Topik 8 Komponen Struktural

You might also like

You are on page 1of 3

Topik 8 (Komponen struktural)

1. Pembinaan Groyn

-Komponen ini merupakan salah satu perlindungan yang paling kerap digunakan untuk
menstabilkan pantai. Ianya dibina pada sudut tepat ke pantai untuk mengelakkan ombak dan
bahan mendapan melepasi pantai.

-Struktur ini juga menyerap atau mengurangkan tenaga gelombang dan menyebabkan bahan-
bahan yang akan dimendapkan di sisi groyne. Kos pembinaanya lebih murah berbanding
dengan benteng ombak.

-Namun, Hakisan masih boleh berlaku di bahagian pantai yang tidak dilindungi oleh groyn.

2. Kaedah Rock Armour (Rip-Rap)

-Batu-batu besar yang terdapt di pinggir pantai mempunyai fungsi yang sama seperti benteng,
tetapi ianya berstruktur telap. Kaedah ini dapat menghilangkan gelombang tenaga dengan
menyerap kesan gelombang. Struktur Rip-Rap tidak mengalami gelombang seperti yang
dialami oleh benteng. Batu-batu besar lebih murah daripada kos pembinaan benteng laut dan
ianya tahan lebih lama. Kaedah ini juga boleh bertindak sebagai groyn dan boleh mengelakkan
pergerakan turun naik sedimen.

-Walau bagaimanapun, kaedah ini dianggap sebagai tidak mengindahkan pemandangan pantai
& boleh mengurangkan nilai rekreasi pantai.

3. Pemasangan Gabions

-Prinsip Gabions adalah sama seperti kaedah rip rap tetapi gabions merupakan sangkar dawai
yang biasanya diisi dengan batu hancur, dan kemudian terletak di sepanjang pantai untuk
mencegah atau mengurangkan hakisan pantai dengan melemahkan tenaga gelombang

-Kaedah ini memerlukan penyelenggaraan yang teratur kerana ia mudah dikorek oleh air laut.
Masalah yang berpotensi berlaku ialah ketika wire mesh breaks (risiko kecederaan) yang boleh
mendatangkan bahaya. Gabions ini juga hanya dapat bertahan untuk tempoh masa yang
pendek iaitu 5-10 tahun.
Wire mesh breaks tu maksud dia dawai-dawai besi tu rosak jadi besi-besi tu terpacak, bahaya

4. Benteng Laut

-Benteng laut menyerap tenaga gelombang sebelum ianya menghakis bahan atau struktur
longgar. Struktur benteng ini boleh dibuat daripada bahan konkrit, batu atau kayu ianya
berkesan dalam melindungi tebing dari hakisan.

-Permukaan asas benteng akan terjejas dan menjadi lemah akibat hempasan ombak dan boleh
menyebabkan keruntuhan.
-Kos untuk membina benteng ini mahal dan perlu melakukan pembaikan secara berterusan
untuk mengelakkan keruntuhan benteng tersebut.

5. Penanaman Pokok Bakau

-Pokok bakau mempunyai akar yang panjang dan melengkung yang menimbun dari tanah.
Struktur akarnya yang mencengkam lapisan tanah dapat menghalang ombak daripada terus ke
pantai dan dapat mengurangkan hakisan pantai.
-Cth. Aceh - Lebih dari 5,000 anak pokok bakau ditanam untuk memulihkan pantai yang
musnah akibat tsunami tahun 2004.
-Tidak semua kawasan pesisir boleh menyokong hutan bakau, terutamanya di kawasan pantai
yang mempunyai ombak yang terlalu kuat.
-Tambahan lagi, disebabkan sedimen yang banyak dimendapkan di sepanjang pantai selepas
penanaman bakau, kedalaman pantai menjadi cetek dan ianya menjejaskan aktiviti pelabuhan
-(Sebagai contoh, masalah bagi negara-negara seperti Singapura yang sangat bergantung
pada perdagangan maritim.)

6. Meningkatkan Pertumbuhan Terumbu Karang

-Terumbu karang dapat melemahkan tenaga gelombang (ombak). Terumbu sintetik boleh
diwujudkan di sepanjang pantai dengan meletakkan bahan-bahan mesra alam dan tahan lama
seperti keluli atau konkrit di dasar laut.

-Terumbu buatan manusia ini meningkatkan peluang memancing dan berfungsi sebagai
halangan bawah laut untuk mengurangkan kesan gelombang tenaga.
7. Penempatan Semula Kemudahan/Binaan (Property)

-Ahli perancang pantai perlu melindungi struktur buatan manusia (misalnya bangunan) dengan
memindahkan binaan ini daripada diancam oleh hakisan.

-Tidak ada bangunan struktur baru yang akan dibenarkan utk dibina di kawasan pesisir yang
terdedah kepada hakisan pantai.

Cth. England - dasar "Green Line" yang tidak menggalakkan sebarang bangunan di luar garis
tertentu. Apa-apa hartanah yang dibina di luar garis yang diberikan tidak akan dipertahankan
atau dilindungi sekiranya mereka terancam oleh hakisan pantai

You might also like