You are on page 1of 17

Perbandingan Dasar Pemodenan Oleh Raja Chulalongkorn (1868-1910) Dan Maharaja Meiji

(1868-1912)

Info Raja Chulalongkorn (Rama V)

Putera Mongkut dan baginda merupakan raja yang berwibawa setanding dengan
ayahandanya Raja Mongkut.
Raja Mongkut telah memberikan pendidikan tradisional yang secukupnya kepada
Raja Chulalongkorn demi untuk mengekalkan serta mengetahui kebudayaan dan kehidupan
masyarakat Thailand.
Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama Chulalongkorn juga didedahkan
dengan pendidikan Barat seperti pelajaran Bahasa Inggeris, astronomi dan matematik daripada
guru-guru khas seperti Madam Anna Leonowens.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 17 tahun selepas kematian ayahandanya Raja
Mongkut dan pembesar yang paling kanan, Chao Phraya Sri Suriawongse telah dilantik menjadi
pemangku raja.

Info Maharaja Meiji

Pada penghujung tahun 1867, Mutsuhito menaiki takhta pada usia 16 tahun dan
menggunakan gelaran Maharaja Meiji yang bermaksud ‘pemerintah yang terang menyinari’.
Mutsuhito menjadi ‘pemegang kuasa’ di Jepun dan baginda telah menjadi asas kepada
pengekalan institusi maharaja di Jepun sehingga kini.
Pada tahun 1868, berlaku satu peristiwa bersejarah di Jepun, iaitu Pemulihan Meiji.
Pemulihan Meiji ini bermakna maharaja kembali kepada kedudukan sebenarnya, iaitu
sebagai ketua masyarakat yang tertinggi di Jepun.
Peralihan kuasa daripada Shogun kepada maharaja ditandakan dengan pemindahan
ibu negara dari Kyoto ke Edo yang kemudiannya pada tahun 1968 bertukar ke Tokyo.
Memandangkan Maharaja Meiji masih muda, maka kuasa sebenar pentadbiran terletak
pada Dajokan (Majlis Negara) yang dikuasai oleh beberapa pemimpin muda samurai juga
dikenali sebagai Satcho-Hito, pemimpin daripada empat puak; Satsuma, Chosu, Hizen dan Taza.

Dasar Pemodenan Dari Segi Politik

Raja Chulalongkorn
1. Dasar Buka Pintu
Baginda telah meneruskan dasar buka pintu yang dimulakan oleh ayahandanya, Raja Mongkut.
Beberapa perjanjian yang telah ditandatangani, antara Thailand dengan beberapa negara Barat
seperti Perjanjian Perdagangan dengan Belgium, Itali, Sweden dan Norway pada tahun 1868 dan
perjanjian dengan Jerman pada tahun 1872.
2. Dasar Diplomasi Wilayah
Raja Chulalongkorn juga mengadakan dasar diplomasi wilayah dengan menyerahkan wilayah
pengaruh Thailand kepada Perancis dan British.
Laos dan Kemboja diserahkan kepada Perancis dan Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan
kepada British.
3. Hubungan peribadi dan diplomatik
Hubungan peribadi dan diplomatik juga diadakan dengan ketua-ketua negara seperti Maharaja
William II (Jerman), Tsar Nicholas II (Rusia), Prince Of Wales (England) dan Presiden Loubet
(Perancis)
Pada tahun 1897 dan 1907, baginda sendiri melawat Eropah demi mengekalkan kemerdekaan,
kemodenan dan kedaulatan Thailand agar tidak dijajah dan dikuasai oleh mana-mana kuasa
Barat.
4. Penasihat Dari Barat
Raja Chulalongkorn turut membawa masuk dan menggajikan penasihat dari Barat untuk
membantu dalam usaha pemodenan Thailand.
Rolin Jacquemins (berbangsa Belgium) merupakan penasihat amnya.
Penasihat British pula diletakkan di Kementerian Undang-undang, penasihat Jerman di Jabatan
Kereta Api, penasihat dari Denmark pula dalam Angkatan Laut dan penasihat Itali diletakkan dalam
kerja-kerja pembinaan.
5. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
Selain itu, Chulalongkorn menjalankan usaha pemusatan pemerintahan, iaitu dengan menubuhkan
12 kementerian untuk menggantikan struktur pemerintahan dan pentadbiran lama.
Pada tahun 1892, seluruh pentadbiran Thailand diletak dan diserahkan kepada Kementerian
Dalam Negeri Thailand.
Kementerian ini telah diterajui oleh Putera Damrong dan ini menyebabkan sistem autonomi daerah
turun-temurun itu ditamatkan.
Bagi melancarkan dan melicinkan sistem pentadbiran negara, Thailand telah dibahagikan kepada
18 monthon,
monthon, maung dan amphur.
amphur.
Chulalongkorn turut menubuhkan perbendaharaan moden di Thailand dengan bantuan dan
nasihat daripada penasihat kewangan British.
Dengan bantuan Rolin Jacquemins, sistem perundangan ala-Barat telah diperkenalkan.
Manakala di bawah penyeliaan Putera Rabi, Kementerian Keadilan telah ditubuhkan.

Maharaja Meiji
1. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
Maharaja Meiji turut berjaya mengekalkan kestabilan politik demi pemodenan Jepun.
Maharaja Meiji juga telah menjalankan sistem pemerintahan berpusat.
Pada tahun 1871, sistem feudal secara rasminya telah dihapuskan.
Pada tahun 1868, wakil Kerajaan Meiji telah mengisytiharkan pemerintahan secara langsung di
Jepun dan pengumuman ini telah diadakan di seluruh wilayah Jepun.
Pada tahun 1869, daimyo-
daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu dan Hizen telah menyerahkan wilayah
dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja Meiji.
Negara Jepun telah dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor yang dilantik oleh
kerajaan pusat.
Selain itu, Kerajaan Meiji telah memberikan pencen tahunan kepada daimyo-
daimyo-daimyo.
daimyo.
2. Bidang ketenteraan
Maharaja Meiji juga memberikan tumpuan dan keutamaan kepada bidang ketenteraan dengan
memperkenalkan Sistem Kerahan Moden yang terdiri daripada rakyat biasa yang berumur 20
tahun ke atas.
Sistem Kerahan Moden merupakan suatu bentuk kerahan tenaga yang ditiru daripada Jerman.
Kerajaan telah mewajibkan kerahan tenaga terutama golongan muda supaya berkhidmat dalam
angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun (3 tahun dalam angkatan tetap dan 9 tahun
sebagai simpanan).
Sistem ini telah menyebabkan jumlah angkatan Jepun bertambah dan sistem pertahanannya
semakin kukuh dengan pembelian senjata moden.
Pada tahun 1870, tentera darat moden telah ditubuhkan di bawah Aritomo.
Pada tahun 1871, beberapa maktab tentera tentera turut ditubuhkan dan ini dikendalikan oleh
pelatih-pelatih dari Jerman dan Perancis.

Dasar Pemodenan Dari Segi Ekonomi

Raja Chulalongkorn
1. Perdagangan asing dan pertanian
Tindakan Raja Chulalongkorn menggalakkan bentuk perdagangan asing dengan British telah
menjadikan British sebagai pelabur utama di Thailand.Bank-bank
Thailand.Bank-bank British dan Perancis telah
ditubuhkan di Thailand.
Selain perdagangan, bidang pertanian turut menjadi keutamaan Raja Chulalongkorn.Kawasan-
Chulalongkorn.Kawasan-
kawasan penanaman padi ditambah dan diperluaskan.
Di samping itu, projek-projek pengairan dan pembinaan jalan-jalan
jalan-jalan kereta api telah dilaksanakan.
Usaha pembaharuan Chulalongkorn turut terpapar apabila baginda merupakan satu-satunya raja
Charki yang berjaya memulakan rancangan membina landasan kereta api dari Bangkok ke Korat
yang kemudiannya menjadi sistem pengangkutan penting terutama untuk perdagangan Thailand.

Maharaja Meiji
1. Perindustrian dan perdagangan
Maharaja Meiji telah memberikan keutamaan kepada bidang perindustrian.Kerajaan
perindustrian.Kerajaan Meiji
dikatakan telah memainkan peranan penting dalam perancangan, pembiayaan dan pencarian
bahan-bahan mentah dan juga pasaran.Satu
pasaran.Satu bentuk sistem cukai moden telah dilaksanakan.
Selain itu, Kerajaan Meiji telah menjual perusahaan-perusahaan yang maju kepada pihak swasta
dengan harga yang murah dan bantuan pinjaman juga diberikan kepada pihak swasta.
Kepakaran dari Barat telah digunakan sepenuhnya dan sistem kewangan dikemas kini dengan
penubuhan bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan Bank Yokohama.

Dasar Pemodenan Dari Segi Sosial

Raja Chulalongkorn
1. Bidang pendidikan
Raja Chulalongkorn telah mendirikan sekolah-sekolah untuk golongan bangsawan dan rakyat
jelata.
Sekolah kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1884.
Hampir setiap tahun Raja Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang pemuda Thailand
ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran.
3 buah sekolah kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru British telah ditubuhkan pada
tahun 1890-an.Antaranya
1890-an.Antaranya adalah Sekolah Sunandalaya (sekolah untuk pelajar perempuan
bangsawan), Maktab Raja (untuk bangsawan lelaki) dan sebuah lagi sekolah untuk anak-anak
lelaki golongan kelas pertengahan.
2. Bidang perhubungan dan pengangkutan
Raja Chulalongkorn telah mempertingkatkan sistem perhubungan di Thailand.Pembinaan
Thailand.Pembinaan jalan-
jalan kereta api telah dimulakan. Jalan kereta api pertama telah dibina antara Bangkok dengan
Paknam pada tahun 1893, dan antara Bangkok dengan Ayuthia pada tahun 1897.
Selain itu, Sistem Perkhidmatan Pos dan Telegraf turut dimulakan.
3. Penghapusan adat tradisi
Raja Chulalongkorn telah menghapuskan beberapa adat tradisi, antaranya seperti pada tahun
1873, adat sujud di hadapan raja telah dimansuhkan.
Selain itu baginda telah meluluskan undang-undang untuk menghapuskan sistem buruh paksa dan
mewajibkan bayaran untuk penggunaan tenaga buruh.Pada
buruh.Pada tahun 1905, sistem penghambaan
turut dihapuskan.

Maharaja Meiji
1. Bidang pendidikan
Sepertimana Raja Chulalongkorn, Maharaja Meiji juga memperkenalkan sistem pendidikan moden
di Jepun, iaitu pada tahun 1872.
Sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1872.
Pendidikan rendah di Jepun telah berasaskan model Amerika Syarikat.
Maharaja Meiji telah menetapkan dan mewajibkan pendidikan rendah di Jepun selama 3 tahun.
Kerajaan telah menubuhkan Universiti Tokyo dan Universiti Imperial di Kyoto, Kyushu dan
Hokkaido.
Selain itu, Maktab Teknikal telah ditubuhkan bagi mengekalkan kemahiran teknikal yang amat
diperlukan oleh Jepun bagi tujuan pembangunan fizikal.
Maharaja Meiji turut menghantar pelajar-pelajar
pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran dalam bidang sains
Barat dan mereka telah dihantar ke Britain, negara Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.
2. Sistem penubuhan dan pengangkutan
Kerajaan Meiji turut memodenkan dan memajukan sistem perhubungan.
Jalan kereta api dari Tokyo ke Yokohama telah dibina pada tahun 1871, dari Osaka ke Kobe pada
tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun 1877.
Selain itu, Meiji telah mewujudkan sistem telegraf dan perkhidmatan pos.

KESIMPULAN
Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji merupakan pemimpin yang berusaha untuk
memodenkan negara masing-masing.Dengan
masing-masing.Dengan usaha ini, Thailand berjaya mengekalkan
kemerdekaannya dan dapat mempertahankan kedaulatan negaranya daripada dicerobohi
dan dijajah oleh mana-mana kuasa asing. Manakala Jepun pula telah muncul sebagai
sebuah negara yang begitu moden dan berjaya dalam bidang perindustrian. Negara Jepun
telah lahir sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang dapat menguasai negara-negara
Asia. Antaranya, pada tahun-tahun 1894-1895 Jepun mencerobohi Korea, 1904-1905 dapat
menewaskan Rusia, 1937 Jepun mencerobohi China dan tahun 1942-1945 Jepun menduduki
hampir seluruh negara Asia.

Dasar Pintu Tertutup dan Dasar Pintu Terbuka Thailand (Siam) & Vietnam

Dasar Pintu Tertutup dan Pintu Terbuka Thailand

Pengenalan
Pada dasarnya,negara-negara di Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur telah melaksnakan
dasar pemencilan atau dasar isolasi terhadap kuasa Barat. Hal ini disebabkan oleh sikap orang
Barat itu sendiri yang gemar mengambil kesempatan daripada hubungan perdagangan untuk
campur tangan dalam hal ehwal negara asing. Masyarakat Asia juga bimbang dengan dasar
penyebaran agama Kristian yang diamalkan oleh kuasa Barat,kerana peluasan agama Kristian
akan melenyapkan agama tradisi dan mencemarkan kebudayaan tempatan.
Selain itu,negara-negara di asia beranggapan bahawa negara mereka sudah
mempunyai segala keperluan bahan mentah dan mampu berdikari dan mereka enggan menerima
konsep persamaan taraf yang dianggap boleh menjatuhkan imej negara mereka. Oleh yang
demikian, negara-negara Asia telah melaksanakan dasar pintu tertutup terhadap kuasa Barat.
Dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh negara-negara Asia adalah dasar yang
diamalkan untuk menjaga kedaulatan negara daripada campur tangan kuasa dan pengaruh asing
serta menghalang kemasukan pedagang luar dalam negara mereka.

Manakala dasar pintu terbuka pula adalah dasar sesebuah negara menjalinkan
hubungan dengan negara luar tanpa apa-apa sekatan dalam politik,ekonomi dan sosial. Dasar ini
juga memperlihatkan hubungan dua hala dalam perdagangan dan wujudnya hubungan diplomatik
antara dua negara.
Dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Thailand tidak konsisten,dan akhirnya
ditamatkan langsung melalui dasar diplomasi.
Pengamalan dasar pintu tertutup negara Thailand dilaksanakan kerana:
kerana:
 Raja-raja Thailand takut berlaku ketidakstabilan politik di negara mereka.
Mereka takut dengan niat Barat yang ingin memperluaskan kuasa di
Thailand.
 Thailand mempunyai barangan dalam negara yang mencukupi.Thailand
tidak memerlukan barangan dari Barat kecuali senjata api sahaja.
 Thailand hanya melakukan hubungan perdagangan dengan China sahaja.

RAMA I (1782-1809)
Thailand merupakan sebuah negara yang berkuasa besar dan diperintah oleh Phya Taksin iaitu
seorang pemimpin yang berpengalaman dan berjaya menghalau tentera Myanmar pada 1785.
Negara Taksin untuk menjalankan dasar perluasan kuasa di Laos di Luang
Prabang,Vietnam,dan kemboja. Phya Taksin telah mengukuhkan kedudukan di tiga buah daerah
Kemboja iaitu Battambang, Mongkolbaurey, Sisiphon, dan Korat pada 1975.

RAMA II (1809-1824)
Pada masa pemerintahan Rama 11,baginda telah mengamalkan dasar perluasan kuasa. Hal ini
dapat dilihat pada tahun 1821,apabila Rama 11 telah memerintahkan Sultan Kedah ke Bangkok
untuk menjawab beberapa pertuduhan termasuklah soal bersubahat dengan Myanmar.
Keenganan Sultan Kedah menurut perintah Rama 11 telah menyebabkan pada tahun 1821
meletusnya Perang Thailand – Kedah. Sultan Kedah telah melarikan diri ke Pulau Pinang untuk
menyelamatkan diri.
Dasar penaklukan yang dilaksanakan oleh thailand ke atas Kedah amat
membimbangkan British kerana Kedah menjadi pusat pembekalan makanan ke Pulau Pinang.
Selain itu, British mempunyai kepentingan tersendiri ke atas Thailand kerana kaya dengan sumber
hasilnya seperti gading gajah,beras,dan kayu jati. Thailand juga merupakan laluan perdagangan
kapal-kapal British ke negara China dan penglibatan British ke atas membuatkan British perlu
berbaik-baik dengan Thailand.
Oleh itu,Syarikat Hindia Timur telah beusaha mengadakan hubungan dengan
Thailand dengan menghantar wakilnya pada tahun 1818 dan 1819 tetapi gagal mendapat
kerjasama dari Thailand. Kejadian penaklukan Kedah telah menyebabkan British menghantar John
Crawford pada tahun 1822 untuk mengadakan hubungan persahabatan dengan
Thailand,malangnya usaha John Crawford juga tidak mendatangkan hasil.
Pada masa yang sama, Rama II telah menerima perwakilan Portugis Carlos Manuel Silveira dan
mengadakan perjanjian perdagangan. Thailand juga turut mengadakan persahabatan dengan
Belanda dan Perancis kerana membeli senjata. Hal ini menyebabkan British berasa mereka
dipencilkan.
Rama II hanya mengadakan hubungan perdagangan dengan China untuk
persahabatan dan mengekalkan kekuasaannya di negeri-negeri Melayu. Tindakan Thailand ini
jelas menunjukkan Rama II menghalang perdagangan dengan Barat.

RAMA III (1824-1851)


Rama III menjalankan dasar pintu terbuka yang terhad terhadap kuasa-kuasa asing demi
menjamin kedudukan Thailand serta bimbang dengan campur tangan kuasa asing di Thailand.
Rama III telah mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan British melalui
wakil British, Henry Burney pada tahun 1826. perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Burney.
Antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah:

 British dibenarkan menjalankan aktiviti perdagangan di Bangkok namun dikenakan cukai


serta tidak dibenarkan mengeksport candu serta mengimport beras dari Thailand.
 Kedah akan dikekalkan sebagai negeri naungan Thailand,namun British dibenarkan
berdagang di Kedah.
 Sultan Kedah tidak dibenarkan tinggal di mana-mana wilayah kepunyaan Briish
termasuklah Pulau Pinang,Melaka dan Singapura.
 Kemerdekaan Perak dan Selangor diakui oleh Thailand dan tidak boleh memaksa Perak
menghantar ufti ke negara itu.
 Pulau Pinang diiktiraf sebagai wilayah British.

RAMA IV (1851 – 1868)


Dasar isolasi Thailand berubah secara keseluruhan semasa pemerintahan Raja Mongkut kerana
baginda menyedari kuasa Barat mempunyai banyak kelebihan dan jika sikap permusuhan
diteruskan hanya akan merugikan Thailand sahaja. Oleh itu,dasar pintu terbuka dilaksanakan oleh
Raja Mongkut.
Dasar pintu terbuka yang diamalkan oleh Raja Mongkutdapat dilihat dari sudut
pemerintahannya. Raja Mongkut telah membuat banyak perubahan seperti mengadakan
perubahan-perubahan dalam syarat perniagaan yang menggembirakan hati saudagar-saudagar
Barat dengan mengurangkan cukai import.
Raja Mongkut juga mendatangani Perjanjian Bowring dengan wakil kerajaan British
iaitu Sir John Bowring pada April 1855. antara syarat-syarat perjanjian tersebut ialah:
 Cukai import terhadap barang-barang British ke Thailand dikenakan tiga peratus ad volaren
dan cukai eksport pula lima peratus ad volarem.
 Eksport beras juga dibenarkan.
 Perdagangan candu dibenarkan tetapi dengan kawalan yang ketat.
 Kapal-kapal dagang British dibenarkan menyewa dan membeli tanah di sekitar Bangkok
dalam lingkungan enam kilometer dari Bangkok.
 Rakyat British diberikan hak wilayah asing.

Seterusnya Raja Mongkut telah mengadakan perjanjian dengan Amerika Syarikat dan
Perancis pada tahun 1856, Denmark pada tahun 1858, Portugal pada tahun 1859, Belanda pada
tahun 1860, Prussia pada tahun 1862 dan Belgium, Itali, Norway, Sweden pada tahun 1868.
kesemua perjanjian ini adalah untuk memastikan pihak Barat tidak mencemarkan kemerdekaan
Thailand.
Dasar buka pintu yang diamalkan oleh Mongkut ini telah menyaksikan
perkembangan ekonomi yang pesat di Thailand. Pertambahan bilangan kapal-kapal asing yang
melawat Bangkok meningkat lebih daripada sepuluh kali ganda dan Thailand menjadi satu
daripada pengeksport beras dan kayu jati dunia yang terbesar. Perluasan ekonomi ini juga
menyaksikan kemasukan para mubaligh, golongan profesional ke Thailand. Mongkut telah
menggunakan perkhidmatan golongan profesional ini dalam bidang pentadbiran sebagai tutor,
penterjemah, pegawai polis dan pegawai perkapalan. Dengan ini, Mongkut bukan sahaja telah
berjaya memajukan Thailand malahan telah menyelamatkan kemerdekaan Thailand.
Dasar Raja Mongkut ini diteruskan oleh puteranya Raja Chulalangkorn. Pada masa
Thailand di bawah pemerintahan Raja Chulalangkorn, baginda telah memajukan Thailand
mengikut corak pentadbiran Barat, membangunkan ekonomi dan sosial, terutamanya dalam
bidang pendidikan, perhubungan, dan perubatan. Oleh itu, Thailand telah muncul sebagai negara
yang termoden di Asia Tenggara.

DASAR PINTU TERTUTUP DAN DASAR PINTU TERBUKA VIETNAM

MAHARAJA GIA LONG

Maharaja Gia Long telah mengadakan dasar pemencilan dalam hubungan barat dan enggan
memberi sebarang keistimewaan kepada barat kecuali Perancis.
Maharaja Gia Long juga hanya membenarkan urusan perdagangan dijalankan
dengan negara China.

MAHARAJA MINH MANG(1820-1840)

Maharaja Minh Mang menjalankan dasar pintu tertutup.


Dasar isolasi ini diambil kerana baginda sangat benci dengan barat.Ini kerana Maharaja Minh
Mang bimbang campur tangan barat dalam hal negeri dan takut Vietnam dijajah.
Maharaja Minh Mang telah mengamalkan dasar:-

 Melarang kemasukan mubaligh-mubaligh kristian ke vietnam


 Mewujudkan sikap anti-kristian
 Merobohkan gereja-gereja dan menindas penganut agama kristian
 Mengarahkan agar kubur Le Van Duyet di bakar

MAHARAJA THIEU TRI(1841-1847)

Maharaja Thieu Tri tetap meneruskan dasar pintu tertutup sewaktu pemerintahannya kerana
maharaja benci barat.
Maharaja Thieu Tri meneruskan dasar antiagama kristian.

MAHARAJA TU DUC(1848-1883)

Maharaja Tu Duc terus mengamalkan dasar pintu tertutup seperti maharaja yang sebelumnya dan
bersikap tegas terhadap hubungannya dengan kuasa-kuasa asing dan penganut agama kristian.
Maharaja meneruskan usaha untuk menganiaya penganut-penganut agama
Kristian.

Semasa pemerintahannya, Maharaja Tu Duc telah meluluskan Undang-undang Anti-Kristian iaitu:-

 Semua orang Vietnam Kristian dibuang negeri.


 Sesiapa yang melindungi paderi akan dibunuh.
 Paderi-paderi Perancis mesti ditenggelamkan di laut atau sungai.

PENUTUP

Thailand telah mengubah dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Rama I hingga Rama III,
namun Raja Mongkut telah mengubah dasar ini kepada dasar pintu terbuka semasa memerintah
Thailand.
Di Vietnam pula, bermula dengan pemerintahan Maharaja Gia Long sehingga Maharaja Tu
Duc. Vietnam mengamalkan dasar pintu tertutup namun dasar pintu terbuka telah dipaksa oleh
Perancis ke atas Vietnam melalui peperangan dan perjanjian dengan mereka.

Dengan Merujuk Kepada China Dan Jepun, Huraikan Kegiatan Ekonomi Sara Diri Yang Dijalankan
Di Negara Tersebut

Pendahuluan
Sistem ekonomi sara diri bermaksud sesuatu aktiviti ekonomi yang bertujuan untuk
keperluan asas dan tidak bertujuan untuk diperdagangkan. Ekonomi sara diri ialah satu sistem
yang tiada apa-apa pun hasil dari kebun-kebun yang diusahakan dijual keluar. Semua hasil
digunakan untuk keluarga sahaja. Hanya sekiranya berlaku lebihan, barangan itu akan ditukarkan
(sistem barter) atau diperdagangkan dengan keperluan-keperluan asas yang lain.
Tiadanya pengkhususan pekerjaan membolehkan seseorang petani menjalankan
aktiviti bertani di samping menangkap ikan, memburu binatang, dan mencari hasil hutan. Kesemua
usaha ini dilakukan mengikut keperluan keluarga sahaja.

Sistem Ekonomi Sara Diri Di Jepun

Masyarakat Jepun juga menjalankan pertanian sara diri sebagai kegiatan utama.
Masyarakat kampung yang menjalankan aktiviti pertanian dikenali sebagai noson.noson. Manakala
masyarakat Jepun yang menjalankan aktiviti pertanian di tanah tinggi dikenali sebagai sanson.
sanson.
Pertanian adalah aktiviti warisan masyarakat Jepun. Aktiviti ini dijalankan secara
kecil-kecilan dan merupakan aktiviti keluarga. Tanaman utama yang ditanam ialah padi. Padi
banyak ditanam di kawasan tanah tinggi dan hanya ditanam sekali setahun bermula pada musim
bunga dan dituai pada musim luruh. Oleh sebab Jepun mempunyai iklim sederhana, maka kerja-
kerja pertanian perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh kerana masa yang singkat.
Oleh itu, petani menggunakan sawah bertingkat bagi mengatasi kekurangan tanah
dan dan menggunakan sistem perngairan terus dari sungai. Kaedah ini membolehkan petani
mengurangkan penggunaan baja dan membolehkan sawah digunakan setiap tahun tanpa
direhatkan. Penggunaan sawah setiap tahun ini juga dapat menghalang rumput-rumput tumbuh
dan kesuburan tanah dapat dikekalkan. Tanaman kedua yang diusahakan oleh masyarakat Jepun
ialah barli, gandum, pokok teh, kacang soya, dan sayur-sayuran.
Kaum petani di Jepun digelar hyakusho kerana hidup miskin dan taraf sosial
mereka rendah. Dalam masyarakat Jepun, terdapat 3 jenis pertanian iaitu:

1. Petani yang menjalankan kegiatan pertanian di tanah milik sendiri.


2. Petani yang menjalankan pertanian di tanah sendiri dan tanah sewa.
3. Petani yang menjalankan pertanian di tanah sewa.

Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat petani menjadi tulang belakang ekonomi
negara Jepun namun masyarakat petani yang mempunyai tanah sendiri hanya 30% sahaja.
Keadaan ini menjelaskan bahawa tuan tanah merupakan golongan atasan dan mempunyai
kedudukan yang dipandang tinggi oleh kaum petani dan sekali gus masyarakat pemerintahan.
Walau bagaimanapun, keadaan ini telah berubah semasa Meiji memerintah Jepun apabila
penguasaan tuan-tuan tanah telah dikurangkan melalui reformasi tanah.
Kepentingan masyarakat petani di Jepun dapat dilihat apabila mereka
menyumbangkan pertumbuhan ekonomi akibat bertambahnya keluasan penggunaan tanah
pertanian melalui kegiatan tebus guna tanah. Pada tahun 1597 sahaja, pengeluaran pertanian
ialah 18.5 juta koku, pengeluaran pertanian ini kemudiannya meningkat kepada 25.8 juta koku
pada tahun 1700 dan seterusnya kepada 30.4 juta koku pada tahun 1832.
Peningkatan ini turut disumbang oleh penggunaan benih dan peralatan yang lebih
baik, penggunaan haiwan untuk kerja membajak, pengenalan teknik pertanian, dan penanaman
dua kali setahun. Namun, peningkatan ini tidak dapat mengatasi masalah kebuluran yang melanda
penduduk Jepun pada tahun 1732, tahun 1783 hingga 1784, tahun 1787 dan tahun 1833 hingga
1837.
Kebuluran yang berlaku pada tahun 1732 umpamanya melibatkan hampir 1.6 juta
orang. Masalah ini berlaku adalah akibat agihan kekayaan yang tidak seimbang sehingga
kampung dikuasai oleh tuan tanah yang kaya sedangkan 80% hingga 90% petani adalah miskin
dan dibebani dengan cukai yang berat.
Selain aktiviti pertanian, masyarakat Jepun juga menjalankan aktiviti perikanan
dalam kegiatan ekonomi sara diri. Aktiviti perikanan dijalankan di kawasan perairan negara Jepun
yang kaya dengan ikan. Hal ini demikian kerana negara Jepun terletak di persimpangan arus hitam
yang panas dengan Arus Kamchatka yang sejuk dekat pantai Jepun. Nelayan hanya menangkap
ikan di pesisiran pantai serta menggunakan kaedah tradisional sahaja seperti jala dan pukat.
Masyarakat Jepun menjalankan aktiviti perdagangan yang terhad dengan negara
China dan Belanda sahaja. Pedagang Belanda hanya dibenarkan menjalankan aktiviti
perdagangan di pelabuhan Nagasaki dan mendirikan kilang di sebuah pulau kecil iaitu Pulau
Deshima.
Deshima. Pedagang-pedagang ini mengimport perak, tembaga, besi, beras dan lain-lain dari
Jepun dan membawa masuk ke Jepun seperti sutera, kapas, minyak wangi dan gula. Kesemuanya
menjadi popular dalam kalangan kelas atasan masyarakat Tokugawa.
Tokugawa. Manakala pedagang dari
China pula kurang menjalankan aktiviti perdagangan dengan Jepun kerana negara Jepun kaya
dengan bahan mentahnya sendiri.

Sistem Ekonomi Sara Diri Di China

Aktiviti pertanian menjadi aktiviti utama bagi penduduk China. Masyarakat petani
China menjalankan aktiviti pertanian hanya untuk keperluan seharian mereka sahaja yang
dijalankan bersama-sama dan bukan untuk individu semata-mata. Hasil ekonomi ini akan dirasai
dan dikongsi bersama secara adil dan saksama. Hal ini menyebabkan masyarakat petani di China
dipandang mulia kerana mereka dikatakan telah menyumbang bahan makanan kepada negara
dan seluruh penduduknya.
Aktiviti pertanian penting kerana disebabkan bentuk muka bumi dan iklimnya yang
sesuai untuk pertanian, di samping mempunyai kawasan-kawasan yang tahap kesuburan
tanahnya amat tinggi seperti di Lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Kuning. Lembah-lembah
sungai ini sering mengalami banjir dan banjir ini membantu petani menanam pelbagai jenis
tanaman dan menjadikan pertanian aktiviti utama di China. Padi menjadi aktiviti pertanian yang
utama di mana sawah-sawah padi banyak terdapat di lembah-lembah sungai (Sungai Yangtze dan
Sungai Kuning) dan nasi telah menjadi makanan utama.
Hasil tanaman lain yang diusahakan ialah barli, gandum, kacang, sayur-sayuran
dan teh yang telah dijalankan di selatan China dan kapas (di utara dan selatan China) yang
menjadi bahan utama industri pembuatan pakaian. Sayur-sayuran pula merupakan tanaman yang
banyak ditanam oleh masyarakat Cina hinggakan setiap tanah kosong di sekitar rumah dan tempat
tinggal ditanam dengan sayur-sayuran kerana masyarakat Cina amat suka sayur-sayuran.
Pokok buluh turut ditanam oleh petani dan penggunaannya ialah dipelbagaikan
seperti rebung untuk dimakan, batang buluh untuk membina bangunan, membuat perabot dan
peralatan memasak. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan tanah tinggi (bahagian utara
China), mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang.
Di Kansu,
Kansu, Shansi dan Shensi ditanam milet, manakala di Manchuria ditanam
gandum sebagai makanan utama, dan kaoliang pula ditanam secara meluas serta dipelbagaikan
hasilnya seperti batang dan daun kaoliang dijadikan atap, alas lantai dan minyak. Masyarakat Cina
juga menternak haiwan sebagai aktiviti ekonomi sara diri mereka seperti itik, kambing dan lembu.
Masyarakat Cina juga menjalankan perusahaan tetapi lebih kepada perusahaan
secara kecil-kecilan seperti menggubah bunga plastik di Peiping,
Peiping, tembikar di Ching te’
te’Chen,
Chen, dan
perusahaan sutera di daerah Shantung,
Shantung, Hopei dan Machuria.
Machuria.
Aktiviti perdagangan turut diusahakan oleh masyarakat Cina dan telah menyumbang kepada
pendapatan negara China kerana kerajaan China berjaya memperoleh sumber pendapatan utama
daripada cukai tanah, perdagangan garam dan bahan galian.
Selain itu, perdagangan garam pula merupakan aktiviti ekonomi yang dikuasai dan dimonopoli
oleh keluarga diraja China.
Perdagangan antara China dengan Barat hanya terhad di pelabuhan Canton
sahaja dan perdagangan di sini dijalankan dengan peraturan yang ketat, yang telah ditetapkan
oleh Maharaja China. Di pelabuhan Canton, barangan yang diperdagangkan hanyalah teh China,
sutera dan barangan tembikar, manakala China pula hanya mengimport barangan kapas dan kain-
kain sahaja dari Barat. Kegiatan perdagangan ini turut diperluas di negara-negara Asia Tenggara
seperti Filipina,
Filipina, Burma,
Burma, Vietnam dan Thailand.
Thailand.
Hubungan perdagangan dengan Thailand telah dijalankan antara Ayudhya dengan
China bagi mendapatkan bahan-bahan binaan dan alat-alat senjata yang ditukar pula dengan
beras dan kayu. Para pedagang di Filipina memperdagangkan barangan seperti kulit kura-kura,
mutiara dan pinang bagi mendapatkan tembikar, sutera dan negara China. Pedagang-pedagang di
Burma pula telah menukar barangannya seperti kapas, gading, batu ambar, permata, sarang
burung dan candu dengan barangan dari China seperti sutera, kapas, teh, kacang kering, daun
emas dan pelbagai buah-buahan.
Manakala para pedagang Vietnam pula telah menjalankan perdagangan dengan Pelabuhan China
Selatan dengan mengimport barangan mewah seperti sutera, tembikar dan teh dari China.
Aktiviti perlombongan juga dijalankan oleh masyarakat Cina kerana negara China
kaya dengan hasil bumi seperti arang batu, besi, tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni dan
perak, iaitu aktiviti ini telah dijalankan secara tradisional.
Namun arang batu merupakan hasil galian yang utama dan dijumpai di Manchuria,
Manchuria, Shensi,
Shensi,
Shansi, , Hopei,, Szechwan,
Shansi Hopei Szechwan Yunnan , Yunnan, , Hunnan dan Shantung.
Shantung.

Kesimpulan

Sebelum kedatangan Barat, kegiatan ekonomi di negara China dan Jepun hanyalah
tertumpu kepada aktiviti ekonomi sara diri pertanian dan perdagangan bercorak tradisional dan
terhad sahaja.
Setelah kedatangan Barat, aktiviti dan kegiatan ekonomi China dan Jepun tertumpu
kepada ekonomi komersial.
BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TERCETUSNYA
PEMBERONTAKAN BOXER DI CHINA DAN DAHAGI DI INDIA

PENDAHULUAN

Pemberontakan boxer yang berlaku di China pada tahun 1900 berpunca daripada perasaan tidak
puas hati orang cina terhadap kehadiran kuasa Barat di China.Dahagi India pula yang berlaku
pada tahun 1857 merupakan satu pemberontakan oleh pihak tentera atau sepoi India menentang
pemerintahan British di India.Kedua-dua peristiwa ini membuktikan kemuncak perasaan benci
masyarakat tempatan terhadap kehadiran kuasa barat.

ISI-ISI PENTING

Pemberontakan Boxer di China

Dari segi Politik


 China terpaksa menghadapi persaingan dengan Britain dalam dua peristiwa, iaitu Perang
Candu I dan Perang Candu II. Perang ini memperlihatkan kekalahan teruk di pihak China
sehinggahkan maruah & tanggapan mereka sebgi ‘Middle Kingdom’ tdk dpt di pulihkan.
Syarat perjanjian Nanking(Perang Candu I & perjanjian Tientsin(Perang Candu II)
menyebabkan China terpaksa menerima konsep hubungan diplomatik atas dasar
persamaan taraf terutama apabila konsul British terpaksa di letakkan di pelabuhan. Ini juga
menyebabkan China terpaksa membuka pintunya kepada Barat dengan terpaksa
menerima pedagang Barat. Setelah kekalahan China, kuasa-kuasa Barat makin berani dan
mula merebut konsesi di China.

Dari segi Ekonomi


 Selepas termeterai perjanjian, barangan dan modal Barat telah membanjiri pasaran China.
Kebanyakan msyrkat tempatan ketinggalan & mundur dlm bidang ekonomi serta tdk dpt
b’saing dgn pedagang asing & barangan Barat yg jauh lebih murah. Perusahaan tempatan
terpaksa ditutup seperti perusahaan membuat kain dan jarum. Kehadiran Barat turut
menyebabkan p’niagaan industri p’gngkutan tradisional ditutup kerana Barat menggunakan
kereta api & kpal wap yg lebih moden & berkuasa. pedagang China menguntungkan Barat
& China telah mengalami masalah kewangan sehinggakan Kerajaan Manchu terpaksa
menaikkan cukai untuk menangani masalah tersebut. Langkah kenaikan cukai ini telah
merugikan petani dan golongan bawahan kerana merekalah yang terpaksa membayar
cukai dan bukannya pedagang Barat. Maka,kebanyakan pemberontakan boxer terdiri
daripada golongan petani.

Dari segi Sosial dan Agama


 Pemberontakan Boxer juga tercetus berkaitan soal agama kristian kerana kegiatan
mubaligh kristian dan pertapakan agama ini yang semakin kukuh di China menyebabkan
agama dan kepercayaan asal mereka terjejas. Selepas konvensyen Peking mubaligh
kristian di benarkan membina gereja di negara China & banyak aktiviti oleh agama ini di
jalankan secara agresif. Gereja-gereja dan mubaligh telah memberikan bantuan kewangan
dan perlindungan mahkamah kepada orang cina yang beragama kristian. Selain itu,
golongan ini tidak lagi menghormati adat resam tempatan dan orang cina kristian tidak lagi
menyertai upacara tradisional ataupun memberikan sumbangan kepada upacara
tradisional ini. Kebencian terhadap agama kristian semakin memuncak apabila masyarakat
cina mendengar khabar angin bahawa mubaligh kristian mencungkil mata kanak2 untuk
dijadikan ubat.
Dahagi India

Dari segi Sosial dan Budaya


 Dahagi India tercetus pada tahun 1857 di sebabkan kerajaan British memperkenalkan
beberapa pembaharuan yang mengancam amalan tradisi dan adat resam masyarakat
tempatan. Pihak British menentang amalan-amalan Hindu yang dianggap tidak
berperikemanusiaan seperti amalan Suttee, Thugee dan pembunuhan bayi prmpuan.
Selain itu, Akta Kahwin Semula (1856) telah di luluskan oleh Lord Dalhaousie dengan
tujuan untuk membaik pulih taraf sosial masyarakat India terutama wanita. Kedudukan
sistem kasta turut tercemar dan pengajaran agama kristian yang diperkenalkan oleh British
turut tidak digemari oleh penduduk tempatan kerana mereka beranggapan ini merupakan
alat dalam penyebaran agama kristian. Masyarakat India terpaksa menyertai
pemberontakan menentang Inggeris ini dengan tujuan untuk menghapuskan orang-orang
asing dari negara mereka selain kerana adat dan budaya mereka yang kian terancam.
Setelah Akta Pengambilan Tentera diperkenalkan oleh Lord Canning, sepoi-sepoi ini bebas
dihantar ke mana sahaja dan mereka tidak diberi elaun termasuklah penyekatan terhadap
kenaikan pangkat. Selain itu, sepoi-sepoi terpaksa menggunakan senapang Rifle Royal
Enfield yang dikatakan telah di sapu dengan minyak babi & lembu. Keadaan ini
bercanggah dengan kepercayaan dan amalan budaya org atau golongan sepoi-sepoi yang
beragama Hindu dan Islam. Hal ini telah menyemarakkan lagi kemarahan dan kebencian
golongan sepoi-sepoi. Mereka juga menganggap tindakan ini satu muslihat British
menentang kebudayaan mereka dan sebagai satu langkah mengkristiankan mereka.

Dari segi Politik


• Lord Dalhaousie telah mengambil alih wilayah-wilayah India tanpa menghiraukan perasaan
rakyat tempatan. Dasar mereka tertumpu kepada undang-undang warisan, hak menakluk
kuasa agung serta keinginan melanjutkan faedah-faedah pemerintahan Inggeris ke
wilayah-wilayah yang diperintah India. Undang-undang warisan menyatakan bahawa
sekiranya seseorang pemerintah meninggal tanpa waris, wilayah itu jatuh ke tangan British.
Ini terjadi di Qudh, punjab dan beberapa wilayah lain yang diambil alih oleh Lord Dalhousie
kerana tiada waris yang ditinggalkan oleh pemimpinnya. Tindakan ini menyebabkan kelas-
kelas dalam pemerintahan India tidak puas hati terhadap Inggeris.

KESIMPULAN

 Pemberontakan Boxer dan Dahagi India telah membuktikan kemarahan, kegelisahan dan
mebencian masyarakat tempatan kepada penceroboh Barat. Kuasa Barat ini bukan sahaja
campur tangan dalam politik dan pentadbiran negara bahkan juga mencabuli adat dan
tradisi masyarakat tempatan. Selain itu, masyarakat tempatan telah disingkir dan ditindas di
tanah air mereka sendiri. Akibat ingin menebus maruah bangsa dan negara, rakyat
tempatan berserta dengan pemimpin dan sepoi-sepoi telah menyertai Pemberontakan
Dahagi India.
Pengaruh Agama Hindu-Buddha Dalam Undang-undang Yang
Diamalkan Oleh Masyarakat Asia Tenggara

Ahli antropologi : Undang-undang utk menyelesaikan berbagai-bagai konflik & kekecohan dlm
masyarakat.
Ahli sosialogi : Undang-undang merupakan sebahagian drpda keseluruhan sistem masyarakat yg
bergerak & mengawal tindak tanduk manusia.

Peraturan & undang-undang yang wujud adalah dlm bentuk bertulis & pelaksanaannya dilakukan
oleh golongan pemerintah.

Peraturan dan undang-undang merupakan satu garis panduan yg diamalkan oleh sesebuah
negara utk menstabilkan corak pemerintahan.

Perkembangan sistem perundangan berbeza berbanding di Asia Selatan dan Asia Timur.
Pengaruh agama Hindu-Buddha mencatur perjalanan sistem perundangan di Asia Tenggara.

Indonesia

1. Sistem undang-undang dipengaruh oleh agama Hindu-Buddha & agama Islam.


2. Penggunaan undang-undang yg mempunyai elemen-elemen agama Hindu terutama di
Jawa Tengah & Jawa Timur .
3. Boleh dilihat dlm Babad Tanah Jawa, Babad Mataram & lain-lain.

4. Undang-undang ini menetapkan kerajaan sebagai wakil kpd kosmos,raja-rajanya adalah


penjelmaan dewa-dewi (Dewa Siva & Dewa Vishu).
5. Kesucian rohani dikaitkan dgn keunggulan politik & kemuncaknya ialah raja tidak boleh
disingkirkan.
6. Pada abad ke-14 pengaruh keindiaan digantikan dgn ajaran Islam.

Thailand

1. Menggunakan sistem undang-undang yg berasaskan konsep Thammasat (undang-undang


Hindu Dharmasastra).
2. Perjalanan undang-undang dilaksanakan oleh jabatan pakar undang-undang (golongan
kasta pendeta Hindu tertinggi berkaitan Phra Thammasat).
3. Golongan ini bertanggungjawab mentafsir undang-undang bagi membolehkan pemerintah
Thailand melaksanakan undang-undang.
4. Persamaan antara undang-undang Thailand dgn Hukum Kanun Manu ialah undang-
undang perhambaan yang memperuntukan 7 jenis golongan hamba & perkara yg berkaitan
dgn hutang (larangan membayar melebihi jumlah asal hutang).
5. Pemerintahan menggunakan Kod Undang-undang Tiga Tera.
6. Undang-undang ini mempunyai pengaruh Hindu & Buddha.
7. Kod undang-undang ini menggariskan aspek pemerintahan negara termasuklah kuasa raja.
8. Dalam aspek kuasa raja, pengaruh Buddha amat mempengaruhi konsep diraja dlm
pemerintahan Thailand.
9. Kedaulatan raja akan diakui apabila mempunyai dhamma & memerintahan dgn kebenaran.
10. Seorang raja yg zalim & melanggar hukum dhamma, pemerintahannya tidak benar & tidak
sah.
11. Raja tersebut boleh disingkirkan drpd takhta oleh rakyat.
12. Raja harus menggunakan undang-undang diraja sebagai garis panduan.
13. Contohnya, Prachum Pongsawadan.
14. Undang-undang Tiga Tera menjelaskan raja dianggap sebagai pemilik tanah, wakil tuhan &
mempunyai kuasa mutlak dlm semua urusan.

Myanmar

1. Hukum Kanun Manu digunakan dalam pentadbiran Myanmar.


2. Ditulis oleh para cendikiawan dan rahib serta golongan ini memastikan pelaksanaan dalam
urusan pentadbiran oleh pemerintah.
3. Undang-undang menentukan raja-raja yang dianggap separa tuhan dan diberi sifat-sifat
ketuhanan.
4. Kepercayaan ini membolehkan raja-raja Myanmar dihormati & kedudukan raja diletakkan di
tempat yang tertinggi dalam hierarki sosial & pemerintahan
5. Sistem perundangan dipengaruh oleh undang-undang Sangha (Biara) & sistem Myothugyi.
6. Undang-undang ini memperuntukan bahawa raja-raja yg memerintah dgn adil berada di jln
kebenaran & akan mendapat sokongan drpd rakyat.
7. Sistem perudangan dikendalikan oleh mahkamah-makahmah tertentu, iaitu makahmah
Seiyun, makahmah Tayayun dan makahmah khas Anaukyun.
8. Undang-undang Myanmar memainkan peranan dan menetapkan tempat serta cara-cara
seseorang rakyat.
9. Pemerintahan Myanmar mewajibkan setiap lapisan masyarakat mematuhi undang-undang
yang digunakan.

Penutup

Dlm masyarakat yg dianggap berdaulat & bertamadun, adat & undang-undang merupakan garis
panduan &ikutan yg boleh menjamin keperibadian & maruah sesebuah negara.
Amalan terhadap undang-undang bertujuan utk menjaga keamanan, keharmonian, kesetiaan
rakyat kpd raja & tanggungjawab pemerintah kpd rakyat.
Kedatangan & pencerobohan kuasa Barat ke negara-negara di rantau Asia menyebabkan sistem
adat, peraturan & undang-undang tradisi tempatan dipinggirkan & digantikan dgn sistem
perundangandangan Barat.
RAJA MINDON MIN DI BURMA DAN RAJA MONGKUT DI SIAM TELAH BERJAYA
MEMBAWA SUATU
DIMENSI TERHADAP KEMAJUAN PEMODENAN NEGARA MASING-MASING.
BINCANGKAN.

RAJA MINDON MINH [BURMA]

RAJA MINDON MIN BERJAYA MENGEKANG PENGUASAHAN PIHAK BARAT SECARA


KEKERASAN TERHADAP BURMA DAN TELAH MENJALANKAN DASAR PINTU KEPADA
BRITISH DAN PERANCIS.
BAGINDA BERUSAHA UNTUK MENJALINKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN BRITISH,DENGAN
HARAPAN BRITISH AKAN MENGEKALKAN WILAYAH PEGU KEPADA BURMA.
BAGI TUJUAN TERSEBUT,MINDON MIN TELAH MENGHANTAR PERWAKILAN PADA TAHUN
1853 UNTUK BERTEMU DENGAN KERAJAAN BRITAIN.

SATU PERJANJIAN TELAH DI MATERAI MELIPUTI HUBUNGAN DIPLOMATIK DAN


PERDAGANGAN.MELALUI PERJANJIAN TERSEBUT,BURMA MEMBENARKAN BRITISH
MENGGUNAKAN KEMUDAHAN DI BURMA.
MINDON MIN MENJALIN HUBUNGAN DENGAN PERANCIS UNTUK MENGURANGKAN
TEKANAN YANG DITERIMA DARIPADA BRITISH DAN TELAH MEMBUAT PERJANJIAN
DENGAN PERANCIS [1873]
BELIAU TELAH MEMPERBAIKI SISTEM EKONOMI DENGAN MEMPERKENALKAN SISTEM
CUKAI THATEMENDA [1862],IAITU CUKAI YANG DIBAYAR OLEH SETIAP KELUARGA
KECUALI YANG BERKHIDMAT DENGAN RAJA.
MINDON MIN TURUT MEMPERKENALKAN SISTEM MATA WANG YANG BERDASRKAN NILAI
PERAK DAN BELIAU BERUSAHA UNTUK MEMPELBAGAIKAN SUMBER EKONOMI BURMA
SUPAYA TIDAK BERGANTUNG SEPENUHNYA TERHADAP SUMBER PERTANIAN.
KILANG-KILANG TELAH DIDIRIKAN DAN SEKTOR PERLOMBONGAN KHUSUSNYA
LOMBONG ARANG BATU DAN BIJIH BESI JUGA DIMAJUKAN.
USAHA BELIAU TIDAK MENDAPAT HASIL YANG MEMBERANSANGKAN KERANA
KEKURANGAN KEPAKARAN TEKNIKAL DAN PENGETAHUAN DALAM BIDANG
TERSEBUT.MALAH BURMA MENGHADAPI KEKURANGAN SUMBER KEWANGAN UNTUK
MENGOLAH SUMBER MINERALNYA.MINDON TURUT MEMAJUKAN SEKTOR PERKAPALAN
UNTUK MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI DAN MEMPERBAIKI SISTEM PERHUBUNGAN
BURMA.CONTOHNYA DENGAN PENUBUHAN SYARIKAT PERKAPALAN IRRAWADDY,BANYAK
KAPAL TELAH DIBELI UNTUK MENGEMBANGKAN OPERASI SYARIKAT PERKAPALAN
TERSEBUT.
MINDON MIN TURUT MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT KHUSUSNYA PENDIDIKAN DAN
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR.BAGINDA TELAH MENGGEMBANGKAN PENDIDIKAN DAN
AJARAN AGAMA BUDDHA.DALAM USAHA TERSEBUT,BELIAU TELAH MEMBINA KOMPLEK
PAGODA DI KUTHODAW SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN DAN PENGEMBANGAN AGAMA
BUDDHA.
BAGINDA TELAH MENJADIKAN MADALAY SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN AGAMA BUDDHA DI
BURMA.
RAJA MINDON MIN TELAH MEMAJUKAN INFRASTRUKTUR KHUSUSNYA JALAN
PERHUBUNGAN UNTUK MEMUDAHKAN RAKYATNYA BERGERAK KE SESUATU TEMPAT.
RAJA MONGKUT (SIAM)
RAJA MONGKUT TURUT MEMBERIKAN BANYAK SUMBANGAN TERHADAP KEMAJUAN
NEGARA THAILAND ,TERUTAMA HUBUNGAN DENGAN KUASA-KUASA ASING.
BAGINDA TURUT MEMAJUKAN EKONOMI,KHUSUSNYA PERTANIAN DAN
PERDAGANGAN.MONGKUT TELAH MENGALAKKAN PENDUDUK THAILAND UNTUK
MENINGKATKAN PENGELUARAN PADI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK DAN PERALATAN
YANG MODEN .
USAHA BAGINDA TELAH TERHASIL DAN MENINGKATKAN PENGELUARAN BERAS UNTUK
EKSPORT.BAGINDA TURUT MEMAJUKAN SEKTOR PERDAGANGAN,KHUSUSNYA DENGAN
PEDAGANG ASING.HAL INI TERBUKTI DENGAN PERJANJIAN PERDAGANGAN DENGAN
PIHAK BARAT,IAITU BRITISH DAN PERANCIS
MONGKUT TURUT MENYELARASKAN CUKAI PERDAGANGAN UNTUK MENGALAKKAN
PERKEMBANGAN DAN KEMASUKAN PARA PELABUR BARAT.
BAGI MEMBANTU PERKEMBANGAN SEKTOR EKONOMI,MONGKUT TELAH MEMPERBAIKI
KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR SEPERTI JALAN RAYA DAN JALAN KERETA API.MONGKUT
TELAH MEMBINA JALAN RAYA YANG MENGHUBUNGKAN KAWASAN PENDALAMAN
DENGAN BANDAR-BANDAR DAN PUSAT EKONOMI.
DENGAN INI,SEMUA HASIL PERTANIAN DAPAT DIANGKUT KE PUSAT JUALAN,KHUSUSNYA
BANDAR-BANDAR.
SELAIN ITU,MONGKUT TELAH MEMBINA TERUSAN DAN TALI AIR UNTUK MEMUDAHKAN
SISTEM PENGAIRAN.SISTEM PENGAIRAN TELAH MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN DAN
PENYEDIAAN BEKALAN AIR BERSIH.
DARI SEGI SOSIAL, MONGKUT TELAH MEMBERIKAN TUMPUAN TERHADAP
PERKEMBANGAN BIDANG PENDIDIKAN DAN KEAGAMAAN.
BELIAU TELAH MENGGALAKKAN PENDIDIKAN BARAT,KHUSUSNYA BIDANG SAINS DAN
BAHASA ASING .BELIAU TELAH MENGGUNAKAN TENAGA PAKAR DARI LUAR UNTUK
MENGAJAR MATA PELAJARAN YANG BARU KEPADA RAKYAT THAILAND,KHUSUSNYA
GOLONGAN BANGSAWAN.
BAGI MENINGKATKAN TARAF HIDUP RAKYAT THAILAND,BAGINDA TELAH
MENGURANGKAN AMALAN BURUH PAKSA DENGAN MENGGANTIKAN DENGAN BURUH
BERGAJI.HAL INI MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA RAKYAT SUPAYA MEMILIKI
KEMAHIRAN DALAM PEKERJAAN DALAM PEKERJAAN MASING-MASING.
MONGKUT JUGA TELAH MENGHAPUSKAN AMALAN-AMALAN TRADISIONAL YANG TIDAK
LAGI SESUAI DIAMALKAN.MISALNYA ,MENGHAPUSKAN LARANGAN TERHADAP RAKYAT
UNTUK MELIHAT SENDIRI KEAADAN MEREKA.
BAGINDA TURUT MENGHAPUSKAN AMALAN BERSUJUD APABILA BERTEMU DENGAN
RAJA.SEHUBUNGAN ITU, MONGKUT TELAH MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA ORANG
ASING MENGGUNAKAN CARA MEREKA SENDIRI UNTUK MENGHORMATINYA.
SIKAP MONGKUT YANG BERTOLERANSI TELAH MENYEBABKAN RAKYAT DAN ORANG
ASING BEGITU MENGHORMATINYA.
KESIMPULANNYA

KEDUA-DUA TOKOH INI TELAH BERJAYA MENGUBAH WAJAH NEGARA MASING-


MASING.SEGALA PERUBAHAN YANG DILAKSANAKAN OLEH MINDON MIN MAHUPUN
MONGKUT TELAH MEMAJUKAN EKONOMI DAN SOSIAL TERSEBUT.SELAIN ITU,HUBUNGAN
DENGAN PIHAK ASING TELAH MENINGKATKAN SEKTOR PERDAGANGAN ANTARABANGSA
BAGI KEDUA-DUA BUAH NEGARA.USAHA YANG DILAKUKAN OLEH MINDON MIN DAN
MONGKUT TELAH DIJADIKAN ASAS OLEH RAJA YANG TERKEMUDIAN UNTUK
MEMODENKAN LAGI NEGARA MYANMAR DAN THAILAND.

You might also like