You are on page 1of 6

CABARAN PENGASAS SYARIKAT ORTHOVIVE SDN.BHD.

Sebagai seorang usahawan, tidak dinafikan pelbagai onak duri yang dihadapi bagi
mengembangkan perniagaan mereka. Adakalanya kita berada di atas dan adakalahnya kita
berada di bawah. Kegagalan dalam sesebuah perniagaan memiliki tiga tahap. Tahap
pertama adalah kegagalan yang maksimum sehingaa 93%. Ia mengambil masa dalam
hingga 3 tahun untuk menstabilkan perniagaan tersebut. Tahap kedua pula sepanjang
tempoh lima tahun keatas, potensi untuk gagal adalah sebanyak 50% dan ia akan semakin
berkurangkan kepada 30% apabila sesebuah syarikat itu berjaya menempuhi 7 hingga 8
tahun dan mula stabil selepas 8 tahun dalam bidang perniagaan tersebut. 1 Begitu juga
dengan Encik Fariz dalam perniagaan OrthoVive Sdn. Bhd. Kekurangan fizikal yang beliau
alami tidak menjadikan beliau lemah namun dalam sesebuah perniagaan sudah tentu
cabaran akan dilalui. Pelbagai cabaran dan onak liku yang beliau hadapi namun tiga
dibawah merupakan cabaran yang agak besar yang memberi impak kepada Encik Fariz.
Bagi seseorang yang hanya memiliki sekadar Sijil Pengajian Tinggi (SPM) Encik Fariz
akui kekurangan ilmu merupakan salah satu cabaran yang beliau harus hadapi. Ilmu adalah
sangat penting bagi mengembangkan sesuatu idea dan perihal berkaitan menjana masa
hadapan terutama berkaitan praktikal dan teori. 2 Dalam kes Encik Fariz, beliau mengatakan
pada permulaan beliau ingin berniaga hanya sekadar bersifat mahu. Pada awalnya beliau
tidak begitu mementingkan beberapa aspek. Ilmu yang kurang menyebabkan seseorang
melakukan banyak kesilapan. Kesilapan-kesilapan tersebut menyebabkan sesuatu pekerjaan
itu harus diperbaiki malah ada sesetengah perkara yang Encik Fariz terpaksa mula semula
perkara tersebut. Cabarannya adalah, setiap kesalahan yang beliau lakukan memerlukan
duit bagi membetulkannya. Maka, sepanjang tempoh tahun kegagalan beliau kerugian
adalah sesuatu perkara yang sering dialami. 3 Sejak itu, beliau mula mempelajari dari
kesilapan seperti mengikuti bengkel atau program-program berkaitan usahawan dan banyak
membaca buku ilmiah yang mampu mengembangkan syarikat beliau.
Cabaran seterusnya ialah, bukan sahaja beliau tetapi setiap usahawan yang ingin
memajukan syarikat mereka semestinya akan mengalami cash-flow. Usahawan perlu bijak
menguruskan cash-flow dalam syarikat mereka. Encik Fariz memberikan gambaran seperti
syarikat adalah kenderaan. Besar atau kecil kenderaan tersebut bergantung kepada
pemandunya. Pemandunya adalah usahawan itu sendiri dan destinasi yang ingin dituju ialah
hala tujuan kejayaan yang ingin dicapai oleh pemandunya. Namun, dalam memastikan
kenderaan itu terus berjalan, ia memerlukan minyak iaitu duit. Maka, cash flow adalah salah
satu cabaran di mana Encik Fariz harus memastikan wang yang cukup untuk memusingkan
modal dalam syarikat beliau.4 Peralatan-peralatan untuk membuat kerusi roda serta kaki dan
tangan palsu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sekiranya ia tidak mencapai tahap yang
diingini maka syarikat akan terbantut untuk memusing modal dan membeli peralatan-
peralatan yang mencecah ribuan ringgit.
Cabaran yang agak kuat juga bagi Pengasas OrthoVive ini adalah sikap atau mentaliti
masyarakat tempatan yang sering memandang rendah terhadap barangan tempatan malah
masyarakat tempatan lebih sanggup membayar harga yang jauh lebih mahal daripada harga
tempatan ekoran mahu membeli produk luar negara. 5 Walaupun syarikat yang beliau
usahakan sudahpun mencapai tahap yang membanggakan tetapi beliau dan rakan-rakannya
masih ingin membuktikan bahawa produk OrthoVive adalah produk yang jauh lebih baik
1 Ismail Ab. Wahab, Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan, Kuala Lumpur: Arah Pendidikan
Sdn Bhd, 2008, hlm. 2
2Zainal Abidin Bagir, Integrasi Ilmu, Indonesia: Mizan Pustaka, 2005, hlm. 163.
3Fariz Abd Rani, 39 thn, Pejabat OrthoVive Likas, 12 Disember 2018.
4 Fariz Abd Rani, 39 thn, Pejabat OrthoVive Likas, 12 Disember 2018
5 Fariz Abd Rani, 39 thn, Pejabat OrthoVive Likas, 12 Disember 2018
daripada produk luar negara di samping harga yang lebih murah dan bersesuaian dengan
kemampuan pengguna. Beliau juga mengatakan walaupun cabaran ini nampak kecil tetapi
impaknya kepada produk tempatan adalah besar. Syarikat OrtoVive juga sedang berusaha
untuk mengeluarkan produk-produk yang baik dan bagus agar tidak ada orang yang boleh
membanding-bandingkan di antara produk mereka dengan produk dari luar negara.

Gambar 1: Laman Sesawang Syarikat OrthoVive Sdn.Bhd.


Sumber : OrthoVive, https://www.orthovive.my/.

Gambar 2 : Pelancaran Penubuhan Persatuan Berkerusi Roda Kota Kinabalu


Sumber : Laman Facebook Encik Fariz, https://www.facebook.com/a.r.fariz.
Gambar 3: Kaki palsu yang diusahakan oleh Syarikat OrthoVive.
Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.

Gambar 4 : Encik Hasnol bersama salah seorang pengguna produk OrthoVive.


Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Gambar 5 : Perjumpaan dengan Bekas Menteri Sukan dan Belia.
Sumber: Laman Facebook Encik Fariz, https://www.facebook.com/a.r.fariz.

Gambar 6: Lawatan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ke kilang OrthoVive.
Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Gambar 7: Pameran OrthoVive
Sumber: Laman Facebook Encik Fariz, https://www.facebook.com/a.r.fariz.

Gambar 8: Produk kaki palsu yang dihasilkan dalam syarikat Orthovive.


Sumber: OrthoVive, https://www.orthovive.my/.
Rujukan
Buku
Ismail Ab. Wahab. 2008. Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan . Kuala
Lumpur: Arah Pendidikan Sdn Bhd.

Zainal Abidin Bagir 2005. Integrasi Ilmu. Indonesia: Mizan Pustaka.

Internet
Fariz Abd Rani. 2018. Diakses melalui https://www.facebook.com/a.r.fariz pada 14 Disember
2018.
Orthovive. 2018. Diakses melalui https://www.orthovive.my/ pada 13 Disember 2018.

You might also like