You are on page 1of 2

APAKAH SUMBER MAKLUMAT DAN BAGAIMANA

MENGURUS SUMBER MAKLUMAT

Sumber maklumat adalah satu set bahan atau sistem yang diwujudkan dengan
bertujuan untuk membantu proses pembelajaran seseorang pelajar. Sumber maklumat
melalui teknologi yang boleh digunakan dipanggil e-sumber.
E-sumber ialah suatu kemudahan untuk mendapatkan bahan bacaan melalui
internet. Pengguna bebas melayari internet ke perpustakaan yang menyediakan
perkhidmatan digital diseluruh negara tanpa had untuk mendapatkan artikel, jurnal,
kajian-kajian dan buku-buku rujukan. Sebagai seorang pelajar e-sumber merupakan
satu alternatif untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
menyediakan tugasan. Dalam e-sumber terdapat dua alat yang boleh digunakan iaitu
perpustakaan digital dan e-jurnal.

Perpustakaan Digital merupakan perpustakaan yang menggunakan talian


internet sepenuhnya dalam proses meminjam dan memuat turun bahan-bahan bacaan.
Ia meliputi semua aspek dari segi koleksi bahan, perkhidmatan dan kemudahan untuk
menyebar, menyimpan data dan maklumat agar ia dapat digunakan oleh komuniti
masyarakat secara ekonomi dan mudah. Ini disebabkan perpustakaan digital boleh
digunakan untuk mengakses bahan-bahan perpustakaan seperti buku, jurnal dan
sebagainya tanpa mengeluarkan kos dan menjimatkan masa. Ia juga merupakan
ledakan maklumat yang mana terkumpulnya pelbagai kegiatan online atau elektronik
seperti e-goverment, e-education, e-learning, e-perolehan, e-library dan sebagainya.
faktor perlu kepada perpustakaan digital juga dapat menjimat kos ruang untuk
menyimpan bahan bercetak atau bahan bukan bercetak, kos tenaga staf untuk
peminjaman, pemulangan dan sebagainya. Ia juga adalah suatu keperluan kepada
generasi masa kini dengan kemudahan hyperlink memudahkan pengguna membaca
setiap skrin dan antara skrin.

Sumber yang seterusnya adalah e-jurnal yang boleh diakses melalui


penghantaran elektronik ianya diterbitkan di Web. e-Jurnal adalah satu bentuk khusus
dokumenelektronik yang menyediakan bahan untuk penyelidikan dan kajian akademik,
dan ianyadiformatkan dalam bentuk jurnal artikel dan jurnal bercetak tradisional. Jurnal
elektronikbanyak disiarkan dalam bentuk HTML atau format PDF, tetapi ada yang boleh
didapati hanya dalam salah satu daripada dua format.
Sistem Pengurusan Perpustakaan merupakan sistem yang digunakan di semua
perpustakaan untuk memudah urus tadbir, pencarian bahan bacaan seperi jurnal, kajian,
artikel, keratan akhbar dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan pencarian bahan
terdapat pelbagai perisian yang digunakan dan di antaranya seperti Sistem Elmu, OPAC
dan sebagainya.

Sistem Elmu adalah suatu sistem yang digunakan pakai hampir ke semua
perpustakaan di Malaysia. Elmu (Intergated Library Management Utilities) berfungsi
untuk melaksanakan tugasan perpustakaan dengan berkesan. Di dalam sistem ELMU
ini terdapat pangkalan data yang dikenali sebagai OPAC (Online Public Access Catalog)
yang bermatlamat memudahkan pengguna untuk membuat pencarian bahan di dalam
simpanan sesuatu perpustakaan dengan cepat, mudah dan tepat.

Bahagian teknologi pendidikan adalah merupakan institusi sumber yang


merancang, melaksana, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi
pendidikan dan di bawah institusi ini terdapat bahagian teknologi pendidikan negeri
yang memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah, menyedia dan
menerbitkan bahan pelbagai media mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media
yang diterbitkan, mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah,
mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah dan sebagainya.

You might also like