You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

MINGGU BAHASA INGGERIS


2017

Tarikh:

Anjuran:
Panitia Bahasa Inggeris
1.0 PENGENALAN
Bahasa Inggeris merupakan antara subjek yang dianggap sukar oleh parapelajar. Sedar atau
tidak, Bahasa Inggeris merupakan bahasa global yang mana membolehkan penuturnya berkomunikasi
tanpa batasan budaya dan bangsa. Selain itu, Bahasa Inggeris merupakan medium ilmu
memandangkan kebanyakan pengetahuan adalah datangnya dari sumber rujukan berbahasa Inggeris.
Maka tidak hairanlah Kementerian Pelajaran Malaysia menekankan kepentingan bahasa ini melalui
beberapa dasar seperti PPSMI, MBMMBI dan penganjuran pertandingan – pertandingan aktivi Bahasa
Inggeris di peringkat daerah Hal ini adalah sebagai inisiatif supaya murid-murid lebih meminati Bahasa
Inggeris. Oleh yang demikian, Panitia Bahasa Inggeris menganjurkan Program Minggu Bahasa yang
dirasakan perlu agar murid-murid dapat menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih yakin dalam
kehidupan seharian. Aktiviti – aktiviti yang akan dijalankan merangkumi aspek pertuturan,
pendengaran, penulisan dan pembacaan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan diharap dapat
meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum.
2.2 Memberikan pendedahan mengenai aktiviti pertandingan Bahasa Inggeris yang boleh
disertai pada peringkat daerah kepada semua pelajar SK Sungai Bakas
2.3 Mencungkil bakat terpendam di kalangan pelajar SK Sungai Bakas
2.4 Membina keyakinan pelajar dalam berbahasa Inggeris.
2.5 Melatih pelajar supaya mengingat dan menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris
dengan betul.
2.6 Memupuk semangat bekerjasama dan mengeratkan hubungan sesama pelajar.

3.0 TARIKH PELAKSANAAN


17 – 21 April 2017

4.0 SASARAN
Semua murid Tahun 1 – 6
5.0 AKTIVITI
5.1 English Fashion Show
5.2 Spell-it-right
5.4 Karaoke Competition
(rujuk Lampiran A untuk Jadual Perjalanan Program)

6.0JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Cik Lim Tanyit


Guru Besar

Naib Pengerusi : Encik Nyawai Unsa


Penolong Kanan Pentadbiran

Puan Olivia Ling Maxson


Penolong Kanan Ko-kurikulum

Puan Mavis Lajim


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penasihat : Puan Mavis Lajim


Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Penyelaras : Puan Nur Izzatie Nadia Subri

Setiausaha : Puan Angela Devung Dennis

7.0 LANGKAH PELAKSANAAN


a. menentukan tarikh pelaksanaan program
b. mengenalpasti nama pelajar yang akan menyertai pertandingan
c. meyediakan surat kebenaran menghadiri latihan
d. melantik hakim pertandingan
e. menyediakan kertas skor untuk hakim pertandingan
f. menyediakan hadiah untuk peserta pasukan pemenang
g. mengendalikan pertandingan
8.0 BELANJAWAN PROGRAM
8.1 Peruntukan
8.1.1 Sendiri
8.1.3 Panitia Bahasa Inggeris
8.2 Perbelanjaan
8.2.1 Hadiah pemenang
NO AKTIVITI BAJET JUMLAH
1 Spell-it-right Johan : RM15 x 2 RM30
Naib Johan : RM10 x 2 RM20
Ketiga : RM8 x 2 RM16
2 Karaoke Johan : RM15 x 2 RM30
Naib Johan : RM10 x 2 RM20
Ketiga : RM8 x 2 RM16
3 English Fashion Show Johan : RM20 RM20
Naib Johan : RM15 RM15
Ketiga : RM10 RM10

RM177.00
JUMLAH BESAR

9.0 PENUTUP
Minggu Bahasa merupakan satu inisiatif Panitia Bahasa Inggeris untuk memupuk minat dan
kecenderungan pelajar untuk mengetahui, mengguna dan menuturkan perkataan dalam Bahasa
Inggeris. Diharapkan pelaksanaan pertandingan ini akan meningkatkan penggunaan dan penguasaan
Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau selaras dengan
tuntutan misi dan visi sekolah untuk melestarikan kecemerlangan dan melahirkan modal insan yang
mempunyai minda kelas pertama.
Disediakan oleh:

...................................................
(ANGELA DEVUNG DENNIS)
Setiausaha Minggu Bahasa Inggeris,
Sk Sungai Bakas

Disahkan oleh:

..........................................
(MAVIS LAJIM)
Panitia Bahasa Inggeris,
SK Sungai Bakas

Diluluskan oleh:

.............................................

(CIK LIM TANYIT)


Guru Besar,
SK Sungai Bakas

You might also like