Kertas Cadangan Inovasi

You might also like

You are on page 1of 13

Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

SEKOLAH KEBAGSAAN BUKIT QUOIN


PETI SURAT 60468,
91014, TAWAU SABAH.

KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI

PROJEK INOVASI:
DEBALICU

TARIKH : 18 FEBRUARI – 15 MAC 2019


TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT QUOIN TAWAU SABAH

ANJURAN:

SISWA GURU:
EZLAN BIN MANSAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TAWAU
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

1.0 TAJUK INOVASI


DEBALICU

2.0
ABTRACT

DEBALICU is a digital innovation for virtual learning materials (electronic learning) that help
students to develop an understanding on the text passages of text books while helping them
to pronounce words correctly. DEBALICU is actually an acronym for hear, read, see and try.
This innovation was developed by using Microsoft Powerpoint and Filmora. This innovation
contains video, original text from textbook and quizzes that test students' pronunciation and
understanding of the text. Meanwhile, the video contained in this innovation was produced
based on the original text in the textbooks by using Filmora. The quiz is produced by using
Microsoft Powerpoint. The development of this innovation does not require high. Therefore,
this innovation is extremely easy to use and accessible to all teachers and students. The
activities contained in this innovation project includes watching videos, reading and record the
reading and answer quiz that tests the students' understanding of the text that they read.
DEBALICU is expected to help students especially their understanding and improve their skills
of reading as well as teaching them to pronounce words correctly.

ABSTRAK

DEBALICU merupakan inovasi digital bagi bahan pembelajaran secara maya (pembelajaran
elektronik) yang membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap petikan teks yang
terdapat pada buku teks di samping membantu menyebut sesuatu perkataan dengan betul.
DEBALICU sebenarnya akronim bagi dengar, baca, lihat dan cuba. Inovasi ini dibangunkan
dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan Filmora. Inovasi DEBALICU ini
mengandungi video, petikan teks asal dan kuiz yang menguji sebutan dan pemahaman murid
terhadap petikan teks yang dibaca. Video yang terkandung dalam inovasi ini merupakan video
yang dihasilkan berdasarkan petikan teks asal pada buku teks dengan menggunakan perisian
Filmora. Manakala kuiz pula dihasilkan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint. Inovasi
yang dibangunkan ini juga tidak memperuntukkan kos yang tingi. Oleh itu, Inovasi ini sangat
mudah digunakan dan boleh diakses oleh guru dan murid di mana-mana sahaja. Aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam projek inovasi ini termasuklah menonton tayangan video,
membaca dan merekod bacaan teks serta menjawab kuiz yang menguji sebutan dan
pemahaman murid terhadap petikan teks yang dibaca. Inovasi DEBALICU ini diharapkan
dapat membantu murid-murid dari segi kemahiran memahami petikan teks yang dibaca di
samping mengajar mereka menyebut sesuatu perkataan dengan betul.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

3.0 PENGENALAN

Malaysia sentiasa berusaha untuk membentuk satu sistem pendidikan yang cemerlang dan
hal ini semestinya memerlukan perancangan dan pelan yang rapi dan teliti. Justeru, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM (2013-2025) dilihat sebagai suatu pelan yang
signifikan dalam membentuk dan mencorakkan sebuah sistem pendidikan yang teratur dan
mantap. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM (2013-2025) ini telah
menggariskan 6 aspirasi murid dan salah satunya ialah pengetahuan yang mana setiap
kanak-kanak perlu menguasai kemahiran literasi serta mata pelajaran teras seperti bahasa
Malaysia. Pada masa yang sama menerusi aspirasi ini juga turut ditekankan aspek kemahiran
berfikir murid. Sejajar dengan kehendak dan kemahuan PPPM ini, inovasi dalam sistem
pendidikan perlu dititikberatkan bagi meningkatkan lagi kemahiran berfikir murid.

Sehubungan dengan itu, inovasi DEBALICU ini dicipta bagi membantu meningkatkan
pemahaman dan kemahiran berfikir murid mengenai teks yang dibaca dan membantu murid
dalam menyebut sesuatu perkataan dengan betul. Kemahiran memahami teks dan menyebut
sesuatu perkataan dengan jelas dan betul merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam
standard pembelajaran yang terdapat dapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 iaitu iaitu 2.2 Membaca dan memahami
perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul. Standard
pembelajaran ini merupakan salah satu bahagian yang wajib dikuasai oleh murid.

Kemahiran berbahasa merupakan isu yang penting dalam bidang pengajaran dan
pembelajaran di sekolah sejak dahulu lagi. Isu yang pernah diperkatakan termasuklah isu
mengenai kewujudan sebilangan murid sekolah rendah yang masih tidak dapat mengusai
kemahiran berbahasa, terutama kemahiran membaca walaupun mereka telah bersekolah
selama enam tahun. Mereka juga dikatakan kurang mampu bertutur menggunakan bahasa
dalam bentuk tersusun dan sempurna (Faridah Nazir, 2014). Justeru, bagi mengatasi
kelemahan ini, guru bahasa terutamanya perlu bijak mencari segala jalan penyelesaian yang
efektif.

Menurut Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012), kemahiran membaca bagi
tujuan memahami dan sebutan yang betul merupakan kemahiran yang penting kerana
kemahiran sebegini menyumbang kepada kemahiran komunikasi yang baik. Kemahiran
membaca petikan teks bagi tujuan memahami di samping membantu murid menyebut sesuatu
perkataan dengan betul bukanlah sesuatu perkara yang mudah ditambah pula dengan murid-
murid yang mempunyai kemahiran kognitif yang rendah. Walau bagaimanapun, jika diajar
dengan baik dan berkesan, ianya pasti akan menjadi lebih mudah. Malah murid juga dapat
mencapai objektif yang ingin dicapai.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

Inovasi DEBALICU ini merupakan satu inovasi yang dihasilkan dalam bentuk bahan
pembelajaran elektronik. Pembelajaran elektronik atau E-pembelajaran dapat didefinisikan
sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi
mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan kebolehcapaian dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (Noriati Rashid, Sharifah Fakhriah & Wan
Kamruddin, 2012). Umum mengetahui bahawa penggunaan E-pembelajaran dalam proses
PdP atau di luar PdP dapat menarik minat murid untuk belajar sekaligus dapat meningkatkan
tahap penguasaanya terhadap pelajaran tersebut. Mok Soon Sang (2009) menambah
sekiranya murid berasa seronok terhadap sesuatu yang ajar, mereka akan dapat
mengingatinya dengan lebih baik.

Tambahan pula, Sariden (2006) menjelaskan dalam meniti zaman yang bertunjangkan
arus pemodenan dan bagi memenuhi tuntutan pendidikan abad ke-21, kemahiran dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat diperlukan. Hal ini demikian
kerana untuk membolehkan murid bersaing dan meningkatkan kebolehpasaran mereka pada
peringkat global, kemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
merupakan salah satu kunci yang dapat membantu merealisasikan hasrat dan impian
tersebut. Oleh sebab itu, adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang guru Bahasa
Melayu untuk memastikan setiap murid diberikan ruang dan peluang untuk belajar dalam
suasana pembelajaran abad ke-21 dengan memaksimakan penggunaan teknologi dalam Pdp
dan hal ini mampu dicapai melalui inovasi yang telah dihasilkan iaitu inovasi DEBALICU.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

4.0 KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN

Berikut merupakan situasi yang terjadi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran sebelum
inovasi dilaksanakan :

i. Murid hanya membaca petikan teks secara terus daripada buku teks.
ii. Murid menunjukkan minat yang kurang ketika membaca petikan pada buku teks.
iii. Deria murid hanya tertumpu kepada tulisan pada buku teks dan kadangkala
mendengar suara guru ataupun rakan yang membaca sahaja.
iv. Penggunaan teknologi ketika penyampaian isi pelajaran terutama teknologi yang
membantu pembacaan murid adalah pada tahap yang minimum.
v. Guru hanya menerangkan secara lisan kepada murid mengenai petikan teks yang
dibaca.

5.0 MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI


Idea penciptaan inovasi digital ini terhasil selepas melalui beberapa masalah iaitu:

i. Murid tidak dapat memahami isi kandungan petikan teks dengan jelas dan baik.
ii. Murid menghadapi masalah untuk menyebut beberapa perkataan dengan betul.
iii. Suasana pdp menjadi bosan.
iv. Guru menghadapi masalah untuk menerangkan sesetengah perkara yang terdapat
dalam petikan teks
v. Murid tidak dapat mencapai objektif pdp yang ditetapkan oleh guru

6.0 OBJEKTIF
Objektif-objektif yang diharapkan dapat dicapai melalui inovasi digital ini ialah:

i. Murid dapat memahami isi kandungan petikan teks dengan baik

ii. Murid dapat membaca petikan teks dengan sebutan yang betul.

iii. Murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

iv. Murid menunjukkan minat dan melibatkan diri dalam menggunakan bahan
pembelajaran yang berasakan teknologi.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Murid tahun 4 yang mempunyai masalah untuk memahami isi kandungan petikan teks dan
sukar menyebut sesuatu perkataan dengan betul.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

8.0 CADANGAN INOVASI YANG AKAN DILAKSANAKAN

8.1 Bentuk Bahan & Panduan Penggunaan


a) Bentuk bahan
i. Inovasi ini menggunakan perisian Microsoft PowerPoint sebagai medium utama.
ii. Inovasi ini mempunyai video yang mengandungi petikan teks daripada buku teks,
audio bacaan, gambar dan kesan bunyi yang sesuai yang dihasilkan melalui perisian
Filmora.
iii. Inovasi ini juga mengandungi kuiz ringkas yang diperbuat daripada perisian Microsoft
PowerPoint.
iv. Suara murid ketika membaca boleh dirakam melalui butang ‘record voice’ yang
terdapat dalam inovasi ini bagi tujuan pembetulan guru terutama aspek sebutan.

v. Bahan pembelajaran elektronik ini merupakan bahan pembelajaran yang mudah


dikendalikan terutamanya oleh murid dan tidak memerlukan sambungan Internet.

b) Panduan penggunaan

1. Buka fail yang mengandungi bahan pembelajaran digital DE-BA-LI-CU


2. Paparan menu akan keluar pada skrin
3. Paparan menu tersebut akan memaparkan tajuk-tajuk petikan teks mengikut
susunan dalam buku teks bahasa Malaysia tahun 4
4. Klik pada mana-mana tajuk yang hendak dipelajari
5. Selepas diklik, akan muncul tiga butang iaitu butang video, teks dan butang kuiz
6. Untuk permulaan dikehendaki menekan butang pertama iaitu butang video.
7. Video tersebut akan memaparkan petikan teks yang diambil daripada buku teks
tetapi dalam bentuk bergerak, mempunyai gambar dan audio bacaan serta kesan
bunyi yang sesuai.
8. Setelah menonton video tersebut, murid dikehendaki kembali ke pautan sebelumnya.
9. seterusnya, murid perlu menekan butang yang kedua iaitu butang teks asal.
10. Setelah diklik, teks asal yang terdapat dalam buku teks akan dipaparkan yang perlu
dibaca oleh murid secara mekanis.
11. Murid akan menekan butang 'rakam suara' untuk merekod bacaan mekanis mereka.
12. Selanjutnya, murid akan menekan butang ketiga iaitu kuiz berkaitan teks yang
dipelajari.
13. Murid akan menjawab latihan pengukuhan pada paparan skrin perisian tersebut dan
menyemak jawapan masing-masing.
14. Murid atau guru boleh menekan pada mana-mana butang yang dikehendaki pada
menu utama sekiranya ingin mengulang mana-mana bahagian yang diinginkan.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

8.2 HUBUNG KAIT INOVASI DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebenarnya berteraskan lima kemahiran utama
iaitu mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa.
Justeru inovasi yang dihasilkan memfokuskan kepada salah satu kemahiran yang terdapat
dalam pengajaran bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca. Abdul Aziz (2000) menjelaskan
membaca bukanlah memindahkan tulisan kepada suara semata-mata sebaliknya menangkap
makna dan memahami apa yang dibaca. Oleh sebab itu, inovasi digital DEBALICU ini
dihasilkan bagi membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap petikan teks yang
terdapat pada buku teks di samping membantu menyebut sesuatu perkataan yang terdapat
pada buku teks dengan betul. Hal ini berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca seperti yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pembelajaran (DSKP) Bahasa Melayu Tahun 4 (SK) iaitu 2.2 Membaca dan memahami
perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Selain itu, inovasi yang dihasilkan ini juga berkait dengan model pembelajaran
trialogikal yang menggariskan enam perkara iaitu menyatakan tujuan sebenar dan keperluan,
menetapkan skop, had atau batasan, sediakan draf dan semakan berulang, uji kaji dan
membuat refleksi, pemurnian dan spesifikasi serta guna semula. Keenam-enam perkara ini
merupakan panduan bagi menghasilkan inovasi supaya dapat menghasilkan inovasi yang
dapat membantu meningkatkan kualiti PdP. Teori imejan juga berkait dengan inovasi ini yang
mana dalam teori imejan dijelaskan makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang
terbayang dalam minda penutur atau pendengar. Oleh sebab itu, video yang terkandung
dalam inovasi ini membantu murid untuk menterjemahkan teks yang dibaca kepada bentuk
gambar, video dan bunyi bagi memastikan kesemua deria mereka dirangsang.

Seterusnya, dalam PdP kemahiran membaca, salah satu model yang sering menjadi
rujukan ialah model teori ‘Bottom-up’. Menurut model teori ini, teks akan menentukan
pemahaman seseorang pembaca. Makna berasal dari bawah (teks) akan menuju ke atas
(otak/kepala). Faridah (2014) pula menyatakan bahawa melalui proses Bottom-Up, pembaca
terlebih dahulu perlu mengetahui tanda linguistik, kemudian menggunakan mekanisme
pemprosesan yang masuk akal, koheren dan bermakna. Melalui model tersebut, inovasi yang
dijalankan dalam bentuk video ini menggunakan konsep bacaan daripada perkataan, ayat
kemudian barulah kepada teks penuh atau asal.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

Akhir sekali, inovasi ini berkait dengan teori pembelajaran sosial iaitu peniruan yang
dipelopori oleh Albert Bandura. Menurut teori ini, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi
faktor dalam diri (kognitif) dan persekitaran. Dengan erti kata lain, kanak-kanak belajar melalui
peniruan/role model. Maka, melalui inovasi yang dijalankan, elemen video yang mempunyai
audio suara bacaan teks menjadi panduan buat murid untuk membaca dengan sebutan yang
betul.

8.3 Butir-butir Lain

i. Kumpulan Sasaran

Murid tahun 4 yang mempunyai masalah untuk memahami isi kandungan petikan teks dan
sukar menyebut sesuatu perkataan dengan betul iaitu seramai 5 orang.

ii. Kos

Bil. Jenis Bahan Harga x Bilangan Jumlah

1. Perisian Microsoft PowerPoint Percuma -

2. Perisian Filmora Percuma -

3. CD Kosong RM 1.50 x 5 RM 7.50

Jumlah Kos RM 7.50


Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

iii. Carta Gant

Berikut merupakan carta Gantt yang dihasilkan untuk dijadikan panduan dalam
pembinaan inovasi DEBALICU :

Perkara Minggu Minggu Minggu Minggu

1 2 3 4

Minggu

Merancang produk inovasi 

Penulisan Kertas Cadangan



Inovasi

Pembentangan Kertas

Cadangan Inovasi

Penghasilan Inovasi 

Pengujian Inovasi 

Promosi Inovasi 

Penulisan Laporan Projek 


Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

iv. Promosi

Inovasi DEBALICU ini merupakan sebuah bahan pembelajaran yang dapat membantu guru
dan murid dalam meningkatkan kemahiran membaca terutama dari segi pemahaman dan
sebutan yang jelas dan betul. Oleh itu, inovasi DEBALICU ini mempunyai potensi yang besar
untuk dikomersialkan. Bagi mempromosi dan mengkomersialkan inovasi ini, CD-ROM
digunakan sebagai medium penyimpanan bahan pembelajaran untuk diakses oleh murid-
murid dan guru-guru. Inovasi ini juga dipromosikan melalui media sosial seperti Twitter,
Facebook, Instagram, Blogspot dan Wechat. Inovasi ini juga boleh dimuat naik ke internet
untuk digunakan oleh guru-guru dan murid-murid secara percuma.

9.0 FAEDAH-FAEDAH INOVASI YANG AKAN DIPERKENALKAN

Antara faedah-faedah inovasi yang akan diperkenalkan ialah:

1. Bahan bantu mengajar yang menyeronokkan dan menarik minat murid.


2. Menarik minat murid untuk membaca dan memahami teks.
3. Meningkatkan kemahiran murid dari segi komunikasi menggunakan sebutan yang betul.
4. Menjimatkan masa guru untuk membuat penerangan mengenai sesuatu petikan teks.
5. Murid berpeluang untuk mengalami pembelajaran kendiri.
6. Pengurangan kos operasi.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

Disediakan oleh,

--------------------------------------------
(EZLAN BIN MANSAH)
Siswa Guru,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Tawau, Sabah.

Disokong oleh,

-----------------------------------------
(ROSSITA IBRAHIM)
Guru Pembimbing Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Bukit Quoin Tawau, Sabah.

Diluluskan oleh,

---------------------------------------
(SAPILI NURUSID)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Quion Tawau, Sabah.
Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

11.0 LAMPIRAN

Rajah 1: Cadangan Paparan Muka Depan Inovasi.

Rajah 2: Cadangan Paparan Menu Utama

Rajah 3: Cadangan Paparan Video


Kertas Cadangan Inovasi DEBALICU

Rajah 4: Cadangan Paparan Teks Asal

Rajah 5: Cadangan Paparan Kuiz

You might also like