You are on page 1of 10

Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1

Julai 2005

KAJIAN KECENDERUNGAN PEMILIHAN KERJAYA


DI KALANGAN SISWAZAH

Maziah bt Che Yusoff

PENDAHULUAN

Perubahan persekitaran di dalam negara dan di peringkat antarabangsa membawa pelbagai


implikasi ke atas pembangunan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi dunia yang agak
perlahan semenjak tahun 2000 menunjukkan tren aliran masuk pelaburan asing (FDI) global
merosot dan pasaran saham menurun. Negara maju seperti Amerika Syarikat berjaya menarik
masuk FDI yang lebih tinggi berbanding dengan negara membangun. Manakala di kalangan
negara membangun, India dan China merupakan destinasi pelaburan yang semakin penting di
mana China merupakan sumber FDI kelima terbesar dunia (IMF World Economic Outlook,
2004). Sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka dalam era dunia tanpa
sempadan, isu kepentingan negara dalam aspek ekonomi antarabangsa adalah kritikal.
Pertumbuhan ekonomi amat penting untuk mendorong kenaikan peluang pekerjaan yang
teguh bagi meningkatkan pendapatan boleh guna dan seterusnya merangsang perbelanjaan
pengguna.

Tiga dekad sebelum krisis kewangan di Asia, dunia dikejutkan dengan pertumbuhan
ekonomi yang pesat dan amat memberangsangkan di kelompok negara-negara membangun
yang lebih dikenali sebagai High Performing Developing Countries (HPDCs). Dengan
pertumbuhan GDP lebih daripada 7% setahun dan GNP per kapita melebihi 5% bagi tahun
1960 hingga 1990 (World Bank, 1993), pertumbuhan ekonomi HPDCs jauh menjangkaui
daripada apa yang dicapai oleh negara maju. Kajian-kajian yang berkaitan dengan
pertumbuhan ekonomi di HPDCs ini mengenalpasti beberapa faktor penting yang
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat. HPDCs dikatakan mempunyai
satu ciri utama iaitu pengumpulan modal terutamanya peningkatan pelaburan dalam
sumber manusia iaitu modal insan (Chen, 1979; Stern, 1989 and 1991;Ogawa et al, 1993;
World Bank, 1993; Grossman and Helpman, 1994; Lucas, 1994; and Pio, 1994). Dalam
tempoh yang sama juga, HPDCs didapati melalui proses transformasi yang dramatik dalam
sistem pendidikan dan latihan (World Bank, 1993). Sejajar dengan ini, Kerajaan telah
mengambil pelbagai langkah dalam memperkukuhkan pembangunan sumber manusia. Antara
langkah komprehensif terkini ialah Rancangan Malaysia ke Sembilan yang memberi fokus
utama kepada peningkatan modal insan dalam pembangunan negara.

Justeru itu, bagi menjamin kesinambungan kejayaan negara, modal insan memainkan
peranan yang penting dalam menentukan daya saing negara. Banyak kajian-kajian lepas
menunjukkan bahawa ciri-ciri peribadi yang ditunjukkan seseorang yang membezakan
kecemerlangan prestasi di tempat kerja. Ciri-ciri peribadi seseorang ini termasuklah persepsi
seseorang terhadap kepentingan sesuatu nilai atau norma-norma tertentu dalam membuat
keputusan mengenai sesuatu pemilihan.

PROSES MEMBUAT PILIHAN

Isu pemilihan dan proses membuat keputusan mengenai sesuatu pilihan merupakan antara
cabang penyelidikan utama yang berkaitan dengan pengguna. Banyak kajian-kajian lalu
menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pemilihan seseorang individu.
Kajian-kajian lepas mencadangkan bahawa faktor-faktor yang berkaitan dengan kognitif,
motivasi dan aktiviti promosi menyumbang kepada kecenderungan seseorang membuat
pilihan (Schiffman dan Kanuk, 1994). Faktor kognitif juga dikenali sebagai faktor dalaman

36
Maziah bt Che Yusoff 37

yang berhubung kait dengan persepsi, sikap dan keperluan individu. Faktor motivasi dan
promosi adalah faktor luaran yang menggambarkan pengaruh persekitaran dan strategi
(ASSAEL 1992). Selain daripada itu, faktor demografi juga boleh mempengaruhi proses
pemilihan. Pengkaji-pengkaji pembangunan sumber manusia turut mengkaji faktor-faktor
yang mendorong manusia kepada pemilihan kerjaya dan majikan.Teori-teori motivasi
menjelaskan hubung kait di antara pemboleh ubah - pemboleh ubah keperluan individu, ciri-
ciri kerja, komitmen organisasi dan kepuasan kerja dengan pemilihan kerjaya. Faktor faktor
yang mendorong kepada pemilihan kerjaya dilihat sebagai satu fungsi kompleks yang
meliputi persepsi, sikap dan keupayaan individu dalam menghasilkan output kerja. Faktor-
faktor yang mendorong kepada pemilihan kerjaya adalah berkait rapat dengan teori motivasi
peningkatan prestasi kerja seperti Maslow's Hierarchy of Needs, Herzberg's Dual-Factor
Theory, David Mc Clelland 's Need for Achievement dan Vroom 's Expectancy.

Teori Maslow menggambarkan motivasi seseorang didorong oleh kehendak untuk


memenuhi pelbagai peringkat keperluan. Melainkan keinginan yang terdesak dipenuhi
terlebih dahulu, lain-lain keperluan tidak akan memberi kesan kepada motivasi seseorang.
Teori Herzberg (1959) pula menggambarkan tahap keperluan seseorang pada sesuatu masa
samada mereka mengutamakan faktor-faktor "hygienes" Gob context) atau faktor-faktor
motivasi (job contents). Faktor-faktor "hygienes" hanya bertindak sebagai penghalang kepada
timbulnya perasaan tidak berpuashati di dalam din seseorang. Manakala faktor-faktor yang
berkaitan dengan ciri-ciri kerja dikatakan faktor motivasi yang boleh mendorong kepada
pemilihan jenis kerja yang diinginkan. Menurut teori Mc Clelland pula, individu yang
mementingkan pencapaian kejayaan (n-ach) yang tinggi, mempunyai ciri-ciri tingkahlaku
yang berbeza berbanding dengan kebanyakan individu. Teori Jangkaan yang dipelopori oleh
Vroom (1964) pula membuat andaian bahawa seseorang itu terlebih dahulu membuat
jangkaan tentang sesuatu hasil yang akan terbentuk sebelum melakukan kerja tersebut.
Dengan kata lain, teori ini meramalkan bahawa seseorang hanya akan bertindak sekiranya dia
mempercayai bahawa dengan berbuat demikian, dia akan mendapat hasil yang diinginkan dan
hasil tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Teori-teori yang dibincangkan di
atas secara umumnya membuat andaian bahawa faktor-faktor "hygienes" dan motivasi
mempengaruhi keputusan seseorang individu dalam memilih majikan dan bidang kerjaya.

LATAR BELAKANG KAMAN

Tujuan

Kajian ini bertujuan untuk mendapat maklumbalas tentang apakah faktor-faktor yang
mendorong siswazah membuat keputusan mengenai pemilihan kerjaya dan majikan pilihan.
Objektif khusus kajian ini adalah bagi mengenalpasti:-

(i) tahap kepentingan faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan kerjaya siswazah;


(ii) persepsi siswazah terhadap sejauh mana penawaran faktor-faktor tersebut dapat
memenuhi tahap kepuasan siswazah di sektor awam berbanding dengan penawaran
di sektor swasta;
(iii) majikan pilihan siswazah dan faktor-faktor yang mendorong siswazah membuat
pemilihan tersebut;
(iv) faktor-faktor utama yang mendorong siswazah untuk berkhidmat dalam
perkhidmatan awam; dan
(v) bidang kerja pilihan siswazah dalam perkhidmatan awam.

Walau bagaimanapun, perbincangan dalam artikel ini akan tertumpu kepada faktor-
faktor pemilihan kerjaya dan majikan pilihan responden iaitu bagi objektif (i) dan (ii).

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


38 Kajian Kecenderungan Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Siswazah

Kerangka Teoritikal

Kajian ini secara teoritikalnya cuba melihat hubungan dan kesan pemboleh ubah tak
bersandar iaitu faktor kestabilan kerja, pencapaian kejayaan, demografi dan sumber maklumat
kepada pemboleh ubah bersandar iaitu pemilihan kerjaya. Kajian ini mengenal pasti hubungan
di antara empat elemen kestabilan kerja dan tiga elemen pencapaian kejayaan dengan
pemilihan kerjaya. Kajian juga turut meneroka kesan faktor demografi, promosi (sumber
maklumat) ke atas pemilihan kerjaya.

Metodologi

Kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik sebagai instrumen utama untuk
mengumpulkan data. Borang soal selidik telah dirangka mengikut lima (5) bahagian bagi
mendapat maklumbalas mengenai lima (5) perkara yang telah dinyatakan dalam tujuan kajian.
Pembentukan kerangka teoritikal faktor pemilihan kerjaya ini adalah berasaskan kepada dua
kerangka teori dalam model Herzberg iaitu faktor "hygienes" (job context) dan faktor
motivasi (job contents). Faktor "hygienes" menggambarkan ciri-ciri kestabilan kerja iaitu
faedah kewangan, faedah perkhidmatan, jaminan dan persekitaran kerja. Manakala faktor
motivasi menggambarkan ciri-ciri pencapaian kejayaan iaitu cabaran kerja, kemajuan kerjaya
dan kepuasan kerja. Sebanyak 38 kenyataan telah digunakan bagi menggambarkan tujuh
elemen bagi dua kategori faktor tersebut (Lihat Jadual 1 dibawah). Pengukuran persepsi
responden terhadap tahap kepentingan faktor-faktor dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya
adalah berdasarkan skala Likert dan 1 (tidak penting langsung) hingga 7 (sangat penting).
Dengan menggunakan skala pengukuran dan kenyataan yang sama, pengukuran persepsi
responden juga dibuat untuk mengukur sejauh mana penawaran faktor-faktor tersebut di
dalam sektor awam dan juga swasta dapat memenuhi kepuasan hati siswazah. Pengukuran
persepsi responden bagi mengukur tahap kepuasan ini adalah berdasarkan skala Likert dan I
(tidak memuaskan langsung) hingga 7 (sangat memuaskan).

Tempoh kajian adalah mulai bulan Julai sehingga November 2004. Manakala sasaran
responden pula adalah pelajar-pelajar tahun akhir di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Jadual I : Faktor -Faktor --z u • •


r e . .aija
r 7 1a IT aLati

Bah an Kategori Faktor Elemen Bil Item


A Faktor Demografi • Jantina
• Pencapaian Akademik
• Keturunan
• Tajaan Pengajian
15
• Bidang Pengajian
• Aktiviti Ko-kurikulum
B Tahap Kepentingan Faktor
Dalaman Pemilihan Kerjaya
1.Faktor Kestabilan Kerja • Faedah Kewangan (Financial
(Hvgienes Factors) Rewards) 18
• Faedah Perkhidmatan
• Kerja yang terjamin (Job Security)
• Persekitaran Kerja (Job
Environment)
• Cabaran Kerja (Job Challenges)
2. Faktor Pencapaian 20
• Kemajuan Kerjaya (Career
Kejayaan (Motivational
Development)
Factors)
• Kepuasan Kerja (Job Satisfaction)

Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005


Maziah bt Cite Yusoff 39

Baha 'an Kategori Faktor Elemen Bil Item

C Tahap Kepuasan Penawaran


Faktor Dalam Sektor Awam
Berbanding Dengan Sektor
Swasta Mengikut :

1.Faktor Kestabilan Kerja • Faedah Kewangan (Financial 18


(Hygienes Factors) Rewards)
• Faedah Perkhidmatan
• Kerja yang Terjamin (Job Security)
• Persekitaran Kerja (Job
Environment)

• Cabaran kerja (Job Challenges)


2. Faktor Pencapaian • Kemajuan Kerjaya (Career 20
Kejayaan (Motivational Development)
Factors) • Kepuasan Kerja (Job Satisfaction)
• Jenis Majikan
D Majikan Pilihan
• Sebab Pemilihan Majikan 4
• Bidang Kerja Pilihan
• Saluran Mendapatkan Maklumat
E Saluran Sumber Maklumat
• Rujukan Membuat Keputusan 4
Peluang Pekerjaan
• Peluang Hadiri Taklimat
JUMLAII ITEM 99

Teknik Analisis
Perisisan Satistical Package For Sosial Science (SPSS) telah digunakan untuk
menganalisis data secara kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Walau bagaimanapun,
kertas kerja ini membincangkan analisis kajian dari aspek deskriptif iaitu memerihalkan
taburan data yang diperolehi. Dalam analisis deskriptif ini, ujian perbezaan digunakan untuk
membuat perbandingan di antara dua kumpulan atau lebih berhubung dengan pemboleh ubah
tertentu.

PENEMUAN KAJIAN

Analisis Kebolehpercayaan

Ujian Cronbach's Alpha (Norussis, 1993) digunakan untuk menguji tahap kebolehpercayaan
pemboleh ubah dalam kajian. Jadual dibawah menunjukkan bahawa nilai Alpha bagi
pemboleh ubah -pemboleh ubah adalah memenuhi keperluan minimum 0.7 sepertimana yang
ditetapkan oleh Nunally's (1978). Analisis ini menunjukkan bahawa pengukuran yang
digunakan, secara statistiknya, adalah boleh dipercayai. Indeks kebolehpercayaan bagi faktor
kestabilan kerja dan pencapaian kejayaan adalah seperti di jadual bawah:

KG KATEGORI FAKTOR BIL.ITEM ALPHA

1. Kepentingan Kestabilan Kerja 4 0.73

2. Kepentingan Pencapaian Kejayaan 3 0.71

3. Kepuasan Kestabilan Kerja di Sektor Awam 4 0.72

4. Kepuasan Pencapaian Kerja di Sektor Awam 3 0.89

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


40 Kajian Kecenderungan Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Siswazah

BIL KATEGORI FAKTOR BIL.I 1 EM ALPHA


5. Kepuasan Kestabilan Kerja di Sektor Swasta 4 0.70
6. Kepuasan Pencapaian Kerja di Sektor Swasta 3 0.75

Profil Responden

Seramai 2,838 orang siswazah telah mengembalikan borang soal selidik yang
lengkap diisi. Seperti yang dijangkakan, kebanyakan responden adalah dalam lingkungan
umur kurang daripada 25 tahun iaitu seramai 911% dan 73.8% responden adalah perempuan.
Majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 60.3%, diikuti dengan bangsa
Cina, 29% dan India 2.3%. Responden daripada bidang pengajian pengurusan iaitu 14.6%
adalah yang tertinggi diterima, diikuti dengan responden daripada bidang pengajian sains dan
teknologi, serta sains sosial iaitu masing-masing 13.2%. Dan segi tahap pencapaian CGPA
pula, kebanyakan responden adalah "average performer" iaitu yang mencapai tahap CGPA
2.75 - 3.49 (46.7%) Bilangan "under performer" agak tinggi iaitu seramai 20.8%. Hanya
9.8% sahaja "high performer" iaitu yang mencapai CGPA 3.5 ke atas. Hampir kesemua
responden mendapat tajaan sama ada dalam bentuk pinjaman atau biasiswa bagi menampung
pembiayaan pengajian di universiti. Tajaan terbesar ialah daripada PTPTN, diikuti dengan
JPA seramai 32.5%. MARA dan Petronas masing-masing seramai 1.4% dan 2.4%. Seramai
4.2% pelajar mendapat tajaan dan pelbagai sumber lain seperti Shell, BSKL, SOCSO,
Nestle, Maybank, Hong Leong Bank dan Yayasan Negeri.

Faktor Pemilihan Kerjaya


Kajian mendapati persepsi responden terhadap tahap kepentingan faktor dalam
mempengaruhi pemilihan kerjaya adalah seperti di Jadual 2.

Jadual 2 : Faktor-Faktor Yang Mem ,z, A. 4.. - - J - 47 -


SKOR
KATEGORI FAKTOR MOD SISIHAN PIAWAI
PURATA
KESTABILAN KERJA
Faedah Perkhidmatan 6.48 7 0.85
Jaminan Kerja 6.47 7 0.81
Faedah Kewangan 6.14 6 0.87
Persekitaran Kerja 6.07 6 0.69
PENCAPAIAN KEJAYAAN
Kemajuan Kerjaya 5.77 6 0.82
Kepuasan Kerja 5.68 5.8 0.95
Cabaran Kerja 5.14 4.85 0.78
Daripada 7 elemen faktor yang digunakan untuk mengukur tahap kepentingannya
dalam mempengaruhi siswazah bagi memilih kerjaya, responden mengutamakan faktor-faktor
kestabilan kerja berbanding pencapaian kejayaan. Faedah perkhidmatan seperti
pencen/KWSP dan faedah perubatan dilihat sebagai faktor yang terpenting diikuti dengan
jaminan kerja, faedah kewangan dan persekitaran kerja. Ciri-ciri pencapaian kejayaan dilihat
sebagai faktor yang paling tidak penting di mana cabaran kerja mendapat skor purata yang
paling rendah.

Perbandingan tahap kepentingan faktor antara jantina pula, mendapati tiada perbezaan
pendapat yang ketara faktor dalam menetapkan tahap kepentingan faktor-faktor pemilihan

Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005


Maziah bt Che Yusoff 41

kerjaya. Kedua-dua kumpulan mengutamakan kestabilan kerja dan berpandangan bahawa


jaminan kerja, faedah perkhidmatan dan faedah kewangan merupakan tiga faktor utama dalam
membuat pemilihan kerjaya. Berbanding dengan lelaki, kumpulan perempuan memberi tahap
kepentingan yang lebih tinggi kepada ketiga-tiga faktor berkenaan dan juga kepada faktor
persekitaran kerja. Berbeza dengan siswazah lelaki, siswazah perempuan mengutamakan
faedah perkhidmatan berbanding dengan jaminan kerja. (Lihat Jadual 3).

Jadual 3 : Tahap Kepentingan Faktor Mengikut Jantina

M. ",,N7,14216ts
Cabaran Kerja

Kepuasan Kerja

Kemajuan Kerjaya

Pensekitaran Kerja

Faedah Kewangan

Jaminan Kerja

Faedah Perkhidmatan

3 4 5 6 7
2

I MSkor Purata Lelaki



Skor Purata PerempuanI

Tahap Kepuasan Penawaran Faktor Pemilihan Kerjaya

Dengan menggunakan faktor-faktor pemilihan kerjaya yang sama seperti di atas,


responden juga diminta untuk menyatakan persepsi mereka mengenai sejauhmana penawaran
faktor-faktor tersebut di sektor awam dan swasta dapat memenuhi kepuasan hati mereka
(Lihat Jadual 4).

Jadual 4 : Tahap Kepuasan Penawaran Faktor Pemilihan Kerja

SK R AWAM SECTOR SWASTA


KATEGORI SKOR SKOR, SISIHAN
FAKTOR PURATA PIAWAI PURATA PlAWAI
KESTABILAN KERJA
Faedah Perkhidmatan 6.19 1.05 5.42 1.33
Jaminan Kerja 6.05 1.06 4.97 1.27
Faedah Kewangan 4.98 1.32 5.95 0.98
Persekitaran Kerja 5.50 0.91 5.46 0.82
PENCAPAIAN
KEJAYAAN
Kemajuan Kerjaya 5.41 1.01 5.43 0.89
Kepuasan Kerja 5.28 0.93 5.47 0.77
Cabaran Kerja 5.10 0.86 5.41 0.72
Berbanding dengan sektor swasta, faedah perkhidmatan seperti pencen dan perubatan
dilihat sebagai tawaran faktor yang paling memuaskan hati di sektor awam. Sektor awam juga
dianggap dapat menawarkan jaminan dan persekitaran kerja yang lebih memuaskan. Seperti
yang dijangkakan, faedah kewangan dianggap sebagai faktor yang paling memuaskan di
sektor swasta. Sektor swasta juga dikatakan menawarkan peluang kemajuan kerjaya,
kepuasan dan cabaran kerja yang lebih baik.

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


42 Kajian Kecenderungan Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Siswazah

Secara keseluruhannya, jika dibandingkan tahap kepentingan faktor dalam


mempengaruhi pemilihan kerjaya dan setakat mana faktor tersebut dapat memenuhi kepuasan
hati siswazah, sektor awam dikatakan memenuhi tiga (3) elemen faktor iaitu faedah
perkhidmatan, jaminan kerja dan persekitaran kerja. Faedah perkhidmatan dan jaminan kerja
yang dianggap sebagai dua (2) kriteria terpenting dalam pemilihan kerjaya dilihat sebagai
tawaran yang paling memuaskan dalam sektor awam. Persekitaran kerja iaitu faktor keempat
terpenting juga dikatakan lebih memuaskan di sektor awam. Manakala faedah kewangan iaitu
faktor kedua terpenting dalam pemilihan kerjaya dianggap tawaran yang paling memuaskan
di sektor swasta. Sektor swasta juga dikatakan menawar peluang yang lebih baik dalam
aspek-aspek yang berkaitan dengan pencapaian kejayaan iaitu kemajuan kerjaya, kepuasan
kerja dan cabaran kerja.

Majikan Pilihan Siswazah

Majoriti responden (45%) tidak memilih majikan samada sektor awam atau swasta
untuk mereka berkhidmat selepas tamat pengajian. Mereka memberi keutamaan untuk
menerima sebarang peluang perkerjaan yang ditawarkan tanpa mengira majikan. Manakala
26% responden memilih sektor awam dan 25% pula memilih sektor swasta sebagai majikan
pilihan. Hanya 4.2% bercita-cita untuk bekerja sendiri. Walaupun faedah kewangan dikatakan
faktor ketiga terpenting dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya, ianya merupakan sebab
yang paling kerap dipilih dalam menentukan majikan pilihan (Jadual 5). Pemilihan cabaran
kerja yang paling sedikit kekerapannya adalah konsisten dengan penemuan awal di mana
cabaran kerja dianggap faktor yang paling tidak penting bagi responden memilih kerjaya.

Jadual 5 : Kekerapan Sebab Pemilihan Majikan

BIL. ELEMEN KATE RI FAKTOR EEKERAPAN '


1. Faedah Kewangan 2,276 80.2
2. Jaminan Kerja 2,204 77.7
3. Faedah Perkhidmatan 2,162 76.2
4. Kemajuan Kerjaya 2,039 71.8
5. Persekitaran Kerja 2,039 71.8
6. Kepuasan Kerja 2,009 70.8
7. Cabaran Kerja 2,003 70.6

ANALISIS PENEMUAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa faedah kewangan yang kebiasaannya
dianggap sebagai keutamaan dalam pemilihan kerjaya bukanlah merupakan faktor terpenting
bagi responden memilih kerjaya. Kedua-dua kumpulan responden lelaki dan perempuan lebih
mementingkan jaminan sosial (seperti pencen, KWSP dan faedah perubatan) dan jaminan
kerja berbanding dengan faedah kewangan dan pencapaian kejayaan.

Kedua-dua kumpulan lelaki dan perempuan mempunyai pandangan yang sama iaitu
faedah kewangan adalah faktor ketiga terpenting. Namun demikian, mereka mempunyai
pandangan yang berbeza mengenai faktor kedua terpenting di mana kumpulan lelaki memilih
jaminan kerja, sementara kumpulan perempuan lebih mengutamakan faedah perkhidmatan.
Dari segi persepsi responden mengenai sejauh mana penawaran faktor-faktor tersebut dapat
memuaskan hati, mereka berpandangan bahawa:-

Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan I Julai 2005


Maziah bt Che Yusoff 43

Pekerjaan di sektor awam dikatakan lebih menarik kerana faktor-faktor yang


berkaitan dengan kestabilan kerja seperti faedah perkhidmatan, jaminan dan
persekitaran kerja; dan
Sektor swasta dikatakan menawarkan faedah kewangan dan faktor-faktor
pencapaian kejayaan seperti kepuasan kerja, kemajuan kerjaya dan cabaran
kerja yang lebih memuaskan berbanding dengan sektor awam.

Penemuan kajian juga mendapati tiada perbezaan ketara di kalangan siswazah dalam
memilih majikan. Kajian menunjukkan bahawa keperluan utama responden pada masa ini
adalah untuk mendapatkan jaminan pekerjaan yang stabil, tanpa mengira siapa majikan
pilihan. Sekiranya dilihat dan aspek hiraki model Maslow yang beranggapan bahawa selagi
sesuatu keperluan asas belum dipenuhi, ianya akan berfungsi sebagai faktor motivasi sehingga
keperluan itu berjaya dicapai, maka hasil kajian yang menunjukkan bahawa faktor-faktor
pencapaian kejayaan tidak diberi keutamaan oleh responden adalah konsisten dengan ramalan
teori ini. Keadaan persekitaran yang kompetitif dalam pasaran kerja pada masa kini
berkemungkinan mempengaruhi hasil kajian yang menunjukkan keutamaan responden untuk
mengutamakan kestabilan kerja, berbanding dengan ciri-ciri pencapaian kejayaan dalam
memilih kerjaya dan majikan.

Walaupun faktor kewangan dianggap faktor yang ketiga terpenting dalam kajian ini,
namun ianya merupakan faktor yang paling kerap dipilih sebagai sebab utama pemilihan
kerjaya. Penemuan ini didapati sejajar dengan teori-teori awal mengenai faktor pemilihan
kerjaya yang menunjukkan bahawa faktor kewangan merupakan faktor terpenting dalam
memilih kerja. Kajian oleh Watson Wyatt Wordwide dalam "The Human Capital Edge"
(2001) mencadangkan bahawa penawaran faedah kewangan yang lebih tinggi berbanding
dengan lain-lain majikan dalam pasaran dapat membantu menarik "best talents". Namun
demikian, kajian-kajian mengenai teori motivasi juga menggambarkan bahawa manusia
memerlukan sesuatu yang lebih bermakna daripada keperluan kewangan semata-mata.
Kajian-kajian di peringkat global seperti The Human Capital Edge dan American
Psychological Association turut merumuskan bahawa kecenderungan pemilihan kerjaya di
abad ke 21 ini lebih tertumpu kepada ciri-ciri pencapaian kejayaan, tanpa terikat kepada
jaminan kerja. Menurut kajian ini, generasi di peringkat global lebih terdorong kepada
keinginan untuk memenuhi keseimbangan di antara kerja dan kehidupan peribadi. Ramai
generasi muda di peringkat global pada masa ini lebih berminat kepada kerjaya sebagai
"interim manager" iaitu menawarkan perkhidmatan dalam tempoh tertentu bagi
menyelesaikan sesuatu projek dalam sesebuah organisasi. Berbeza dengan penemuan tersebut,
kecenderungan pemilihan kerjaya di kalangan siswazah ini lebih tertumpu kepada ciri-ciri
kestabilan kerja, ataupun lebih dikenali sebagai "hygienes factors" (Job Context factors)
dalam teori Herzberg.

PENUTUP

Secara umumnya, kajian yang dijalankan turut menyokong pandangan yang diutarakan oleh
pengkaji barat tentang kepentingan hieraki keperluan dalam menentukan sikap dan persepsi
individu. Seperti yang dijangkakan, kajian yang tertumpu kepada golongan siswazah yang
akan memasuki pasaran pekerjaan ini mendapati siswazah meletakkan hieraki keperluan yang
paling tinggi dalam mendapat pekerjaan tanpa mengira majikan. Walaubagaimanapun,
kecenderungan responden dalam mengutamakan faktor-faktor kestabilan kerja berbanding
dengan faktor pencapaian kejayaan, mengundang lebih banyak persoalan. Siswazah perlu
bersikap realistik dan peka kepada persekitaran semasa. Perkembangan ekonomi dunia yang
tidak menentu dan aliran pelaburan yang lebih menjurus ke arah China dan India mengugat
pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan ekonomi yang stabil amat penting untuk
mendorong kenaikan peluang pekerjaan yang teguh. Justeru itu, dalam perubahan persekitaran

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


44 Kajian Kecenderungan Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Siswazah

semasa, agak sukar untuk memenuhi kehendak responden dalam mempunyai pekerjaan yang
terjamin.

Mengikut teori Herzberg, faktor-faktor kestabilan kerja bukanlah faktor motivasi dan
ianya tidak akan merangsang kepada peningkatan prestasi. Pemilihan faktor-faktor kestabilan
sebagai keutamaan dalam pemilihan kerjaya siswazah adalah tidak selaras dengan keperluan
semasa. Ini kerana generasi sekarang berdepan dengan cabaran persekitaran yang lebih
dinamik dan pesat. Sistem ekonomi terbuka (open economy) yang diamalkan negara bukan
sahaja memberi ruang kepada pasaran perdagangan tetapi juga turut meningkatkan aliran
modal insan di antara negara. Persaingan mereka dalam pasaran pekerjaan tidak terhad
kepada warga di dalam negara sahaja. Kemasukan ramai pekerja professional daripada negara
luar turut memberi kesan kepada "career marketability" siswazah dalam negara. Selaras
dengan peralihan kepada ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge economy), penekanan
masa kini lebih tertumpu kepada keutamaan pekerja berilmu sebagai aset yang paling bernilai.
Justeru itu, keunggulan dan ketrampilan modal insan mengikut acuan sendiri yang sering
diwar-warkan oleh pucuk pimpinan negara memerlukan generasi pelapis yang bersedia untuk
menyahut cabaran dunia tanpa sempadan masa kini. Modal insan negara pada masa kini perlu
bersedia untuk turut menjadi modal intelek di peringkat global. Untuk itu, generasi pada hari
ini perlu lebih bersedia dan berani menghadapi ciri-ciri pekerjaan itu sendiri (job contents).

RUJUKAN

Allen, H.L, and Merry, J.P. (1990). The measurement and antecedents of affective,
continuance and normative commitment to the organization. Journal of Occupational
Psychology, 63, p. 1-18.

De Vaus, D. and McAllister, I (1991). Gender and work orientasi: Values and satisfaction in
Western Europe. Work and Occupations, 18(1), p 72-93

Kalleber, A (1972). Work values and job rewards: A theory of job satisfaction. The
Sociological Quarterly, 42,p. 124-143.

Locke, E.A, and Henne, D. (1986). Work motivation theories. In C.L. cooper and T Robertson
(eds), International Review of Industrial and Organization Psychology, Vol. 1 (p. 1-
35). Chichester: Wiley

Stephen P. Robbins, Organisation behavior, concepts, contoversies, applications.7th Edition,


1996.

McClelland, D.0 (1961). Personality. New York: Dryen Press.

McClelland, D.0 (1987). Human motivation, Cambridge University Press.

Maslow, A.H (1943). A Theory of Human Motivation. Psychological Review, 5:pp. 370-96.

Herzberg,F. (1990). The Motivation hygiene Theory in Vroom,V.H. and E.L.Deli (ed)
Management and Motivation, Harmondsworth, England: Penguin Books LTtd.

Jurnal Pengurusan Awam Jilid 4 Bilangan 1 Julai 2005


Maziah bt Che Yusoff 45

Graham S. Love, (2001) Employer of Choice? Workplace innovation in government. The


Innovation Journal. The Public Sector Innovation Journal.

Jim Harris, Ph.D and Joan Brannich Ph.D (2004) Finding and Keeping Great
Employees; American Management Association 2004
Soeul, Republic of
World Economic Forum (2003). Asia Strategic Insights Roundtable,
Korea

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

You might also like