You are on page 1of 4

Jurnal Reflektif Minggu Ke- 6 (18.3.2019- 22.3.

2019)

Isu: Murid Tidak Memberi Perhatian Dalam Pdpc Dan Bersembang

Masalah

Minggu keenam ini memberi cabaran kepada saya dalam pengurusan masa dan kerja
saya. Hal ini kerana minggu ini diadakan perjumpaan Sesi Muhasabah Interim dan saya
terpilih untuk menjadi calon temuduga bagi Sesi Akredetasi Penuh MQA. Hal ini memerlukan
saya untuk membuat persediaan yang lebih banyak berbanding minggu-minggu sebelumnya.
Namun perkara ini tidak menjadi alasan bagi saya untuk menjejaskan tugasan hakiki saya.

Bagi pembelajaran topik nombor 220- 239, saya telah melaksanakan permainan
bingo. Pada peringkat awal saya telah membaca objektif pembelajaran dan murid-murid telah
diajar terlebih dahulu kandungan yang terdapt dalam tajuk ini. Kemudian, murid-murid telah
diberi masa sebanyak 10 minit untuk mengisi nombor yang telah dipelajari ke dalam kotak
bingo yang telah diedarkan.
Hasil pemerhatian daripada aktiviti ini, saya telah menghadapi satu cabaran yang amat
rumit bagi saya iaitu beberapa orang murid suka bersembang dan mengganggu murid lain.
Saya dapati mereka juga kurang memberi tumpuan terhadap aktiviti yang saya jalankan.
Mereka suka bersembang dan mengganggu rakan-rakan yang lain dalam permainan yang
dilaksanakan. Keadaan ini menyukarkan saya menjalankan aktiviti dengan lancar dan baik.
Ini secara tidak langsung akan mengganggu tumpuan murid-murid lain dalam melakukan
aktiviti mereka

Analisis Masalah

Kawalan kelas yang baik merupakan antara faktor penting dalam kejayaan sesuatu
PdPC. Kelemahan saya dalam pengawalan kelas mungkin desebabkan saya kurang tegas
terhadap murid-murid saya. Ini kerana saya cuba untuk mengelakkan denda atau hukuman
terhadap murid-murid. Apabila murid membuat kesalahan saya akan menasihati mereka
supaya tidak mengulangi kasalahan yang mereka lakukan.
Masalah ini timbul kerana mungkin berpunca daripada murid yang mempunyai
masalah hiperaktif yang terlalu banyak bercakap dan bertanya sehinggakan mendatangkan
gangguan kepada rancangan aktiviti yang saya rancang dengan baik sebelum memulakan
kelas. Ia bukan sahaja mendatangkan gangguan kepada saya malah murid-murid yang
berada di kelas itu turut terganggu dengan masalah ini. Ini akan menyukarkan proses
memahami apa yang saya ajarkan.
Kajian Literatur

Menurut Haliza dan Joy Nesamalar (2009), dalam mengurus bilik darjah dengan
berkesan demi merangsang pembelajaran pelajar, guru perlu memberi perhatian kepada
proses mengurus tingkah laku pelajar Lebih banyak masalah disiplin melibatkan pelajar
berlaku di sekolah seperti ponteng kerana suasana persekitaran pembelajaran hari ini dilihat
tidak dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah disebabkan pengajaran guru yang membosankan serta iklim bilik
darjah yang tidak menyeronokkan (Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah & Zuraidah, 2010). Kajian
psikologi menunjukkan persekitaran memberi kesan terhadap perlakuan seseorang, dimana
iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan
seterusnyamembantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih
puas untuk bekerja (Ahmad Zabidi, 2006).

Cadangan

Bagi mengatasi masalah ini, saya berpendapat bahawa saya perlu mendekati mereka
dan cuba berkawan dengan mereka. Jika langkah tersebut tidak berhasil, saya perlu
mengambil sikap lebih tegas dengan mengenakan hukuman yang ringan bagi murid-murid
yang suka mengganggu rakan mereka yang lain. Sebelum hukuman diambil saya akan
menasihati murid-murid tersebut terlebih dahulu. Antara hukuman yang mungkin akan diambil
ialah membaca teks, menulis perkataan atau sebagainya. Namun, saya perlu berbincang dan
mendapat pandangan daripada guru pembimbing sebelum cadangan tindakan ini diambil.
Saya juga perlu lebih tegas supaya mereka dapat memberikan sepenuh perhatian
kepada pengajaran dan pembelajaran saya. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan
secara berkumpulan akan saya kawal dengan rapi bagi memastikan mereka menjalankan
tugas yang saya berikan dan saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang
ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya perbincangan mereka boleh mengganggu pelajar lain markah
kumpulan akan dipotong. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada
pensyarah pembimbing, guru pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang
lain.
Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh
dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi
memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan
kepada setiap pengajaran guru. Cadangan-cadangan lain yang mungkin berkesan
termasuklah:
a. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat
menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
kreatif.
b. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan
yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid
kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.
c. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat
pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan
yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika
aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

Tempoh Penyelesaian.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu (1/4/2019 – 5/4/2019)

Tindakan Susulan

Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-


objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pelajar-pelajar tersebut supaya proses
pengajaran dan pembelajaran saya berjalan dengan jayanya. Saya juga akan lebih perhatian
kepada pelajar-pelajar hiperaktif sebegini supaya tidak mengganggu pelajar lain yang sedang
belajar.

Disamping itu, semasa proses P&P dijalankan, saya akan meminta murid-murid yang
suka bersembang dan mengganggu murid yang lain melakukan aktiviti di dalam kelas
misalnya membaca petikan, menulis teks dan sebagainya. Saya akan memantau semua
permasalahan yang timbul diatas dengan mengemasmkini segala tindakan dan langkah-
langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan
tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan
berpanjangan.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar
yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-
murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa
akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada
guru itu sendiri untuk mengatasinya. Saya berharap dapat melaksanakan tugas saya sebagai
guru dengan baik dan sempurna. Saya juga berharap dapat menyampaikan ilmu kepada
semua murid tanpa seorang pun terkecuali. Oleh itu, saya akan cuba sedaya upaya untuk
membantu murid-murid saya dalam mencari ilmu.

Rujukan

Ahmad Zabidi Abdul Razak, (2006) Ciri iklim sekolah berkesan: Implikasinya terhadap
motivasi pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 31 . pp. 3-19. ISSN 0126-6020 /
2180-0782

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel (2009). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Noriati Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah dan Zuaraidah (2010). Guru dan Cabaran
Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

.......................................................... ................................................ .....................................................


Tandatangan Pelajar Guru Tandatangan Guru Pembimbing Tandatangan Pensyarah Penyelia
(Muhamad Ali Imran Bin Abd (Norma Binti Ahmad) (Dr. Azhar Bin Bahari)
Rahman )

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

You might also like