You are on page 1of 3

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KEJOHANAN

BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA AMK KEPALA BATAS

1. PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA), FAM, Peraturan Am Bola Sepak 9
Sebelah dan tertakluk Perubahan Daripada Penganjur.

3. PEMBENTUKAN PASUKAN
Tiap-tiap pasukan mestilah mengandungi tidak lebih daripada 12 orang pemain iaitu 9 orang
pemain utama dan 3 orang pemain simpanan.

4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem Pertandingan dijalankan secara “Kalah Mati” dan “Sepakan Penalti” akan diberikan
kepada kedua-dua pasukan jika keputusan seri.

5. MASA PERMAINAN
Tempoh masa ialah 7 minit bagi setiap separuh masa perlawanan (14 minit perlawanan). Rehat
selama 1 minit diberikan sebelum separuh masa kedua.

6. PAKAIAN
Semua pemain dibekalkan dengan bib. Pasukan yang yang mempunyai jersi pasukan boleh
memakai jersi masing-masing. Sekiranya warna jersi kedua-dua pasukan hampir sama penganjur
akan melambung duit siling untuk menentukan pasukan mana yang perlu memakai bib yang
dibekalkan penganjur.

7. KELEWATAN
Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit lebih awal sebelum masa yang
ditetapkan bagi perlawanan tersebut. Hanya 3 minit masa diberikan kepada pasukan yang lewat .
Selepas tamat masa yang diberikan, pasukan yang lewat akan diumum kalah.

Tidak boleh kurang daripada 7 orang pemain di dalam padang. Jika kurang, pasukan itu dikira
kalah.

8. KETENTERAMAN PEMAIN
Tiap-tiap pasukan yang ramai penyokong hendaklah menjaga ketenteraman penyokong mereka.
Jika didapati sama ada pengurus, pemain dan penyokong mereka menimbulkan pergaduhan,
maka secara automatik pasukan berkenaan disingkirkan dari pertandingan.

Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan atau


kematian sama ada sebelum, semasa atau selepas pertandingan.

9. PERUBAHAN TARIKH PERLAWANAN


Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan yang
telah ditetapkan sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.
10. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Bagi perkara yang tidak dinyatakan pihak penganjur berhak untuk membuat keputusan dan
keputusan adalah muktamad (Penganjur dan Pengadil).

Sebarang bantahan hendaklah membayar RM 300.00 dan jika bantahan tidak munasabah wang
tidak akan dikembalikan.

11. TEMPAT DAN TARIKH PERLAWANAN


Sepanjang perlawanan diadakan di Padang MARDI.
Kejohanan diadakan pada 17 Februari 2019 (Ahad)

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN CABUTAN UNDI


Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Mac 2019 (Khamis) atau apabila penyertaan mencukupi
32 pasukan.

Cabutan undi dijalankan pada 15 Mac 2019 (Jumaat) jam 4.00 petang di Pusat Khidmat ADUN
Pinang Tunggal, Bertam Putra.

13. HADIAH
JOHAN : PIALA JOHAN DAN 12 PINGAT & WANG TUNAI
N. JOHAN : SEBUAH PIALA DAN 12 PINGAT & WANG TUNAI
KETIGA : SEBUAH PIALA DAN 12 PINGAT & WANG TUNAI
KEEMPAT : SEBUAH PIALA DAN 12 PINGAT & WANG TUNAI
• Setiap peserta dibekalkan sijil penyertaan.

14. BORANG PENYERTAAN


Borang Penyertaan dan sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1. En. Ikram Bin Rosli 017-482 4262
2. En. Faizal Bin Ahmad 014-259 2391
3. En. Mohamed Mushamil 010-655 0808 / 017-461 9626
4. Muhammad Azmir Bin Muhamad Radzi 017-583 9523
BORANG PENYERTAAN KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
PIALA ANGKATAN MUDA KEADILAN KEPALA BATAS

NAMA PASUKAN : ______________________________________________________

PENGURUS : ______________________________________________________

NO. TELEFON : ______________________________________________________

SENARAI PEMAIN NO KAD PENGENALAN

1. _____________________________________________ ________________________

2. _____________________________________________ ________________________

3. _____________________________________________ ________________________

4. _____________________________________________ ________________________

5. _____________________________________________ ________________________

6. _____________________________________________ ________________________

7. _____________________________________________ ________________________

8. _____________________________________________ ________________________

9. _____________________________________________ ________________________

10. _____________________________________________ ________________________

11. _____________________________________________ ________________________

12. _____________________________________________ ________________________

(Sila sertakan salinan kad pengenalan setiap peserta)

Bersama-sama ini disertakan yuran penyertaan sebanyak RM 100.00. Kami adalah


bersetuju dengan syarat-syarat kejohanan yang telah ditetapkan. Kami juga tidak akan
membuat sebarang tuntutan ganti rugi kepada pihak penganjur di atas kecederaan,
kemalangan mahupun kematian sebelum, semasa mahupun selepas pertandingan
dijalankan.

Tandatangan Pengurus

.…………………………………………… Tarikh ; ……………………………………


( )

You might also like