You are on page 1of 44

i

PENERAPAN KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN


PELAJAR BIDANG KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI UTHM

MOHD HAFEEZ AL-AMIN BIN ADUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal Dan Vokasional

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

JUN 2013
v

ABSTRAK

Kemahiran Keusahawanan merupakan antara kemahiran penting dalam kemahiran


insaniah (soft skills) yang harus dimiliki oleh pelajar-pelajar sama ada dari peringkat
pengajian rendah atau peringkat pengajian tinggi. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan
untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM.
Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan
kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Responden kajian terdiri daripada
234 orang pelajar yang merupakan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan
mekanikal di UTHM. Kaedah pengumpulan data dijalankan dengan menggunakan
instrumen soal selidik dan data yang dikumpulkan telah di analisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira
nilai skor min dan peratusan. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap penerapan elemen
kemahiran keusahawanan adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5956 dan
tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan juga
sederhana dengan skor min keseluruhan 2.5230 serta tahap penguasaan pelajar juga
adalah sederhana dengan skor min keseluruhan 2.4934. Secara keseluruhannya tahap
penerapan, kesedaran dan penguasaan elemen keusahawanan dalam kalangan pelajar
adalah di tahap sederhana. Walau bagaimanapun, tahap penerapan, kesedaran dan
penguasaan elemen kemahiran keusahawanan boleh ditingkatkan ke tahap yang lebih
tinggi lagi dengan memberi lebih penekanan terhadap kemahiran keusahawanan bagi
mewujudkan kesedaran dan penguasaan yang tinggi dalam kalangan pelajar.
vi

ABSTRACT

Entrepreneurship skills are some of the important skills in soft skills to be owned by
students either from the low education or higher education level. This study was
intended to determine how far the adoption of entrepreneurship skills through teaching
and learning activities among the students of mechanical engineering at the UTHM. The
objective of the study is to identify the level of adoption, the awareness and the mastery
entrepreneurship skills through teaching and learning activities among the students of
mechanical engineering at the UTHM. Respondents consisted of 234 students, which are
the final year students of bachelor degree in mechanical engineering at the UTHM. The
method of data collection is carried out by using the questionnaire instruments and the
collected data was analyzed by using the Statistical Package Social Science (SPSS)
software version 16.0 taking into account the mean score and percentage. The results of
the study found that the level adoption of elements of entrepreneurship skills is medium
with an overall mean score 2.5956 and the level of students' awareness of the application
of elements of entrepreneurship skills is also medium with the overall mean score
2.5230 as well as the level of mastery of the student is also a medium with an overall
mean score 2.4934. The overall level of adoption, awareness and mastery
entrepreneurship skills element among the students is in medium level. However, the
level adoption, awareness and mastery entrepreneurial skills element could be upgraded
to higher level by giving more emphasis on entrepreneurship skills in order to create
high awareness and mastery entrepreneurship skills among the students.
vii

KANDUNGAN

TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Penyataan masalah 8
1.4 Tujuan kajian 8
1.5 Objektif kajian 9
1.6 Persoalan kajian 9
1.7 Kepentingan kajian 9
1.8 Skop kajian 11
1.9 Batasan kajian 11
1.10 Kerangka teori 12
1.11 Kerangka konsep 14
1.12 Definisi istilah 15
1.13 Rumusan 17
viii

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 18


2.1 Teori keusahawanan 18
2.1.1 Pendekatan ekonomi 18
2.1.2 Pendekatan sosiologi 20
2.1.3 Pendekatan psikologi 21
2.1.4 Pendekatan islam 23
2.2 Usahawan 24
2.3 Keusahawanan 25
2.4 Kemahiran insaniah 26
2.5 Kepentingan kemahiran insaniah 27
2.6 Kemahiran keusahawanan 29
2.7 Kepentingan kemahiran keusahawanan 31
2.8 Penerapan kemahiran keusahawanan
dalam kalangan pelajar 33
2.9 Kesedaran kemahiran keusahawanan
dalam kalangan pelajar 37
2.10 Penguasaan kemahiran keusahawanan
dalam kalangan pelajar 39
2.11 Pendidikan keusahawanan 42
2.12 Rumusan 45
BAB 3 METODOLOGI 46
3.1 Pengenalan 46
3.2 Reka bentuk kajian 46
3.3 Populasi dan sampel kajian 47
3.4 Lokasi kajian 48
3.5 Instrumen Kajian 48
3.6 Borang soal selidik 49
3.7 Kerangka operasi 51
3.8 Kesahan dan kebolehpercayaan 53
3.9 Analisis kajian 54
3.10 Rumusan 56
ix

BAB 4 ANALISIS DAPATAN KAJIAN 57


4.1 Pengenalan 57
4.2 Analisis kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik 57
4.3 Demografi responden 59
4.3.1 Taburan responden berdasarkan bangsa 59
4.3.2 Taburan responden berdasarkan peringkat umur 60
4.3.3 Taburan responden berdasarkan jantina 60
4. 4 Dapatan kajian 61
4.4.1 Analisis kaji selidik 61
4.4.2 Persoalan kajian 1 62
4.4.3 Persoalan kajian 2 69
4.4.4 Persoalan kajian 3 75
4.4.5 Dapatan keseluruhan 82
4.5 Rumusan 83
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 84
5.1 Pengenalan 84
5.2 Perbincangan dapatan kajian 85
5.2.1 Penerapan elemen kemahiran keusahawanan
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 85
5.2.2 Kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen
kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran 88
5.2.3 Persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan
elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 90
5.3 Kesimpulan 93
5.4 Cadangan 95
5.5 Cadangan kajian lanjutan 98
5.6 Penutup 98
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 109
x

SENARAI JADUAL

3.1 Bahagian-bahagian dalam set soal selidik 50


3.2 Skala Likert 50
3.3 Pecahan-pecahan item mengikut elemen
kemahiran keusahawanan 54
3.4 Analisis Skala Likert 55
4.1 Nilai Alpha Cronbach bagi setiap bahagian soal selidik 58
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 59
4.3 Taburan responden berdasarkan peringkat umur 60
4.4 Taburan responden berdasarkan jantina 60
4.5 Julat skor min dan tafsiran 62
4.6 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan
mengenal pasti peluang perniagaan menerusi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran 63
4.7 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan
merangka perancangan perniagaan menerusi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran 64
4.8 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan membina,
meneroka dan merebut peluang perniagaan dan
pekerjaan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 66
4.9 Min dan tahap penerapan elemen kebolehan untuk
bekerja sendiri menerusi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran 67
4.10 Min keseluruhan dan tahap penerapan elemen
kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran 68
4.11 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan
elemen kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan
xi

menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 70


4.12 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan
elemen kebolehan merangka perancangan perniagaan
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 71
4.13 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan
elemen kebolehan membina, meneroka dan merebut
peluang perniagaan dan pekerjaan menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran 72
4.14 Min dan tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan
elemen kebolehan untuk bekerja sendirimenerusi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran 74
4.15 Dapatan keseluruhan min dan tahap kesedaran pelajar
terhadap penerapan elemen kemahiran keusahawanan
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 75
4.16 Min dan tahap penguasaanpelajar terhadap elemen
kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 76
4.17 Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan
elemen kebolehan merangka perancangan perniagaan
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran 78
4.18 Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan
elemen kebolehan membina, meneroka dan merebut
peluang dan pekerjaan perniagaanmenerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran 79
4.19 Min dan tahap penguasaan pelajar terhadap penerapan
elemen kebolehan untuk bekerja sendirimenerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran 80
4.20 Dapatan keseluruhan min dan tahap penguasaan
pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran
keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran
dan pembelajaran 82
xii

4.21 Min dan tahap bagi keseluruhan dapatan kajian 82


xiii

SENARAI RAJAH

1.1 Kerangka teori 13


1.2 Kerangka konsep 15
3.1 Kerangka operasi 52
xiv

SENARAI LAMPIRAN

A Jadual penentuan saiz sampel (Morgan Table)


B Surat kebenaran menjalankan kajian
C Borang soal selidik
D Kesahan instrumen kajian (Pengesahan pakar)
E Kebolehpercayaan instrumen kajian (Keputusan kajian rintis)
F Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 1)
G Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 2)
H Analisis dapatan kajian (Persoalan kajian 3)
BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai reformasi sejak zaman selepas
merdeka sehingga kini. Perubahan ini merupakan salah satu usaha Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk
memperbaiki sistem pendidikan sedia ada supaya sesuai dan selari dengan keperluan
semasa di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti di Malaysia. Ini adalah
bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan
menyediakan pendidikan di negara ini bertaraf dunia (Yusoff, et. al 1999). Pendidikan
merupakan industri berjuta ringgit dan ianya amat penting bagi memajukan sesebuah
negara. Ianya menentukan masa hadapan negara terutamanya pendidikan kejuruteraan
atau teknikal apabila negara tersebut ingin menjadi negara maju berlandaskan
perindustrian seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020 (Abd. Aziz dan
Muhammad, 2007).
Malaysia kini berada pada peringkat pertengahan ke arah mencapai Wawasan
2020. Pada tahun 2006, Rancangan Malaysia kesembilan (RMke-9) telah dilancarkan.
Antara agenda RMK ke-9 termasuk merangka strategi untuk membangunkan
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian generasi kedua (MPPB2) dalam usaha
membangunkan usahawan yang berdaya saing, berdaya tahan dan mantap (Othman et
2

al,. 2009). Pendidikan keusahawanan di Malaysia dilaksanakan sebagai salah satu


strategi melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP Ke-3) dengan tujuan
untuk menambah bilangan sumber manusia mahir, berkebolehan membangunkan inovasi
dan teknologi, dan menggalakkan perniagaan bagi mencapai matlamat masyarakat
perdagangan dan perindustrian menjelang tahun 2020 (Buang dan Mohd Yasin, 2008).
Isu keusahawanan telah mula berkembang di Malaysia selepas pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970. Matlamat DEB adalah untuk
mengurangkan dan membasmi kemiskinan, serta mempercepatkan proses penyusunan
semula masyarakat Malaysia supaya ketidakseimbangan ekonomi dapat diperbetulkan.
Salah satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB adalah mewujudkan satu
masyarakat perdagangan dan perusahaan bumiputera yang berdaya maju. Bidang
keusahawanan adalah satu bidang penting bagi sesebuah negara kerana melaluinya
budaya makan gaji dapat dikikis di kalangan rakyat, sebaliknya budaya mencipta
pekerjaan sendiri dapat dipupuk (Judeh dan Rahim, 2011).
Malaysia sedang mengubah keadaan masyarakat daripada masyarakat yang
bergantung kepada kerajaan kepada masyarakat yang bekerja sendiri. Kerajaan
menyarankan agar masyarakat membuat kerja sendiri dengan tidak mengharapkan
bantuan orang lain untuk menyara diri dan keluarga. Ini bermaksud kerajaan secara tidak
langsung telah menggalakkan masyarakat untuk berniaga dan menjadi usahawan.
Dengan adanya usahawan dalam bidang perniagaan dapat menambahkan peluang
pekerjaan kepada rakyat Malaysia, maka budaya makan gaji dapat dikurangkan dengan
kewujudan usahawan dalam pasaran pekerjaan (Nasharudin dan Harun, 2010).
Di Malaysia, kerajaan telah mengenal pasti bidang keusahawanan sebagai salah
satu faktor yang paling signifikan di dalam proses perkembangan dan pembangunan
ekonominya. Ini dibuktikan dengan penubuhan Kementerian Pembangunan
Keusahawanan (KPUn) pada tahun 1995 yang sekarang ini dikenali sebagai
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) sebagai kementerian yang
bertanggungjawab dalam pembangunan keusahawanan di Malaysia (Deraman et al.,
2005 ). Kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk bidang pembangunan
dan penyelidikan bermatlamat melahirkan graduan-graduan yang benar-benar berkualiti
dan berdaya saing, menggalakkan ramai graduan untuk menceburi kursus-kursus
3

keusahawanan yang ditawarkan oleh kerajaan dan membaikpulihkan sistem pendidikan


dengan memasukkan nilai-nilai pembangunan modal insan bagi setiap bidang (Abdul
Aziz et al., 2011).
Untuk menjadi seorang usahawan, seseorang individu itu perlu tahu ciri
usahawan yang efektif dan efisien sebelum menceburi bidang perniagaan dan
keusahawanan. Seseorang usahawan muncul bukan kerana memiliki ciri-ciri personaliti
semula jadi atau dilahirkan, tetapi kerana pelbagai faktor lain dan boleh dilatih (Lope
Pihie dan Elias, 1998). Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran merupakan kunci kepada peningkatan pelajar
dalam prestasi akademik. Pemilihan strategi yang sesuai lagi berkesan mampu
membantu pelajar untuk mencapai objektif pengajaran serta memberikan maklum balas
yang positif dalam proses pembelajaran. Bagi menentukan keberkesanan sesuatu strategi
pengajaran, seseorang guru perlu mengenal pasti keupayaan dan keperluan pelajar dalam
menerima isu pengajaran yang disampaikan (Judeh dan Rahim, 2011).
Oleh itu, penerapan kemahiran keusahawanan perlu dilaksanakan supaya pelajar
di institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat membuka perniagaan sendiri selepas tamat
pengajian. Pelajar merupakan golongan yang diharapkan dapat mencorak negara pada
masa hadapan. Mereka mempunyai pelbagai kepakaran daripada segi ilmu pengetahuan
yang dipelajari di peringkat tinggi dan ilmu tersebut sangat berguna jika dapat
disalurkan ke arah yang betul dan boleh dimanfaatkan oleh generasi lain. Galakan perlu
diberikan kepada pelajar ke arah keusahawanan kerana golongan ini berpotensi menjadi
usahawan yang berjaya. Pendedahan perlu diberikan kepada pelajar untuk menceburi
bidang keusahawanan. Sikap, minat dan persepsi mereka terhadap kerjaya
keusahawanan harus diperbetul agar keusahawanan dipilih sebagai salah satu peluang
pekerjaan selepas mereka menamatkan pengajian (Nasharudin dan Harun, 2010).
4

1.2 Latar belakang masalah

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan landasan utama dan medan untuk
melahirkan tenaga kerja yang produktif dan profesional bagi menggerakkan segala
mekanisme dan jentera pembangunan yang digarap oleh teraju kepimpinan kita. Dengan
kata lain, institusi ini menyediakan pekerja yang berkemahiran dan profesional untuk
menggerakkan agenda pembangunan negara. Walau bagaimanapun, penyediaan
siswazah untuk alam pekerjaan bergantung kepada kurikulum di Intitusi Pengajian
Tinggi (Pandian et al, 2009)
Dewasa ini, kadar pengangguran siswazah yang berkelulusan tinggi tempatan
semakin meningkat. Pelbagai pihak mula mempersoalkan kualiti pendidikan di negara
ini memandangkan sejumlah besar siswazah tempatan menjadi penganggur. Ramai yang
menyalahkan siswazah sendiri dan ramai juga yang menyalahkan pihak universiti yang
dikatakan tidak menyediakan kurikulum yang bersesuaian dengan kehendak majikan.
Mengikut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2009,
mendapati jumlah siswazah menganggur sebanyak 63,000 siswazah gagal mendapat
pekerjaan. Manakala berdasarkan perangkaan Kementerian Pengajian Tinggi, pada
tahun 2010 sahaja seramai 37,910 pelajar telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran
dalam bidang kejuruteraan di IPTA. Manakala, pada tahun yang sama juga iaitu 2010,
seramai 108,428 pelajar yang sedang mengikuti bidang kejuruteraan dan seramai 23,269
orang pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Ini bermakna pada tiap-
tiap tahun hanya untuk jurusan kejuruteraan sahaja, hampir 20 ribu orang pelajar
terpaksa merebut peluang yang semakin terhad.
Menurut Mohd (2008), memiliki keterampilan akademik semata-mata masih
tidak menjamin seseorang graduan mendapat pekerjaan akibat dari persaingan sengit di
dunia pasaran kerjaya hari ini. Kebanyakan majikan bukan sahaja menjadikan
pencapaian akademik sebagai kriteria utama pemilihan, tetapi juga meletakkan
penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di kalangan graduan sebagai kriteria
pemilihan bakal pekerjanya. Berdasarkan Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah
(2006), antara kelemahan graduan termasuklah tidak keterampilan dan tidak memiliki
5

kemahiran, khususnya kemahiran generik sebagaimana yang dituntut oleh majikan, di


samping pasaran kerja yang kompetitif.
Kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang
melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti
nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran
berterusan. Berdasarkan modul tersebut, terdapat 7 kemahiran generik yang menjadi
rujukan kepada IPT di Malaysia iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran
berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral
professional dan kemahiran kepimpinan.
Antara kemahiran generik yang menjadi rujukan IPT di Malaysia adalah
kemahiran keusahawanan. Menurut Deraman et al. (2007), keusahawanan merupakan
satu bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara.
Keusahawanan merupakan satu bentuk disiplin yang menjadi tonggak kepada
pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan masyarakat yang mempunyai paling ramai
usahawan dianggap masyarakat yang paling baik. Dari segi ekonomi, bidang
keusahawanan dikatakan menjadi penyelesai kepada banyak masalah terutamanya
menjadi penyumbang kepada pekerjaan atau sebagai salah satu instrumen dalam
menyelesaikan masalah pengangguran (Hashim dan Radio, 2011). Tidak dapat
disangsikan bahawa keusahawanan memainkan peranan yang amat kritikal dalam
ekonomi dunia dimana keusahawanan merupakan daya penggerak kepada pertumbuhan
ekonomi dan mencipta peluang kerja. Ini dibuktikan apabila Modul Kemahiran Insaniah
(2006) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk pelajar-pelajar Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara ini mengambil kira aspek keusahawan sebagai
salah satu aspek kemahiran insaniah yang perlu dikuasai oleh para graduan (Mohd
Hamzah, 2010).
Selain itu, antara sebab utama bidang keusahawanan diberi perhatian dan
dititikberatkan oleh kerajaan adalah kerana keusahawanan dilihat antara cara menangani
isu pengangguran. Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam menangani
isu pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping mewujudkan masyarakat
yang berdaya saing. Menurut A. Malek (2009), isu pengangguran dalam kalangan
6

graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada negara. Masalah
pengangguran berlaku setiap kali universiti mengeluarkan beribu-ribu graduan setiap
tahun. Kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki oleh para graduan tidak dapat
digunakan untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Bagi mengatasi masalah
ini, graduan perlu didedahkan dengan pendidikan keusahawanan ketika di institut
pengajian tinggi lagi. Ini bertujuan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi dunia
pekerjaan kelak. Pendidikan keusahawanan telah diintegrasikan dalam sistem
pendidikan dan meninggalkan kesan positif terhadap pelajar. Didapati bahawa
pendidikan keusahawanan telah berjaya menimbulkan kesedaran dan mengubah sikap
serta persepsi pelajar kepada lebih positif terhadap bidang keusahawanan (Chum et al.,
2010).
Setiap tahun ramai pelajar yang keluar dari institusi pengajian tidak kira dari
universiti atau kolej awam dan swasta, institut kemahiran mahupun pusat-pusat latihan.
Sudah pasti bilangan yang begitu ramai ini akan mencari pekerjaan dan bukan semua di
kalangan mereka mendapat pekerjaan. Ini kerana kerja yang ada dengan bilangan
pemohon tidak sama banyak. Bagi mereka yang bertegas untuk bekerja makan gaji,
mereka mungkin terpaksa menganggur dalam suatu jangka masa tertentu. Keinginan
kuat untuk makan gaji mungkin berpunca daripada cara didikan. Anak-anak disuruh
belajar sehingga ke peringkat tertinggi dan lulus dengan pangkat terbaik, kemudian
mencari kerja dengan gaji yang lumayan. Keinginan makan gaji di kalangan lepasan
pelajar institusi pengajian ini amat membimbangkan sehingga pada setiap tahun kadar
pengangguran meningkat. Ini terjadi adalah disebabkan oleh tahap kesedaran yang
rendah di kalangan graduan dan ibu bapa terhadap aspek dan pendidikan keusahawanan
yang merupakan alternatif penyelesaian kepada masalah pengangguran di kalangan
graduan (Mohd. Noor dan A.Rahim, 2011).
Menurut Abu (2003), mentaliti masyarakat kita jarang sekali menggalakkan
anak-anak menjadi majikan kerana tahap pengambilan risiko pada diri kita adalah
rendah. Seseorang yang telah menghabiskan pengajian dari institusi pengajian hendaklah
digalakkan untuk bekerja sendiri atau memulakan perniagaan secara kecil-kecilan kerana
bidang keusahawanan menawarkan peluang kerja yang cukup luas pada masa ini. Oleh
itu, aspek keusahawanan dilihat sebagai satu bidang yang amat tepat dalam melahirkan
7

murid yang berjiwa kental, kompetitif, inovasi dan kreatif serta seterusnya mampu
bersaing di pasaran global apabila mereka ini mula memasuki pasaran kerja (Mohd
Hamzah, 2010).
Penerapan nilai keusahawanan dan perubahan minda perlu dilaksanakan supaya
pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) dapat membuka perniagaan sendiri selepas
tamat pengajian. Di bawah RMKe-9, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan untuk
pembangunan keusahawanan dalam Program Pembangunan Belia. Dengan peruntukan
yang diberikan, maka golongan belia perlu merebut peluang untuk membuka perniagaan
sendiri terutamanya pelajar di peringkat IPT di mana mereka perlu diberi pendedahan
dari awal lagi dalam bidang keusahawanan dengan memulakan perniagaan secara kecil-
kecilan di kampus supaya pelajar dapat mempelajari dan mendalami dunia perniagaan
(RMKe-9).
Menurut Nasharudin dan Harun (2010), untuk melahirkan para pelajar yang
berkebolehan, matang dan mampu menjalankan sesuatu perniagaan, peranan guru dan
pentadbir sekolah amat penting. Guru-guru sewajarnya memainkan peranan penting
dalam menyampaikan isi pengajaran dengan menggunakan kaedah pengajaran yang
berkesan seperti kemahiran berfikir, persembahan lisan, kemahiran diagnostic, kerja
kumpulan, kajian kes, penyelesaian masalah, perbincangan, simulasi, main peranan dan
kaedah arahan kendiri (individual instruction method). Semua teknik pengajaran tersebut
amat berkesan kerana ia dapat melibatkan pelajar serta dapat mencungkil bakat
kepimpinan yang ada pada mereka. Ia juga dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih
berani, kreatif dan inovatif.
Walau apapun bentuk program yang dilaksanakan untuk menerapkan konsep
keusahawanan sama ada diperingkat sekolah, lepasan sekolah, kelulusan institusi
pengajian tinggi dan juga untuk usahawan-usahawan sedia ada, penilaian perlu
dilakukan bagi melihat keberkesanannya.Guru-guru atau pendidik harus memainkan
peranan penting dalam memberi pendedahan awal dan galakkan serta dorongan kepada
pelajar dalam keusahawanan.
8

1.3 Penyataan masalah

Isu pengangguran dikalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah kepada
Negara. Antara sebab berlakunya masalah pengangguran dalam kalangan graduan
adalah disebabkan oleh kurangnya penguasaan kemahiran insaniah (soft skills) di
kalangan graduan. Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam menangani
isu pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping mewujudkan masyarakat
yang berdaya saing.
Pendedahan kepada keusahawanan perlu diberikan kepada pelajar supaya mereka
dapat menyesuaikan diri sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan mengikut
profesion masing-masing apabila tamat pengajian kelak. Penerapan kemahiran
keusahawanan dalam pembelajaran amat penting dan tidak boleh bergantung kepada
silibus sahaja. Pendidik perlu memainkan peranan penting untuk menerapkan kemahiran
keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penerapan kemahiran
keusahawanan dapat mewujudkan budaya keusahawanan dan dapat memberikan
kesedaran, pengetahuan dan kemahiran keusahawanan kepada pelajar.
Oleh itu, pengkaji ingin mencadangkan satu penyelidikan untuk melihat
sejauhmana tahap penerapan kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM. Oleh yang
demikian, pengkaji ingin mengenalpasti tahap penerapan, kesedaran dan penguasaan
pelajar terhadap elemen kemahiran keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM.

1.4 Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauhmana penerapan kemahiran
keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar
kejuruteraan mekanikal di UTHM.
9

1.5 Objektif kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:


i. Mengenal pasti tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran
keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iii. Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan elemen kemahiran
keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

1.6 Persoalan kajian

Persoalan kajian ini ialah:

i. Apakah tahap penerapan elemen kemahiran keusahawanan menerusi aktiviti


pengajaran dan pembelajaran?
ii. Apakah tahap kesedaran pelajar terhadap penerapan elemen kemahiran
keusahawanan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran?
iii. Apakah persepsi pelajar terhadap tahap penguasaan elemen kemahiran
keusahawanan yang diterapkan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran?

1.7 Kepentingan kajian

Melalui kajian ini dapat memberi maklumbalas mengenai pelajar Institusi Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) yang mengikuti kursus kejuruteraan terhadap penerapan,
kesedaran dan penguasaan elemen kemahiran keusahawanan pelajar yang merupakan
10

salah satu daripada elemen kemahiran insaniah yang dititikberatkan oleh pihak KPT.
Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada kepada pihak-pihak tertentu
seperti pihak universiti, KPT dan pelajar.

i. Universiti
Menjadi panduan kepada pihak universiti untuk mengenalpasti tahap penerapan,
kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran keushawanan yang
dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian ini diharap
memberi maklum balas kepada pihak universiti khususnya Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal dalam usaha melahirkan pelajar yang berkualiti.

ii. Kementerian Pengajian Tinggi


Memberi gambaran kepada pihak KPT mengenai tahap kemahiran keusahawanan
dikalangan pelajar kursus kejuruteraan. Pihak KPT juga dapat merancang srategi
untuk menambahbaik perancangan sedia ada untuk dilaksanakan di peringkat
IPT.

iii. Pensyarah
Hasil kajian diharap mampu membekalkan hasil penyelidikan kepada pensyarah
khasnya Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dalam merancang strategi yang terbaik
untuk menerapkan elemen kemahiran keusahawanan kepada pelajar menerusi
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

iv. Pelajar
Dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran
keusahawanan yang merupakan salah satu daripada kemahiran insaniah yang
amat diperlukan oleh semua pelajar. Selain itu, ia dapat membentuk pelajar
dalam memastikan mereka menyedari kepentingan penguasaan kemahiran
keusahawanan di samping mengimbangkannya dengan kemahiran dan
pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
11

1.8 Skop kajian

Tumpuan kajian ini ialah terhadap penerapan kemahiran keusahawanan dalam kalangan
pelajar menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di universiti. Kajian ini hanya
tertumpu kepada pelajar kejuruteraan mekanikal di UTHM iaitu pelajar tahun akhir
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Kajian ini hanya memfokuskan kepada
kemahiran keusahawanan yang merupakan salah satu daripada tujuh kemahiran yang di
tetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam kemahiran insaniah dan kaedah
pengajaran dan pembelajaran menjadi medium untuk mengukur kemahiran
keusahawanan di kalangan pelajar. Elemen kemahiran keusahawanan terbahagi kepada
empat bahagian iaitu kebolehan mengenal pasti peluang perniagaan, kebolehan
merangka perancangan perniagaan, kebolehan membina, kebolehan membina, meneroka
dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan, dan kebolehan untuk bekerja sendiri.

1.9 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan bagi kajian yang dijalankan. Batasan tersebut adalah seperti
berikut :

(i) Kajian hanya tertumpu kepada pelajar tahun akhir bidang kejuruteraan iaitu
pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal di UTHM sahaja.
Ia tidak melibatkan keseluruhan kursus di UTHM.

(ii) Dapatan kajian mungkin tidak dapat digeneralisasikan untuk semua pelajar tahun
akhir di UTHM. Ia hanya merujuk kepada pelajar tahun akhir ijazah sarjana
muda kejuruteraan mekanikal sahaja dan bergantung sepenuhnya kepada
ketepatan maklum balas responden terhadap soal selidik yang diedarkan.
12

(iii) Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini,
segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui
soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada
kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal
selidik.

1.10 Kerangka teori

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kerangka kajian seperti dalam Rajah 1.1.
Pengkaji menggunakan teori ini berdasarkan Teori Pembelajaran Kolb (1984). Teori ini
turut digunakan dalam berbagai bidang kajian seperti Yusof et al., (2005), Othman et al.,
(2003), Othman et al., (2008), Yahaya dan Abd Majid., (2010) mengenai keusahawanan,
kemahiran insaniah, pendidikan perakaunan dan gaya pembelajaran. Kolb (1984)
menjelaskan bahawa pembelajaran dianggap sebagai proses yang holistik dan tidak ada
titik hujungnya. Proses pembelajaran akan menunjukkan dengan jelasnya cara-cara
bagaimana pengetahuan diperolehi dan dicipta melalui interaksi seseorang itu dengan
persekitarannya.
Teori pembelajaran Kolb meliputi empat fasa utama iaitu pengalaman sebenar
(concrete experience), pemerhatian dan reflektif (observation and reflection),
pembentukan konsep yang abstrak (formation of abstract concepts) dan eksperimentasi
aktif. Empat fasa ini berada dalam satu kitaran, setiap fasa menjurus kepada perlakuan
yang berbeza yang bertujuan menggalakkan pelajar mempelajari cara untuk belajar
(learning to learn), penghargaan kepada ilmu, peningkatan kemahiran dan kreativiti.
Teori Kolb dapat dijelaskan dalam bentuk satu kitaran seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 1.1.
Kolb menerangkan dimensi pertama pada paksi menegak ialah dimensi
menerima maklumat secara pengalaman konkrit dengan merasai (feeling) atau
konseptual abstrak iaitu secara berfikir pada paksi yang bertentangan. Pengalaman
konkrit bermaksud pelajar memperoleh maklumat dengan pengalaman langsung
13

sementara konseptual abstrak adalah secara pemahaman konsep. Dimensi kedua ialah
keupayaan memproses maklumat pada dua paksi iaitu sama ada secara pemerhatian
reflektif iaitu memerhati atau secara eksperimentasi aktif iaitu dengan melakukan.
Pelajar memproses maklumat sama ada dengan refleksi secara sengaja atau secara
melakukan sesuatu iaitu eksperimentasi aktif. Proses pembelajaran melibatkan konflik
antara cara yang bertentangan di mana individu menerima maklumat iaitu antara
pengalaman konkrit dan konseptual abstrak dan cara maklumat diproses antara
pemerhatian reflektif dan eksperimentasi aktif.

Dimensi Hasil

Pengalaman Konkrit

Dimensi Elemen Keusahawanan


Proses i. Kebolehan mengenal pasti peluang
perniagaan.
ii. Kebolehan merangka
Eksperimentasi perancangan perniagaan. Pemerhatian &
Aktif iii. Kebolehan membina, meneroka dan Reflektif
merebut peluang perniagaan dan
pekerjaan.
iv. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

Konseptual Abstrak

Rajah 1.1: Kerangka Teori


Adaptasi daripada Othman et al,. (2003) dan Kolb (1984)

Melalui empat fasa teori pembelajaran Kolb, penerapan kemahiran


keusahawanan boleh dilakukan menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Teori
Kolb menyatakan pembelajaran bermula dari pengalaman konkrit yang dialami oleh
seseorang. Melalui fasa pengalaman konkrit penerapan kemahiran keusahawanan dapat
14

dilakukan terhadap pelajar jika pensyarah sentiasa mendedahkan pelajar secara langsung
dalam aktiviti perniagaan. Melalui fasa konseptual abstrak pelajar sedar mengenai
konsep kemahiran keusahawanan jika diberitahu tentang konsep dan teori kemahiran
keusahawanan dan perniagaan pada fasa konseptual abstrak. Pada fasa pemerhatian
reflektif, pelajar sedar jika selalu didedahkan dengan lawatan berkenaan bidang
keusahawanan yang boleh diceburi seperti memberi pendedahan kerjaya keusahawanan,
lawatan keusahawanan dan sebagainya. Manakala pada fasa eksperimen aktif, pelajar
menguasai bidang keusahawanan jika didedahkan secara langsung dalam aktiviti yang
melibatkan bidang perniagaan.

1.11 Kerangka konsep

Kerangka konsep seperti rajah dibawah merupakan asas kajian bagi pengkaji dalam
melaksanakan kajian ini. Kerangka konsep ini dibina bagi mengkaji kemahiran
keusahawan dibentuk menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran
keusahawanan dibentuk apabila terdapat penerapan, kesedaran dan penguasaan terhadap
elemen kemahiran keusahawanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan pelajar. Elemen kemahiran keusahawanan yang dikaji oleh pengkaji adalah
berdasarkan elemen kemahiran keusahawanan dari modul pembangunan kemahiran
insaniah untuk institusi pengajian tinggi yang diterbitkan oleh kementerian pengajian
tinggi malaysia (2006) yang merangkumi empat elemen. Rajah 1.2 menunjukkan
kerangka konsep bagi kajian ini.
15

Input
Pelajar Tahun Akhir Bidang
Kejuruteraan Mekanikal

Proses

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran


i. Mengenal pasti peluang perniagaan.
ii. Kebolehan merangka perancangan
perniagaan.
iii. Kebolehan membina, meneroka dan
Output
merebut peluang perniagaan dan
pekerjaan.
iv. Kebolehan untuk bekerja sendiri.

Kemahiran Keusahawanan

i. Penerapan
ii. Kesedaran
iii. Penguasaan

Rajah 1.2: Kerangka konsep

1.12 Definisi istilah

Definisi istilah digunakan bagi memperjelaskan maksud atau istilah yang terdapat dalam
kajian. Istilah-Istilah tersebut adalah seperti berikut.

i. Penerapan
Menurut Kamus Dewan (2002), penerapan bermaksud perbuatan seperti
menerapkan, mengenakan pada, menyerapkan kepada, perbuatan atau
mempraktikkan. Dalam kajian ini, penerapan ialah usaha yang dijalankan oleh
pensyarah untuk menyerapkan elemen kemahiran keusahawanan dalam
pengajaran kepada pelajar menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
16

ii. Kemahiran
Menurut Bujang, (2006), kemahiran ialah keupayaan untuk mempersembahkan
aktiviti mental dan fizikal di mana ia boleh dikembangkan melalui latihan.
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kemahiran bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat, dan negara. Dalam konteks kajian ini, kemahiran merujuk
kepada penguasaan pelajar terhadap elemen kemahiran keusahawanan.

iii. Kemahiran Insaniah


Berdasarkan modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian
Tinggi, kemahiran insaniah merangkumi aspek-aspek kemahiran generik yang
melibatkan elemen kognitif yang berkaitan dengan kemahiran bukan akademik
seperti nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan
pembelajaran berterusan. Dalam konteks kajian, kemahiran insaniah yang
digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan modul pembangunan kemahiran
insaniah yang diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk IPT pada
tahun 2006.

iv. Kemahiran Keusahawanan


Kemahiran Keusahawanan merupakan minat dan keupayaan untuk meneroka
peluang dan membangunkan kesedaran terhadap risiko (risk awareness),
kreativiti dan inovasi dalam aktiviti berkaitan perniagaan dan pekerjaan.
Kegiatan keusahawanan merupakan satu proses memupuk dan melahirkan
pelajar dengan budaya berniaga (KPT, 2006). Dalam konteks kajian ini, pengkaji
merujuk elemen kemahiran keusahawanan berdasarkan modul pembangunan
kemahiran insaniah yang diterbitkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada
tahun 2006.
17

v. Kejuruteraan
Menurut Kamus Dewan (2002), jurutera adalah orang yang terlatih dalam
mereka, membuat dan menggunakan jentera dalam bidang awam, elektrik atau
jentera. Kejuruteraan adalah kepandaian atau kepakaran dalam perbuatan mereka
atau membuat jentera seperti jambatan, bangunan bagi jurusan awam. Dalam
konteks kajian ini, kejuruteraan merujuk kepada kursus kejuruteraan mekanikal
di UTHM.

vi. Pengajaran
Menurut Mok (2003), pengajaran ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti
yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah
dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya
dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai. Dalam konteks kajian ini,
pengajaran merujuk kepada pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penyeliaan guru atau pendidik.

1.13 Rumusan

Kesimpulannya, bab ini telah membincangkan mengenai pengenalan, latar belakang


masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,
batasan kajian, teori kajian dan konsep kajian yang digunakan dalam kajian ini.
Seterusnya, Bab Dua akan menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan kajian literatur
untuk menyokong kajian ini.
BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Teori keusahawanan

Dalam bidang pengajian keusahawanan, tidak terdapat satu definisi usahawan yang
konklusif kerana sifatnya yang merentas disiplin. Secara amnya, teori keusahawanan
boleh dikelompokkan kepada empat kategori iaitu:

2.1.1 Pendekatan ekonomi

Dalam bidang ekonomi keusahawanan menekankan aspek keuntungan dan kekayaan.


Kedua-dua aspek ini akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri dalam aktiviti
keusahawanan. Usahawan akan berusaha untuk mengenal pasti dan mencari peluang
perniagaan yang dapat menjana keuntungan untuk organisasinya. Usahawan adalah
sebahagian daripada input pengeluaran selain daripada bahan mentah, tanah dan modal.
Kos bagi seorang usahawan ialah keuntungan. Keuntungan adalah harga yang dibayar
kerana risiko yang diambil oleh seseorang usahawan.
Antara tokoh yang memperkenalkan teori keusahawanan adalah Shumpeter.
(1934). Beliau adalah antara ahli ekonomi yang banyak memberi sumbangan
19

dalam kajian keusahawanan. Teori keusahawanan yang diperkenalkan oleh Shumpeter


melihat inovasi sebagai teras keusahawanan. Pengertian inovasi yang dimaksudkan oleh
Shumpeter ini merangkumi semua kegiatan yang membawa kepada satu pembaharuan
termasuklah pengenalan kapada proses teknologi baru. Beliau melihat seorang usahawan
sebagai pencetus inovasi yang tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada dalam
suasasana statik. Shumpeter membincangkan soal keseimbangan dimana beliau
menimbulkan persoalan siapakah dan apakah yang menyebabkan keseimbangan berlaku
dalam ekonomi. Beliau mengaitkan keadaan ini dengan tindakan usahawan melalui daya
inovasinya. Tindakan usahawan diibaratkan sebagai tindakan membina. Dengan kata
lain, seorang usahawan ialah seorang pemimpin perniagaan, mempunyai keupayaan dari
segi fikiran dan mempunyai kemahuan untuk mengatasi cara berfikir yang kolot serta
berkemampuan pula untuk menangkis tentangan sosial.
Kirzner (1973) merupakan antara tokoh yang memperkenalkan teori
keusahawanan di dalam bidang keusahawanan. Beliau melihat usahawan adalah
seseorang yang peka kepada peluang keuntungan. Keuntungan merupakan pendorong
kepada usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Menurut beliau,
usahawan merupakan orang tengah antara pembekal dan pelanggan yang memperoleh
faedah daripada urusan pertukaran. Dia tidak perlu memiliki sumber-sumber, tetapi
memainkan peranan maklumat yang membolehkannya memperoleh untung melalui
proses pertukaran. Kirzner juga mengkaitkan keusahawanan dengan soal ketidaktentuan
atau 'uncertainty'. Beliau cuba menerangkan elemen keuntungan yang terdapat di dalam
kegiatan ekonomi. Menurut Kirzner, seorang usahawan itu adalah berperanan sebagai
orang tengah iaitu segala peluang yang dilihatnya akan diambil kesempatan sepenuhnya.
Secara ringkasnya, Kirzner melihat usahawan sebagai orang tengah yang menanggung
risiko ketidaktentuan yang bermaksud orang tengah membeli dengan harga yang lebih
murah dan kemudiannya menjual dengan harga yang lebih mahal dengan melepasi kos-
sos yang terlibat dan sekiranya perniagaan tersebut laku usahawan tersebut akan
mendapat keuntungan daripada perniagaan tersebut.
Selain itu, tokoh yang memperkenalkan teori keusahawanan adalah Marshall,
(1946). Beliau merupakan ahli ekonomi yang berbangsa Inggeris. Ahli ekonomi ini
mendefinisikan keusahawanan sebagai satu proses evolusi iaitu hayat sesebuah
20

perniagaan dari peringkat awal hingga terus luput dari pasaran. Marshall menyebut
tentang ahli perniagaan dan bagaimana perniagaan berkembang melalui proses masa
iaitu dari perniagaan runcit hingga syarikat perniagaan yang menjalankan beberapa
aktiviti perniagaan. Hayat sesebuah perniagaan itu akan hilang apabila pemiliknya
meninggal dunia. Perniagaan yang mati ini akan digantikan oleh perniagaan baru yang
dimulakan oleh ahli-ahli perniagaan yang lain. Di dalam teori keusahawanan Marshall,
beliau menerangkan tentang hayat sesebuat perniagaan yang terlalu bergantung kepada
syarikat induk dan syarikat induk akan hilang apabila pemiliknya meninggal dunia.
Ketiadaan pemilik akan menimbulkan soal pengganti bagi meneruskan dan juga soal
perebutan dan pembahagian harta di antara warisnya. Proses hayat sesebuah perniagaan
dari awal pembangunannya hinggalah ke peringkat luput dianggap sebagai satu proses
evolusi.

2.1.2 Pendekatan sosiologi

Menjelaskan bahawa keadaan atau situasi sosial yang boleh mempengaruhi kemunculan
seseorang usahawan. Misalnya faktor sosial seperti budaya, kewujudan model peranan,
galakan masyarakat, pengalaman dan latar belakang pendidikan.
Hagen, (1962) menegemukakan satu teori bahawa proses melahirkan usahawan
akan berlaku di kalangan kumpulan bawahan yang tidak berpuas hati dalam sesebuah
masyarakat. Usahawan lahir daripada kalangan orang bawahan yang tidak berpuas hati
dengan keadaan kepincangan masyarakat pada masa itu. Perasaan tidak puas hati ini
seterusnya telah mendorong kemunculan usahawan yang berusaha untuk mengatasi
masalah tersebut. Menurut beliau, usaha ini akan mengambil bentuk kegiatan ekonomi
dan penerokaan dalam perniagaan yang baharu.
Selain itu, Weber (1958) yang merupakan salah seorang tokoh sosiologi telah
menghuraikan bahawa keusahawanan terdiri daripada elemen keagamaan yang dijadikan
landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Beliau mengatakan bahawa
kejayaan golongan Protestant di dalam kegiatan ekonomi adalah disebabkan oleh ajaran
21

yang terdapat dalam agama Protestant. Beliau cuba menunjukkan bahawa kejayaan
golongan ini adalah disebabkan oleh pegangan yang kuat kepada agama menjadi
dorongan utama golongan Protestant untuk mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi.
Gibb dan Ritchie, (1981) yang merupakan tokoh akademik telah mengemukakan
satu model keusahawanan yang di panggil model pembangunan sosial. Model ini
menyatakan proses yang dilalui serta perhubungan sosial yang dilakukan oleh sesorang
memaksa diri mereka untuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk
menceburkan diri dalam perniagaan. Langkah yang diambil akan memberi kesan yang
berbeza pada individu yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan kerana ia
bergantung kepada kesungguhan, personaliti dan persiapan yang dilakukan sebelum
menceburi bidang keusahawanan.
Sumbangan yang diberikan oleh ahli-ahli sosiologi tidak boleh dipandang ringan
kerana mereka telah memperkayakan ilmu keusahawanan terutamanya dari segi teori
dan model yang dikemukakan. Berdasarkan huraian teori sosiologi menunjukkan
bahawa faktor-faktor sosial, situasi dan dorongan merupakan faktor yang mempengaruhi
kemunculan seseorang usahawan.

2.1.3 Pendekatan psikologi

Bidang psikologi mengkaji bidang keusahawanan dari aspek ciri-ciri personaliti


seseorang usahawan. Ciri personaliti seseorang seperti keperluan pencapaian, lokus
kawalan dan kecenderungan mengambil risiko boleh membezakan seorang usahawan
dengan bukan usahawan. Sifat keusahawanan dikaitkan dengan gelagat diri yang lebih
cenderong kepada fokus dalaman (di mana kejayaan dicapai adalah hasil kekuatan dan
keupayaan diri bukannya kerana faktor nasib). Ini termasuklah sifat-sifat peribadi seperti
tekun, usaha, inovatif, kreatif dan semangat yang berterusan.
Menurut McClelland (1961), teori keperluan kepada pencapaian atau „need for
achievement‟ adalah berdasarkan kecerdasan semasa kecil dengan menyatakan bahawa
usahawan yang didorong untuk mencapai sesuatu kejayaan dipengaruhi unsur-unsur
22

sejak dari zaman kanak-kanak yang menekankan faktor kecemerlangan, keibuan,


berdikari dan dominasi dari bapa. Teori McClelland (1961) menyatakan bahawa
keperluan pencapaian adalah satu kekuatan psikologikal disebalik tindakan manusia dan
telah di cadangkan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi gelagat keusahawanan.
Mengikut Teori McClelland, individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang
tinggi adalah mereka yang ingin menyelesaikan masalah sendiri, menetapkan sasaran,
dan berjuang mencapai sasaran melalui usaha sendiri. Teori ini mencadangkan bahawa
individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang kuat selalu menjumpai jalan ke
arah keusahawanan dan lebih berjaya berbanding orang lain sebagai usahawan. Adalah
dipercayai bahawa individu yang mempunyai keperluan pencapaian yang tinggi akan
mempunyai pencapaian yang lebih baik dan mempunyai keinginan yang kuat untuk
berjaya.
Menurut Vries (1977) dalam model yang diutarakannya iaitu model
psikodinamik, beliau menyatakan bahawa usahawan merupakan individu yang semasa
kecilnya tidak berpeluang untuk mendapat kemudahan-kemudahan tertentu
menyebabkan dalam keadaan yang tertekan ini mendorongnya untuk memberontak
dengan mencari satu alternatif bagi mengubah kehidupan mereka. Tekanan emosi ini
akan mendorong seseorang menjadi usahawan untuk mendapat kemudahan yang tidak
diperoleh. Bagi golongan ini keusahawanan merupakan bidang yang penting untuk
mengubah kehidupan masa depan yang lebih terjamin.
Menurut Rotter, (1966), usahawan mempunyai punca kawalan diri secara
dalaman. Belaiau menyatakan tentang faktor kejayaan adalah merujuk kepada peranan
personaliti. Beliau berpendapat bahawa individu mempunyai dua set personaliti yang
mengawal dirinya iaitu personaliti dalaman (internal) dan personaliti luaran (external).
Rotter mendatangkan andaian bahawa individu yang lebih kepada personaliti dalaman
adalah individu yang lebih cenderung untuk mencapai kecemerlangan berbanding dari
mereka yang mempunyai personaliti luaran. Bagi Rotter, personaliti dalaman berkait
dengan pembelajaran justeru mendorong dan menyokong kepada usaha untuk mencapai
kejayaan. Personaliti luaran pula meghalang pembelajaran dan menggalakkan individu
menjadi pasif.
23

Berdasarkan keterangan daripada teori-teori diatas menunjukkan usahawan boleh


ditakrifkan dengan merujuk kepada aspek-aspek gelagat (behavior) serta ciri-ciri
peribadi dan personaliti seseorang. Contoh cara pengambilan risiko, punca kawalan diri,
kehendak terhadap pencapaian, takut kepada kegagalan dan sebagainya.

2.1.4 Pendekatan islam

Keusahawanan dan segala aktivitinya merupakan usaha yang dipandang sebagai ibadah
di dalam Islam kerana Islam itu adalah cara hidup yang meliputi hidup di dunia dan di
akhirat. Daripada pandangan Islam, kegiatan perniagaan adalah tinggi dan mulia selagi
perjalanannya tidak melanggar lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh syarak. Urusan
ekonomi dalam Islam merupakan perhubungan sosial yang mengandungi pelbagai
kegiatan ekonomi dan bukan ekonomi.
Terdapat beberapa asas pertimbangan yang menjadikan aktiviti ekonomi yang
dilakukan dikira sebagai ibadah iaitu:

i. Aqidah mestilah betul iaitu umat Islam percaya terhadap pegangan agama Islam.
ii. Niat mestilah betul iaitu melakukan aktiviti perniagaan yang betul tanpa unsur-
unsur penyelewengan.
iii. Cara melakukan kerja yang sesuai dengan ajaran Islam dan membawa feadah
kepada orang ramai. Contohnya mengeluarkan zakat atau bersedekah yang boleh
di manfaatkan masyarakat.
iv. Natijahnya betul dan membawa faedah kepada orang ramai
v. Tidak meninggalkan ibadat wajib yang khusus seperti sembahyang fardhu lima
waktu.
24

2.2 Usahawan

Usahawan adalah merujuk kepada individu yang melibatkan diri dalam apa jua jenis
atau bidang perniagaan dan menggunakan kreativiti mereka dalam mengurus serta
menjayakan perniagaan tersebut selain memiliki beberapa ciri-ciri tertentu yang dapat
mendorong mereka untuk menerokai bidang keusahawanan seperti mempunyai daya
usaha untuk menceburi dunia perniagaan dan sanggup mengambil risiko. Aspek
keusahawanan melibatkan tugas-tugas seorang usahawan iaitu menanggung risiko dan
membuat pelaburan terhadap sumber-sumber untuk mengeluarkan sesuatu yang baru
atau pun membentuk pasaran dan cara baru terhadap sesuatu yang telah ada (Abu Bakar
et al,. 2007)
Menurut Yusuf, (1998) setiap individu mempunyai peluang untuk menjadi
usahawan. Yang membezakan di antara usahawan dengan bukan usahawan ialah
kesediaan mereka untuk mengadunkan kreativiti, inovasi, pengambilan risiko dengan
kesungguhan bekerja untuk membantu, membangun dan memaksimumkan potensi diri
dengan menfaatkan peluang yang diperolehi. Menurut YB Dato‟ Seri Mohamed Khaled
Bin Nordin (2012), usahawan yang berpotensi ialah seseorang individu yang bukan
sahaja mempunyai keberanian untuk menceburkan diri dalam aktiviti keusahawanan
semata-mata, malah mempunyai kepercayaan dan keupayaan untuk melakukannya.
Bidang keusahawanan melibatkan individu yang bergelar usahawan yang
bertindak sebagai pencetus kepada pertumbuhan ekonomi. Usahawan akan merangka
rancangan tindakan ke arah menggerak dan menggembleng tenaga manusia, modal dan
tanah dengan cekap bagi menghasilkan output yang tinggi. Usahawan juga akan sentiasa
berusaha mencari dan merebut peluang-peluang perniagaan yang mempunyai potensi
utnuk dimajukan dan bersedia untuk menghadapi sebarang risiko dalam perniagaan
(Raja Yusof et al. 2002).
Berdasarkan McClelland (1961), beliau mendefinisikan usahawan sebagai
seorang yang mempunyai penguasaan keatas sejumlah alat pengeluaran dan
mengeluarkan sesuatu yang lebih daripada keperluannya sendiri, supaya dapat dijual
bakinya untuk memperolehi pendapatan. Menurutnya, usahawan mempunyai tahap
100

RUJUKAN

A. Malek, M. A. N., (2009). Kesediaan Pelajar Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan


Dalam Menceburi Bidang Keusahawanan. Tesis Sarjana.
Abd Aziz, M. S. dan Muhammad, M., (2007). Rekabentuk Kerangka Piawaian Nasional
Program Kejurulatihan Guru/Pensyarah TVET: Perspektif Iinstitusi Pengajian
Tinggi Di Malaysia.
Abdul Aziz, N. A., Ismail Saliyan, Mohammad, M. K. A., Mohamad Rofie, M. F.,
Jurisda Risno dan Umar, N. M. S., (2011). Keusahawanan Di Salah Sebuah
Institut Pendidikan Guru Sarawak.
Abdul Ghafar, M. N., (2003). Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Abdul Ghafar, M. N., (1999). Penyelidikan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Abd. Mutalif, S. A., (2003). Mengenal Pasti Tahap Motivasi Dan Kecenderungan
Terhadap Keusahawanan Di Kalangan Pelajar Semester Akhir Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal: Satu Tinjauan Di Kuittho. Tesis Sarjana.
Abu, M. S., Kamsah, M. Z. dan Razzaly, W., (2008). Laporan Kajian Soal Selidik
Penerapan Kemahiran Insaniah (Ki) Di Kalangan Pelajar Dalam Aktiviti
Pengajaran & Pembelajaran Di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Abu Bakar, T. @ S., Md Ali, A., Omar, R., Md Som, H. dan Muktar, S. N., (2007).
Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Di Negeri Johor:
Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Dan Kegagalan
Pengendalian Perniagaan.
Ali, H., Ahmad, L., Ahmad, S. dan Ali, N., (2009). Keperluan, Kepentingan Dan
Sumbangan Perancangan Pendidikan Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia.
Volume 4, Number 1, 13-29, 2009.
101

Alvarez, R. M. & Nagler, J. (2005). A Method for Weighting Survey Samples of Low-
Incidence Voter. Paper prepared for the 2005 Political Methodology Summer
Meeting, Tallahassee, Florida July, 2005.
Arsat, M. dan Rahimi, S. D., (2011). Kemahiran Generik Dalam Latihan Industri
Terhadap Pembentukan Kerjaya Jurutera Di Dyson Manufacturing Sdn Bhd.
Asimiran, S. dan Jusoh, R., (2008). Membangunkan Kemahiran Generik Usahawan
Malaysia (Kegum): Satu Kajian Kes Ke Atas Usahawan Makanan. Seminar
Kemahiran Keusahawanan.
Boon, Y. dan Abdol Aziz, A., (2010). Profil Keusahawanan Di kalangan Pelajar Tahun
Empat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik).
Buang, N. A. dan Mohd. Yassin, R., (2008). Kajian Keperluan Pendidikan
Keusahawanan Secara Formal Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan
dan Alam Bina dan Fakulti Pendidikan, UKM. Seminar Pendidikan Kejuruteraan
& Alam Bina (PeKA2008).
Buang, N. A. (2006). Sektor Penyelidikan Pendidikan Keusahawanan di IPTA. Fakulti
Pendidikan, UKM.
Buang, N. A.. 2002. Asas keusahawanan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Bujang, J. H., (2006), Kajian Penggunaan Kemahiran Generik Dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah. Tesis Sarjana.
Burn, R. B. (2000). Introduction Research Method. Edisi ke empat. Australia: Longman.
Che Hassan, S., Che Hassan, N. dan Buang, N. A., (2010). Penguasaan Kemahiran
Insaniah (Kemahiran Keusahawanan) Dalam Kalangan Guru Sekolah Di
Malaysia. Proceedings of The 4th International Conference on Teacher
Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-10 November
2010.
Chum @ U. P., , Norasmah Othman dan Jamil Ahmad, 2010. Penilaian Program
Perintis Usahawan (Ppu) Di Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Penyelidikan
Siswazah UKM.
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Kuala
Lumpur: Mc Graw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
102

Deraman, N., Mohamad, A., Bakar, H., Hashim, N. & Keat (2007). Keusahawanan:
Teori dan praktis. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Education.
Deraman, N., Zainuddin, N. Dan Hamdan, O., (2005). Kajian Tentang Ciri-Ciri
Personaliti Keusahawanan Di Kalangan Usahawan Bumiputra (Melayu)
Malaysia. Jurnal Manajemen & Bisnis Sriwijaya Vol. 3 No. 6 Desember 2005.
Esa, A, Mohd J. Yunus dan Mat Assain @ Hashim F, (2011). Penerapan Kemahiran
Insaniah Di Sekolah Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan Dalam Tiga
Platform yang Berbeza. Journal of Techno-Social | ISSN 2229-8940 | Vol. 3 No.
2 October 2011.
Foxon, M., (1990). Using Simulations to Enhance Technical Training. Journal of
European Industrial Training. 14 (4):23-67.
Gibb, A. and Ritchie, J. (1981). Influence on Entrepreneurship - A Study Over Time,
in Bolton Ten Years On, Polytechnic of Central London
Goodwin, C. J. (2005). Research in Psychology: Method and Design. 4th. Ed: John
Wiley & Sons.
Hagen, E., 1962. On The Theory Of Social Change: How Economic Growth Begins.
Illinois: Howewood.
Haron Husaini M., dan Ahmad, K. A., 2008. Kemahiran keusahawanan: Satu Kajian
Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Seminar Kebangsaan Kemahiran Insaniah
dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008, 18-19 Ogos, 2008.
Hisrich, R. D., Peters, M. P. & Shephard D. A. (2008). Entrepreneurship (International
Edition). Singapore: The McGraw-Hill Education Asia.
Husaini, M. H. dan Ahmad, K. A., (2008). Kemahiran Keusahawanan: Satu Kajian
Analisis Kandungan Buku-Buku Teks. Prosiding SKIKS 2008.
Hussain, A, Azhari, C. H., Abdul Wahab, D., Ishak, N. dan Ariffin, S. R., (2005).
Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Menggunakan Model
Tersebati. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005Hashim, S. dan
Mohammad, S. H., (2010) Faktor Penghalang Penerapan Ciri Keusahawanan
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Sekolah Mengikut Perspektif
Guru. pp. 1-11. Universiti Teknologi Malaysia.
103

Hashim, S. dan Md Yasin, R., (2011). Persepsi Pelajar 4 Sph Di Universiti Teknologi
Malaysia Terhadap Kesedaran Dalam Bidang Keusahawanan. Journal of
Educational Management, Volume 2 Jun 2011, Pages 119-135 / ISSN: 2231-
7341.
Hashim, S. dan Sidi, F. (2010). Persepsi Pelajar Semester Akhir 4 SPH Terhadap
Penerapan Kemahiran Keusahawanan. Fakuti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
Hashim, S. dan Radio, N., (2011). Ciri Personaliti Keusahawanan Pelajar Tahun 2 Sph
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor.
Idris, N., (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mcgraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.
198-213.
Ishak, Z., Buang, N. A. dan Halim, L., (2010). Ciri-ciri Tahap Pemikiran Sains
keusahawanan dan Kesediaan Integrasi Pemikiran Sains Keusahawanan dalam
Proses Pengajaran Guru-Guru Sains di MRSM. Prosiding Seminar
Penyelididkan Siswazah UKM; jilid.1:4. Fakulti Pendidikan, UKM. Bangi.
Ismail, R., Idris, N. A., Mohd Saukani, M. N. dan Noorasiah, (2006). Daya Saing
Usahawan dan Syarikat Melayu dalam Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan.
Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2006.
Ismail, A. dan Alias, Z., (2010). Pembangunan Kemahiran Insaniah (KI) Melalui
Program Berasaskan Keusahawanan: Kajian Kes Terhadap Kumpulan
Inkubator Keusahawanan Di Politeknik Merlimau Melaka.
Jabor, M. K. dan Abd Hadi, A. F., (2011). Kecenderungan Pelajar Tahun Akhir Di
Institut Kemahiran Mara Terhadap Bidang Keusahawanan. Journal of
Educational Management, Volume 5 March 2012, Pages 16-33 / ISSN: 2231-
7341.
Judeh, M. A. dan Rahim, S. E., (2011). Penerapan Nilai-Nilai Keusahawanan Melalui
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
Kamsah, M. Z., Abu, M. S. dan Razzaly, W., (2008). Penerapan Kemahiran Insaniah
(Ki) Kepada Pelajar Dalam Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran Di IPTA.
Prosiding SKIKS 08.
104

Kenyataan akhbar berita harian 05 Julai 2010. Mara Sasar 200 Pelajar Setiap Kolej
Pengurusannya Dapat Pengetahuan Asas.
Capaian: http://www.bharian.com.my/articles/Keusahawanan/Article/
Kirzner, I. (1973). Competition and Entrepreneurship. Chicago: University of Chicago
Press.
Konting, M. M.(1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kolb, D. A. (1984). Experiential learning: Experience as the source of learning and
Development. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.
Krejcie. R.V. and Morgan, D.W. (1970). Detemining sample size for research.
Educational and Psychological Measurements, 30,607-610
Kuratko, D. F. dan Hodgetts, R. M. 2004. Entrepreneurship: Theory, Process and
Practice. 6. Ohio: South Western.
Lim C. H., (2007). Penyelidikan Pendidikan: Penyelidikan Kuantitatif dan Kualitatif.
Selangor: Mc Graw Hill Education.
Lope Pihie, Z. A.dan Elias, H., (1998). Keusahawanan dan Motivasi Diri. Serdang:
Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.
Mansor, M. F., Yahya ,I., Abd Rahim, M. S. dan Hussain, A., (2007). Penilaian
Kemahiran Insaniah Dalam Projek Tahun Akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Elektronik Dan Sistem UKM. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan Alam Bina
2007.
Marshall, A. (1946). Principles of Economics. London, MacMillan.
Mat Safar, H. & Hasyim, F. (2007). Penerapan Kemahiran Insaniah Di Sekolah
Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan. Jurnal Pendidikan, 2(2), 16-17.
Weber, M., (1958). The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism. New York:
Scribner's Press, 1958, pp. 47 - 78.
McClelland, D.C. (1961). The Achieving Society, Collier-Macmillan, New York, NY
and London.
Md Zain, S., Suja, F., Ahmad Basri, N. dan Basri, H. (2007). Penilaian Kemahiran
Insaniah Dalam Kursus Sistem Bioreaktor. Seminar Pendidikan Kejuruteraan
dan Alam Bina 2007.
105

Md Din, A. G. (2003). Prinsip Dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan


Publications dan Distributors Sdn Bhd.
Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi.
(2006) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia 2006.
Mohamed Said, N. H. dan Embong, N., (2011) Kajian tinjauan penerapan kemahiran
generik melalui penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir
Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM.
Mohamed, A., Mohd Isa, F. L. dan Shafii, H., (2007). Kemahiran Di Kalangan Graduan
Sebagai Kriteria Penting Pasaran Tenaga Kerja: Kajian Kes
Mohd Noor, N. dan Sahimin, S., (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kolej Yayasan Sabah.
Mohd. Osman, M. H., (2007). Faktor-Faktor Yang Telah Mendorong Graduan Dan
Alumni Universiti Teknologi Malaysia Menceburi Bidang Keusahawanan.
Mohd Hamzah, M. I., Ahmad, J. dan Alias R.,(2010). Perbandingan Keperluan Aspek
Keusahawanan Dengan Lain-Lain Aspek Kemahiran Generik Dalam Memenuhi
Pasaran Kerja Mengikut Persepsi Majikan Dan Pelajar Institusi Pengajian
Tinggi Swasta Di Malaysia.
Mohd Noor, N. dan Borhan, N., (2010). Penerapan Kemahiran Generik Dalam
Kokurikulum Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan, UTM.
Mustafa, M. Z., Buntat, Y., Mohd Salleh, K., Madar, A. R. dan Maznor, M., (2011).
Kompetensi Interpersonal Dalam Kalangan Mahasiswa Universiti Berdasarkan
Kepada Model Human Resource Development (Hrd) Practice Mclagan. ISSN:
1985-7012 Vol. 4 No. 2 July-December 2011.
Mohd. Noor, N. dan A. Rahim, N., (2011). Kecenderungan Pelajar-Pelajar Institut
Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru Terhadap Bidang Keusahawanan. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Mok, S. S. (2003) Psikologi Pendidikan, Kumpulan Pendidikan Budiman Sdn.Bhd,
Subangjaya
106

Nasharudin, N. dan Harun, H., (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam


Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan Malaysia
35(1)(2010): 11-17.
Othman, N., Anuarm A. dan Husin, M., (2009). Kekangan Dalam Menjalankan
Perniagaan Dalam Kalangan Pelajar Di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Jurnal Personalia Pelajar Bil. 12 Jun/June 2009 (87 - 107)
Othman, N., Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, Nazri, M. I. dan Tarmizi, R. A., (2003).
Aplikasi model kolb dalam program keusahawanan remaja. Jurnal Teknologi,
Universiti Teknologi Malaysia.
Othman, M., 2010. Pengajian Perniagaan 2 – Bab 2 Keusahawanan
Othman, N., Othman, N. H., Poo B. T. dan Ismail, R., (2012). Impak Globalisasi dan
Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar
Universiti. Prosiding Perkem Vii, Jilid 1 (2012) 435 - 445 ISSN: 2231-962X
Othman, H., Mohd Salleh, B., Dawilah al-Edrus, S. M. dan Sulaiman, A, (2008).
Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (Pbl Dan
Popbl) Bagi Meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar.
Pandian, A., Azman, H. dan Haroon H. A., (2009). Kurikulum universiti dan keperluan
untuk memperoleh pekerjaan. Monograf Penyelidikan Pendidikan Tinggi;
13/2009. Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), 2009.
Graduan Fakulti Kejuruteraan, Ukm. Seminar Pendidikan Kejuruteraan dan
Alam Bina 2007.
Raja Yusof, R. M., Devi, S., Din, J., Noordin, N. dan Saari, N., (2002). Ciri-ciri
Keusahawanan Dan Amalan Pengurusan Di Kalangan Pengurus-pengurus
Koperasi Di Malaysia: Suatu Perbandingan Di Antara Koperasi Berjaya
Dengan Koperasi yang Kurang Berjaya. Monograf Penyelidikan Maktab
Kerjasama Malaysia.
Razak, A., (2010). Profil Pandangan Lepasan Siswazah Menceburi Bidang
Keusahawanan Pertanian. Tesis Sarjana.
Rotter, B. (1966). Generalized Expectancies for Internal versus External Control of
Reinforcement. Psychological Monographs, 80: Whole No 609.
107

Saadan, R., Bokhari, M., Yahya, A., Noor Rajikon, M. A., Syed Najmuddin Syed
Hassan Asiah Moh dan D Pilus, (2011). Keberkesanan Kursus Kokurikulum
Berkredit dalam Memperkasakan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar
Institusi Pengajian Tinggi Awam. Journal of Human Capital Development. ISSN:
1985-7012 Vol. 4 No. 1 January-June 2011.
Schumpter, J. A., 1934. The Theory of Economic Development. Cambridge:
Massachusetts.
Teresa V Menzies, Joseph C Paradi (2002). Encouraging Technology-Based Ventures:
Entrepreneurship Education And Engineering Graduates. New England Journal
of EntrepreneurshipFall 2002. Vol. 5, Iss. 2; pg. 57, 8 pg.
Vries, K. D. & Manfred F.R. (1977). The entrepreneuriel personality: A person at the
cross roads. Journal of Managerial Studies, 14(1), 34-57.
Wan Omar, W. L. O. dan Mohamed, S., (2002). Memperkasakan Usahawan: Panduan
Lengkap Pengurusan Perniagaan dan Penjanaan Usahawan. Utusan Publication
& Distributoors Sdn Bhd. Terbitan Pertama 2002.
Yahaya, A. dan Abd Majid, N., (2010). Teori Dan Model Berkenaan Dengan Gaya
Pembelajaran.
Yap, P. M. (2002). Kesediaan guru-guru perdagangan terhadap pengajaran subjek
pengajian keusahawanan. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
YB Dato‟ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, (2012). Kelestarian Keusahawanan
Memacu Ekonomi Mapan. Ucapan Perasmian Seminar Keusahawanan
Kebangsaan 2012 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 31 Oktober 2012.
Yin, R., (1994). Case study research: Design and methods (2nd ed.). Beverly Hills, CA:
Sage Publishing.
Yusuf, A. A. (1998). Asas-asas Keusahawanan, Prentice hall.
Yusof, N., (2011). Tahap Pengetahuan Terhadap Pendidikan Keusahawanan Dalam
Kalangan Usahawan Di Pertubuhan Peladang Kawasan Johor Bahru Timur.
Tesis Sarjana.
Yusoff, R. Z., Md Ali, K., Madon, M. S., Mohamad, A. (1999). Sistem Pengurusan
Kualiti MS ISO 9000 Dalam Pendidikan. Konsep & Aplikasi di Sekolah.
108

Yusof, R., Othman, N. dan Karim, F., (2005). Strategi Pembelajaran Pengalaman
Berasaskan Model Kolb dalam Pendidikan Perakaunan. Jurnal Pendidikan 30
(2005) 113-128.

You might also like