You are on page 1of 9

BUBUR ASYURA (SUGHO)

BAHAN-BAHAN

7kg beras
5kg santan
30 biji telur
20 keping gula melaka saiz sederhana
1.5 kg bawang merah - goreng dan ramas hancur
4 tin jagung
2 tin jagung manis berkrim
5 kg ubi keledek - potong dadu
1 kg kacang hijau/merah/putih setiap satu - rebus
6 kg gula pasir
7 kg daging -rebus dan siat halus
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMIS

3kg santan
1kg rempah

BAHAN GORENG & KISAR

1.5kg bawang merah


6 labu bawang putih
20 batang serai
1 tapak tangan halia
1 penumbuk lengkuas
CARA-CARA

Bahan kisar digoreng seketika dan kisar sehingga hancur. Satukan 3 kg santan dan bahan kisar
serta rempah asyura dan dimasak sehingga naik minyak muda.

Rebus beras dengan air secukupnya. Sebahagian beras digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
bagi membangkitkan bau wangi. Masukkan ubi keledek dan terus dikacau. Masukkan santan,
kacang, jagung, bawang goreng dan kacau rata. Kemudian masukkan pula rempah tumis dan
terus dikacau.

Masukkan gula, gula melaka, garam serta daging. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau rata
sehingga naik minyak dan berkilat.

Bolehlah tutup api. Ceduk ke dalam bekas besar. Masukkan pula ke dalam bekas yang dilapik
dengan daun pisang.

Nota
Jika mahu dipotong, tunggu sehingga sejuk. Jika dimakan panas-panas, boleh makan dengan
menggunakan sudu.
Memasak asyura ini tidak perlu ikut aturan pun, boleh sahaja dimasukkan dahulu apa sahaja
bahan yang disukai kerana proses memasaknya yang berjam-jam lamanya.
KUIH AKOK

BAHAN-BAHAN

5 biji telur
150gm manisan nisan atau gula Melaka
30gm tepung gandum
200ml santan pekat
100ml air
Secubit garam
3 helai daun pandan.

CARA-CARA

1- Air, manisan, dan daun pandan disatukan dalam periuk dan dimasak sampai mendidih.
2- Masukkan santan dan biarkan sejuk sebentar.
3- Bila dah suam, satukan dengan telor, tepung gandum dan garam. Blenderkan sekejap.
4- tapiskan kedalam acuan yang telah dipanaskan sekejap dan dioleskan dengan sedikit minyak.
( saya guna acuan muffin je.)
5- Bakar pada suhu 200 selama 10 minit. Siap untuk dihidangkan.

Resepi ini menggunakan kaedah moden. Cara ini mungkin boleh memudahkan dan
mempercepatkan masa. Sekiranya guna cara yang lama mungkin lambat sikit. Tetapi, cara lama
selalunya lebih sedap rasanya.
BELEBAT UBI KELEDEK

BAHAN-BAHAN

1 cawan tepung beras


1 cawan pati santan
ubi keledek *potong memanjang / dadu*
2-3 biji pisang emas dilecek *jika ada*
1/2 cawan air masak untuk bancuh tepung beras
1/2 cawan gula - kurangkan / tambahkan ikut kesesuaian...
(kalau masukkan pisang kena ambik kira pisang dah manis)
Sedikit garam, daun pisang untuk bungkus belebat.

CARA-CARA

1. Rebus ubi keledek dengan garam, hingga empuk.


2. Angkat, tos, dan ketepikan
3. Masak gula dengan santan sampai gula hanur bersama daun pandan. Bancuh
tepung beras, masukkan ke dalam santan yang mendidih. Dimasak menggunakan api
yang kecil.
4. Mesti dikacau agar tidak berketul dan hangit. Masaklah hingga nampak agak
pekat.
5. Bila dah tutup ap[i baru dimasukkan ubi serta pisang yang dilecek. Kacau biar
rata.
6. Sudukan ke dalam daun pisang yang dipotong sama besar. Bungkus lah macam
kita bungkus pulut berinti.
7. Susun dalam loyang pengukus dan kukuslah lebih kurang dalam 10 minit. Siap
dihidang
KUIH BUAH TANJONG

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

10 biji kuning telur


1 kg gula pasir
500ml air
250gm tepung pulut
100gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih
1 sudu teh pewarna oren - jika suka

CARA-CARA MEMBUAT

1. Satukan tepung pulut dan tepung beras. Kemudian, sangai tanpa minyak hingga
ringan. Angkat dan ketepikan.
2. Masak gula bersama air hingga mendidih, masukkan daun pandan dan bunga
cengkih dan biarkan separuh pekat. Keluarkan daun pandan.
3. Pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan ke dalam tepung yang disangai
sedikit demi sedikit dan uli menjadi doh yang lembut. Cubit adunan menggunakan 3
hujung jari dan bentukkan seperti buah tanjung.
4. Kemudian masukkan ke dalam air gula sehingga meresap barulah diangkat.
KUIH CEK MEK MOLEK

Kuih cek mek molek merupakan resepi yang paling mudah dan senang dilakukan oleh semua
orang. Jom, pelajari cara-cara membuat kuih ini.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN


 4 ketul ubi keledek direbus dan dilecek
 1 cawan tepung gandum
 Gula
 Sedikit garam
 Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA MEMBUAT

Lenyekkan ubi di dalam bekas sehingga ia betul-betul hancur.

Gaul ubi tersebut bersama tepung dan garam sehingga menjadi doh yang lembut.

Bentukkan leper doh tersebut, kemudian masukkan gula di dalamnya.

Pastikan semasa membentuk kembali doh tersebut, ia ditutup rapat dan tidak terbuka bagi
memastikan gula tidak terkeluar semasa menggoreng.

Panaskan minyak. Goreng dengan api yang sederhana sehingga kuih tersebut menjadi keperang-
perangan.
PUTERI MANDI / BADAK BERENDAM

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

KUIH
Tepung pulut - setengah paket
Air
Pewarna - Ikut suka nak warna apa

KUAH
Santan
Susu cair - setengah tin
Gula - sesedap rasa
Garam - secubit pun cukup
Daun pandan
Biji sagu - 2 sudu (tak nak letakkan boleh kerana ianya hanya tambahan)

CARA-CARA MEMBUAT

1. Gaul tepung pulut dengan air sampai jadi doh atau sampai doh tidak melekat di tangan.
2. Bahagi-bahagikan tepung tadi mengikut warna yang dikehendaki. Sebolehnya letakkan
pelbagai warna supaya kelihatan menarik.
3. Bulat-bulatkan ataupun leper-leperkan.
4. Masak santan, susu, gula secukup rasa, sedikit garam. Letakkan daun pandan bagi
menambah aroma wangi.
5. Saya suka biji sagu, jadi saya letakkan di dalam kuah sekali. Kuah dah siap?Ketepikan
sementara.
6. Masak air dalam periuk, bila dah mendidih, masukkan tepung tadi ke salam air tersebut.
Sikit-sikit ye, jangan bantai letak semua terus. Bila dah timbul-timbul, sudah boleh diangkat dan
boleh dimasukkan ke dalam kuah tadi.
Kuih Tahi Itik

Bahan-bahannya
10 biji putih telur
500ml santan
400gm gula pasir
100gm tepung pulut
150gm tepung beras
Sehelai daun pandan(dicarik-carik)

Caranya
Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat.
Biarkan sejuk.
Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri

You might also like