You are on page 1of 5

PERUBATAN TRADISIONAL

Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun nenek moyang kita lagi dan
banyak pengorbanan , keadaan atau cara telah dilakukan dalam usaha mendapatkan
ubat-ubatan yang benar-benar berkesanan .Dalam masyarakat Malaysia kaedah
rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli
yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.
Perubatan tradisional berkembang menjadi salah satu cabang ilmu perubatan
yang penting kerana ia memberi pelbagai sumbangan ke arah
meningkatkan taraf kesihatan negara ini.Perubatan tradisional masih
diperlukan biarpun dunia perubatan semakin canggih.Malahan dalam beberapa jenis
penyakit, sistem perubatan tradisional ternyata lebih berkesan daripada perubatan
moden.
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana
beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang
nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan
pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan
animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan
dan kemodenan begitu kencang bertiup.
Kepercayaan animisme mengajar masyarakat bahawa setiap
penyakit bermula daripada lebihan kecairan ,racun dan pengaruh
makhluk halus.Kalau hendak menyembuhkan penyakit yang sebegitu rupa ,amalan
perubatan tradisional diperlukan .Selain itu, perubatan moden masih gagal mngubati
penyakit ganjil yang berkaitan dengan kuasa ghaib ,misalnya santau ,histeria atau
rasukan hantu.
Iblis dan syaitan boleh menyebabkan pesakit menjadi gila atau hilang akal
seketika waktu,muntah darah atau menjerit-jerit .Penyakit –penyakit ganjil juga boleh
disembuh melalui perubatan tradisional dan memang sukar disembuhkan dengan
perubatan moden.Kaedah perubatan tradisional memang berkesan untuk mengubati
penyakit seperti ini.Oleh sebab itulah golongan seperti ini masih memerlukan perubatan
tradisional dan menolak pengubatan seperti ini.

Perubatan tradional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar
kepada pelbagai penyakit yang berbahaya .Penyakit -penyakit seperti darah tinggi,lelah
,lumpuh ,patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf
kebiasanya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan
perubatan moden.
Sesetengah rawatan perubatan tradisional mendatangkan kesan yang baik
,khasnya dalam mengubati tulang yang patah .Ada bomoh patah atau bomoh tulang
yang dapat menyembuh sakit ini menurut kepakarannya tanpa melalui proses
pembalutan seperti kaedah rawatan perubatan moden.Selain itu pengamal perubatan
tradisional mendakwa bahawa perubatan moden telah gagal menangani penyakit-
penyakit yang berkaitan dengan urat saraf dan angin .
Rawatan tradisional lebih terhasil dan benar-benar menyakinkan masyarakat
.Manakala di kalangan masyarakat Cina, akupunktur dan ubat-an sinseh terkenal sejak
zaman berzaman lagi.Kedua-dua jenis perubatan ini mujarab bagi beberapa
penyakit seperti darah tinggi ,sakit lelah dan lumpuh .Tambahan pula
rawatan akupunktur boleh menggantikan ubat bius dalam proses pembedahan.
Justeru itu masyarakat kini lebih mempercayai kaedah rawatan tradisional
.Lebih-lebih lagi untuk mengubati penyakit-penyakit ayng berbahaya .Dan perubatan
tradisional semakin mendapat sambutan memandangkan kejayaan rawatan dan
penemuan khasiat ubatan tradisional yang mujarab .Sistem rawatan secara tradisional
juga dikatakan amat berkesan untuk menyembuhkan penyakit yang kronik seperti
jangkitan HIV atau AIDS ,penagihan dadah ,kencing manis dan penyakit
mental.Penyakit tersebut sememangnya tidak dapat disembuhkan melalui rawatan
perubatan moden.Untuk penyakit hilang akal atau gila umpamanya ,terdapat bomoh
atau pengamal perubatan tradisional yang mampu untuk menyembuhkannya.
Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan
oleh rawatan tradisional ,bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di
dalam perubatan moden.Dalam penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan
tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan
tradisional .Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan .
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan kerana rata-rata masyarakat masih
lagi belum mampu hendak membiayai belanja dan kos perubatan moden.Bayaran
perubatan tradisional lebih mudah berbanding dengan perubatan moden.Maksudnya
kian canggih dan moden alatan yang digunakan dalam perubatan moden ,kian tingggi
pula kos yang terpaksa ditanggungkan oleh orang ramai.Contohnya kos sebanyak
RM20,000 yang diperlukan untuk merawat sakit lemah jantung dengan menggunakan
laser.
Memang kesan perubatan begini dapat memberi impak yang cepat dan tepat
,tetapi dengan kos yang tinggi itu,berapa orangkah yang mampu membiayainya ?Bagi
rawatan tradisional ,bayarannya murah kerana perkhidmatan ini berlandaskan niat
ingin menolong dan bukan semata-mata mengaut keuntungan .Maka ,bayaran biasanya
mengikut keikhlasan dan kemampuan pesakit .Dari segi rawatan pula ,perubatan
tradisional tidak diperlukan alat-alat yang mungkin berharga beribu-ribu ringgit ,tetapi
perbelanjaan perubatan lebih murah dengan menggunakan ramuan tertentu sahaja.
Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-
ubatan tradisional yang murah.bayaran yang murah dalam perubatan tradisional, boleh
mengurangkan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengalihkan
perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem
perubatan tradisional masih diperlukan lagi.
Sistem perubatan tradisional bukanlah asing kepada para penduduk Di negara
ini.Perubatan cara ini bukan sahaja digunakan oleh masyarakat melayu sahaja,
malahan oleh masyarakat lain seperti India dan Cina.Semua kaum mempunyai
sistem rawatan tradisional masing-masing.
Malahan sering kita dapati orang Cina mendapatkan rawatan daripada Bomoh
atau dukun Melayu, sedangkan orang Melayu pula mendapatkan rawatan daripada
sinseh dan bomeh Cina .Ini membuktikan bahawa sistem rawatan tradional ini
digunakan secara menyeluruh oleh masyarakat dan tidak terhad kepada sesuatu kaum
sahaja.Hakikat bahawa amalan ini ada
pada semua kaum menunjukkan sistem rawatan lama ini juga berkesan
untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Selain itu sistem rawatan tradisional ini masih diperlukan di negara ini masih
diperlukan di negara ini kerana bagi masyarakat luar bandar sistem perubatan seperti
itu sudah sebahagian daripada kepercayaan mereka. Bagi masyarakat yang tinggal di
pedalaman dan masih tertinggal dalam arus pembangunan moden,sistem perubatan
tradisional adalah warisan nenek moyang sejak zaman-berzaman lagi.
Dalam semua jenis penyakit,mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada
bomoh atau dukun untuk menyembuhkannya.Kepercayaan ini telah dibuktikan benar
melalui pengalaman sehari-harian mereka .Mereka berpegang kepada amalan dalam
agama Islam bahawa tidak boleh disembuhkan.
Kesimpulannya,kemajuan ilmu dan materialistik yang kita capai, Kita tidak
seharusnya menyebabkan kita melupkan sistem perubatan Tradisional.Jelaslah
bahawa perubatan tradisional.Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat
yang besar untuk kesejahteraan dan kehidupan manusia.Pendek kata perubatan
tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang .Ia seharusnya diterima
sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden
demi meninggikan
mutu perubatan di negara ini.

Kebelakangan ini,kaedah perubatan tradisional semakin popular dan mendapat tempat dalam
kalangan pengguna.Hal ini demikian kerana penemuan pengamal perubatan tradisional tempatan
tentang khasiat ubat-ubat tradisional ini.

Umum telah sedia mengetahui bahawa ubat tradisional menggunakan bahan semula jadi seperti
akar kayu,tumbuh-tumbuhan,dan kemenyan yang tidak mempunyai kesan sampingan.Hal ini
berbeza dengan perubatan moden yang menggunakan pelbagai bahan kimia yang diproses
berdasarkan kajian dan kaedah saintifik,contohnya vaksin,antibiotik,antiserum,antiseptik dan
radium yang dapat menjejaskan kesihatan pengguna dalam jangka masa yang panjang.Oleh hal
demikian,risiko untuk mendapat penyakit lain semasa mengamalkan ubat-ubat tradisional agak
rendah.

Selain itu,bahan untuk menghasilkan ubat tradisional mudah diperoleh kerana biasanya terdapat di
sekeliling rumah atau di dalam hutan yang berdekatan.Kebanyakan pengamal perubatan tradisional
menanam tanaman herba seperti pokok misai kucing,tongkat ali,kacip fatimah,dan sebagainya di
rumah.Kebiasaannya ubat tradisional ini dihasilkan sendiri dengan kos yang minimum.Maka tidak
hairanlah harga ubat-ubatan tradisional masih rendah dan berpatutan.Kos perubatan moden sangat
mahal kerana menggunakan ubat dan peralatan canggih.
Selaras dengan promosi semasa,ubat-ubatan tradisional ini mudah mendapat pasaran yang
baik.Satu daripada sebabnya ialah pelantikan stokis-stokis yang menjual produk yang berasaskan
ubat tradisional.Dengan inovasi dari segi kaedah pembungkusan,promosi dan bentuk ubat,maka
tidak hairanlah ubat tradisional terus mendapat sambutan.Apatah lagi dengan pelantikan artis
tempatan sebagai duta produk berkenaan,maka ramai pengguna mencuba produk tersebut.

Kesimpulannya,ubat-ubatan tradisional ini dapat diibaratkan"tak lapuk dek hujan,tak lekong dek
panas".Sambutan pengguna masih baik kerana ramai orang mendapat khasiat semula jadinya
berbanding dengan ubat-ubatan moden.
POSTED BY WENG AT 8:56 PM

3 COMMENTS:

RANGKA KARANGAN
Pendahuluan:

 perubatan semakin canggih


 perubatan tradisional - tumbuhan herba
Isi:
 kos lebih murah dan mudah diperoleh
 mengubati penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden
Penutup:
 manfaat kepada masyarakat
 galakan kerajaan

CONTOH KARANGAN
Kemajuan perubatan di negara kita semakin canggih sama ada perubatan secara moden
yang dilengkapi pelbagai alatan sofistikated. Begitu juga dengan perubatan secara
tradisional yang turut menggunakan tumbuh-tumbuhan herba sebagai penawar kepada
pelbagai jenis penyakit.

Antara kebaikan perubatan secara tradisional ialah kos perubatan yang lebih murah jika
dibandingkan dengan perubatan secara klinikal. Bahan-bahan perubatan diperoleh dari
kawasan tempat tinggal kita. Sebagai contoh, daun belimbing buluh boleh dijadikan ubat
darah tinggi, daun misai kucing dikatakan dapat merawat penyakit kencing manis, daun
bunga raya putih pula dapat menurunkan kepanasan demam.

Selain itu, perubatan tradisional merupakan perubatan alternatif kepada perubatan


moden. Kadang-kadang terdapat penyakit yang tidak dapat diubati dengan perubatan
moden seperti santau. Oleh hal yang demikian, pengamal rawatan tradisional yang dikenali
sebagai bomoh atau tabib akan dirujuk oleh pihak pesakit.

Kini, pihak kerajaan telah menyedari akan kebaikan ubatan tradisional dan menyokong
industri ubatan yang menggunakan tumbuh-tumbuhan herba. Industri ini diharan akan
terus berkembang demi kesihatan sejagat.

You might also like