You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Pembangunan sesebuah negara adalah bersandarkan dengan tamadun dan berhubung kait
dengan seluruh kehidupan manusia. Manusia perlu hidup bersosialisasi untuk berinteraksi
dan membentuk kelompok manusia bagi memenuhi keperluan hidup dalam komuniti,
ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Menurut Ismail Hussein (1995), interaksi
merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi antara satu
sama lain. Justeru, aspek sosiobudaya, ekonomi, dan pendidikan adalah dipengaruhi melalui
interaksi pelbagai tamadun. Proses peminjaman dan penerimaan daripada unsur-unsur luar
kesan daripada interaksi pelbagai tamadun telah berjaya diasimilasi dan diadaptasi dengan
kepakaran golongan intelektual tempatan sebagai pemangkin kepada perkembangan
sesebuah tamadun (Latif, 2009). Interaksi yang berlaku telah memberi pengaruh dan kesan
antara satu sama lain, sama ada positif atau negatif. Sikap keterbukaan antara tamadun
menyebabkan berlakunya percambahan dalam pelbagai aspek seperti pemikiran dan budaya
yang membolehkan sesebuah tamadun itu berkembang.

2.0 KEPELBAGAIAN INTERAKSI TAMADUN DI MALAYSIA

Kepelbagaian kaum dan bangsa di Malaysia yang terdiri daripada kaum Melayu, India
dan China adalah hasil daripada interaksi tamadun yang terdahulu. Interaksi yang telah
berlaku antara tamadun Melayu dengan tamadun lain seperti tamadun India, tamadun China
dan telah membawa kepada pembaharuan dan perbezaan dari aspek pemikiran dan budaya
masyarakat di Malaysia. Pembaharuan yang terdapat pada tamadun lain telah diasimilasi dan
diserapkan ke dalam kehidupan masyarakat Melayu, namun masih bersandarkan kepada
agama dan syariat Islam (Mustafa Daud, 1991).

2.1 Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun India.

Interaksi tamadun Melayu dengan tamadun India bermula seawal abad ke-3 SM.
Interaksi tersebut berlaku apabila para pedagang Melayu berlayar menyeberangi Teluk
Bengal bagi mencari barangan pedagang. Selain itu, kemasukan penduduk India di Malaysia
atas kuasa campur tangan British di Tanah Melayu telah membawa kepada perubahan dalam
sektor ekonomi di mana perusahaan getah mula dikuasai oleh kaum India di Malaysia.
Sastera epik Hindu seperti Ramayana dan Mahabrata turut meresap dan mempengaruhi
perkembangan sastera Melayu di Malaysia (Hashim Musa, 2005). Hal tersebut dapat dilihat
melalui penghasilan Hikayat Seri Rama merupakan salah satu karya epik yang telah
diubahsuai oleh masyarakat Melayu hasil daripada epik Ramayana dan Hikayat Pendawa
pula hasil saduran daripada epik Mahabharata. Hasil interaksi antara dua tamadun ini turut
meninggalkan kesan dalam aspek persandingan, pertabalan raja, dan adat resam di Malaysia.

1
2.2 Interaksi Tamadun Melayu dengan Tamadun China.

Tamadun Melayu dan tamadun China sememangnya mempunyai hubungan yang


sangat rapat erat dari dahulu hingga sekarang dan mencecah lebih dua alaf (Dewan Bahasa,
2018). Interaksi tamadun China ke Alam Melayu telah bermula Sebelum Masihi iaitu ketika
Zaman Dinasti Han (140-117 SM. Orang China turut datang ke Tanah Melayu untuk
melakukan aktiviti perdagangan. Melihat kepada aspek kesenian dan kebudayaan,
kemunculan komuniti Baba dan Nyonya di Melaka dan Cina Peranakan di Kelantan
merupakan kesan interaksi yang ketara hasil daripada pertembungan dua tamadun yang
berbeza dalam masyarakat di Malaysia.

3.0 KESAN INTERAKSI KEPELBAGAIAN TAMADUN DI MALAYSIA

Di Malaysia, pengaruh dan kesan tamadun India dan tamadun China dapat dilihat dalam
segenap aspek kehidupan masyarakat di Malaysia. Ia merangkumi aspek politik,
sosioekonomi dan corak budaya masyarakat serta adat- istiadat. Hal ini kerana tamadun India
umumnya menekankan cara hidup bekeluarga serta komuniti yang begitu sinonim dengan
nilai ketimuran.

3.1 ASPEK SOSIOBUDAYA

Adat istiadat, perkahwinan, pemikiran dan kepercayaan, kesenian, dan makanan


masyarakat di Malaysia banyak dipengaruhi oleh corak ketamadunan India. Aspek
sosiobudaya memperlihatkan corak amalan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia
pada hari ini jelas menunjukkan interaksi dua budaya dan telah memberikan kesan
kepada masyarakat Malaysia dalam menjalani kehidupan seharian. Umumnya,
masyarakat Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama iaitu, kaum Melayu, India, dan
China. Pengaruh tamadun India keatas masyarakat dapat dilihat menerusi
kepercayaan dan agama yang dianuti oleh kaum India di Malaysia. Penganut agama
Hindu dan Buddha mengamalkan upacara keagamaan dan mempercayai “karma”
seperti yang dinyatakan dalam agama Hindu dan Buddha di tamadun India. Setiap
tahun penganut agama Buddha dan Hindu akan mengamalkan upacara keagamaan
seperti Wesak dan Deepavali. Justeru, Batu Cave merupakan lokasi keagamaan bagi
penganut agama Hindu apabila tibanya hari Deepavali. Selain itu, pengaruh agama
Hindu yang menjadi ikutan dalam masyarakat Melayu ialah adat melenggang perut.
Pada asalnya, adat ini merupakan kepercayaan animisme yang mempunyai unsur
ghaib, namun selepas kedatangan agama Islam adat tersebut telah dimurnikan dan
dipanggil sebagai “kenduri kesyukuran”. Adat tersebut dilakukan ke atas seorang isteri

2
yang telah genap tujuh bulan hamil dan menurut kepercayaan agama Hindu ia
bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya,
iaitu di bahagian kepala di pintu. Seterusnya, adat berinai turut merupakan adat
tamadun Hindu yang diikuti oleh masyarakat Melayu.

3.2 ASPEK EKONOMI

Hubungan antara tamadun China dan tamadun Melayu di Malaysia dari sudut
ekonomi terdapat dua jenis iaitu, sistem sara diri dan sistem ekonomi perdagangan
komersial (Lin, 1983). Sistem Ekonomi Sara Diri merujuk kepada kegiatan ekonomi
yang dijalankan secara kecil- kecilan untuk menyara diri dan keluarga sahaja.
Sekiranya terdapat lebihan, maka ia akan dijual atau aktiviti pertukaran
mendapatkan barang-barang keperluan lain akan berlaku. Kegiatan terpenting ialah
pertanian dan terdapat juga kegiatan perikanan, berburu, penternakan, mengutip
hasil hutan dan pertukangan. Justeru, alat yang digunakan oleh tamadun China
seperti cangkul, penukul, dan bajak turut diguna pakai oleh masyarakat Melayu di
Malaysia yang menjalankan kegiatan pertanian. Dalam sistem ekonomi sara diri
yang diamalkan oleh masyarakat tempatan, kegiatan menanam padi sawah
merupakan kegiatan utama masyarakat Melayu di Malaysia. Selepas itu, Sistem
Ekonomi Komersial mula diperkenalkan oleh tamadun China di mana ekonomi yang
diperolehi berlandaskan pertanian dagangan. Pda awal abad ke-19, ladang-ladang
gambir yang luas milik seorang kaum Cina telah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri
Sembilan dan Selangor. Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan di antara
tahun-tahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem
Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan di Singapura dan
Eropah.

3.3 ASPEK PENDIDIKAN

Sistem persekolahan di Malaysia juga menerima kesan daripada pengaruh


tamadun India. Bahasa Hindu (Tamil) dijadikan subjek yang perlu diajar kepada pelajar
yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa ini juga
dittawarkan di peringkat pengajian institusi pengajian tinggi sebagai satu cara untuk
memelihara kesusasteraan tamadun India. Perkembangan keilmuan tamadun India
juga membawa impak dalam penguasaan bahasa di Malaysia.

3
Perguruan Wu Fu yang didirikan pada tahun 1819 di Pulau Pinang merupakan
sekolah Cina swasta yang paling awal ditubuhkan di Tanah Melayu (Lin,1983).
Sehingga tempoh akhir abad ke-19, sebilangan besar sekolah swasta Cina lain telah
terbentuk, antaranya seperti Akademi Cui Ying, Pei Yi, Yu Yi, Yue Ying dan lain-
lainnya. Pertubuhan akademi-akademi ini telah memberi pengetahuan asas kepada
kanak-kanak di samping menyampaikan kitab-kitab klasik Konfusianisme kepada para
murid. Pengaruh pemikiran Konfusianisme menekankan adat menghormati guru dan
mementingkan aspek pendidikan yang memberi pengajaran tentang amalan baik.
Selain itu, sebahagian universiti temapatan di Malaysia telah mengadakan pendidikan
dan penyelidikan bertaraf tinggi yang berkaitan dengan bahasa, budaya dan
masyarakat Cina. Sebagai contoh, Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah menyediakan program pengajian pelbagai
peringkat yang berkaitan kepada mahasiswanya, iaitu Bacelor Sastera (Bahasa Asing)
Major Bahasa Cina, Master Sastera (Kesusasteraan Cina), dan Doktor Falsafah
(Kesusasteraan Cina).

4.0 RUMUSAN

Sifat keterbukaan yang diamalkan oleh sesebuah tamadun akan memberi peluang
kepada berlakunya interaksi antara tamadun. Interaksi antara beberapa tamadun
menghasilkan kesan yang penting dalam masyarakat sama ada kesan positif atau negatif.
Elemen atau ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses
asimilasi dan penyesuaian. Namun kesan negatif pula akan mewujudkan konflik antara
masyarakat yang memiliki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh factor teologi,
ekonomi, sosail, dan politik. Walau bagaimanapun, sebarang konflik dan pertikaian kurang
berlaku di Malaysia walaupun terdiri daripada pelbagai kaum kerana wujudnya Perlembagaan
Malaysia yang telah dipersetujui oleh semua bangsa dan kaum.

You might also like