You are on page 1of 7

PERSPEKTIF &

PERANCANG. MASA
HADAPAN PTV

[ FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REKABENTUK SISTEM PTV DI

MALAYSIA ]

Nama : Mohd Hilmi Bin Isa

No. Matrik : MP 101123

Kursus : MPV
PENDAHULUAN

Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) telah berkembang di Negara ini sekian lama.
Ianya wujud sebelum kedatangan penjajah lagi. Namun corak pengajaran dan pembelajarannya
agak berbeza. PTV dilihat sebagai salah satu langkah kerajaan demi melahirkan modal insan ke
arah Negara yang lebih berdaya saing. Sumbangannya dapat dilihat dalam melahirkan tenaga
kerja mahir dan separuh mahir dalam memacu Negara ini ke arah Negara berpendapatan tinggi.

Sejajar dengan arus pemodenan yang sedang kita alami, bidang PTV dilihat semakin
popular dimana ia menjadi salah satu agenda utama negara terhadap pembangunan negara
melalui visi dan misi negara iaitu Wawasan 2020. Perkara seperti penambahan tenaga kerja
dalam bidang berkaitan teknik dan vokasional dan penambahan institusi pendidikan teknik dan
vokasional begitu diambil berat oleh kerajaan. Ini dapat dilihat dengan bertambahnya institusi
yang menawarkan kursus PTV dalam pelbagai peringkat pendidikan. Malah, penjenaan semula
kursus-kursus PTV ini telah menarik minat masyarakat untuk menceburi bidang ini. Kini, PTV
tidak lagi dilihat sebagai pilihan terakhir kepada para pelajar yang ingin menyambung pelajaran
di peringkat yang lebih tinggi.

Terdapat negara-negara yang melaksanakan Model Intership dalam melaksanakan PTV


tetapi di Eropah, Sistem Dual lebih terkenal. Model jenis Intership lebih bergantung kepada
latihan amali yang disediakan oleh industri untuk pelajar-pelajar pendidikan dan latihan
vokasional. Sekiranya Internship seumpamanya tidak dapat disediakan, institusi-institusi
pendidikan dan latihan vokasional menyediakan persekitaran kerja di bengkel secara latihan
simulasi (Ruhizan M. Yasin, Ramlee Mustapha, Zalizan M.Jelas, 2007).

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti mempengaruhi


sistem PTV di negara ini. Antara faktornya adalah seperti berikut:
a) Penjajahan British.
b) Reformasi pendidikan.
c) Keperluan industri.

PENJAJAHAN BRITISH

Kedatangan pihak penjajah bukan semata-mata mendatangkan kesan negatif terhadap


masyarakat di Negara ini. Penjajahan british selama 133 tahun bermula 1924 hingga 1957 telah
membawa beberapa pembaharuan terhadap beberapa perkara termasuklah bidang pendidikan
teknik dan vokasional. Sistem pendidikan pada zaman pendudukan British berdasarkan dasar
“pecah dan perintah”. Namun, pihak British tidak meletakkan sebarang falsafah yang konkrit
atau Dasar Pendidikan yang jelas.

Perkara ini dilihat sebagai satu batu loncatan bagi pihak British demi mendapatkan tenaga
kerja dalam usaha mereka mengaut keuntungan dari Negara ini. Walaupun system ini nmpak
teratur, tetapi sebenarnya ia dijalankan secara Ad Hoc tanpa ada garis panduan atau batasan-
batasan konkrit. Atau lebih mudah disebut sebagai tiada kurikulum yang rasmi. Walaupun
demikian, British telah membahagikan pendidikan kepada lima peringkat iaitu:

i. Pendidikan rendah.
ii. Pendidikan menengah
iii. Latihan perguruan.
iv. Pendidikan teknik dan vokasional.
v. Pendidikan tinggi.

Daripada senarai diatas, jelas bahawa, pihak British turut menitik beratkan PTV. Hal ini
disokong dengan tertubuhnya Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur yang bertujuan melatih
pembantu-pembantu teknik di Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Kereta Api Tanah Melayu.
Suruhanjaya Teknik dan Industri juga telah dibentuk pada tahun 1918 bagi mengkaji keperluan
pelajaran vokasional di negeri-negeri Tanah Melayu. Usaha ini tidak hanya brhenti setakat itu,
pada tahun 1923, Pusat Latihan Pertanian ditubuhkan semata-mata untuk member latihan kepada
orang-orang Melayu tentang cara-cara berladang dan berkebun. Sekolah Pertanian yang kini
dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia juga telah ditubuhkan bagi melatih para pegawai
pertanian (Yahya Emat, 2005).

REFORMASI PENDIDIKAN

Reformasi bermaksud perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang
lebih baik (Kamus Dewan Edisi Empat, 2005). Manakala jika dirujuk kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Oleh itu, reformasi pendidikan boleh ditafsirkan sebagai perubahan kearah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dengan kaedah yang lebih baik. Usaha
reformasi pendidikan ini bermula sejak sebelum Negara ini mencapai kemerdekaan lagi.
Bermula dengan Laporan Barnes (1951) yang menunjukkan hasrat Universiti Oxfort untuk
mendirikan sekolah vokasional moden dirantau ini. Walaupun usaha ini tidak dapat
direalisasikan, namun ia menunjukkan suatu usaha telah dirancang untuk memastikan PTV di
Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

titik perubahan dalam system pendidikan kebangsaan ditempa melalui Laporan Rahman
Talib yang juga kesinambungan kepada Laporan Razak. Empat aspek penting yang terkandung
didalam laporan ini adalah:

i. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam proses


pendidikan.
ii. Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun
berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas.
iii. Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk
keperluan tenaga mahir.
iv. Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk
keperluan kerohanian sebagai teras.

Keempat-empat aspek ini menjadi tunjang utama kepada perubahan dalam sistem
pendidikan dinegara ini seperti mana yang dapat kita lihat sekarang. Selain itu, reformasi
pendidikan pada tahun 1989 telah memberi perubahan kepada PTV di sekolah menengah biasa
atau akademik.

KEPERLUAN INDUSTRI

Pendidikan Vokasional juga dikenali sebagai pendidikan pekerjaan. Oleh yang demikian,
kurikulum PTV ini direka bagi memenuhi kehendak pekerjaan yang bakal ditempuhi oleh pelajar
tersebut. Mohd Safarin dan Kamaruddin menyatakan bahawa dalam era globalisasi ini, majikan
bukan hanya memerlukan pekerja yang memiliki kemahiran teknikal, tetapi juga kemahiran
generik. Demi mencapai hasrat tersebut, pihak penggubal kurikulum terpaksa meneliti dan
menyusun kurikulum dari masa ke semasa mengikut arus pembangunan teknologi dan kehendak
industri semasa.

Bagi meralisasikan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991-2000), pihak


kerajaan telah menggariskan beberapa strategi tertentu. Antaranya adalah:

i. Mempelbagai industri tempatan.


ii. Mempelbagaikan keluaran dan pasaran bagi sektor pembuatan.
iii. Meningkat kemahiran tenga kerja.
Strategi-strategi ini telah member kesan kepada bukan sahaja bidang perindustrian, tetapi
juga bidang pendidikan sebagai akar umbi pembangunan sesebuah Negara. Jika dilihat,
keperluan ini telah membawa kepada pembelajaran sepanjang hayat (PSH) yang diterapkan oleh
segenap institusi pendidikan di Negara ini. Dengan harapan masyarakat Negara ini tidak hanya
menjadikan pendidikan sebagai batu loncatan untuk mengecapi hidup yang lebih selesa, tetapi
juga mengamalkannya dan terus mendalaminya sepanjang hayat mereka.
RUJUKAN

50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi di Malaysia (1957-2007): Falsafah Pendidikan


Negara. Universiti Sains Malaysia, 2007.

Kerajaan Malaysia. Dasar-dasar Utama Kerajaan: Dasar Pendidikan dan Dasar Perindustrian.

Kerajaan Malaysia. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (1991-2000). Kuala Lumpur.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Mohd Safarin bin Nordin dan Kamaruddin bin Mohd Tahir. Kemahiran Generik –
Kepentingannya Dalam Memenuhi Kepeluan Majikan Masa Kini. Universiti Teknologi
Malaysia. Skudai, Johor.

Ruhizan M. Yasin, Ramlee Mustapha dan Zalizan M.Jelas (2007). Pembentukan Rancangan
Pendidikan dan Latihan daripada Tugasan Profesional: Pengembangan bidang-bidang
pembelajaran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Selangor, Malaysia.

Yahya bin Emat. (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia. IBS Buku Sdn. Bhd,
Malaysia.

You might also like