You are on page 1of 2

http://theredtrompah.blogspot.com/2012/12/environmental-law-masalah-lambakan-sisa.

html
Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa
Pada Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi
penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Kerajaan
Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal
daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan
telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Namun
begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang
bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal
menjalankan tugas mereka mengikut jadual. Kadang kala, sisa pepejal di kawasan perumahan
lambat dikutip pihak berkenaan dan menyebabkan sisa pepejal semakin bertambah dan
berselerakan di jalanan dan membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar dan imej negara.
Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa dan taman perumahan. Antara syarikat
konsesi yang diberi tanggungjawab menguruskan kutipan sisa pepejal ialah Alam Flora Sdn Bhd,
Southern Waste Management Sdn Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd.

Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik


Seperti yang diketahui umum, kebanyakan sisa pepejal memberi kesan yang negatif kepada alam
sekitar. Pencemaran daripada sisa pepejal terjadi akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak
sistematik. Hal ini termasuklah kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan juga menjadi
ancaman kepada alam sekitar. Contohnya, kaedah pengurusan bahan buangan menggunakan
kaedah “open dumping”. Kaedah ini adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di
Malaysia dan masih dipraktikkan. Kaedah “open dumping’ ini ialah kaedah di mana semua sisa
pepejal yang telah dikutip daripada rumah dan bangunan akan dilepaskan atau dibuang di suatu
kawasan pelupusan sampah secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada
pencemaran bau serta membawa kepada pembiakan serangga dan makhluk perosak seperti tikus
yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Pihak Berkuasa Tempatan masih belum mahir dalam
mengurus dan merancang perkhidmatan bandar terutamanya cara pungutan sisa buangan, bilangan
pengangkutan ditambah pula dengan kos tenaga bururh yang tinggi.

5. Sikap masyarakat yang tidak prihatin


Disebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah dibincangkan, punca yang paling
kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat
yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah
sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar. Segala kempen alam
sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini
seharusnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin inilah yang menyebabkan
alam sekitar terancam. Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula menjadi penyumbang
utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.

You might also like