You are on page 1of 2

Tajuk: Tingkah laku kepimpinan guru besar terhadap guru sekolah rendah di bandar dan luar

bandar.

Kajian Literatur:

Trait serta personaliti pentadbir perlu diberi perhatian kerana ia membina multi-dimensi yang
membina persepsi individu ke atas diri pentadbir itu sendiri. Persepsi individu yang didasarkan
kepada trait kepimpinan pentadbir inilah yang akan menentukan kejayaan pencapaian
kecemerlangan institusi (Savicevic, Cvijetic, & Ivankovic, 2013).

Owens (1991) menyatakan bahawa kepimpinan adalah satu corak interpersonal di mana
pemimpin akan cuba mencari keperluan potensi pengikut dan memuaskan keperluan pengikut
supaya matlamat organisasi dapat dicapai dengan mempengaruhi pengikut.

Smith (2000) telah menjalankan kajian ke atas tingkah laku utama yang dilihat oleh guru-guru
sekolah rendah dan beliau menakrifkan bahawa “Kepimpinan adalah proses atau aktiviti
mempengaruhi individu atau kumpulan dalam usaha ke arah mencapai matlamat”.

Sauer (2011) menjelaskan kepentingan tingkah laku kepimpinan dan bagaimana gaya prestasi
pemimpin akan memberi kesan kepada organisasi.

Danish et al. (2011) turut membincangkan kesan kepimpinan dan gaya pengurus yang mempunyai

kesan yang amat besar ke atas pentadbiran dan keberkesanan organisasi.

Tingkah laku berorentasikan berstruktur mengambarkan pemimpin yang berorentasikan tugas dan

menekankan aktiviti-aktiviti global seperti mengarah, merancang, menyelaras dan menyelesaikan

masalah (Bensimon et al. 1989; Gorton & Snowden, 1993; Hemphill, 1955; Fleishman & Harris,

1962; dipetik dalam Glendon et al., 2006).

Tingkah laku kepimpinan dimensi pertimbangan merujuk kepada tingkah laku yang menunjukkan

persahabatan, saling mempercayai, hormat dan kehangatan dalam interaksi antara pemimpin dan

ahli-ahli kumpulan (Halpin, 1957; Hemphill, 1955; Stodgill, 1963). Tingkah laku kepimpinan

dimensi ini adalah lebih berorentasikan hubungan (Bensimon et al. 1989; Yukl, 1989).
Metodologi kajian

Reka bentuk Kajian: Kaedah Tinjauan

Sampel Kajian: 40 orang guru sekolah rendah

Tempat Kajian:

Instrumen Kajian: Soal Selidik

Analisis Data: Microsoft Excel

You might also like