You are on page 1of 1

MAKMAL ICT

MAKMAL KOMPUTER TUN PERAK


1. Makmal komputer telah dijenamakan semula pada tahun 2018 dengan nama
Makmal Komputer Tun Perak.
2. Makmal komputer telah dibekalkan dengan 20 buah netbook 1Malaysia bagi
menggantikan komputer Thin Client yang mengalami kerosakan sejak Jun 2017.
3. Selepas itu, makmal ini telah dibekalkan dengan 20 set komputer peribadi (PC)
jenis AVF bagi kegunaan murid. Ianya adalah sebagai penggantian komputer
MIMOS (2003)
4. Pada tahun 2018 juga makmal komputer telah ditambah set OCPE Lite dengan 1
AP khas untuk meningkatkan kelajuan internet yang selama ini tidak stabil dan
perlahan. Namun masih dengan teknologi 6mbps.

Sejarah Makmal Komputer.


Makmal ICT sekolah kini telah dilengkapi dengan talian internet Yes.my melalui
1Bestarinet dengan teknologi pemasangan OCPE pada 30.05.2013. Makmal ini juga
telah dibekalkan dengan komputer generasi baru oleh kerajaan melalui projek
1Bestarinet pada 22.07.2013. Teknologi yang digunapakai ialah Thin Client yang
berteraskan 1 server untuk 21 komputer tanpa CPU. Justeru bagi guru-guru yang
ingin menggunakan makmal ini sila hubungi Guru Penyelaras Bestari sekolah
sekurang-kurangnya 30 minit sebelum penggunaan. Guru-guru juga boleh
menempah penggunaan makmal ICT dengan menetapkannya di dalam Jadual
Penggunaan Makmal ICT Tahun 2013 di makmal ini.
Komputer yang dibekalkan pada 22.07.2013 berteknologi Thin Client oleh Bitara
Induk telah mengalami masalah server mulai Februari 2016 dan pada 30 Jun 2016
hingga kini komputer tersebut gagal diselenggara oleh Bitara Induk dan tidak boleh
digunakan oleh murid-murid hingga kini.
1. Kemudahan yang terdapat dalam makmal ICT:
TERBAHARU : Setelah komputer Thin Client mengalami masalah kerosakan server
dan tiada baik pulih darpada pembekal kerana tamat kontrak pada 2016, pihak
BTPN Kedah telah menyumbang 20 netbook ASUS untuk kegunaan di makmal
komputer.
Terbaru: 20 Skrin Samsung 20" untuk murid, 1 skrin 20" dan 1 skrin 21" untuk guru,
Pencetak Fuji Xerox Laser, Server IBM, Networking Cat 6 dan Internet YES.MY
2. Spesifikasi 2003 :
- komputer peribadi ( PC ) MIMOS ( Tahun Perolehan 2003 ) = 20 buah
- pencetak laser ( CANON LBP 3050 dan SAMSUNG ML-2150
- projektor LCD - ACER
- alat penghawa dingin - ACSON
- sistem pembesar suara / audio digital
- kamera digital - SONY
- dan lain-lain lagi

You might also like