You are on page 1of 8

1.

0 Pengenalan:

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis simpanan pendidikan yang telah

ditawarkan oleh syarikat-syarikat besar di pasaran Malaysia. Kebiasaannya syarikat-

syarikat ini merupakan syarikat-syarikat dari bank dan syarikat-syarikat insurans.

Walaubagaimanapun, setiap satu daripada syarikat ini mempunyai keistimewaannya

yang tersendiri dalam pakej simpanan pendidikannya yang menjadi kelebihanannya

daripada syarikat yang lain. Terdapat syarikat yang menawarkan pakej simpanan

pendidikan yang memberikan pakej simpanan sahaja dan ada yang memberikan

pakej simpanan dan insurans.

2.0 Nota Ringkas Jenis-Jenis Simpanan Pendidikan:

Jenis-Jenis
SSPN1M-i Plus Sun EduSmart PruBSN SmartLink
Ciri-ciri

Persamaan

Konsep Mengamalkan konsep simpanan secara komitmen bulanan

Simpanan

Pelepasan Menyediakan pelepasan taksiran cukai pendapatan keatas simpanan

Taksiran bersih tahun semasa

Cukai

Perbezaan

Bank Terlibat PTPTN CIMB BSN

Komitmen 1. Intan – RM30 Bergantung kepada Bergantung kepada

Bulanan 2. Delima – RM50 pelanggan mengikut pelanggan dengan

3. Topas – RM100 manfaat matang bayaran serendah

4. Zamrud – RM 200 terjamin yang dipilih. RM50 sebulan atau

1
5. Nilam – RM300 lebih mengikut umur

6. Berlian – RM500 dan status pekerjaan

pelanggan.

Keistimewaan 1. Menawarkan 1. Menawarkan 1. Menawarkan

pembiayaan dana Education jaminan

pendidikan Booster. pendidikan

PTPTN 2. Menawarkan 2. Menawarkan

2. Menawarkan anugerah perolehan Bonus

pertandingan pendidikan Loyalti sebanyak

Cabutan Bertuah kepada 5% daripada

bulanan, sukuan pelanggannya sumbangan

dan tahunan. yang cemerlang perlindungan

dalam tahunan.

pembelajaran. 3. Menawarkan

anugerah Bonus

EduSmart kepada

pelanggannya

yang cemerlang

dalam

pembelajaran.

Manfaat Manfaat takaful yang Manfaat takaful Manfaat takaful yang

Takaful diberikan ialah yang diberikan ialah diberikan ialah

kematian, hilang kematian dan hilang kematian, hilang

upaya, penyakit upaya menyeluruh upaya, penyakit

kritikal, elaun dan kekal. kritikal, elaun

kemasukan hospital kemasukan hospital

dan khairat kematian. dan khairat kematian.

2
Andaian 4.25% setahun 4% setahun dan 9% hingga 11%

Purata bertambah setiap setahun

Dividen tahun

3.0 Laporan Lengkap:

Menurut soalan, keluarga Adam bercadang untuk menubuhkan dana terikat

sebagai tabung pendidikan untuk anaknya yang berumur 7 tahun. Mereka bercadang

untuk mengumpulkan dana sejumlah RM100 000 yang akan disimpan secara

berkala sehingga anaknya berumur 17 tahun. Oleh itu, mereka sepatutnya memilih

simpanan pendidikan yang diterbitkan oleh bank CIMB iaitu Sun EduSmart. Hal ini

kerana Sun EduSmart mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu

menawarkan dana Education Booster. Dana Education Booster merupakan amaun

wang tambahan tidak terjamin yang akan dibayar selain daripada Manfaat Matang

Terjamin apabila polisi matang, dan tidak dapat dikeluarkan sebelum polisi matang.

Jadual 1: Contoh Ilustrasi Dana Education Booster daripada risalah

3
Berdasarkan jadual 1 yang merupakan contoh ilustrasi dana education

booster yang terdapat dalam risalah, dapat diketahui bahawa ini merupakan satu

simpanan pendidikan yang memberikan pakej simpanan dan insurans. Pada

awalnya, pemilik memilih jumlah yang diinsuranskan sebanyak RM62,000 dengan

kadar bayaran premium bulanan sebanyak RM249.40 dalam tempoh matang selama

20 tahun. Oleh itu, selepas dikira unjuran jumlah amaun dalam dana Education

Booster apabila matang dan ditambah dengan jumlah manfaat matang terjamin,

maka jumlah unjuran pembayaran kematangan yang diterima ialah RM97774.00.

Senario Tinggi

Akhir Tahun Polisi Kadar Tanda Aras Tambahan Tahunan (RM)

1 4.00% 1440.00

2 4.50% 1680.00

3 5.00% 1920.00

4 5.50% 2160.00

5 hingga 10 5.75% 2280.00

Unjuran jumlah

amaun dalam EBF 20880.00

apabila matang (B)

Jumlah premium
79992.00
perlu dibayar

Jumlah unjuran

pembayaran 100880.00

kematangan (A+B)

Jadual 2: Dana Education Booster berdasarkan keluarga Adam

4
Berdasarkan jadual 1, jika diubahkan mengikut kepada kehendak soalan

pula, maka akan terjadi jadual 2. Pada awalnya, keluarga Adam perlu memilih jumlah

yang diinsuranskan sebanyak RM80000 dengan kadar bayaran premium bulanan

sebanyak RM666.60 dalam tempoh matang selama 10 tahun. Oleh itu, selepas dikira

unjuran jumlah amaun dalam dana Education Booster apabila matang dan ditambah

dengan jumlah manfaat matang terjamin, maka jumlah unjuran pembayaran

kematangan yang diterima ialah RM100880.00. Dengan itu, dapatlah keluarga Adam

mengumpulkan dana sejumlah RM100000 yang akan disimpan secara berkala

sebanyak RM666.60 sebulan selama 10 tahun sehingga anaknya berumur 17 tahun

sebagai tabung pendidikan untuk anaknya yang berumur 7 tahun.

Di samping itu, Sun EduSmart juga menawarkan anugerah pendidikan. Oleh

itu, jika anak Adam belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mendapat

markah yang cemerlang dalam UPSR dan SPM, maka Sun EduSmart akan

membayar sekaligus amaun sebanyak RM500 bagi UPSR dan RM1000 bagi SPM.

Dengan ini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga Adam dan

menjadikan anak Adam lebih bersemangat

Selain itu, Sun EduSmart juga menawarkan pelepasan taksiran cukai

pendapatan. Pelepasan cukai ini adalah di bawah premium insurans untuk manfaat

pendidikan sebagai tambahan kepada pelepasan cukai biasa untuk insurans hayat

dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dengan ini, keluarga Adam tidak

perlu risau jika akan berlakunya pengurangan dalam amaun jumlah unjuran

pembayaran kematangan yang akan diterimanya nanti.

Sun EduSmart juga menawarkan manfaat takaful. Manfaat takaful yang

ditawarkan ialah manfaat insurans hayat iaitu apabila kematian atau hilang upaya

menyeluruh & kekal. Oleh itu, apabila berlaku kematian atau hilang upaya

5
menyeluruh & kekal, maka Sun EduSmart akan akan membayar sejumlah amaun

sebanyak jumlah yang diisuranskan atau jumlah premium yang perlu dibayar dan

diukur yang mana lebih tinggi selepas ditambah dana Education Booster. Dengan ini,

keluarga Adam tidak perlu risau jika akan berlakunya kematian atau hilang upaya

menyeluruh & kekal yang tidak diingini terhadap anaknya, keluarga Adam akan

menerima sejumlah amaun yang dapat menampung keperluan keluarga Adam.

Dengan itu, dapatlah keluarga Adam mengumpulkan dana sejumlah

RM100000 yang akan disimpan secara berkala sebanyak RM666.60 sebulan selama

10 tahun sehingga anaknya berumur 17 tahun sebagai tabung pendidikan untuk

anaknya yang berumur 7 tahun dan diikuti dengan pelbagai faedahnya yang lain

yang dapat membantu keluarga Adam.

4.0 Penutup:

Kesimpulannya, terdapat pelbagai jenis simpanan pendidikan yang telah

ditawarkan oleh syarikat-syarikat besar di pasaran Malaysia dan setiapnya

mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Oleh itu, ibu bapa haruslah bijak dalam

memilih jenis simpanan yang ditawarkan di luar sana mengikut kemampuan keluarga

masing-masing agar tidak menjadi satu bebanan ke atas keluarga tersebut di

samping dapat mengumpulkan dana pendidikan yang diperlukan. Tambahan pula,

ibu bapa haruslah membuat kiraan terlebih dahulu dan memahami dengan lebih

mendalam simpanan pendidikan yang hendak dipilih supaya tidak memilih simpanan

pendidikan yang salah dan tidak mencapai dana yang diperlukan serta tidak tertipu

dengan kelebihan-kelebihan yang ditawar oleh simpanan pendidikan sahaja.

6
Rujukan:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia. (2016). SSPN1M-I Plus. Dirujuk

pada 10 Mac 2018 daripada http://www.ptptn.gov.my/docs/Brosur-PTPTN/

Brosur%20Baharu%20SSPN-i%20Plus.pdf

Bank Simpanan Nasional. (2016). Prudential BSN Takaful. Dirujuk pada 10 Mac

2018 daripada https://www.prubsn.com.my/export/sites/prudential-pbtb/.

galleries/PDF/Brochure_Linkseries_2017_BM.pdf

CIMB Bank. (2018). Sun EduSmart. Dirujuk pada 10 Mac 2018 daripada https://www.

cimbbank.com.my/content/dam/cimb-consumer/personal/pdf/Insurance/life-

insurance-pdf/November2016/Sun-EduSmart-Brochure-130616-V2-R1.pdf

7
Lampiran

You might also like