You are on page 1of 16

PEMARKAHAN

1. TUGASAN 1

JUMLAH

RIS

KOD & NAMA KURSUS

KRM3053- PENGAJARAN MATEMATIK


SEKOLAH RENDAH
TAJUK

TUGASAN 1

KUMPULAN:
Group UPSI04 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN D20102046027

NAMA PENSYARAH E-LEARNING: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

TARIKH SERAH:31/03/2013
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

SENARAI KANDUNGAN

Pengenalan Kepada Teori Kecerdasan Pelbagai 1

Bagaimana Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Matematik Di 4


Kalangan Pelajar Melalui Pengajaran Berasaskan Teori
Kecerdasan Pelbagai

Rumusan 9

Bibliografi `10

Lampiran
Lampiran A 12
Lampiran B 13
Lampiran C 14

ii
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

PENGENALAN KEPADA TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan pada tahun 1983 oleh Dr. Howard
Gardner, seorang professor bidang pendidikan di Universiti Harvard. Defini asas teori
Kecerdasan Pelbagai yang diberikan oleh Howard Gardner ialah ““ An intelligence is the
ability to create products that are valued within one or more cultural settings.” (Gardner,
1983 ).

Dr. Howard Gardner1

Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik,


Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis.

Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan


dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan
mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti
mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap
pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara
belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen
pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.

Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat


perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat
perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan
komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik.

1
http://greeneyezwinkin2.wordpress.com/2012/01/22/dr-howard-gardner-on-multiple-intelligences/

1
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak
menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimanapun, didorong dengan keinginan
menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui
kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif.

Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang,


warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang
secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam
minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif
menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka
belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi
sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.

Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan individu menggunakan badan untuk menyatakan


idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai
kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran
motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan
serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk
belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model.

Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah
kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah.
Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara
manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah
yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap
bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman
muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui
pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.

Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta


hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama
dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada
tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal
dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih
kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara
tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui
pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam
perbincangan kelas.

2
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri dari segi
kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri
sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang
mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri
sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari.
Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan
refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-
stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.

Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai


tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta
semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan
melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan
haiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan
melalui aktiviti luar kelas.

Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu, pendekatan ini dilihat dapat
menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap
pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia juga diyakini dapat
meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran
secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam
pengajaran.

3
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

Bahan grafik menunjukkan lapan kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai2

BAGAIMANA MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN MATEMATIK DI


KALANGAN PELAJAR MELALUI PENGAJARAN BERASASKAN TEORI
KEPELBAGAIAN KECERDASAN

Teori Kecerdasan Pelbagai dilihat berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran matematik


pelajar melalui beberapa kelebihan yang terdapat pada teori ini iaitu

1. Teori Kecerdasan Pelbagai dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang


menyeluruh selaras dengan Falsafah pendidikan kebangsaan dan keperluan murid. 3
Ini adalah kerana ia merangkumi lapan kecerdasan berbeza yang ada pada setiap
murid. Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik, tumpuan tudak
seharusnya diberikan kepada kecerdasan logik matematik sahaja, malah guru juga
boleh mengintegrasikan pendekatan dan teknik PdPnya dengan kecerdasan lain
melalui kepelbagaian aktiviti yang sesuai. Ini bermaksud, selain daripada
menekankan kepada kecerdasan logik-matematik yang melibatkan nombor,
pengiraan, pengelasan dan pemikiran kritis, murid juga akan diterapkan dengan
aktiviti berteraskan kecerdasan yang lain seperti penggunaan bahasa secara lisan,
bacaan atau penulisan (verbal-linguistik), manipulasi bahan visual atau grafik, warna,
seni, metafora dan penyusun grafik (visual-ruang), penerapan unsur muzik, bunyi-
bunyian, ritma dan melodi (muzik), melibatkan pengalaman pergerakan seluruh

2
http://movimentosporting1906.blogspot.com/2011/08/howard-gardner-multiple-intelligences_29.html
3
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

4
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

badan atau aktiviti ‘hands-on’ (kinestetik), menggalakan perkongsian bersama rakan


sebaya, pembelajaran kerjasama dan simulasi kumpulan (interpersonal),
menyediakan peluang untuk murid merangsang perasaan kendiri (intrapersonal)
serta membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid keluar
kea lam semula jadi (naturalis). Ini akan memberikan peluang kepada murid yang
cenderung kepada kecerdasan lain untuk melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran matematik dengan adanya aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan
minat dan kebolehahan mereka. Misalnya, ada aktiviti nyanyian dalam pembelajaran
tajuk nombor, permainan ‘saidina’ dalam pembelajaran tajuk wang dan permainan
‘kotak beracun’ yang sesuai untuk kebanyakan tajuk dalam kurikulum matematik
sekolah rendah. Adakalanya, jika guru bijak memilih aktiviti yang sesuai untuk
diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik, guru berupaya
mengaktifkan beberapa kecerdasan daripada Kecerdasan Pelbagai murid secara
serentak dalam satu aktivti. (Rujuk Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C untuk
perincian lanjut aktiviti tersebut).
2. Teori Kecerdasan Pelbagai menerima persamaan dan perbezaan antara individu
dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang
berlainan4. Murid-murid dapat mengikuti aktiviti pembelajaran matematik yang sesuai
dengan kecenderungan minat mereka. Melalui aktiviti yang sesuai, menarik dan
berkesan, setiap murid dapat belajar secara optimum. Pelbagai teknik dan kaedah
yang diintegrasikan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran akan
memberikan peluang untuk murid belajar secara aktif dan menyeronokkan. Misalnya,
dalam satu sesi pengajaran tajuk nombor bulat bagi murid tahun 1, aktiviti-aktiviti
yang boleh diintegrasi adalah seperti nyanyian lagu “Sepuluh Budak Hitam”
(kecerdasan muzikal), membentuk nombor menggunakan tanah liat (kecerdasan
visual-ruang), menulis nombor pada pasir (kecerdasan naturalis dan membuat
gerakan mengikut arahan, misalnya tepuk tangan untuk nombor 1, hentak kaki untuk
nombor 2, tepuk paha untuk nombor 3 dan lompat bintang untuk nombor 4. Apabila
guru menyebut 3...1...2 dan 4, murid akan melakukan gerakan yang sepadan dengan
arahan tersebut. Aktiviti ini sesuai untuk murid yang cenderung kepada kecerdasan
kinestetik.
3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya
tidak terbatas5. Berdasarkan kepada kesedaran terhadap kepelbagaian kecerdasan

4
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
5
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

5
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

seseorang, guru akan menyediakan pelbagai aktiviti yang diyakini mampu


meningkatkan potensi seseorang murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran.
Dengan peluang yang disediakan, murid akan dipupuk dengan kecerdasan pelbagai
yang bukan sahaja dominan bagi mereka malah kecerdasan lain juga. Contohnya,
sebelum ini mungkin seseorang murid yang berkelakuan aktif itu cenderung kepada
kecerdasan kinestetik sahaja, namun, setelah melakukan pelbagai aktiviti yang
melibatkan bukan sahaja kecerdasan kinestetik semata-mata, bahkan melibatkan
kecerdasan pelbagai yang lain juga, murid tersebut dapat memupuk kecerdasan
pelbagai yang lain itu dalam diri mereka malah pada masa yang sama dapat
meningkatkan lagi kecerdasan kinestetik dalam diri mereka. Ini menunjukkan
bahawa aplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik akan membantu murid mengoptimumkan potensi pada diri mereka dalam
segala aspek kecerdasan.
4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan.6 Melalui kepelbagaian dalam aktiviti
pembelajaran yang dijalankan dan mampu memenuhi keperluan semua murid yang
mempunyai minat dan kebolehan yang berbeza, murid berpeluang untuk belajar
pada tahap yang optimum. Kejayaan murid dalam menyelesaikan tugasan yang
diberikan berdasarkan kecerdasan, kecenderungan dan minat mereka akan
memberikan impak positif yang tidak ternilai dalam diri murid. Ini ditambah pula
dengan perlaksaan pelbagai aktiviti yang mampu meningkatkan kecerdasan
interpersonal dan kecerdasan intrapersonal murid semasa pembelajaran matematik.
Misalnya, murid-murid dilibatkan dalam aktiviti berkumpulan semasa mempelajari
topik penyelesaian masalah bagi operasi tambah, berkongsi idea dan membuat
simulasi kumpulan semasa mempelajari kemahiran membina cerita berdasarkan
ayat matematik penolakan yang diberikan untuk meningkatkan kecerdasan
interpersonal di kalangan mereka. Kecerdasan intrapersonal pula boleh dipupuk
melalui aktiviti membuat refleksi seperti melahirkan perasaan selepas sesuatu aktiviti
pembelajaran selesai dijalankan. Pendekatan sebegini dapat membina keyakinan diri
yang tinggi dalam diri murid dan ini akan menjadi satu motivasi kendiri dalam diri
murid untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembalajaran yang
dijalankan. Murid lebih bersifat terbuka untuk menerima idea rakan serta mampu
melontarkan buah fikiran sendiri dengan yakin. Murid juga akan lebih berkeupayaan
untuk berfikir secara kreatif dan mampu menaakul bagi menyelesaikan sesuatu

6
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

6
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

soalan yang mencabar dalam pembelajaran matematik mereka dengan keyakinan


diri dan motivasi yang tinggi.
5. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dan
pengajaran dan pembelajaran.7 Atas kesedaran terhadap kepelbagai kecerdasan
yang dimiliki oleh murid-murid yang berbeza, guru akan mengambil pelbagai inisiatif
yang dilihat perlu bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid-muridnya. Dari itu,
guru akan memikirkan pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai dengan
pembelajaran matematik murid-muridnya. Guru akan mereka bentuk dan merancang
aktiviti pembelajaran yang menarik seperti berbentuk muzik dan nyanyian,
melibatkan pergerakan fizikal dan aktiviti luar bilik darjah, menggunakan objek-objek
alam di sekitar sekolah yang boleh dikaitkan dengan mana-mana topik dalam
matematik terutamanya topik geometri,menggalakkan komunikasi antara murid
dalam aktiviti sumbangsaran, perbincangan berkumpulan, simulasi kumpulan dan
pembelajaran koperatif serta meningkatkan kecerdasan logik matematik melalui
penggunakan simbol-simbol dan istilah-istilah matematik di mana ini merupakan
yang paling utama dalam pembelajaran matematik. Pelbagai alat atau bahan bantu
akan digunakan oleh guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Bahan bantu tersebut tidak semestinya disediakan sendiri oleh guru
malah boleh juga didapati secara atas talian. Misalnya, banyak video-video dan
bahan-bahan pembelajaran atas talian yang sesuai untuk pembelajaran matematik
murid-murid. Guru juga akan membuat refleksi selepas selesainya setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran melakukan kajian dengan lebih kerap untuk
meningkatkan keberkesanan pengajarannya dan pemebelajaran murid supaya
tindakan penambahbaikkan yang sesuai dapat diambil dengan segera. Secara tidak
langsung, ia memberikan kesan yang amat positif pada prestasi pembelajaran
matematik murid-murid.
6. Mempelbagaikan cara penilaian.8 Teori Kecerdasan Pelbagai meletakkan asas agar
penilaian yang dijalankan berpadanan dengan kecerdasan murid di mana murid
diberikan masa yang mencukupi untuk menghayati proses penghasilan sesuatu
projek atau penilaian. Guru akan memberikan peluang kepada murid untuk
memainkan peranan dalam proses penilaian sama ada dari segi penggubalan
penilaian kendiri mahupun rakan sebaya. Penilaian berteraskan Kecerdasan
Pelbagai dalam pembelajaran matematik juga mempunyai banyak kesan positif di

7
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
8
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat
Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

7
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

mana penilaian sebegini membenarkan perkembangan kesemua lapan kecerdasan


pada diri setiap murid. Ini adalah kerana penilaian berpaksikan Kecerdasan Pelbagai
melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan
penyampaian. Penilaian sebegini juga dijalankan secara gabungjalin dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid akan belajar kerana perasaan ingin tahu dan
pembelajaran secara kerjasama dalam kumpulan merupakan suatu aktiviti yang
digalakkan. Penilaian berdasarkan Kecerdasan Pelbagai mampu memberikan
gambaran tentang kecenderungan atau kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran.
Gambaran ini akan diperolehi apabila guru membuat perbandingan antara hasil kerja
murid terdahulu dengan yang ada sekarang.
Terdapat banyak jenis penilaian yang boleh dilakukan dalam menilai pencapaian
pembelajaran murid berteraskan Kecerdasan Pelbagai iaitu
 Projek dan produk. Contohnya, murid menghasilkan model tiga dimensi untuk
tajuk Bentuk dan Ruang atau membuat slaid persembahan powerpoint
menunjukkan perbelanjaan wang saku mereka bagi tajuk Wang.
 Persembahan, penyampaian dan demonstrasi. Contohnya, murid membuat
simulasi kumpulan di hadapan kelas bagi pembelajaran membina cerita
berdasarkan ayat matematik operasi tambah, tolak, darab atau bahagi.
 Rakaman video, kaset dan penggambaran. Contohnya, murid membuat
rakaman video tentang bentuk-bentuk geometri sama ada dua dimensi atau
tiga dimensi yang ditemui di sekitar kawasan sekolah. Ini adalah penilaian
untuk tajuk Bentuk dan Ruang.
 Penyelesaian masalah dan eksperimen. Contohnya, meyelesaikan soalan-
soalan penyelesaian masalah melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi dengan menunjukkan jalan kerja dan prosedur pengiraan yang tepat.
 Laporan, folio, portfolio dan pameran. Contohnya, Murid membuat folio
tentang peristiwa-peristiwa penting di Malaysia berserta tarikhya untuk
pembelajaran tajuk Masa atau membuat pameran secara berkumpulan
pelbagai jenis gambar mata wang dalam dan luar negara untuk tajuk Wang.
 Pemerhatian di stesen-stesen kecerdasan. Contohnya, bagi menilai
pembelajaran murid dalam Tajuk Nombor bulat, murid boleh dinilai mengikut
stesen di mana setiap stesen menyediakan aktiviti penilaian mengikut
kecerdasan yang berbeza. Di stesen 1, murid menonton video lagu nombor
dan murid menyebut serta menulis nombor berdasarkan video tersebut. Di
stesen 2 pula, murid membuat bentuk nombor menggunakan badan
berdasarkan bimbingan yang diberikan terlebih dahulu. Di stesen 3 pula,

8
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

murid menyurih angka yang disebut oleh seorang murid lain pada pasir yang
disediakan.

RUMUSAN

Pengajaran matematik yang mengaplikasikan aktiviti-aktiviti berteraskan kecerdasan


pelbagai dapat meningkatkan kualiti pembelajaran matematik di kalangan pelajar.
Kecerdasan pelbagai dapat memenuhi keperluan, minat dan kecenderungan yang berbeza
di kalangan murid-murid. Setiap individu murid berpeluang untuk mengikuti dan menjalankan
aktiviti pembelajaran matematik yang menarik bagi mereka serta dapat merangsang mereka
belajar secara aktif dan menguasai isi pelajaran matematik secara optimum. Dengan aktiviti
pelbagai kecerdasan yang sesuai dengan mereka, murid akan mendapati pembelajaran
matematik sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan. Mereka memiliki lebih
keyakinan dan motivasi kendiri untuk belajar matematik lebih berkesan. Pengajaran
matematik menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai juga tidak menghadkan kaedah
penilaian terhadap pencapaian hasil pembelajaran murid pada satu cara sahaja. Malah,
murid juga diuji dengan menggunakan pelbagai kaedah penilaian yang pastinya dapat
memenuhi keperluan semua murid. Murid akan lebih mudah mencapai hasil pembelajaran
mengikut kriteria yang ditetapkan oleh guru melalui instrument penilaian yang sesuai dengan
mereka. Pengajaran matematik berorientasikan kecerdasan pelbagai perlu dijasikan oleh
guru-guru memandangkan ia mampu memberikan impak yang besar terhadap peningkatan
penguasaan pembelajaran matematik murid.

9
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

BIBLIOGRAFI

1. Ali Ab. Ghani, Kong Meow San, Tohid Abdul Karim, Hamizah Hamzah, Sarina Salim,
Zamrus Abd. Rahman & Rosli Suleiman, Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan
Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala
Lumpur.
2. Gardner, H. (1985). Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic
Books
3. Giam Kah How (1999). Gaya pembelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf Jabatan Sains dan Matematik Maktab
Perguruan Seri Kota, Jilid 2. Retrieved from apps.emoe.gov.my Bil 3. 57 – 63.
4. Rizal Ariffin, Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai
Menurut Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Psikologi. Retrieved from www.usm.my
5. http://greeneyezwinkin2.wordpress.com/2012/01/22/dr-howard-gardner-on-multiple-
intelligences/
6. http://movimentosporting1906.blogspot.com/2011/08/howard-gardner-multiple-
intelligences_29.html

10
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

11
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

LAMPIRAN A

Contoh satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran matematik yang boleh
mengaktifkan beberapa kecerdasan daripada Kecerdasan Pelbagai secara serentak ialah
aktiviti tayangan video Rumah Nombor yang boleh didapati di youtube semasa pengajaran
tajuk ‘Nilai Tempat’.
Aktiviti ini dapat merangsang kecerdasan visual-ruang melalui tontonan video, verbal-
lingustik melalui bacaan dan sebutan seni kata lagu, kecerdasan muzik melalui nyanyian
lagu mengikut melodi dan irama serta diiringi muzik latar, kecerdasan kinestetik melalui
perlakuan aksi yang sesuai dengan lagu seperti bertepuk tangan, kecerdasan interpersonal
melalui nyanyian secara kelas dengan suara yang harmonis dan serentak, kecerdasan
interpersonal melalui epkpresi perasaan selepas melakukan aktiviti ini dan kecerdasan logik-
matematik melalui pembelajaran konsep nilai tempat yang ada dalam lagu.

12
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

LAMPIRAN B

Beberapa video lain yang disedut dari youtube yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
serta memenuhi keperluan Kecerdasan Pelbagai murid.

13
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)

LAMPIRAN C

Bahan-bahan pembelajaran matematik interaktif lain yang didapati secara atas talian yang menarik, sesuai dan mampu merangsang
Kecerdasan Pelbagai murid.

14

You might also like