You are on page 1of 2

3.

Perihalkan senario hubungan antara kaum di Malaysia era pasca-kemerdekaan dari


sudut politik.

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada


pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang
tersendiri. Malaysia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di
alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Terdapat konsep dan sejarah
yang tersendiri bagi masyarakat majmuk di Malaysia. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah
mewujudkan pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang
berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Politik adalah antara faktor penting dan
perlu diberi perhatian dalam rangka memahami bentuk dan sifat hubungan etnik dalam
sesebuah masyarakat plural seperti di Malaysia. Hal ini kerana, politik sering dikaitkan
dengan kuasa, pembentukan dan pelaksanaan dasar. Politik memberikan kuasa kepada
sesuatu kelompok atau rejim untuk melaksanakan sesuatu mengikut hajat dan landasan
pemikiran atau ideologi mereka. Selepas memperoleh kemerdekaan 1957, Malaysia ialah
negara yang mengamalkan sistem politik dan pemerintahan serta kerajaan yang berlandaskan
prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.
Malaysia merupakan sebuah negara pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk
lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Umumnya, Melayu merupakan kelompok etnik
majoriti, iaitu mewakili lebih kurang 55 peratus, sementara Cina mewakili lebih kurang 25
peratus, India 7 peratus dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok peribumi kecil seperti
Dayak, Bidayuh, Melanau dan Orang Ulu di Sarawak dan Kadazandusun, Murut, dan Bajau di
Sabah. Secara keseluruhan, penduduk etnik Melayu merupakan kelompok majoriti di
Semenanjung Malaysia. Namun begitu, penduduk etnik Melayu bukan penduduk majoriti di
setiap wilayah atau negeri. Misalnya, Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang mempunyai
komposisi penduduk yang agak seimbang menurut kelompok etnik kerana tiada satu kelompok
etnik yang dapat dikatakan majoriti. Jumlah penduduk etnik Melayu dan etnik Cina hamper
sama banyak dan selebihnya merupakan penduduk di negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis
menunjukkan bahawa etnik Melayu merupakan penduduk yang majoriti. Di negeri Kelantan
misalnya, lebih daripada 90 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk terdiri daripada
etnik Melayu. Di negeri Melaka, Johor dan Selangor menunjukkan keadaan yang agak berbeza,
yang mana jumlah penduduk etnik Melayu hanya berjumlah sekitar 51 peratus daripada jumlah
keseluruhan penduduk.

Selepas 50 tahun merdeka kita dapati kesinambungan perkongsian pemerintahan terus


berlangsung sehingga kini. Parti Perikatan UMNO, MCA dan MIC terus berlangsung sehingga
kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain. UMNO didominasi oleh
orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi oleh orang-
orang India. Setiap etnik diwakili dalam pentadbiran negara. Secara tidak langsung hal ini
menunjukkan bahawa tiada sekatan untuk etnik-etnik lain selain etnik Melayu menceburkan
diri dalam bidang politik. Sejak merdeka, parti-parti politik yang terdapat di Malaysia rata-rata
ditubuhkan berasaskan kaum atau nilai perkauman seperti UMNO, MCA dan MIC. Namun
begitu, sejarah menunjukkan bahawa parti-parti ini walaupun ditubuhkan berasaskan
kepentingan dan perjuangan kaum, tetapi telah berupaya membentuk gabungan dalam sesuatu
kerjasama permuafakatan politik dikenali sebagai Perikatan dan mengamalkan konsep
perkongsian kuasa. Keadaan ini berlaku atas keperluan demokrasi juga kerana penggabungan
akan memberikan peluang sesuatu perikatan itu mendapat sokongan yang lebih besar dan
seterusnya mengekalkan kuasa. Walaupun parti-parti politik yang ditubuhkan berteraskan
kaum, dengan semangat toleransi dan kebersamaan yang tinggi, kaum-kaum yang ada di tanah
Melayu ketika itu bersedia memberi dan menerima serta bertolak ansur dalam perkara-perkara
yang melibatkan perbezaan, serta pada waktu yang sama bersedia berkorban atas asas dan
hasrat mahu membina negara dan masyarakat yang aman dan harmoni. Sehingga kini parti
politik yang berasaskan kaum masih terus wujud dan berperanan dalam sistem politik negara.

Aspek demodrafi politik di Malaysia dapat dilihat berdasarkan perkembangan dan


angka-angka rasmi pilihan raya di Malaysia yang sudah berlangsung sejak tahun 1959. Sebagai
contoh, hal ini dapat dilihat dalam pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004. Dewan Rakyat kini
mempunyai 219 wakil dan beberapa pemerhatian dapat disimpulkan. Pertama, dominasi etnik
Melayu dalam politik negara adalah jelas. Di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, etnik Melayu
mempunyai 125 kerusi, di mana etnik Melayu merupakan pengundi majoriti di kawasan
parlimen berkenaan. Di Sabah dan Sarawak pula terdapat 31 kerusi majoriti peribumi. Secara
keseluruhan, kerusi Melayu atau Bumiputera dalam politk negara adalah 156 (71.2 peratus)
kerusi. Sementara etnik Cina di Semenanjung merupakan majoriti pengundi di 23 (10.5
peratus) kawasan parlimen. Tujuh (3.2 peratus) lagi kerusi parlimen Cina terletak di Sabah (1)
dan Sarawak (6). Hal ini menjadikan kerusi parlimen Cina sebanyak 30 (13.7 peratus). Tiada
satu pun kerusi parlimen di seluruh Malaysia yang mempunyai majoriti pengundi India.
Daripada jumlah 219 kerusi parlimen, terdapat 33 (15.1 peratus) merupakan kerusi plural. Ini
bermakna, di kawasan parlimen berkenaan tidak terdapat suatu kelompok etnik yang mewakili
majoriti pengundi di tempat berkenaan. Daripada jumlah tersebut, 15 mempunyai pengundi
Melayu (Semenanjung) terbanyak dan tiga mempunyai pengundi Melayu (Sabah), tetapi
pengundi mereka adalah kurang daripada 50 peratus. Begitu juga di 14 kawasan, pengundi Cina
(Semenanjung) merupakan pengundi terbanyak di 11 kawasan sementara Cina (Sabah) adalah
terbanyak di tiga kawasan parlimen di negeri berkenaan.

Kesimpulannya, keadaaan masyarakat dan Negara Malaysia secara umumnya adalah


stabil, makmur dan harmoni. Walaubagaimanapun, usaha memelihara hubungan etnik yang
harmoni selaras dengan perkembangan politik negara merupakan cabaran yang besar yang
dihadapi oleh Malaysia yang dihuni oleh penduduk pelbagai etnik daripada latar belakang,
budaya, bahasa, agama, dan adat resam yang berlainan. Masyarakat berbilang etnik di Malaysia
telah mengharungi tahap kereggangan, ketegangan, pertelingkahan antara etnik sehingga kita
berusaha menuju ke arah penyatuan dan keharmonian etnik sejak dari zaman penjajahan British
sehingga ke hari ini. Untuk itu, kita telah melalui pelbagai cabaran, masalah dan kesukaran
dalam melahirkan hubungan etnik yang sihat, pada masa yang sama kita juga telah berjaya
menyelesaikan masalah dan isu perkauman yang wujud sehingga tercapai kerjasama,
permuafakatan dan kompromi politik antara etnik.

You might also like