You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT SAMBUTAN HARI GURU 2018

Tarikh : 04.05.2018

Masa : 12.30 tengah hari

Tempat : Kelas Tahun 6

1.0 Ucapan Aluan


1.1 Setiausaha mengalu-alukan kedatangan semua guru ke
mesyuarat Sambutan Hari Guru.
2.0 Ucapan Pengerusi (Guru Besar)
2.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru ke
mesyuarat Sambutan Hari Guru.
2.2 Beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan berada
bersama semasa sambutan kerana akan menghadiri
Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Johor.
3.0 Persembahan murid
3.1 Semua guru kelas diminta untuk menyediakan
persembahan murid bagi kelas mereka.
4.0 Jamuan kelas
4.1 Guru kelas diminta jangan memaksa murid-murid untuk
membawa makanan. Mereka boleh membuat jamuan
kelas mengikut kemampuan mereka.
5.0 Pakaian guru mengikut tema
5.1 Tema pakaian Hari Guru – Warna oren
5.2 Guru diminta memakai sari berwarna oren.
6.0 Permainan guru
6.1 Jika boleh, libatkan murid sekali dalam permainan guru.
7.0 Masa balik murid
7.1 Murid-murid boleh pulang ke rumah pada pukul 1 tengah
hari.
8.0 Makanan di kantin
8.1 Makanan RMT perlu disediakan seperti biasa.
8.2 Makanan bagi murid bukan RMT juga perlu disediakan
oleh pembekal.
9.0 Jamuan Hari Guru
9.1 Tarikh : 22 Mei 2017 (Isnin)
9.2 Tempat : Deli Restaurant, The Shore
9.3 Masa : 7.30 malam
9.4 Bayaran : RM 40.00
9.5 Guru Besar menyumbangkan RM 150.00 untuk jamuan
Hari Guru.
10.0 Hal-hal lain
10.1 Walaupun pada Hari Guru, sambutan dijalankan disiplin
murid-murid harus dijaga dengan baik.
10.2 Guru-guru juga harus memastikan murid selamat pada
hari tersebut.
11.0 Penangguhan mesyuarat
11.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Disediakan oleh,

______________________

(PN R.SIVASHANGARY)

You might also like