You are on page 1of 3

No.

Kod: BMM3105

Soalan:

Penggunaan komputer merupakan satu cara yang dapat membantu guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Salah satu cara pelaksanaan pengajaran
Bahasa Melayu berbantukan komputer adalah dengan menggunakan Tapak Pembelajaran.

Hasilkan langkah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan ketiga-tiga
kemahiran secara dalam talian dan luar talian dengan menggunakan Tapak Pembelajaran.

Tema yang boleh digunakan ialah pelancongan, keselamatan jalan raya, dan pencemaran.
Anda dikehendaki menentukan tajuk dan hasil pembelajaran sebelum anda membina Tapak
Pembelajaran.

Sila lihat bahan yang dibekalkan di dalam folder yang berkenaan bagi menentukan tajuk
pembelajaran dan sila lihat hasil pembelajaran bagi membina objektif pengajaran.

1. Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran:

i. Tapak pembelajaran mestilah mengandungi Halaman Utama, Set Induksi, Langkah 1,


Langkah 2, Langkah 3, dan Penutupan.
ii. Langkah 1 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran lisan
iii. Langkah 2 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran membaca
iv. Langkah 3 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran menulis
v. Setiap langkah pengajaran perlu mengandungi tiga jenis aktiviti iaitu aktiviti
penerangan guru, aktiviti murid melaksanakan kerja atau tugasan, dan aktiviti murid
membentangkan hasil kerja.
vi. Aktiviti kerja murid hendaklah dilaksanakan dalam bentuk kerja kumpulan.
vii. Gunakan bahan yang telah disediakan, atau bahan yang dimuat turun daripada
internet.
viii. Semua bahan yang digunakan hendaklah dipautkan kepada Tapak Pembelajaran dan
pastikan perpautan itu berfungsi.
ix. Masukkan butang ke depan, ke belakang, dan butang rumah pada slaid yang
berkenaan.
x. Pastikan pergerakan dari satu slaid ke satu slaid hanya menggunakan butang
pergerakan dan bukannya secara klikan di atas slaid.

2. Kandungan Tapak Pembelajaran

1
No.Kod: BMM3105

A. Set Induksi

i. Anda perlu mendapatkan gambar yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan
rangsangan.
ii. Anda perlu menampal gambar yang berkenaan dengan menggunakan plaform
yang sesuai.

B. Langkah 1

i. Langkah 1 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran lisan


ii. Anda perlu menghasilkan klip video bergerak atau klip video gambar foto menggunakan
perisian movie maker daripada bahan yang telah disediakan atau memuat turun
daripada internet.
iii. Anda perlu menyediakan aktiviti yang berbeza bagi murid berdasarkan bahan video
yang yang dibina.
iv. Pautkan bahan video yang dibina dengan aktiviti pengajaran.
v. Anda perlu menyediakan contoh hasil perbincangan dengan rakaman suara anda
menggunakan movie maker.

C. Langkah 2

i. Langkah 2 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran membaca.


ii. Anda diminta membahagikan murid kepada empat kumpulan.
iii. Anda perlu menggunakan bahan daripada internet atau bahan yang
disediakan sebagai bahan bacaan untuk murid.
iv. Anda perlu menukarkan bahan bacaan yang berkenaan seperti yang berikut:
bagi kumpulan 1, bahan bacaan hendaklah disediakan dalam bentuk brosur,
Kumpulan 2 dalam bentuk surat berita (newsletter), kumpulan 3 dalam bentuk
persembahan Power Point, dan kumpulan 4 dalam bentuk Microsoft Word.
v. And perlu menyediakan contoh pembacaan murid dengan merakamkan bacaan sendiri
ke dalam movie maker.

D. Langkah 3

i. Langkah 3 ialah langkah bagi mencapai objektif kemahiran menulis.


ii. Anda diminta menentukan bahan bagi setiap kumpulan yang boleh
digunakan bagi mencapai objektif kemahiran menulis.
iii. Berdasarkan bahan yang berkenaan, guru diminta merancang aktiviti bagi
mencapai objektif kemahiran menulis seperti yang telah dinyatakan.
iv. Anda perlu menyediakan contoh jawapan daripada setiap kumpulan dalam bentuk
Power Point.

E. Penutupan

Guru menyediakan rumusan pengajaran dengan menggunakn format Power Point

3. Hasil Pembelajaran:

1.3 Memberikan dan memahami arahan serta pesanan tentang sesuatu perkara.

2
No.Kod: BMM3105

Aras 1
i. Memberikan arahan serta menyampaikan pesanan dengan menggunakan
intonasi yang betul dan bersopan.
ii. Memberikan arahan serta menyampaikan pesanan mengikut keutamaan.

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
memahami perkara yang dibaca.

Aras 2
i. Membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi
berdasarkan tanda baca.

8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
Aras 1
i. Menulis pelbagai jenis ayat.

4. Sistem Bahasa

Tatabahasa
 Ayat Tunggal

5. Ilmu
 Pendidikan keselamatan jalan raya
 Pendidikan sivik dan kewarganegaraan
 Kajian tempatan

You might also like