You are on page 1of 4

2.

1 DEFINISI SENI VISUAL

Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, seni membawa maksud halus
iaitu kecil, elok, tipis dan halus,serta enak di dengar iaitu mengenai suara, comel
bentuk badan.Seni juga membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik
dan lain lagi yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu
ciptaan.
Dalam Ensiklopedia Malaysia (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi
sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui
penglihatan atau pendengaran.
Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu Imam
Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan
dan keindahan.
Oxford Student Dictionary of Current English For KBSM, Fajar Bakti(1989:33)
menyatakan “Art:the creation of expression of what is beautiful, especially in visual
form: great skill or ability in such expression”.
Ibn. Khaldun mengatakan “seni itu adalah kebenaran, keindahan dan
kebaikan dimana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika”.
Seni juga membawa maksud kebolehan mencipta, melukis, mengukir,
menggubah dan sebagainya. Ia turut ditakrifkan sebagai hasil buatan manusia yang
diatur dengan mahir dan boleh digunakan untuk menyuarakan pengalaman
manusia.
Manakala visual bermaksud sesuatu yang nampak atau tampak yang boleh
dinilai dan boleh dilihat oleh mata manusia.
Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa
aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh
samada dalam bentuk 2 demensi dan 3 demensi.
2.2.1 DAYA KREATIVITI

Beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual mengenai kreativiti. Salah


satunya ialah Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan
kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar
meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang


mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea

Carl Rogers pula menggariskan lima faktor di mana ianya mendorong kepada
pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains iaitu keterbukaan dan
fleksibel kepada pengalaman,menikmati kehidupan yang dialami,menghargai diri
sendiri,mengamalkan kebebasan dan menjadi individu yang peka dan sensitif
dengan persekitaran.

Sehubungan dengan itu,bersifat fleksibel turut menjadikan seseorang pelajar


berupaya menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain
mempunyai keyakinan optimis dalam melakukan sesuatu aktiviti khususnya aktiviti
anjuran dari pihak sekolah.

Pada masa yang sama,pelajar yang kreatif turut mempunyai daya sensitiviti
yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan,
persekitaran dan turut sensitif menggunakan deria. Mereka akan peka terhadap
perubahan-perubahan yang berlaku pada persekitaran mereka.Misalnya,mereka
akan melapor kepada guru bertugas jika mereka melihat sesuatu yang
mencurigakan di bangunan sekolah.

Selain itu,pelajar tersebut sering mengemukakan idea yang asli dan tidak
diambil daripada lain-lain sumber seperti rancangan televisyen. Idea mereka ini unik
dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasarkan cetusan rasa dan
sering berbeza daripada biasa kerana mereka berfikir dari sudut yang lain.

Di samping itu.sifat keterbukaan di dalam menerima pandangan dan


pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka dan mereka turut bersifat bebas
dan demokratik tanpa menyesakkan fikiran mereka.
Sering berfikir secara logik dan rasional membantu perkembangan
pembelajaran pelajar-pelajar. Mereka lebih menumpukan idea yang mendatangkan
hasil berbanding idea ”omong kosong” sahaja. Mereka turut tahu membezakan
antara perkara baik atau buruk bahkan membantu menghormati masa dalam
menyiapkan tugasan yang diberi umpamanya.

Pelajar-pelajar turut mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada


satu perkara bak kata pepatah Melayu “ibarat katak di bawah tempurung” sebaliknya
bijak merancang projek agar berjalan lancar.Pada masa yang sama, pelajar
lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan semasa mengendalikan
sesuatu tugasan.

Tuntasnya,aktiviti seni visual dapat meningkatkan dan mengembangkan daya


kreativiti seseorang pelajar bukan sahaja dalam akedemik bahkan kehidupan
seharian.

You might also like