You are on page 1of 13

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN


LATIHAN ULANGKAJI
TOPIK 1

1. Apakah maksud pedagogi?

Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Pedagogi
merupakan mata pelajaran wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Ia
melibatkan satu bidang kajian yang luas. Pedagogi melibatkan kajian mengenai
proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah
dan juga interaksi guru dengan pelajar.

2. Nyatakan kesihatan berdasarkan definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia

(WMenurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan merujuk kepada suatu


keadaan di mana individu itu berada dalam keadaan yang sempurna dari aspek
jasmani, mental-emosi, sosial dan rohani serta bebas daripada penyakit, kecacatan
atau kecederaan.HO).

3. Bincangkan komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan.

Kecergasan fizikal berasaskan kesihatan mengandungi lima komponen penting


iaitu:

a. Daya tahan kardiovaskular;


b. Daya tahan otot;
c. Kekuatan otot;
d. Kefleksibelan/kelenturan; dan
e. Komposisi tubuh badan/kandungan lemak.

4. Bagi mencapai keberkesanan pendidikan kesihatan, beberapa prinsip perlu dipatuhi.


Nyatakan prinsip-prinsip tersebut.

Antara prinsip yang digariskan bagi menjamin keberkesanan Pendidikan Kesihatan


ialah:

a. Berdasarkan kepada perubahan tingkah laku yang positif.


b. Hendaklah berasaskan kepada keperluan dan kepentingan pelajar, keluarga dan
masyarakat dan negara.
c. Mempertimbangkan faktor-faktor sosiobudaya dan ekonomi yang mempengaruhi
tingkah laku kesihatan.
d. Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar melalui penglibatan mengikut
peringkat kesediaan dan kematangan mereka.
e. Mengamalkan strategi pengajaran bersepadu dan bersesuaian dengan mata
pelajaran tersebut dan mata pelajaran lain supaya ia lebih bererti kepada para
pelajar.
f. Proses pembelajaran perlu menjadi sebahagian daripada keseluruhan kurikulum dan
berpandukan kepada prinsip-prinsip pedagogi.
g. Pembelajaran perlulah berasaskan fakta kesihatan dan berdasarkan pendekatan
saintifik yang positif.

1
h. Penerapan nilai-nilai murni secara terancang dan secara tidak langsung dalam
Pendidikan Kesihatan.
i. Pendidikan Kesihatan hendaklah dianggap sebahagian daripada program
pembangunan kesihatan masyarakat.
j. Proses pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada perkembangan kemahiran
berfikir dan perkembangan pengetahuan di kalangan para pelajar.

5. Mengapa perancangan tahunan, mingguan dan harian perlu disediakan dengan


teliti?

Menurut Graham (1992), perkara utama yang menjelaskan mengapa perancangan


diperlukan adalah seperti berikut:

a. Jumlah Masa Mengajar yang Terhad


Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kelly (1989) didapati bahawa 39 minit
diperlukan untuk mengajar sesuatu objektif. Adalah tidak wajar sekiranya lebih
daripada satu objektif dirancang untuk satu waktu pendidikan jasmani.
b. Persekitaran Pengajaran
Saiz kelas, peralatan dan kemudahan adalah faktor-faktor yang perlu diberi perhatian
untuk memastikan kejayaan kelas pendidikan kesihatan. Perancangan yang teliti
perlu dilakukan apabila melibatkan saiz kelas yang besar, sekiranya ia melibatkan
peralatan, masa dan kemudahan. Pengagihan masa bagi setiap aktiviti juga perlu
dirancang.
c. Latar Belakang Guru
Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Para pengajar
perlulah individu yang terlatih kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk pelajar.
Dalam soal ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting.
d. Latar Belakang Pelajar
Para pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang dan memerlukan perancangan
pengajaran yang sesuai untuk menarik minat mereka. Perancang pelajaran perlulah
mengikut tahap kemahiran dan pengetahuan para pelajar untuk mengelakkan rasa
bosan dan rendah diri. Jadi perancangan yang teliti adalah perlu untuk mengatasi
masalah ini.

TOPIK 2

1. Nyatakan maksud kaedah pengajaran.

Kaedah mengajar adalah merupakan satu prosedur yang diamalkan oleh seorang
guru secara sistematik dan teratur untuk melaksanakan sesuatu pelajaran dan
mencapai objektifnya.

2. Apakah teknik pengajaran?

Teknik pelajaran adalah merupakan satu strategi pelaksanaan yang dirancangkan


oleh guru untuk mengendalikan sebahagian atau keseluruhan pelajarannya. Kedua-
duanya mempunyai matlamat dan objektif yang sama iaitu memastikan proses
pembelajaran pelajar-pelajar berlaku dengan berkesan.

2
3. Nyatakan objektif pengajaran mengikut pendapat Bloom, B. S.

Bloom (1956) menyatakan objektif pengajaran adalah merupakan pernyataan yang


menerangkan tentang apa yang dapat pelajar lakukan setelah menyempurnakan
sesuatu unit pelajaran. Kibler et al. (1981) pula menyatakan objektif pengajaran
adalah suatu pernyataan yang akan menjelaskan hasil pembelajaran supaya dapat
dikuasai oleh pelajar-pelajar pada akhir pembelajaran. Hasil pembelajaran perlu
diukur atau dilihat untuk dijadikan sebagai suatu bukti objektif pembelajaran berlaku
pada pelajar-pelajar.

4. Terangkan kaedah pengajaran seminar.

Seminar atau ceramah merupakan salah satu kaedah pengajaran di sekolah rendah
yang biasanya menerima reaksi yang negatif daripada orang ramai. Anggapan
bahawa pelajar-pelajar akan pasif dan tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam
proses pembelajaran merupakan suatu tanggapan bagi sesetengah pihak terhadap
kaedah ini. Komunikasi ketika sesi ceramah lazimnya merupakan satu hala sahaja,
iaitu dari penceramah kepada pelajar-pelajar.

5. Apakah kebaikan kaedah pengajaran berbentuk lakonan?


 Menunjukkan dan menggunakan daya cipta dan imaginasinya serta
memperkembangkan keyakinan dirinya
 Merasa seronok melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan
memerhati lakonan pelajar-pelajar lain; dan
 Menyediakan pelajar untuk berhadapan dengan situasi sebenar dan
berpeluang memahaminya.

TOPIK 3

1. Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual?

Pendekatan kontekstual adalah teknik pembelajaran yang merupakan satu proses


yang melibatkan pelbagai bentuk penemuan yang bersifat kompleks yang
menjangkau kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan dan tindak balas.
Konsep pengajaran ini lebih menumpukan kepada pembelajaran yang bercirikan
penemuan dan pencarian. Ia akan mendorong pelajar mencari hubungan dan cara
penyelesaian berdasarkan persekitarannya. Pendekatan pembelajaran dan
pengajaran yang digunakan adalah dengan mengandaikan bahawa minda pelajar
akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi. Pencarian oleh
minda akan dikaitkan dengan persekitaran yang dilalui oleh seseorang itu.
Persekitaran yang dimaksudkan ialah persekitaran pelajar dan persoalan yang timbul
di persekitarannya. Hasilnya akan berlakulah cara pencarian hubungan yang
diterima akal dan kelihatan bermakna pada diri serta kehidupan pelajar itu sendiri.

2. Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu


pelajaran?

Pendekatan kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran


pembelajaran yang menggabungkan pengalaman-pengalaman yang mereka lalui

3
seberapa banyak yang boleh. Pengalaman-pengalaman yang dilalui termasuklah
dari aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang
diinginkan. Melalui persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang
bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata.
Penghayatan konsep diperolehi melalui proses penemuan, pengukuhan dan
penghubungkaitan.

3. Nyatakan pendekatan teori dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual.

Terdapat beberapa teori yang menyatakan bahawa pelajar dapat memproses


maklumat atau pengetahuan baharu dengan cara yang bermakna dalam rangka
minda dan maklumat disampaikan dalam pelbagai konteks. Ia lebih bermakna
kepada pelajar dan guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk
menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
Berdasarkan teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila
pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu
sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan
mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka
sendiri). Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda
akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan
yang diterima akal dan kelihatan lebih bermakna.
Teori pembelajaran kontekstual lebih tertumpu pada aspek-aspek yang melibatkan
pelbagai persekitaran pembelajaran; ia meliputi persekitaran di dalam bilik darjah,
makmal, makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.
Melalui teori ini juga ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan atau mempelbagaikan bentuk pengalaman
yang boleh melibatkan aspek-aspek sosial, fizikal dan psikologikal untuk mencapai
hasil pembelajaran yang diinginkan.

4. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada:


a. Pelajar

i. Mengaitkan pembelajaran dengan pekerjaan.


ii. Mengaitkan pembelajaran kehidupan harian.
iii. Mengaitkan kandungan pembelajaran dengan pengalaman harian.
iv. Memindahkan kemahiran.
v. Meneroka dan mendapatkan bukti.
vi. Menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit.
vii. Belajar secara bekerjasama (aktiviti berkumpulan

B. Guru;

i. Pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya (apabila pelajar dapat


menghasilkan model atau projek yang sebenar).
ii. Kebolehan mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan
(mereka bentuk hiasan dalaman/lanskap merupakan satu bidang kerjaya
yang mempunyai prospek tinggi) menjadi penghubung antara pihak
akademik dan vokasional atau industri (memperkenalkan industri hiasan

4
dalaman/lanskap kepada pelajar, dengan mengemukakan contoh
pengusaha tempatan).
iii. Sebagai penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

Pengajaran dan pembelajaran kontekstual adalah satu konsepsi


pengajaran dan pembelajaran yang boleh membantu guru mengaitkan
bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar. Keadaan
tersebut berupaya meningkatkan kefahaman dan memotivasikan pelajar
untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam
kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan
pekerja.

b. Industri.

 Memperoleh tenaga kerja yang berpotensi (pelajar diberi pendedahan


awal tentang industri yang berkaitan).
 Sebagai penggerak industri ke dalam pendidikan (melalui projek
hiasan dalaman/lanskap pada situasi yang sebenar
 Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi.
 Mewujudkan interaksi pelajar dengan pengeluar bahan-bahan
keperluan yang berkaitan.
 Tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara
berkesan mengikut keperluan.

TOPIK 4

1. Apakah fungsi penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran?

Penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran dapat membantu para
pelajar dari pelbagai aspek. Antaranya adalah:

a. Membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam proses pembelajaran


dan kemahiran individu.
b. Membantu pelajar memperolehi pelbagai kemahiran dan peluang pembelajaran yang
saksama antara satu sama lain serta memotivasikan pelajar.
c. Aktiviti pembelajaran secara individu atau individualise learning boleh dilakukan
dengan lebih efektif.
d. Kemudahan untuk mengakses maklumat samada sesuatu maklumat itu sukar, mahal
dan amat diperlukan tanpa mengira masa dan tempat.
e. Membantu pelajar memperolehi kaedah pembelajaran yang berkesan secara individu
serta bimbingan yang minimum.
f. Membantu meningkat daya kreativiti dan imaginasi dan meningkatkan penguasaan
pelajar terhadap pelajaran.

2. Bagaimana ICT digunakan untuk pembelajaran tutorial?

‘Computer Assisted Instruction’ (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan


komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan ICT dan perisian kursus
yang ada pada hari ini kebanyakannya bercirikan multimedia. Penggunaan istilah
Intelligent Computer Assisted Instruction atau Intelligent Tutoring System pula
digunakan. Perubahan ini amat seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam reka

5
bentuk perisian pendidikan yang bercirikan kecerdasan. Berdasarkan Rajah 4.1, setiap
perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut iaitu:

i. Mempersembahkan maklumat;
ii. Menilai pencapaian;
iii. Membimbing; dan
iv. Menyediakan dan memberi latihan.

3. Apakah fungsi PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)?

a. Kemahiran belajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual lebih mudah
diperolehi.
b. Bertanggungjawab dan mempunyai hak autonomi ke atas pembelajaran sendiri.
c. Menjadikan proses pembelajaran lebih efisien, fleksibel dan selesa di samping
mengambil kira material dan kaedah yang sesuai mengikut kebolehan yang
diperolehi.
d. Memastikan pemilihan material dan aktiviti pembelajaran dilakukan secara meluas
dan teratur.
e. Menyediakan kemudahan bantuan fasilitator dan material PAK untuk diakses.
f. Pelajar mempunyai kemudahan belajar secara berkumpulan dan bersendirian.
g. Membantu pelajar menilai prestasi masing-masing serta membolehkan proses
pembelajaran mengikut tahap kemampuan tersendiri.
h. Membantu pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif semasa proses pembelajaran.

4. Apakah situasi yang sesuai untuk penggunaan ICT dalam pembelajaran


penerokaan?

Rujuk Rajah ms. 66

TOPIK 5

1. Apakah yang boleh anda faham tentang pembelajaran masteri? Jelaskan.

Pembelajaran masteri adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di


mana pelajar dapat menguasai apa yang diajar. Melalui proses pembelajaran
masteri, pelajar perlu menguasai perkara-perkara yang diajar dalam satu unit
pembelajaran atau tajuk sebelum ke unit pembelajaran atau tajuk lain. Kaedah
pembelajaran ini mencadangkan supaya sentiasa fokus untuk sesuatu proses
pembelajaran ialah masa yang diperlukan oleh pelajar yang berlainan untuk
menguasai perkara yang dipelajari (Mastery, 2000).

2. Nyatakan ciri-ciri pembelajaran masteri.

a. Pelaksanaannya berasaskan tahap kemajuan seseorang pelajar.


b. Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil
yang dikenali sebagai unit pembelajaran.
c. Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk Hasil Pembelajaran.

6
d. Aras Masteri bagi setiap Hasil Pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
e. Proses pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran dijalankan
dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai secara kelas, kumpulan besar, kumpulan kecil,
berpasangan atau secara individu.
f. Menggunakan ujian formatif bersifat diagnostik untuk mengesan kemajuan
pembelajaran pelajar.
g. Menggunakan maklum balas yang tepat tentang hasil pembelajaran yang telah
dikuasai dan yang belum dikuasai oleh pelajar.
h. Melaksanakan aktiviti pemulihan dan aktiviti pengayaan mengikut tahap penguasaan
setiap pelajar.

3. Apakah prinsip-prinsip konstruktivisme?

Antara prinsip yang diberi penekanan ialah:

i. Pengetahuan diperolehi pelajar.


ii. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
iii. Aktiviti pembelajaran menggabungkan tiga domain iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor.
iv. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
v. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
vi. Hasil pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
vii. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baharu.
viii. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.

TOPIK 7

1. Berikan definisi Teori Kecerdasan Pelbagai.

Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang membolehkan


seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner
telah menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan (metamorfosis) pendidikan
dalam semua peringkat pembelajaran. Melalui kajiannya, beliau mendapati bahawa
terdapat tujuh cara untuk mengetahui, melihat dan memahami kehidupan. Beliau
melakukan kajian ini terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-
kanak biasa dan istimewa, serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang
istimewa (special population).

2. Nyatakan kecerdasan mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai.

7
3. Apakah yang boleh difahami tentang kecerdasan berdasarkan TKP?

Rujuk ms. 126

4. Terangkan kekuatan kepada guru dan pelajar berdasarkan pengaplikasian Teori


Kecerdasan Pelbagai.

Kekuatan Guru

 Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for


Adults).
 Mengetahui kekuatan guru dari segi kecerdasan pelbagai berdasarkan
senarai semak yang disediakan.
 Memilih pelbagai aktiviti berdasarkan kecenderungan minat atau kecerdasan
dominan guru.
 Merujuk kepada Jadual Kecerdasan Pelbagai untuk memperluaskan strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain.

TOPIK 8

1. Apakah yang anda faham tentang maksud proses berfikir?

Berfikir merupakan suatu proses yang menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu perkara. Berfikir juga digunakan untuk membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses berfikir
melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran kognitif serta sikap dan nilai
dalam minda individu. Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada pemikiran kritis
dan pemikiran kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai
kemunasabahan idea. Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan untuk
mencerna ilmu pengetahuan yang sedia ada atau yang telah dipelajari.

2. Apakah kemahiran berfikir kritis dan keperluan kemahiran berfikir kritis?

8
Keupayaan untuk menilai logik atau munasabah tentang sesuatu perkara atau idea
adalah merupakan kemahiran untuk berfikir secara kritis. Kemahiran berfikir kritis
boleh dikuasai dan ditingkatkan melalui:

a. Proses mencirikan;
b. Proses perbandingan;
c. Proses pengumpulan dan klasifikasi;
d. Proses penyusunan mengikut kriteria;
e. Proses menganalisis;
f. Proses mengesan kecondongan; dan
g. Proses penilaian dan membuat keputusan.

3. Nyatakan kemahiran berfikir kreatif.

Kemahiran berfikir secara kreatif adalah keupayaan sesorang untuk menghasilkan


dan mencetuskan idea yang baharu dan mempunyai originaliti yang tersendiri. Hasil
idea yang kreatif juga merupakan hasil idea yang diilhamkan sendiri daripada
individu atau hasil daripada gabungan idea yang sedia ada. Kemahiran berfikir kreatif
harus mempunyai:

a. Keupayaan untuk menjana idea;


b. Keupayaan hubungkait;
c. Keupayaan membuat inferens;
d. Keupayaan meramal;
e. Keupayaan hipotesis;
f. Keupayaan mensintesis dan mengitlak;
g. Keupayaan gambaran mental; dan
h. Keupayaan penciptaan untuk penghasilan idea.

4. Nyatakan proses metakognisi.

Proses pemikiran yang berkaitan aras pemikiran yang tinggi adalah dikenali sebagai
metakognisi. Ia melibatkan:

a. Refleksi proses pemikiran.


b. Kesedaran dan pengawalan proses pemikiran.

a. Proses Metakognisi
i. Merancang
Merancang merupakan proses kemahiran berfikir dan strategi berfikir
untuk dikenal pasti serta pelaksanaan agar sesuatu perkara lebih
efektif dan menuju matlamat.
ii. Memantau
Memantau merupakan proses yang melaksanakan proses berfikir dan
pengesanan kemajuan perancangan serta mengubah suai secara
sedar dan nyata.

9
iii. Menilai
Menilai merupakan proses pengimbasan semula atau menilai kembali
bagi penentuan proses berfikir serta kualiti produk yang telah
dilakukan.

TOPIK 9

1. Terangkan maksud belajar cara belajar.

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu


dikembangkan kepada semua pelajar supaya mereka peka dengan teknik-teknik
pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, pelajar dapat mengenal
pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka
boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu
kelemahan.

Justeru itu, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah perlu mengambil kira
kebolehan dan minat pelajar yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan
pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar mereka.
Modul ini dibina untuk membantu guru memahami kemahiran belajar dan seterusnya
mengaplikasikannya ke dalam pengajaran dan pembelajaran.

Belajar cara belajar ialah satu pendekatan yang:

a. Menggalakkan pelajar berdikari.


b. Melatih pelajar bertanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri.
c. Membolehkan pelajar membuat refleksi dan penilaian terhadap pembelajaran
kendiri.
d. Membolehkan pelajar memindahkan pembelajaran kendiri merentasi kurikulum di
luar bilik darjah.

2. Nyatakan empat gaya bacaan yang terdapat pada kaedah ini.

Skimming (Luncuran)
Luncuran ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan
pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Proses skimming ialah pelajar perlu
membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen membaca dengan
menggunakan pergerakan mata yang cepat memberikan tumpuan sepenuhnya pada
bahan yang dibaca.
Scanning (Imbasan)
Merupakan kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam berbanding luncuran. Tujuan imbasan adalah untuk mendapatkan
maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan. Proses imbasan
bermula dengan pelajar membaca pendahuluan dan rumusan teks secara
mendalam. Kemudian para pelajar perlu membaca kandungan bab dengan pantas
sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan serta memberikan
perhatian kepada rajah dan grafik yang ada.
Bacaan Intensif
Melalui cara atau kaedah bacaan intensif, ia merupakan kemahiran membaca untuk
mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan tumpuan, ketekunan

10
dan masa yang lebih panjang untuk mendapat makna. Tujuannya adalah untuk
mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk
mengumpulkan maklumat tersebut.
Bacaan Laju
Gaya bacaan laju memerlukan pelajar berkebolehan laju membaca kefahaman
serentak ketika membaca. Tujuan gaya bacaan ini adalah untuk menggunakan masa
terhad dengan lebih produktif. Proses ini menjimatkan masa dan pelajar memperoleh
maklumat tambahan pada kadar yang cepat. Bacaan laju dilakukan dengan cara
menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Keadaan tersebut boleh
dibuat dengan:

3. Nyatakan proses ingatan.

4. Apakah peranan guru dan pelajar dalam keadah belajar cara belajar?

Peranan seorang guru adalah untuk menilai secara formatif dan sumatif. Penilaian
adalah untuk membantu pelajar untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dan
merekod pencapaian pelajar.

 Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya terhadap kaedah


pembelajaran.
 Menyesuaikan gaya pengajaran guru dengan gaya pembelajaran pelajar.
 Menentukan objektif pembelajaran yang disasarkan.
 Memilih bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.
 Mempelbagaikan teknik dan aktiviti untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran.
 Melakukan perbincangan dengan pelajar

TOPIK 10

1. Apakah tujuan menyediakan rancangan mengajar?

Tujuan utama guru menyediakan rancangan pengajaran adalah untuk menjamin


pelajar mencapai objektif pengajaran secara berkesan, di samping meningkatkan
keyakinan guru untuk mengajar. ‘Rancangan Pengajaran’ merupakan rangka kerja
aktiviti pengajaran pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau

11
makmal, dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan. Guru perlu merancang
pengajarannya dengan berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran serta latar belakang
pelajar dan perancangan mengajar perlulah dilakukan sebelum mengajar.

2. Terangkan apa yang dimaksudkan rancangan mengajar harian.

Seperti yang anda sedia maklum, Rancangan Kerja Mingguan merupakan perincian
rancangan yang dibentuk daripada rancangan kerja semester. Ia mempunyai
rancangan yang mengandungi pernyataan objektif yang hendak dicapai dalam satu
minggu.

Manakala, Rancangan Kerja Harian adalah rancangan kerja mingguan yang


dibahagikan secara terperinci mengikut harian.

Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja


harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. Rancangan kerja harian
merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru.
Persediaan mengajar melibatkan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam
proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Persediaan mengajar merupakan
rancangan tentang apa yang perlu dilakukan oleh guru dan pelajar dalam satu atau dua
waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan
strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran.

3. Nyatakan kepentingan penulisan rancangan pengajaran.

 Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengaja


 Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
 Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara/aspek
yang perlu diajar.
 Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk
menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
 Membuat pertimbangan yang sesuai tentang cara menggunakan teknik terbaik
untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran pelajar
 Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek
yang diajar dapat dikaitkan antara satu sama lain, secara jelas.
 Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan
cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa
ditemui atau dilakukan pelajar semasa di luar bilik darjah.
 Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis
sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya
mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.
 Merancang aktiviti untuk membantu pelajar mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
 Masa pengajaran digunakan secara optimum melalui strategi yang lebih
tersusun dan bersistematik.
 Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang
diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan
berkesan.

12
4. Apakah ciri-ciri guru reflektif?

 Berikut adalah ciri-ciri guru reflektif:

i. Keterbukaan minda.
ii. Tanggungjawab.
iii. Kesungguhan.
iv. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat refleksi dan
mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri dan juga orang lain.
v. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia.
vi. Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan dengan hasrat,
tindakan dan perasaan pelajar.
vii. Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul data,
menganalisis data serta menilai data.
viii. Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal tentang tujuan-
tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan kesan jangka
pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak.

13

You might also like