You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT BIL 1/2019

SEKOLAH MENENGAH SERI SINAR LIMBANG


JAWATANKUASA PENAJA PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB KESELAMATAN JALAN
RAYA (KEJARA)

Tarikh : 03 Januari 2019


Hari : Rabu
Masa : 2.30 pm
Tempat : Bilik Wacana, SMKSPL
Kehadiran : 23 orang

1. Freddie Ak Mali Pengerusi


2. En. Peter Kong Guru Penasihat
3. Pn. Norsilawatie Bt Gerima Guru Penasihat
4. Helek Imba
5. Mexchua Ak Lee
6. Allicia Ak Satu
7. Siti Ayu Bt Amri
8. Lorita Ak Steven
9. Faridah Bt Imbang
10. Mohammad Taufik B. Razali
11. Samanty Ak Bruno
12. Siti Khadijah Bt Johan
13. Farida Bt Iman
14. Alpijun B. Almad
15. Ismail Bin Ali
16. Patricia Lee
17. Roswanee Bt Abu
18. Jenny Au
19. Mohamad Azriman Bin Awang
20. Liana Natasya
21. Idayu Bt Buang
22. Helmi Bin Azrie
23. Jelsie Maung Pencatat Minit
BIL. PERKARA TINDAKAN
/MAKLUMAN
1.0 UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua jemputan mesyuarat dan
mengucapkan terima kasih atas kehadiran.
1.2 Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat adalah untuk melantik Jawatankuasa
Penaja bagi penubuhan Persatuan/Kelab KEJARA SMK Seri Sinar , Limbang.

2.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PENAJA


2.1 Mesyuarat telah bersepakat dan sebulat suara bersetuju untuk melantik
Jawatankuasa Penaja Persatuan/Kelab KEJARA seperti di bawah bagi
menggerakkan aktiviti dan menguruskan Persatuan/Kelab ini sehinggalah
Jawatankuasa baru dibentuk semasa Mesyuarat Agung kelak.

Pengerusi : Freddie Ak Mali (5 Amanah)


Naib Pengerusi : Allicia Ak Satu (4 Bijak)
Setiausaha : Siti Ayu Bt Amri (5 Mesra)
Naib Setiausaha : Mexchua Ak Lee (4 Iltizam)
Bendahari : Lorita Ak Steven ( 3 Amanah)
Naib Bendahari : Mohammad Taufik B. Razali (4 Bijak)
AJK : Faridah Bt Imbang (5 Mesra)
Helek Imba (4 Iltizam)
Samanty Ak Bruno (3 Bijak)
Helmi Bin Azrie (2 Amanah)
Ismail Bin Ali (1 Mesra)
Pemeriksa Kira-Kira Jenny Au (3 Bijak)
Siti Khadijah Bt Johan (4 Amanah)

2.2 Mesyuarat juga telah bersetuju untuk memilih En. Peter Kong dan Pn.
Norsilawatie Bt Gerima sebagai guru penasihat Persatuan/Kelab KEJARA SMK Makluman:
Seri Sinar , Limbang. Semua JK
3.0 PENDAFTARAN PERSATUAN/KELAB DAN KEAHLIAN
3.1 Mesyuarat bersetuju untuk membuat kertas kerja cadangan yang lengkap untuk
diajukan kepada Pengetua, En. Ahmad Bin Meling bagi tujuan kelulusan Tindakan:
penubuhan Persatuan/Kelab KEJARA SMK Seri Sinar. Freddie Ak Mali

3.2 Mesyuarat bersetuju untuk membuka kaunter di hadapan bilik guru pada waktu
rehat ( masa: 930am – 1000am) untuk membuka keahlian kepada semua warga
pelajar SMK Seri Sinar selama satu minggu setelah mendapat kelulusan Tindakan:
penubuhan daripada pengetua sekolah. Mexchua Ak Lee

3.3 Mesyuarat juga bersetuju untuk membuat syarat atau perlembagaan Tindakan:
Persatuan/Kelab yang lengkap untuk sebelum kertas kerja cadangan diajukan Siti Ayu Bt Amri
kepada Pengetua.

4.0 AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN/KELAB


4.1 Mesyuarat bersetuju untuk merangka 12 aktiviti tahunan Persatuan/Kelab untuk
memenuhi syarat jam perjumpaan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan
setiap perjumpaan atau aktiviti adalah selama dua jam bermula pada pukul Makluman:
230pm sehingga 430pm, setiap hari Rabu. Semua JK

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Mesyuarat bersetuju untuk menetapkan yuran keahlian sebanyak RM10 setahun
dengan majoriti 18/23 ahli. Yuran juga boleh dibayar secara ansuran sebanyak Tindakan:
2 kali setahun. Lorita Ak Steven

5.2 Mesyuarat bersetuju untuk membuat Mesyuarat Agung setelah menerima surat
kelulusan penubuhan Persatuan/Kelab KEJARA SMK Seri Sinar daripada Tindakan:
Pengetua. Siti Ayu Bt Amri

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 415pm ke satu tarikh yang akan ditentukan
kelak.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................................... .....................................................
(JELSIE MAUNG ) (FREDDIE AK MALI)
Pencatat Minit Mesyuarat, Pengerusi,
SMK Seri Sinar Persatuan/Kelab KEJARA
Tarikh: 4 Januari 2019 SMK Seri Sinar
Tarikh: 4 Januari 2019

You might also like