tanah Melayu untuk ke
arah berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
- Semasa pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur tahun 1952, Parti Perikatan yang
dianggotai oleh UMNO dan MCA telah berjaya memenangi 9 daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan .Manakala 2 kerusi dimenangi oleh Parti IMP dan satu kerusi lagi
dimenangi oleh seorang calon bebas.
- 1955 - MIC menyertai Parti Perikatan - bertanding dalam Pilihan Raya Majlis
Perundangan Persekutuan
- Memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihan raya itu.
- Kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah diperolehi dengan saluran perlembagaan dan
ianya juga hendaklah dicapai dalam masa dua tahun selepas pilihan raya tersebut.
- Pendekatan politik sama rata di antara UMNO, MCA, MIC dalam Perikatan telah
membolehkan negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
- Kemenangan ini membuka jalan kepada pemerintahan sendiri. Tunku mengetuai
Parti Perikatan membentuk kerajaan yang terdiri daripada 10 orang menteri iaitu 6
ahli UMNO , 3 ahli MCA dan 1 ahli MIC.
- Menurut perjanjian Persekutuan Tanah Melayu akan Merdeka pada 31 Ogos 1957.

Kesimpulan
- Hasil daripada tekanan nasionalis dan gerakan nasionalisme melalui penubuhan
parti-parti yang bermatlamat ke arah kemerdekaan.
- Perpaduan kaum yang berjaya disatukan di bawah parti Perikatan yang menjadi asas
dan tunjang kepada perpaduan pada masa kini.
- Membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah yang telah lama
bersenang-lenang di bumi ini.
- Selain faktor tekanan daripada nasionalis ada juga beberapa faktor lain yang sama
penting yang turut menyumbang ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

You might also like