You are on page 1of 5

1.

0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu mekanisma penting bukan sahaja terhadap pembangunan insan
malah juga pembangunan negara. Ketinggian mutu dan kualiti pendidikan adalah bergantung
kepada inisiatif yang dimainkan oleh kepimpinan sesebuah institusi pendidikan dalam
mewujudkan satu suasana persekolahan dan budaya pembelajaran yang kondusif (Affizal
Ahmad, 2004). Hal ini dikukuhkan lagi melalui kajian bidang keberkesanan sekolah (school
effectiveness) oleh Fathiah (2005) yang mendapati bahawa antara ciri kejayaan sesebuah
sekolah bergantung kepada kepimpinan pengetua, pembinaan iklim dan persekitaran sekolah
serta pembentukan budaya pengajaran dan pembelajaran yang mantap. Oleh itu, antara
usaha yang dilaksanakan untuk membawa perubahan dalam budaya sekolah yang lebih
mantap ialah Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).

Sebenarnya, PLC merupakan suatu trend Pendidikan yang telah dipraktikkan di negara-
negara maju untuk membentuk budaya kolabratif antara guru dengan komuniti sekolah yang
mana akhirnya telah membawa kepada peningkatan sahsiah dan pencapaian murid dalam
pembelajaran (Barlow, 2005). Manakala Feger & Arruda (2008) pula menjelaskan PLC
sebagai suatu strategi untuk meningkatkan pencapaian murid dengan mewujudkan budaya
sekolah secara kolaborasi yang berfokuskan pembelajaran. Terdapat beberapa stategi
kolabrasi yang digunakan dalam pendekatan PLC seperti Learning Walks, Peer Coaching,
Lesson Study dan Teacher Sharing Sessions.

2.0 SEJAUH MANA PLC DAPAT MENINGKATKAN PENGUASAAN ILMU


DAN KUALITI PROFESIONALISME GURU SERTA KESANNYA
TERHADAP PRESTASI SEKOLAH
Dialog reflektif merujuk kepada guru-guru sekolah yang sentiasa berbincang dari hal
situasi dan cabaran spesifik yang dihadapi bersama. Melalui dialog reflektif, mereka membina
satu set norma, kepercayaan, dan nilai yang dikongsi bersama sebagai asas untuk mengambil
tindakan. Melalui ini, para guru dapat menggunakan hasilan perbincangan ini untuk mengkritik
amalan sendiri atau amalan sekolah tempat mereka bertugas. Kritikan boleh memfokus
kepada kandungan mata pelajaran atau kaedah penyampaian pengajaran kepada murid.
Belajar secara berkumpulan membina penguasaan diri dan matlamat yang dikongsi bersama.
Ini mewujudkan gambaran yang penting kepada individu dan komuniti sekolah, Sebagai
contohnya, guru membincangkan penggunaan sesuatu strategi pengajaran, membincangkan
sesuatu bahan bacaan, tayangan video, dan sebagainya.

Antara elemen untuk membangunkan Komuniti Pembelajaran Profesional adalah


dengan belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian di mana ia merupakan salah

1
satu strategi Penswastaan Amalan. Dalam strategi ini, ia merupakan satu aktiviti pengajaran
dan persediaan pengajaran secara kolaboratif yang semakin mendapat tempat dalam sistem
pendidikan di negara-negara maju. Lesson Study merupakan suatu pendekatan yang
bertujuan untuk melakukan penelitian terhadap pengajaran guru dalam kelas. Pendekatan ini
juga bertujuan untuk meneroka perkembangan pembelajaran murid dengan lebih mendalam
dan bermakna kerana ia memberi penekanan kepada proses pembelajaran (Lewis, 2002).
Umumnya, terdapat lima langkah diperkenalkan dalam proses Lesson Study iaitu mengenal
pasti masalah dan matlamat, merancang pengajaran, melaksanakan pengajaran, membuat
refleksi dan penambahbaikan pengajaran (Lewis & Hurd 2011). Dalam hal ini, perlaksanaan
Lesson Study melibatkan beberapa orang guru dalam suatu sesi pengajaran dan uniknya para
guru saling bekerjasama bagi setiap sesi pengajaran bermula dari menentukan objektif
pengajaran sehingga ke refleksi. Mereka membentuk kumpulan tertentu untuk mengenal pasti
masalah dan berbincang untuk menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sasaran
murid. Seterusnya, guru bersama-sama membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang
lengkap untuk pengajaran tersebut dan pada masa yang sama guru juga perlu fikir dan
menjangka respon murid yang sesuai semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Kemudian, bentang dan lihat semula strategi pengajaran dengan teliti di mana kerjasama ini
diharapkan dapat menjana idea yang lebih bernas sekaligus menhasilkan RPH yang menarik.
Setelah siap membina RPH, guru tersebut akan melaksanakan pengajaran di dalam kelas
sebenar manakala guru lain akan berperanan sebagai pemerhati dan mengumpul data
sepanjang sesi pengajaran tersebut untuk sesi refleksi. Setelah selesai sesi pengajaran,
kesemua guru akan membuat refleksi tentang pengajaran dan pembelajaran tersebut dan
berbincang dengan melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran semasa proses pengajaran.
Dengan itu, penambahbaikan dapat dilakukan dengan memperbaiki RPH tersebut.
Seterusnya pengajaran kali kedua boleh dilakukan dengan merujuk kepada RPH yang telah
dibaiki dan dikembangkan. Oleh itu, dapat jelas dilihat bahawa penggunaan strategi Lesson
Study sangat membantu para pendidik bukan sahaja dalam menambah baik RPH melalui
kolaborasi bersama guru lain malah mereka mampu menambah ilmu pengurusan bilik darjah
melalui aktiviti yang dirancangkan dan dijalankan di dalam kelas. Tegasnya, adalah
diharapkan penggunaan pendekatan ini akan menjadi budaya dalam proses pembangunan
dan peningkatan profesionalisme guru-guru di sekolah-sekolah Malaysia.

Selain itu, amalan berkolaboratif yang mementingkan kerjasama sesama rakan


sekerja, serta perkongsian bahan dan pegetahuan merupakan aspek yang penting dalam
kalangan organisasi pendidikan. Namun begitu, masih terdapat segelintir guru kurang
berkolaboratif antara satu sama lain; mereka menguruskan bahan mereka sendiri dan
menyimpan amalan pedagogi untuk kegunaan mereka sendiri. Oleh itu, ramai pendidik

2
mengesyorkan supaya budaya autonomi ini perlu diubah demi kebaikan semua pihak melalui
pembudayaan amalan sesi perkongsian guru (Sharing session). Sesi perkongsian merujuk
kepada sekumpulan guru tidak kira yang datang dari institusi yang sama atau yang berbeza
bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi pengetahuan, kemahiran,
pengalaman dan amalan pedagogi yang terbaik. Amalan ini tidak mengehadkan bilangan guru
dalam seseuatu kumpulan tetapi memadai dengan hanya dua orang guru yang berkongsi
pengalaman sesama sendiri. Perkongsian dalam kalangan ahli yang lebih ramai akan
memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman
dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai. Perkongsian ini membolehkan ahli belajar
antara satu sama lain bagi memahami dunia pengetahuan dan persekitaran mereka. Hal ini
dapat dilihat melalui aktiviti seperti Pillow Talk dan Gallery Walk di mana murid akan berkongsi
pengetahuan atau pengalaman antara satu sama lain. Sama juga strategi ini turut boleh
digunakan dalam kalangan guru yang membolehkan mereka menjana idea dan kerangka
dalam usaha merancang sesi perkongsian bersama guru-guru lain di mana para pendidik
boleh menggunakan kerangka ini sebagai panduan dalam sesi perkongsian. Justeru, sesi
perkongsian dikatakan akan lebih berjaya sekiranya guru tersebut mampu menyesuaikan
dengan konteks dan suasana sekolah dan institusi tempat berkenaan. Oleh sebab sesi
perkongsian bersifat komunikasi verbal, elemen pertuturan dan pendengaran menjadi fokus
utama dalam aktiviti itu. Sesi refleksi turut boleh digunakan bagi membantu guru untuk
mencatat isi-isi penting secara ringkas semasa sesi perkongsian dijalankan supaya dapat
memberikan impak yang lebih maksimum dalam aktiviti tersebut. Sesungguhnya, sangat
penting untuk guru menyedari bahawa faedah dan manfaat yang diperolehi melalui sesi
perkongsian menjangkaui proses yang dilalui. Secara sedar atau tidak, pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan secara langsung oleh guru dalam aktiviti
pengajaran mereka di bilik darjah.

Selain itu, fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid juga merupakan salah
satu strategi untuk meningkatkan profesionalisme keguruan di mana guru boleh menganalisis
data, membangunkan peta kurikulum, menyediakan pentaksiran serentak dan membentuk
rakan kritikal. Amalan seperti menganalisis data murid bukan sahaja dalam pencapaian
akademik mereka malah pencapaian kokurikulum juga supaya dapat mendapat maklumat
yang selanjutnya tentang kekuatan dan kelemahan murid. Guru juga boleh mengambil
peluang ini untuk merancang dan menyelesaikan masalah serta mengenal pasti keperluan
pembelajaran murid di sekolah mereka melalui maklumat yang diperoleh. Hal ini dapat
dibuktikan melalui dapatan kajian data Maimunah (2004) dan Muhammad Faizal (2007) ang
menunjukkan latar belakang sekolah dan keperluan murid memberi implikasi kepada
pencapaian akademik dan bukan akademik murid. Senario ini berlaku kerana setiap sekolah

3
mempunyai kelengkapan prasarana pendidikan yang berbeza mengikut tempat, jadual waktu
pembelajaran murid dan sebagainya. Oleh itu, gurulah yang bertanggungjawab dalam
melaksanakan kerja tersebut dan ini telah menunjukkan individu guru telah mengamalkan
profesionalisme keguruan yang sepatutnya.

Strategi yang seterusnya ialah budaya berkolaborasi di mana ia memperlihatkan


amalan ini sentiasa menjadi budaya dan amalan dalam persekitaran sekolah yang mana
golongan guru dan pemimpin bekerjasama secara natural untuk melaksanakan pelbagai
pelan seperti membina pasukan melintang dan menegak, induksi guru baharu pementoran,
unit atau projek antara pelbagai bidang serta kumpulan penyelesai masalah. Untuk mencapai
pegajaran yang berkesan dan meningkatkan pembelajaran murid, semua guru haruslah
bekerja dan belajar bersama-sama dengan membina pasukan melintang dan menegak di
mana mereka boleh mengelola mesyuarat dan membincangkan kegiatan yang dilakukan.
Mereka juga akan menilai keberkesanan dan kesinambungan tentang perancangan tahun
tersebut dengan tahun berikutnya. Melalui ini, guru dapat menilai keperluan, minat dan
kemahiran yang dimiliki murid mereka. Bukan begitu sahaja, pembentukan kumpulan
penyelesai masalah juga dapat dilakukan untuk menyelesaikan dan memberi deskripsi
tentang masalah yang dihadapi. Contohnya, guru bahasa Malaysia mendapati bahawa teknik
perbincangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak sesuai yang digunakan
dalam kelas tersebut kerana murid-murid sangat bising dan tidak dapat mengadakan
perbincangan dalam sesuatu kumpulan. Dalam hal ini, guru memainkan peranan dalam
melaksanakan penambahbaikan secara berterusan melalui kumpulan guru yang berkenaan
dan berkongsi ilmu dan kepakaran masing-masing untuk membuat perubahan dan
pengurusan yang sesuai. Implikasinya, wujud peningkatan hubungan dalam kalangan guru
dan membantu kepakaran para pendidik.

Akhir sekali, strategi melalui norma dan nilai dikongsi bersama turut dapat meningkatkan
profesionalisme keguruan di mana ia terdapat beberapa elemen penting seperti aktiviti visi,
panduan berasaskan prinsip, aktiviti nilai dan tradisi yang dikongsi bersama. Dalam hal ini,
masih terdapat banyak orang yang mempunyai konsep pemikiran yang salah iaitu pengetua
sekolah sahaja yang berhak dalam membentuk visi sekolah pada halnya guru juga
mempunyai autonomi untuk membina dan membentuk visi sekolah. Aktiviti visi dan nilai ini
telah menggalakkan guru berfokus untuk berfikir bersama-sama dengan barisan
kepemimpinan sekolah dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam pembelajaran
murid bagi mencapai matlamat sekolah iaitu menjadi sebuah sekolah yang berkesan dan
cemerlang. Para guru boleh membuat keputusan bersama-sama semasa berfikir membentuk
visi yang hendak dicapai melalui perbincangan dalam mesyuarat selepas mengambil kira
aspek yang sepatutnya. Percayalah bahawa dimensi ini dapat membantu guru meneroka ilmu,

4
kemahiran dan strategi baru dan secara tidak langsungnya membangunkan profesionalisme
seseorang guru.

3.0 RUMUSAN
Dalam usaha meningkatkan standard prestasi pelajar di sekolah secara berterusan, telah
terbukti bahawa komuniti pembelajaran profesional merupakan komponen penting di dalam
usaha untuk menjayakan pelaksanaan sesuatu reformasi pendidikan. Peningkatan dalam
standard prestasi pelajar amat bergantung kepada usaha secara berterusan untuk melakukan
penambahbaikan terhadap kemahiran profesional guru terutama dalam aspek pengajarannya.
Ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi menjayakan sebarang reformasi
pendidikan yang sudah tentu ini akan membantu menyediakan pelajar-pelajar kita bagi
menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

You might also like