You are on page 1of 1

BAYARAN KHAS AIDILFITRI TAHUN 2018

Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA


(UiTM) ke-161 telah memutuskan untuk menerima pakai
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2017 Mengenai
Bayaran Khas Aidilfitri 2018. Bayaran Khas Aidilfitri
sebanyak RM500 ini telahpun dibayar pada 24 Mei 2018
kepada semua kakitangan universiti bersekali dengan gaji
bulan tersebut.

Berhubung dengan pengumuman terkini oleh pihak


kerajaan pada 30 Mei 2018 mengenai pembayaran bonus
di atas, pihak universiti sedang menunggu pekeliling
baharu untuk dibawa kepada pihak Lembaga Pengarah
Universiti bagi tindakan selanjutnya.

Sebagai Badan Berkanun, pihak universiti berkuasa


melalui Lembaga Pengarah Universiti, berdasarkan
kepada Akta Universiti Teknologi MARA 1976 untuk
menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan dengan atau
tanpa pindaan.

Sekian, terima kasih.

Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said


Naib Canselor UiTM
31 Mei 2018

You might also like