You are on page 1of 3
lade sal Lol La sald JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA Biok A & B, Kompleks Islam Putrajaya No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman 7 Tel : 603-8870 7000 Presint 3, 62100 PUTRAJAYA, Faks : 603-8870 7707 MALAYSIA Portal Rasmi : www.islam.gov my JAKIM. 100-13/5/19 (#9 ) 25 Muharam 1440H/ 5 Oktober 201 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Dato'/Tuan, PROFIL GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Kemajuan Islam dalam proses menyediakan dan mengumpul Profil Guru KAFA seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Task Force Penjawatan Guru dan Menaik Taraf Jawatan Penyelia KAFA pada 3 Oktober 2018 yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 3. Sehubungan itu, Jabatan ini memohon kerjasama dan jasa baik pihak YBhg. Dato’‘Tuan untuk memanjangkan perkara ini kepada guru-guru KAFA di bawah seliaan YBhg. Dato’/Tuan bagi melengkapkan Lampiran 1. Bersama-sama ini juga disertakan Lampiran 2 untuk perhatian dan penyelarasan segera pihak YBhg Dato’Tuan selanjutnya. Kerjasama pihak YBhg. Dato/Tuan dipohon untuk mengembalikan kesemua lampiran secara e-mel selewat-lewatnya pada 10 Oktober 2048 (Rabu). 4. Untuk makluman YBhg. Dato'/Tuan, kerja-kerja penyelenggaraan SIMPENI sedang dalam tindakan Jabatan kami dan dipohon pihak YBhg. Dato/Tuan untuk mengemaskini data-data keperluan baru mulai 10 Oktober 2018 (Rabu). 5. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada Puan Nur Diyana binti Shaiful Bahri (diyanabahri@islam.gov.my) atau Puan Faridah binti Md Yusof (faridah_yusof@islam.gov.my) di talian 03-88707576/7570 . Kerjasama dan perhatian daripada pihak YBhg. Dato/Tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (HAJAH HAKIMAH BINITI MOHD YUSOFF) b.p : Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia s.k. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM. 100-13/5/19 ( ) SENARAI LAMPIRAN Lampiran 4 Lampiran 2 Borang Profil Guru KAFA Borang Kutipan Data Pendidikan Guru KAFA

You might also like