You are on page 1of 26

1.

Riket adalah penyakit yang disebabkan oleh kekurangan nutrien tertentu yang
menyebabkan pertumbuhan yang tidak normal.
(a) Bulatkan dua nutrient yang diperlukan untuk mencegah penyakit tersebut.

Vitamin A Iodin

Vitamin D Kalsium

[2markah]
(b) Rajah 1 menunjukkan beberapa jenis makanan
Tandakan (√) pada dua jenis makanan yang tidak sesuai untuk pertumbuhan kanak-
kanak

[2markah]

1
2. Tumbuhan berbunga dikelaskan kepada dua kumpulan, iaitu tumbuhan
monokotiledon dan tumbuhan dikotiledon. Rajah di bawah menunjukkan sejenis
tumbuhan dikotiledon.

a) Berdasarkan rajah di atas, lengkapkan ciri-ciri tumbuhan dikotiledon dalam peta


buih di bawah menggunakan perkataan-perkataan yang diberikan.
Akar tunjang Akar serabut Batang berkayu Batang tidak berkayu

DIKOTILEDON

[2 markah]
b) Berdasarkan rajah di bawah, namakan jenis tumbuhan tersebut sama ada
tumbuhan monokotiledon atau tumbuhan dikotiledon. Bulatkan jawapan anda.

Tumbuhan Tumbuhan
monokotiledon dikotiledon

Tumbuhan Tumbuhan
monokotiledon dikotiledon

[2 markah]

2
3. Rajah 3 menunjukkan satu organisma unisel.
Lengkapkan petak di bawah dengan perkataan yang diberi

Vakuol Nukleus Sitoplasma

Rajah 3

[2markah]

(b) Isikan tempat kosong untuk melengkapkan pernyataan di bawah.

(i) Dinding sel dibentuk oleh selulosa untuk memberikan


……………………………. Yang tetap kepada sel

(ii) Sitoplasma bertindak sebagai medium bagi


…………………………………………… kimia berlaku.
[2markah]

3
4. (a) Benda hidup perlu membiak untuk memastikan spesiesnya tidak pupus.
Gariskan jawapan yang betul dalam kurungan yang disediakan.

(i) Manusia membiak melalui pembiakan (seks , aseks)


(ii) Tapak sulaiman membiak melalui (pembentukan spora , penjanaan semula)
[2markah]

(b) Lengkapkan peta pokok di bawah dengan menggunakan organisma yang diberi
untuk mengelaskan jenis persenyawaan.

Cicak Ikan Kuda Katak

Persenyawaan

Persenyawaan dalam Persenyawaan luar

(i)...................................... (iii)...........................................

(ii)..................................... (iv)...........................................

[2markah]

4
5. Zayyan merupakan ahli botani yang bekerja di MARDI. Beliau sedang menjalankan
penyelidikan pembiakan vegetatif terhadap tumbuhan berbunga. Rajah di bawah menunjukkan
dua jenis pembiakan vegetatif.

Pokok strawberi Pokok bunga raya

a. Dengan menggunakan perkataan yang diberikan di bawah, nyatakan bahagian tumbuhan


yang boleh digunakan untuk pembiakan vegetatif di dalam kotak yang disediakan pada
rajah di atas.

Keratan batang Anak pokok Batang rayap

[2 markah]

Anak pokok

akar

5
a) Tebu merupakan tumbuhan yang boleh dibiakkan dengan menggunakan kaedah
pembiakan vegetatif dan kaedah ini sering digunakan oleh para peladang. Berdasarkan
rajah di atas, mengapakah peladang memilih kaedah ini?

…………………………………………………………………………………………………….......

………………………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………………………………………………………….......

………………………………………………………………………………………………………...
[2 markah]

b) Encik Haikal telah mendapat kontrak untuk membekalkan tebu dalam kuantiti yang
banyak kepada Syarikat Gula Seoltang. Nyatakan kaedah pembiakan vegetatif lain yang
boleh digunakan selain daripada kaedah keratan batang? Terangkan.

………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………...

……………………………………………………………………………………………………...
[2 markah]

6
6. (a) Kestabilan dipengaruhi oleh dua faktor
Tandakan (√) bagi faktor-faktor tersebut.

Luas tapak
Luas permukaan
Tarikan graviti
Pusat graviti
[2markah]
(b) Rajah 6.1 menunjukkan salah satu permainan tradisional.

Rajah 6.1
Berdasarkan Rajah 6.1, nyatakan tempurung manakah yang lebih stabil. Terangkan
jawapan anda.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

2markah]

7
(c) Rajah 6.2 menunjukkan salah satu permainan tradisional.

Rajah 6.2

Nyatakan bagaimana pemain itu dapat mengelakkan dirinya daripada terjatuh.


Jelaskan jawapan anda

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

[2markah]

8
7 (a) Rajah 7 menunjukkan sebahagian daripada kitar karbon.
Dalam Rajah 7, label gas K dan gas L dengan menggunakan perkataan yang diberikan
dalam kotak di bawah.

Oksigen Karbon dioksida Sulfur dioksida Nitrogen

Rajah 7
[2markah]
(b) Lengkapkan persamaan perkataan di bawah untuk menunjukkan proses
pembakaran hidrokarbon.

[2markah]
(c) Terdapat lebih banyak kenderaan di Bandar.
Cadangkan dua cara untuk mengurangkan pencemaran udara yang disebabkan
oleh kenderaan.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

[2markah]

9
8. a) Padankan setiap imbuhan dengan nilainya yang betul.

Imbuhan Nilai

10 meter
i) 1 dekameter
1000 meter
ii) 1 desimeter
0.1 meter

[2 markah]

b) Bulatkan jawapan yang betul tentang mesin ringkas.

(i) Mesin membolehkan kita melakukan kerja dengan kurang ( daya / beban ).

(ii) Tuas terdiri daripada rod yang berputar pada titik yang tetap yang dipanggil
( fulkrum / daya ).
[2 markah]

c) Tandakan ( √ ) contoh yang betul untuk tuas kelas ketiga.

[2 markah]

10
9. Gariskan jawapan yang betul tentang kesan kekurangan vitamin dalam nutrisi harian.
a) Kekurangan Vitamin A di dalam badan adalah salah satu sebab seseorang
mengalami (nyctalopia (rabun malam) / beri-beri).
[1 markah]

Sembelit bukanlah penyakit sebaliknya situasi yang mempunyai simptom-simptom berikut:


 Kekerapan menyahtinja kurang daripada 3 kali seminggu.
 Meneran semasa menyahtinja. Proses penyahtinjaan hanya berjaya dilakukan
dengan meneran sepenuh tenaga. Tinja yang dihasilkan keras
 Rasa tidak selesa walaupun selepas menyahtinja. Sanggup duduk lama di dalam
tandas kerana berasa tidak puas menyahtinja.
 Perut kembung, kejang atau sakit tetapi sukar untuk menyahtinja.

b) Berdasarkan pernyataan diatas, tandakan () dalam kotak yang disediakan bagi
memilih makanan yang dapat mengelakkan seseorang itu mengalami masalah
tersebut.

[2markah]

11
c. Rajah 9.1 menunjukkan tiga kelas makanan utama yang terkandung dalam 35g roti coklat.
Pecahan jisim bagi setiap kelas makanan ditunjukkan dalam carta pai di bawah.

Diagram 9.1

i) Carta pai tersebut menunjukkan bahawa kandungan kelas makanan Y adalah


paling tinggi dalam pembuatan roti coklat tersebut. Apakah Y?

…………………………………………………………………………………………..
(1 markah)

ii) Seorang murid menjalankan satu ujian makanan ke atas sampel roti coklat
tersebut untuk menguji kehadiran kelas makanan di atas. Jadual 9.1 di bawah
menunjukkan ujian makanan tersebut. Lengkapkan jadual 9.1 di bawah bagi
menunjukkan pemerhatian yang diperoleh pada akhir ujian makanan tersebut.

Ujian makanan Pemerhatian


Ujian Iodin

Ujian Millon

Jadual 9.1

(2 markah)

12
Rajah 9.2 menunjukkan sepinggan mi goreng, segelas susu, dan dua potong betik yang
diambil oleh Fakhri semasa sarapannya.

Rajah 9.2
Jadual 9.2 di bawah menunjukkan nilai kalori bagi makanan tersebut.
Makanan Kuantiti Nilai kalori (kJ)
Mi Goreng 1 pinggan 2250
Susu 1 gelas 540
Betik 1 potong 135
Jadual 9.2
Hitung jumlah nilai kalori makanan yang diambil oleh Fakhri untuk sarapannya.

(2 markah)

13
10. (a) Rajah 10.1 menunjukkan satu kitar haid.

Rajah 10.1
(i) Berapa lamakah tempoh kitar haid?

………………………………………………………………………………………………….
[1markah]
(ii) Berdasarkan Rajah 10.1, terangkan mengapa persenyawaan hanya dapat berlaku
semasa fasa subur.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

[1markah]
(b) Rajah 10.2 menunjukkan kalender bagi Ogos 2017

Rajah 10.2

(i) Puan Vilma mengalami hari pertama haid pada 5 Ogos. Nyatakan tarikh
haidnya yang seterusnya.

…………………………………………………………………………………………

[1markah]

14
(ii) Bulatkan tarikh di atas kalender bagi menunjukkan proses pengovulan Vilma.

[1markah]

(c) Rajah 10.3 menunjukkan fetus manusia yang sedang berkembang.

Rajah 10.3
(i) Jelaskan fungsi bagi plasenta.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

[2markah]

(ii) ibu yang hamil perlu mengelak daripada mengambil bahan yang boleh
memudaratkan fetus. Jelaskan kesan pengambilan bahan yang perlu
dielakkan oleh ibu yang hamil.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

[2markah]

15
11. Seorang ibu berasa bimbang kerana anak perempuannya tidak suka minum susu.
(a) (i) Nyatakan satu kelas makanan dalam susu

………………………………………………………………………………………………….
[1markah]
(ii) Rajah 11.1 menunjukkan sebahagian daripada system pencernaan manusia.

Rajah 11.1
Kelas makanan utama dalam susu dicernakan di Q.
Namakan enzim yang mencernakan kelas makanan tersebut dan nyatakan hasil
pencernaannya di Q.
Enzim : ………………………………………………………………………
Hasil pencernaan : ………………………………………………………………………
[2markah]

16
(b) Ibu tersebut ingin anak perempuannya mendapat nutrient daripada susu. Oleh
kerana anak perempuannya enggan meminum susu, dia mengambil keputusan
untuk membuat aiskrim daripada susu. Dia menambahkan beberapa kepingan
pisang seperti dalam Rajah 11.2.

Rajah 11.2
Nyatakan dan terangkan faedah tindakannya itu.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………….

[2markah]
(c) Ibu tersebut menyediakan dua jenis aiskrim dengan menggunakan susu yang telah
dididihkan. Dia menambahkan beberapa kepingan pisang seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 11.3.

Rajah 11.3

17
Cadangkan aiskrim yang lebih berkhasiat untuk anak perempuannya.
Berikan alasan bagi jawapan anda.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

[3markah]
(d) Ibu tersebut membeli dua jenis susu, susu penuh krim dan susu rendah lemak.
Rajah 11.4 menunjukkan fakta nutrisi bagi susu tersebut.

Susu penuh krim Susu rendah lemak


Rajah 11.4

Banding dan bezakan kandungan nutrient dalam kedua-dua label susu tersebut.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

[2markah]

18
12. a) Seorang pemain bola sepak berpeluh selepas bermain bola sepak.

i) Nyatakan satu contoh bahan kumuh yang terkandung dalam peluh.

………………………………………………………………………………...............
[1 markah]

ii) Terangkan apa akan berlaku jika bahan kumuh tidak disingkirkan.

…………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………….

[2 markah]
a) Carta pai di bawah menunjukkan isi padu air yang hilang daripada badan seorang
pemain bola sepak melalui beberapa proses semasa perlawanan bola sepak.

Pernafasan

Perpeluhan

Penyahtinjaan

Pembuangan air kencing

i) Kirakan isi padu air yang hilang melalui perpeluhan sekiranya jumlah
kehilangan keseluruhan ialah 3 liter.

[2 markah]

19
ii) Terangkan perubahan bagi isi padu peluh semasa latihan bola sepak pada
hari yang panas.

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

[2 markah]

b) Seorang atlet perlu mengambil banyak air selepas satu sesi latihan. Terangkan
mengapa.

…………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………….

………………………………………………................................................................

[3 markah]

20
13. a) Dahlia pergi bercuti ke kawasan tanah tinggi. Dia menginap di sebuah inap
desa yang menggunakan panel suria seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 13.1.
Air sejuk daripada tangki dipam perlahan-lahan melalui paip kuprum di dalam
panel suria untuk memanaskannya.

Air panas dari paip kuprum

Panel suria Paip kuprum

Tangki penyimpanan air

Pam air Air panas ke paip air

Bekalan air sejuk

Rajah 13.1.

i) Nyatakan prinsip pemindahan haba dari Matahari ke panel suria.

…………………………………………………………………………………

[1 markah]

ii) Apakah yang akan berlaku sekiranya paip kuprum dalam panel suria itu
digantikan dengan paip PVC? Jelaskan mengapa.

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………...............................................

[2 markah]

21
iii) Paip kuprum dalam panel suria dicat hitam. Jelaskan mengapa.

………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………

[2 markah]

b) Air sejuk di dalam tangki simpanan air dalam Rajah 13.1 tidak panas pada waktu malam
disebabkan haba terbebas daripada tangki.

Bagaimana anda boleh mengubah suai tangki penyimpanan air itu untuk mengurangkan
kehilangan haba yang ketara pada waktu malam?

Lakarkan pengubahsuaian anda pada Rajah 13.2 dan jelaskan.

Tangki penyimpanan air

Rajah 13.2

Penjelasan:

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………....

[3 markah]

22
c) Semasa dalam perjalanan ke inap desa itu, Dahlia memerhatikan beberapa gerai
makanan mempunyai reka bentuk bumbung yang berbeza seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 13.3.

Reka bentuk M Reka bentuk N

Rajah 13.3

Berdasarkan pengetahuan saintifik anda, reka bentuk yang manakah lebih selesa
untuk diinap? Terangkan jawapan anda.

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………

[4 markah]

23
14. a) Biodiesel merupakan bahan api bersumberkan daripada minyak yang diekstrak
daripada hidupan termasuk tumbuhan dan haiwan. Minyak yang diekstrak akan
mengalami beberapa siri proses kimia sebelum biodiesel dapat dihasilkan dan digunakan
oleh kenderaan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 14.

Rajah 14

i) Alga menggunakan cahaya matahari dan karbon dioksida untuk membuat


makanannya sendiri. Nyatakan perubahan tenaga yang berlaku semasa proses
itu.

………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
ii) Biodisel dianggap sebagai bahan api yang boleh diperbaharui.
Terangkan mengapa biodiesel dianggap sebagai bahan api yang boleh
diperbaharui.

……………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

24
c) Jadual 14 menunjukkan ciri-ciri biodiesel dan diesel daripada petroleum.

Ciri-ciri Biodiesel Diesel daripada petroleum

Harga Lebih mahal Lebih murah

Bahan pencemar udara Kurang Banyak

Pengeluaran Terhad Berskala besar

Sumber Biojisim Bahan api fosil

Kebolehdapatan Stesen minyak tertentu Terdapat di semua stesen


minyak
Jadual 14

Biodiesel dan diesel daripada petroleum mempunyai ciri-ciri yang serupa sebagai bahan
api kenderaan. Bahan api yang manakah lebih baik? Terangkan jawapan anda.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

[4 markah]

25
c) Kenderaan berkuasa solar membolehkan penggunaan tenaga solar untuk
menggerakkan kenderaan. Wajarkan penggunaan tenaga solar sebagai pengganti

kepada bahan api fosil.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

[4 markah]

d) Kajian tentang tenaga yang boleh diperbaharui telah meningkat saban tahun dan
banyak penemuan baharu telah membawa kebaikan kepada manusia. Walau
bagaimanapun, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui masih rendah, terutamanya
di Malaysia.
Sebagai seorang pencinta alam, cadangkan satu cara untuk meningkatkan penggunaan
tenaga yang boleh diperbaharui.

………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………

[1 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


SELAMAT MENJAWAB

26

You might also like