You are on page 1of 1

Kutipan sampah/sisa yang tidak tepat pada masa

Pada Oktober 1994, Kerajaan menyarankan kepada syarikat swasta untuk membuat tawaran bagi
penswastaan pengurusan sisa pepejal bagi meningkatkan kualiti pengurusan sisa pepejal. Kerajaan
Persekutuan telah menggubal akta untuk memindahkan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal
daripada Pihak Berkuasa Tempatan kepada kerajaan pusat. Pada tahun 2007, Kerajaan Persekutuan
telah mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672). Namun
begitu, masalah lambakan sisa pepejal ini berlaku apabila terdapat beberapa syarikat swasta yang
bertanggungjawab melakukan kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal
menjalankan tugas mereka mengikut jadual. Kadang kala, sisa pepejal di kawasan perumahan
lambat dikutip pihak berkenaan dan menyebabkan sisa pepejal semakin bertambah dan
berselerakan di jalanan dan membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar dan imej negara.
Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa dan taman perumahan. Antara syarikat
konsesi yang diberi tanggungjawab menguruskan kutipan sisa pepejal ialah Alam Flora Sdn Bhd,
Southern Waste Management Sdn Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd.

Sikap masyarakat yang tidak prihatin


Disebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah dibincangkan, punca yang paling
kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat
yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah
sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar. Segala kempen alam
sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini
seharusnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin inilah yang menyebabkan
alam sekitar terancam. Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula menjadi penyumbang
utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.

Masyarakat tidak memiliki kemahiran tentang cara pengurusan sisa pepejal.

You might also like