You are on page 1of 6

TUGASAN 1 – PENULISAN ILMIAH (INDIVIDU)

a) Perspektif Masyarakat Pluralistik Di Negara Malaysia Sebelum Dan Selepas


Kemerdekaan Dalam Konteks Ekonomi, Politik, Dan Agama.

Perpaduan nasional yang kita nikmati setelah sekian lama merupakan hasil
pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu dalam membentuk negara bangsa Malaysia.
Bukan sesuatu yang mudah untuk membentuk perpaduan nasional sekiranya masih wujud
prejudis antara etnik dalam masyarakat. Begitu juga yang berlaku pada masa dahulu di mana
wujudnya prejudis antara etnik dalam masyarakat. Ini dapat kita lihat apabila terdapatnya
perbezaan dalam hubungan etnik masyarakat pluralistik di Malaysia sebelum dan selepas
merdeka dari konteks ekonomi, politik, dan agama. Masyarakat Pluralistik merujuk kepada
wujudnya kepelbagaian bangsa dan agama di sseuatu tempat pada satu masa secara
dirancang dan dipaksa oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

Dari aspek ekonomi pula, hubungan pluralistik masyarakat di Malaysia adalah berbeza
sebelum dan selepas merdeka. Sebelum merdeka, hubungan etnik tidak membentuk kepada
masyarakat yang bersatu padu. Pada masa tersebut, British telah memperkenalkan sistem
ekonomi moden dan juga tradisional yang dikenali sebagai dualisme. Misalnya, kaum Cina
lebih kepada perniagaan, India pula lebih tertumpu kepada perlombongan manakala Melayu
lebih kepada pertanian. Kesan sistem dualisme inilah yang menyebabkan etnik Melayu
tertumpu kepada pertanian tradisional. Sektor ekonomi moden pula melibatkan
perlombongan, perkilangan dan perkhidmatan yang diceburi oleh kaum Cina. Selepas
kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan telah menggiatkan usaha mengatasi masalah sosio-
ekonomi yang membawa kepada perpaduan. Contohnya, Rancangan pra-merdeka iaitu
meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan Rancangan
Persekutuan Tanah Melayu (1956-1960), Rancangan selepas merdeka yang merangkumi
Rancangan Persekutuan Tanah Melayu kedua (1961-1965) dan sebahagian daripada
Rancangan Malaysia pertama (1966-1970), serta Perancangan dalam DEB (Dasar Ekonomi
Baru) dan Dasar-dasar pembangunan negara sehingga kini. Dengan wujudnya perancangan
ini, hubungan etnik mulai kukuh dalam memperkembangkan sistem ekonomi.

Dari aspek politik, Malaysia lebih berteraskan kepada aspek hubungan etnik ataupun
kaum sebelum dan selepas kemerdekaan. Semasa penjajahan, sistem kerajaan adalah
mencantumkan kedua-dua aspek iaitu agama dan negara. Raja merujuk kepada penasihat
agama untuk membuat keputusan penting negara. Agamawan dan raja saling berperanan di
dalam sistem tersebut. Semasa penjajahan, sistem politik lebih kepada sekularisme iaitu
pemisahan antara agama dan bukan agama seperti sains, ekonomi dan kemajuan. Selepas
merdeka, wujud sebuah pertubuhan UMNO (United Malays National Organization) yang
mewakili orang Melayu, MCA (Malaysian Chinese Association) mewakili orang Cina dan MIC
(Malaysian Indian Congress) yang mewakili orang India. Tiga kaum ini telah bersatu
mendesak British untuk menuntut kemerdekaan semasa pilihanraya umum 1955. Ketiga-tiga
parti ini juga telah dikenali sebagai Parti Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan
lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan
Nasional (BN) pada tahun 1974.Tolak ansur antara etnik daripada pelbagai kaum telah
mencetuskan kejayaan BN. Ini juga mewujudkan keharmonian etnik dan seterusnya
memudahkan kerajaan untuk lebih memfokuskan kepada aspek pembangunan di negara
Malaysia.

Dari aspek agama pula, hubungan masyarakat pluralistik di Malaysia sebelum dan
selepas merdeka adalah tidak sama. Agama Islam hanya dianuti oleh orang Melayu
berbanding selepas merdeka. Sebelum merdeka, kaum Cina hanya menganuti agama
Buddha namun berlaku perubahan selepas merdeka apabila ada sebahagian kaum Cina yang
sudah mula menganuti agama Kristian, Confucius dan juga agama Islam. Begitu juga berlaku
kepada kaum India. Sebelumnya hanya menganuti agama asal iaitu Hindu, kini terdapat kaum
India yang menganuti agama Budhha dan Islam. Di sinilah wujud masyarakat yang majmuk.
Selepas merdeka, agama Islam menjadi agama rasmi persekutuan seperti yang dinyatakan
dalam Perlembagaan Malaysia 1948. Walaubagaimanapun, masyarakat yang berbeza
agama bebas mengamalkan agama masing-masing. Di Malaysia, umumnya etnik Melayu
beragama Islam, etnik Cina beragama Buddha dan etnik India beragama Hindu. Akan tetapi,
wujud juga etnik yang menganut agama Kristian. Perpaduan hubungan etnik ini dapat dilihat
dari aspek keagamaan kerana agama masing-masing menitikberatkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan.

Kesimpulannya, hubungan masyarakat pluralistik di Malaysia sebelum dan selepas


merdeka mempunyai banyak perbezaan. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan,
hubungan masyarakat menjadi lebih baik sejajar degan merealisasikan hasrat ke arah
pembentukan integrasi nasional yang berkesan. Justeru, perpaduan antara kaum ini
membawa kepada keharmonian agama, bangsa dan negara.

b) Perspektif Terhadap Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia Yang Dapat Menjamin


Keharmonian Masyarakat Pluralistik Di Malaysia.

Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui fasa atau proses sejarah yang
sangat lama dan bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Perlembagaan
ini dibentuk adalah bertujuan untuk menstabilkan sistem politik negara. Dalam perlembagaan
ini, terdapat empat unsur tradisi iaitu Bahasa Kebangsaan, Agama Persekutuan, Kedudukan
istimewa orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Pemerintahan Beraja.
Unsur-unsur ini telah diwujudkan sebelum perlembagaan iaitu pada tahun 1975. Dengan
adanya unsur-unsur tradisi ini, maka menjadi suatu permuafakatan bagi orang Melayu dan
bukan Melayu pada masa kini.

Unsur tradisi yang pertama iaitu Bahasa Kebangsaan. Perkara 152 iaitu Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tanpa menafikan hak-hak bangsa lain untuk bebas
menggunakan bahasa mereka sendiri. Dengan wujudnya Perkara 152, maka lebih mudah
untuk membentuk perpaduan nasional dalam kalangan masyarakat di negara Malaysia.
Bahasa Melayu menjadi satu inisiatif dalam menghubungkan interaksi masyarakat antara satu
sama lain. Misalnya di sekolah, murid-murid mudah berkomunikasi dengan rakan mereka
dengan adanya Bahasa Kebangsaan. Mereka juga dapat belajar bahasa-bahasa lain dan
seterusnya akan membentuk perpaduan dalam kalangan mereka. Bukan hanya dalam sistem
pendidikan, malah dalam bidang-bidang lain juga mudah untuk masyarakat berkomunikasi
dengan adanya Bahasa Kebangsaan ini. Bahasa Kebangsaan ini juga diterapkan adalah
bertujuan bagi mengelakkan berlakunya sebarang permasalahan seperti salah faham dalam
masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan warna kulit di negara Malaysia.

Selain itu, agama Islam telah dijadikan sebagai agama rasmi persekutuan dan
kerajaan. Ini amat sesuai dengan Malaysia yang di mana majoriti masyarakatnya terdiri
daripada orang Melayu dan bagi menyatakan hak asal serta keisitimewaan orang Melayu
tanpa mensisihkan kerpercayaan atau agama masyarakat yang lain. Walaupun agama islam
sebagai agama rasmi persekutuan, namun agama lain masih boleh diamalkan. Maka secara
tidak langsung tiada paksaan dalam perkara ini dan membantu kepada perpaduan nasional
antara kaum. Ini akan melahirkan hubungan yang baikk antara satu sama lain dengan sikap
saling hormat-menghormati dalam agama. Hal ini kerana agama masing-masing itu telah
menerapkan dan mengajar nilai-nilai murni untuk keharmonian hidup sejagat.

Seterusnya, Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu serta Bumiputera Sabah dan
Sarawak. Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1961. Dengan adanya hak
istimewa ini, pembelaan dan bantuan dapat diberikan kepada orang Melayu dan Bumiputera
sebagai penduduk peribumi. Kedudukan istimewa ini mungkin akan menjadi persoalan
kepada segelintir masyarakat yang menganggap kedudukan tersebut adalah sesuatu yang
tidak adil. Tetapi, berbeza pula dengan pemikiran individu yang mempelajari perkara-perkara
yang terjadi pada zaman dahulu. Mereka akan lebih memahami sebab-sebab kewujudan
kedudukan istimewa yang diberikan kepada orang Melayu serta bumiputera Sabah dan
Sarawak. Hakikatnya, hak ini dipersetujui oleh para pemimpin terdahulu yang diberikan
kepada orang Melayu sebagai cagaran atau gantian kepada kesediaan orang Melayu di
Tanah Melayu dalam menerima etnik India dan Cina untuk berkongsi kehidupan secara
bersama. Perpaduan dapat dibentuk sekiranya ada sifat partiotik dan cintakan sejarah dalam
diri masyarakat dan sentiasa cuba untuk memahami antara satu sama lain.

Seterusnya, Pemerintahan Beraja. Institusi beraja dikekalkan di bawah konsep raja


berperlembagaan dan selaras dengan sistem demokrasi negara Malaysia. Dalam konsep ini,
raja-raja bertindak mengikut undang-undang perlembagaan yang telah ditetapkan. Konsep
Raja berperlembagaan pada masa kini bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu dan hak asal
penduduk peribumi. Raja dalam konsep ini berfungsi sebagai unsur penyatuan bagi orang
Melayu dan penduduk Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum supaya bersatu padu. Oleh
itu, rakyat akan patuh kepada pemerintahan diraja dan akan menyatukan rakyat yang
pelbagai kaum. Ini juga kerana adanya dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada raja dan
negara. Rukun Negara menjadi satu panduan bagi masyarakat di Malaysia.

Hakikatnya, Akta Hasutan 1948 pula melarang orang ramai mengungkit perkara yang
telah dipersetujui. Dalam hal ini juga, UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan kepada
kaum bukan Melayu sebagai ganti kepada persetujuan MCA dan MIC untuk mengekalkan
unsur tradisi dalam perlembagaan yang dikenali sebagai Pakatan Murni. Kesimpulannya,
unsur-unsur tradisi dalam perlembagaan ini dapat menjamin keharmonian masyarakat
pluralistik di Malaysia sekiranya semua pihak memainkan peranan yang penting dan saling
bertoleransi.

c) Perspektif Pembentukan Integrasi Nasional Sejak Negara Mencapai Kemerdekaan


Sehingga Kini.

Memetik ucapan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam
Perutusan kemerdekaan Negara yang ke-51, beliau mengingatkan rakyat bahawa perpaduan
adalah tunjang kepada kestabilan politik, keharmonian sosial dan keutuhan daya saing
ekonomi negara. Jelaslah di sini, bahawa pembentukan integrasi nasional ini amat penting
bagi mewujudkan keharmonian negara Malaysia. Seperti yang kita ketahui, kerajaan telah
banyak berusaha untuk mengukuhkan lagi sosial pelbagai etnik di Malaysia serta membina
masyarakat yang lebih adil dari segi struktur ekonomi. Oleh itu, strategi banyak dilakukan oleh
pelbagai pihak. Pelbagai strategi ke arah integrasi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan,
masyarakat dan NGO sesuai dengan peranan yang diperlukan.

Antara strategi kerajaan ke arah integrasi nasional ialah dengan pelaksanaan Rukun
Negara ,Dasar-dasar Pembangunan Negara yang merangkumi Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Dasar Pembangunan Negara serta Dasar Wawasan Negara. Kesemua dasar ini membawa
ke arah Wawasan 2020 untuk mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif
dan makmur. Selain itu, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan
Kebangsaan, Pelan Pembangunan Pendidikan, dan Program Bantuan Pelajar turut
ditubuhkan. Tambahan pula, program PLKN serta Gagasan 1 Malaysia turut dilaksanakan.
Bukti Malaysia telah berusaha ke arah integrasi juga ialah melalui peranan masyarakat
dengan mewujudkan Rukun Tetangga, Rumah Terbuka dan Difusi Budaya. Etnik yang lain
juga dapat mempelajari unsur-unsur budaya dan mengetahui ajaran agama yang lain.
Peranan NGO telah memperkenalkan Rakan Cop, SUHAKAM, Majlis Belia Malaysia dan
ALIRAN. Kesemua ini diperkenalkan adalah berkait rapat antara satu sama lain bagi
memupuk perpaduan ummah dan memperkukuhkan pelbagai kaum dalam rangka membina
integrasi nasional dan membina rupa budaya bangsa yang sihat.

Antara salah satu strategi Malaysia dalam mengurus hubungan etnik ke arah
pembentukan integrasi nasional ialah melalui Rukun Negara. Rukun Negara adalah satu
ideologi nasional yang bertujuan bagi mencapai perpaduan demi keharmonian dan
kemakmuran negara. Rukun Negara digubal susulan tragedi 13 Mei 1969 yang menggugat
keamanan negara. Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara diisytiharkan sebagai tonggak utama
negara. Usaha pengukuhan integriti melalui pembentukan Rukun Negara ini terbukti apabila
Kepercayaan kepada Tuhan diletakkan sebagai prinsip pertama ideologi tersebut. Penduduk
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya. Agama
membentuk peribadi yang luhur dan pegangan agama membawa kepada kebaikan. Nilai
kebaikan yang diamalkan oleh semua agama menjadi pendorong bagi penganutnya
melakukan kebaikan yang mendatangkan faedah. Nilai ini yang ada dalam diri setiap
penganut menjadi pemangkin untuk menunjukkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Dengan kesetiaan tersebut, rakyat akan menghormati dan mematuhi perlembagaan yang
merupakan undang-undang tertinggi negara. Dengan adanya prinsip-prinsip tersebut, rakyat
yang bersopan santun dan bertatasusila akan dapat dibentuk. Pengamalan Rukun Negara ini
akan melahirkan masyarakat yang mempunyai persefahaman yang baik antara kaum.

Selain itu, pelaksanan program PLKN juga adalah bertujuan untuk membina sahsiah
dan mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Selain itu,
menyatukan golongan muda daripada pelbagai kaum dan menyediakan mereka bagi
menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara. Program ini mula dilaksanakan oleh
kerajaan sejak 2004 sehingga kini. Setiap tahun, 18% daripada remaja yang berumur 18 tahun
pada tahun latihan akan dipilih untuk menyertai PLKN. Melalui program PLKN ini, semangat
patriotisme dan cintakan negara akan dapat dibentuk melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan
semasa latihan PLKN seperti dalam Modul Kenegaraan. Perpaduan kaum dan integrasi
nasional juga dapat diwujudkan kerana penglibatan setiap aktiviti semasa tempoh latihan
melibatkan pelbagai kaum. Mereka dapat berkongsi pendapat masing-masing dan hal ini
secara tidak langsung dapat mewujudkan kesefahaman antara mereka.
Seterusnya, Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan pada 2009 dengan slogan “Satu
Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”.Gagasan 1 Malaysia ini adalah satu
gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana
Menteri Malaysia yang ke-6. Gagasan ini merupakan pendekatan baharu bagi menerima
sebuah zaman baharu demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi
berpaksikan keutamaan rakyat. Prinsip utama 1 Malaysia ialah integriti, kebolehan dan
kesaksamaan. Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan perpaduan dalam
kepelbagaian etnik dalam masyarakat Malaysia. Malah, Gagasan 1 Malaysia ini dimajukan
bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Ini bermakna dasar-dasar
kerajaan dan program-program pembangunan yang disediakan bagi kaum bumiputera dan
bukan bumiputera akan terus disediakan. Gagasan 1 Malaysia merupakan wadah bagi
pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu negara ke arah mencapai
wawasan 2020.

Pada perspektif saya, pembentukan ke arah integrasi nasional bukanlah sesuatu yang
mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan masa yang sangat panjang. Perancangan yang
telah dilakukan oleh Malaysia banyak membawa usaha ke arah pembentukan perpaduan
dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perancangan untuk masa yang akan datang perlu
dipertimbangkan lagi kerana cabaran globalisasi pada masa kini amat mencabar.
Perancangan yang dibuat perlulah ditambahbaik dari semasa ke semasa. Dengan
penambahbaikan yang dilaksanakan ini mampu membawa ke arah mencapai matlamat yang
sebenar iaitu integrasi nasional di Malaysia.

You might also like