You are on page 1of 3

1

Lelaki dan perempuan mempunyai gaya yang berbeza dengan antara satu sama lain
(Keefe, J.W., 1987).

Dengan merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh Yahaya et al. (2003), beliau
mengatakan bahawa latar belakang dan keluarga bersertakan faktor sampingan yang
melibatkanpengaruh rakan sebaya, pengajaran yang diperolehi dari sekolah dan masyarakat
serta keluarga mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pembelajaran mereka.

. Menurut Dunn dan Dunn (1980), apabila seseorang memproses sesuatu maklumat
yang baharu diperolehi lalu mengekalkan maklumat tersebut merupakan salah satu proses gaya
pembelajaran.

Hal ini demikian kerana tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam
sesuatu sesi pembelajaran. Travers (1979) mengatakan bahawa, setiap individu belajar melalui
banyak cara atau gaya seperti melalui pancaindera yang berbeza melibatkan lima deria yang
terlibat deria seperti lihat, dengar, sentuh, rasa atau bau.

Menurut Zaliza dan Zaitul (2014), aspek sikap dan pencapaian akademik seseorang diri
mempunyai perkaitan yang kuat. Pendapat mereka terhadap sikap adlah sesuatu yang abstrak
tetapi boleh dilihat dan dirasai melalui sesuatu tindakan yang dilaksanakan.

Menurut Zamri Mahamod (2004), tahap penguasaan murid dan kecekapan dalam
mempelajari sesuatu adalah dipengaruhi oleh sikap diri murid tersebut. Selain itu, pengaruh
sosial juga akan membawa kesan terhadap sikap yang dibentuk kadangkala mendatangkan
pelbagai emosi.

Kenyataan ini dapat disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Mardian dan Marniyati
(2011). Mereka menyatakan bahawa guru berperanan penting dalam penentuan proses
pembelajaran bahasa berjalan dalam situasi yang kondusif dan efektif.

Oleh itu, setiap individu perlu mempunyai sikap yang positif terhadap bahasa kerana
sikap sebaliknnya akan mempengaruhi tahap penguasaan dalam bahasa yang sepatutnya
dipelajari atau dicapai dalam kehidupannya. Sikap seseorang itu boleh dipengaruhi oleh faktor
2

setempat yang merangkumi sosial, ekonomi, politik, pegangan agama dan budaya masing-
masing (Norizah 2005).

Menurut Teori Sosio-Pendidikan Gardner, sikap merupakan salah satu komponen


dalam konstruk motivasi. Dalam kajian mereka yang terdahulu, Gardner dan Lambert (1959)
mendapati bahawa, kebolehan dan motivasi merupakan dua faktor yang saling berkait rapat
dengan bahasa kedua yang dicapai oleh murid. Antaranya ialah sikap terhadap sikap terhadap
bahasa yang digunakan oleh komuniti dan pembelajaran bahasa.

Dalam aspek sikap pembelajaran bahasa, ia terbahagi kepada dua domain, iaitu sikap
terhadap guru dalam mengajar sesuatu bahasa dan sikap terhadap bahasa yang perlu
dipelajarinya. Gardner dan MacIntyre (1993) telah merumuskan banyak daripada hasil kajian
yang dikendalikan oleh mereka sejak beberapa dekad dan telah membangunkan “Model
Gardner Sosio-pendidikan SLA”.

Gardner telah membahagikan sikap kepada tiga komponen asas iaitu kognitif, afektif
dan konatif. Aspek kognitif adalah berkaitan dengan kepercayaan seseorang terhadap bahasa,
afektif pula melibatkan reaksi secara emosi terhadap kepercayaan dan konatif apabila
melibatkan kelakuannya terhadap kepercayaan tersebut (Eiko Ushida 2005: 50-51).

Di samping itu, Yorio (1986) juga berpendapat bahawa faktor persepsi dan kepercayaan
boleh mempengaruhi konatif atau tindak balas pelajar terhadap proses pembelajaran.

Ini sejajar dengan kenyataan Pintrich et al. (1991) dan Lynch (2006) yang menyatakan
bahawa, belajar dalam kumpulan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) yang telah menyarankan sesi pengajaran dan pembelajaran bercirikan PAK-21 akan
memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid-murid.

Hal ini demikian, murid yang mempunyai penguasaan yang tinggi dapat mengetahui
sumber yang boleh dirujuk apabila mereka menghadapi kesukaran dalam pembelajaran boleh
membimbing rakan sekumpulannya dan bergerak sebagai pembimbing (Hsu 1997; Lynch
2006; Pintrich et al. 1991).
3

Dapatan yang sama juga diperoleh oleh kajian kualitatif Yoshida (2008), yang mendapati
bantuan dari pelajar yang pandai telah disalahtafsirkan oleh murid yang lemah sebagai
mengganggu dan sombong (Ghazali Yusri, Nik Mohd Rahimi, Parilah M. Shah 2010: 28).
Situasi ini telah menyebabkan murid-murid 6B yang lemah, lebih gemar untuk mengulang kaji
dengan rakan yang setara dengan mereka.

Sepertimana yang dinyatakan di atas, kajian Dale (1969) dalam Felder dan Henriques
(1995) juga mendapati bahawa responden memperolehi maklumat dengan lebih mudah dan
jelas berdasarkan gaya pembelajaran berbentuk persembahan Visual sekiranya berbanding
dengan penerangan yang berbentuk lisan dan kuliah seperti yang sentiasa dipraktikkan oleh
guru dengan mengaplikasikan kaedah chalk and talk.

Ini boleh dibuktikan dalam kajian yang dijalankan oleh Yildirim, Acarb, Bulk dan Sevic
(2008) dengan hasil dapatannya tidak wujud perkaitan di antara gaya pembelajaran yang
dipraktikkan oleh 746 responden dati Sekolah Tinggi Istanbul, Turki terhadap pencapaian
akademik mereka dengan menggunakan instrumen PLSPQ.

You might also like