You are on page 1of 7

Perkara satu - Agama

Di dalam tuntutan 20 pekara disebut:

" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak da
agama rasmi di Sabah dan Srawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah
berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-
maksud agma dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua
kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-
undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.

Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan
kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga
diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan
Sarawak.

Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)

" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus
digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi
bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan
had tempohnya. ( 20 perkara-16)

berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas
Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak.
Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua
tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh
semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini,
dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum
dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.

Perkara tiga- Imigrasi

" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah
kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan
keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak
terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam
Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)

imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh
Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke
negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undang-undang ini tidak
boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo
Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang
dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan
Persekutuan di Borneo Utara.

Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-
peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan
kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn
sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja
dengan kerajaan Persekutuan.

Perkara empat - Pelajaran


" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di
bawah kuasa kerajaan Negeri."

Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran
pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan
negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi
peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda
sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.

Perkara lima - Perkhidmatan Awam

" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat
mungkin"(hlm 41)

tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara


hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka
peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada
menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk
tempatan .

dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam
persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-
pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan
suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam
berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan
awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang
dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan
keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.
Perkara enam– Kerakyatan

"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi
hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-
pindaan berikut:

a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.

b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi
"tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"

c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan
ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara
Persekutuan. hlm 52

Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi
warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk
menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.

Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan

" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan
pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."
Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke
atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga
tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah
memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang
dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang
dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara
Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)

Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.

"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem
Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"

Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda
Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua
tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak,
ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara
masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh
Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai
Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.

Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang2

Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan
Malaysia:

Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan

Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.


Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo

Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan

Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.

Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan


Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan,
keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan,
kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan,
perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan,
surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.

Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam,
dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi
dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan
masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar,
pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan
tanah-tanah lombong.

Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera

Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa
seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo
Utara.
Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam
Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di
Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.

You might also like