Proposal Kajian Tindakan 2014

You might also like

You are on page 1of 8

1

1.0 Tajuk Kajian


Keberkesanan Kaedah Pendaraban Lattice Dalam Pendaraban Nombor Bulat Dua
Digit Tahun Lima Maju

2.0 Nama Penyelidik


Norzuliana bt Superman

3.0 Nama Sekolah


Sekolah Kebangsaan Tanjong Sepat

4.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengalaman mengajar di sebuah sekolah luar bandar tidak sama dengan mengajar di
bandar. Setiap tempat mempunyai persekitaran yang berbeza, sama ada dari segi
sosial dan ekonomi. Oleh itu, cabaran mendidik di setiap tempat juga berbeza. SK
Tanjong Sepat merupakan sebuah sekolah luar bandar di dalam daerah Kuala Langat.
Sekolah ini mempunyai lebih kurang 600 orang murid yang terdiri daripada kaum
Melayu, Asli dan India.

Penyelidik merupakan seorang guru opsyen Matematik yang mempunyai


pengalaman mengajar hampir 7 tahun. Namun begitu, pengalaman mengajar untuk
mata pelajaran matematik baru tahun ke lima. Ini kerana, kekurangan guru bahasa
inggeris di sekolah tersebut, penyelidik telah diberi mandat untuk mengajar subjek
tersebut. Dalam tempoh lima tahun mengajar matematik, penyelidik masih perlu
untuk belajar dan menambah baik amalan kendiri sebagai seorang guru matematik.

Penyelidik mengajar matematik di Tahun 5 Maju. Kelas ini adalah kelas


pertama di antara tiga buah kelas untuk Tahun 5. Namun, secara keseluruhannya
murid-murid di dalam kelas 5 Maju mempunyai pencapaian yang sederhana dalam
akademik. Hanya sebahagian kecil murid di Tahun 5 Maju yang mempunyai tahap
pencapaian yang agak memberangsangkan.

Topik ‘Nombor Bulat’ merupakan topik pertama di dalam silibus matematik


Tahun 5. Kemahiran asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi di ajar dalam topik

Kajian Tindakan: Matematik 2014


2

ini. Kemahiran tambah dan tolak boleh dikuasai oleh murid-murid dengan baik.
Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran untuk kemahiran mendarab nombor
bulat dengan nombor dua digit, penyelidik dapati murid-murid sering menghadapi
masalah dalam proses pengumpulan semula dan nilai tempat. Penyelidik menyedari
masalah ini, melalui pemeriksaan hasil kerja murid-murid di dalam buku latihan dan
buku aktiviti mereka.

Kemahiran mendarab yang kukuh perlu ada pada murid-murid untuk mereka
menguasai topik-topik yang seterusnya seperti pecahan, perpuluhan, peratus, wang,
masa dan waktu, panjang, jisim, isipadu cecair, bentuk dan ruang dan perwakilan data.
Selain daripada itu, kemahiran mendarab saling berkait dengan kemahiran
bahagi.Apabila murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran darab dengan baik,
mereka juga tidak dapat menguasai kemahiran membahagi. Keadaan ini, jika
dibiarkan akan melunturkan minat mereka terhadap matematik dan sekaligus
menjadikan prestasi akademik sekolah juga terjejas.

5.0 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

Empat operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi telah diajar sejak
awal pendidikan kanak-kanak lagi. Semakin bertambah usia, operasi ini masih
digunakan namun nombornya semakin bertambah. Kemahiran asas yang kukuh,
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan suasana sekolah yang
menggalakkan budaya ilmu akan dapat menarik minat murid untuk belajar matematik
dan meningkatkan pencapaian matematik di sesebuah sekolah.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, matematik telah dikenalpasti


mengandungi kekuatan dan kekurangan serta halangan dalam proses pengajaran yang
dijalankan dalam sesuatu bilik darjah. Kadangkala kaedah pengajaran yang digunakan
akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi lembap dan pasif serta bertumpu
kepada guru semata-mata. Pendekatan pengajaran matematik yang lemah dan tidak
profesional menyebabkan kemahiran asas matematik yang mudah menjadi sukar
dikuasai dan sukar untuk diselesaikan oleh murid. (Sabri Ahmad,2006)

Kajian Tindakan: Matematik 2014


3

Lazimnya, murid-murid sering menghadapi masalah menguasai kemahiran


darab sebarang nombor bulat dengan nombor lebih daripada satu digit. Sekiranya,
murid tidak dapat menguasai kemahiran darab dengan baik ia akan menjadi satu
masalah untuk mereka menguasai kemahiran bahagi. Hal ini akan melunturkan minat
murid untuk belajar matematik sedikit demi sedikit.

Kaedah pengajaran yang lama, tidak menarik dan sukar difahami oleh murid
juga boleh menyumbang kepada permasalahan gagal dalam matematik. Guru perlu
bersikap lebih prihatin dan kreatif untuk menangani permasalahan ini. Guru harus
mencari dan mencuba sesuatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik untuk merangsang minat murid-murid belajar matematik.

Ada pelbagai kaedah dan pendekatan yang telah diaplikasikan oleh pendidik
dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk pendaraban bagi membantu meningkatkan
kemahiran mendarab murid. Antaranya ialah pendaraban palang,teknik jari, kaedah
grafik, kaedah sullam suur, kaedah lattice dan pendaraban nombor kecil ke nombor
besar.

Penyelidik telah memilih pendaraban kaedah Lattice sebagai kaedah yang


hendak diuji untuk menangani masalah pendaraban nombor bulat dengan nombor dua
digit. Kaedah ini dipilih sebagai alternatif dan intervensi kepada murid-murid dalam
kajian ini kerana ia mengasingkan operasi pendaraban dan penambahan.

6.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

i. Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan murid dalam operasi darab dua dgit dan melakukan
penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kemahiran
mendarab dengan menggunakan Kaedah Lattice serta meningkatkan minat
murid Tahun Lima terhadap mata pelajaran Matematik.

Kajian Tindakan: Matematik 2014


4

ii. Objektif Khusus


 Mengenalpasti kesilapan paling dominan yang dilakukan oleh murid-murid
sewaktu menyelesaikan operasi darab nombor bulat dengan nombor dua
digit.

 Mengkaji sama ada kaedah pendaraban Lattice dapat mengatasi kesilapan


dominan yang telah dikesan dalam menyelesaikan operasi darab nombor
bulat dengan nombor dua digit.

 Mengenalpasti penerimaan murid-murid terhadap kemahiran mendarab


kaedah Lattice berbanding kemahiran mendarab secara lazim bagi aspek
pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan minat.

 Mengenalpasti sama ada terdapat hubungan antara kaedah pendaraban


Lattice dengan pencapaian murid dalam menyelesaikan masalah
pendaraban nombor bulat dengan nombor dua digit.

7.0 Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan 30 orang murid Tahun 5 Maju. Tahun 5 Maju merupakan kelas
pertama daripada tiga buah kelas Tahun 5 di sekolah ini. Semua murid daripada
Tahun 5 Maju terlibat di dalam kajian ini supaya mereka mendapat faedah dan
manfaat bersama.
Jadual 3.2
Sampel Kajian

Kaum Melayu Asli


Perempuan 15 0
Lelaki 15 1
Jumlah 30 1

Sampel kajian terdiri daripada 16 orang lelaki dan 15 orang perempuan, di


mana majoritinya adalah Melayu dan seorang murid lelaki Asli. Sampel juga
dikenalpasti daripada rekod pencapaian murid dalam mata pelajaran Matematik

Kajian Tindakan: Matematik 2014


5

semasa di tahun empat, iaitu Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Seterusnya sampel
dikenalpasti melalui latihan-latihan yang diberikan semasa pengajaran dan
pembelajaran topik Nombor Bulat. Walaupun mereka duduk di dalam kelas yang
pertama, namun dari segi pencapaian akademik mereka masih di tahap sederhana. Ini
disebabkan oleh beberapa faktor seperti latar belakang keluarga dan persekitaran.

8.0 Tindakan yang dicadangkan

Kajian tindakan ini dijalankan melalui dua fasa iaitu Fasa 1 dan Fasa 2 seperti yang
ditunjukkan di dalam Rajah 1. Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil
dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti akan
dibuat dan ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut.
Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti:

a. Ujian pra; Selesaikan soalan darab nombor bulat dengan nombor dua digit
yang melibatkan pengumpulan semula menggunakan bentuk lazim bagi
mengenalpasti kesilapan yang paling dominan dilakukan oleh murid-murid
sewaktu mendarab.

b. Fasa 1: Perkenalkan Kaedah Pendaraban Lattice


Murid-murid diperkenalkan dengan Kaedah Pendaraban Lattice. Murid
dibimbing oleh guru, menyelesaikan darab menggunakan kaedah lattice
langkah demi langkah. Guru beri latihan sebagai pengukuhan dan guru
membuat refleksi.

c. Fasa 2: Menambahbaik kaedah yang diperkenalkan


Guru cuba menambahbaik kaedah yang diperkenalkan kepada murid
berdasarkan hasil dapatan melalui PdP yang dijalankan.Bagi mengatasi
masalah di dalam Fasa 1 (sekiranya ada) , guru akan merancang tindakan
untuk menambah baik kaedah pendaraban yang diperkenalkan. Tujuannya
supaya murid tidak merasa bosan dan seterusnya hilang minat untuk belajar
Matematik. Murid-murid dibimbing dengan melakukan sedikit

Kajian Tindakan: Matematik 2014


6

penambahbaikan dalam langkah-langkah menyelesaikan soalan darab


menggunakan Kaedah Lattice.

d. Ujian Pos
Murid-murid buat ujian bertulis sama seperti ujian pra. Pada kali ini, murid
menjawab soalan menggunakan Kaedah Lattice bagi melihat keberkesanan
kaedah yang diperkenalkan dapat meningkatkan pencapaian murid dan
mengurangkan kesilapan dominan yang dikenalpasti.

e. Soal selidik
Selepas murid-murid menjalankan Ujian Pos, murid-murid dikehendaki untuk
menjawap soal selidik yang disediakan. Soal selidik diberi adalah bertujuan
untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang diperkenalkan melalui
aspek pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan minat.

Kajian Tindakan: Matematik 2014


7

Kenalpasti Masalah:
• Refleksi P&P yang lepas Ujian Pra
• Pemerhatian 31 orang murid
Tahun 5 Maju

Fasa 1: Statistik
Perkenal Pendaraban Kaedah Lattice Data (%)

Membuat refleksi Fasa 1:


Memperkukuhkan / penambahbaikan intervensi di fasa 1

Fasa 2:
Rancang tindakan dan laksana tindakan
penambahbaikan Kaedah Lattice

Ujian Pos Pengumpulan


31 orang murid Tahun 5 Maju Data
 Statistik Data (%)
 Soal selidik
Analisis data kuantitatif dan kualitatif

Membuat refleksi keseluruhan P&P

Rumusan Kajian

Rajah 1
Tindakan yang dicadangkan

Kajian Tindakan: Matematik 2014


8

9.0 Jadual Pelaksanaan Kajian

Tarikh
Bil Aktiviti
Perlaksanaan
1 Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data 28 Feb
2 Menulis proposal kajian 3 Mac
3 Merancang tindakan 4 Mac
4 Melaksanakan Ujian Pra 6 Mac
5 Melaksanakan tindakan – Fasa 1 10 Mac
6 Membincangkan masalah yang timbul dalam Fasa 1 12 Mac
7 Melaksanakan tindakan – Fasa 2 17 Mac
8 Melaksanakan Ujian Pos 1 April
9 Refleksi kajian 3 April
10 Menulis laporan kajian 14 April

10.0 Anggaran Kos Kajian


Bil Aspek Kuantit & Harga Anggaran Kos
Seunit (RM)
1 Kertas A4 dan bahan rujukan dari 5 x RM 9 RM 45
perancangan awal sehingga kesimpulan
kajian
2 Dakwat Pencetak Hitam (External Ink) 1x RM 10 RM 10
3 Fotostat RM 50
4 Buku Catatan Guru 1x RM 2 RM 2
JUMLAH RM 107

Kajian Tindakan: Matematik 2014

You might also like