You are on page 1of 1

MAKMAL PENGURUSAN NILAI :

PERKONGSIAN PENGALAMAN DAN CABARAN


PROJEK CYCLOTRON FLAGSHIP
Fairuz Faisal, Nik Arlina Nik Ali dan Nurhanisah Adnan
Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia)
Abstrak
Pengurusan Nilai (VM) bertujuan untuk mengenal pasti, menyediakan pilihan dan mengeluarkan komponen serta kos yang
tidak menyumbang kepada nilai perkhidmatan, sistem dan projek tanpa menjejaskan objektif dan fungsi yang ditetapkan bagi
sesuatu projek dalam mencapai nilai untuk wang. Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri telah
menetapkan bahawa VM ini perlu dilaksanakan bagi projek yang bernilai RM50juta dan ke atas. Kertas kerja ini adalah
bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan cabaran dalam proses pelaksanaan VM bagi projek Cyclotron dalam usaha
memuktamadkan skop, kos dan siling projek. Laporan lengkap penemuan makmal termasuk alternatif/cadangan dan
penambahbaikan perlu disediakan bagi menentukan kebolehdanaan projek di peringkat EPU.

1 Pengenalan Ringkas 3 Hasil dan Perbincangan


Melalui Dana Flagship di bawah biayaan MOSTI, Nuklear Semua hasil dan perbincangan telah diterjemahkan dalam
Malaysia telah mengemukakan permohonan bagi projek laporan VML setebal 253 mukasurat dan mendapat
Development of 30 MeV Cyclotron Facility at Nuklear Malaysia kelulusan Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha MOSTI dan
yang berjumlah RM182 juta. Selaras dengan pekeliling yang Pengarah Seksyen Industri Pembuatan, Sains dan
telah dikeluarkan, Nuklear Malaysia dengan kerjasama Teknologi, EPU.
MOSTI telah melalui proses VM buat pertama kalinya.

2 Pelaksanaan VM

4 Cabaran
i. Kesedaran berkaitan pelaksanaan Pekeliling
berkaitan belum meluas dalam jabatan kerajaan
ii. Kelewatan pelaksanaan projek secara tidak langsung
mengakibatkan peningkatan kos
iii. Melibatkan aspek pembangunan fizikal dan projek
Pelaksanaan VM terbahagi kepada 3 peringkat iaitu peringkat penyelidikan bersekali
Pra-Lab, peringkat Lab dan peringkat pasca Lab. Kebanyakan iv. Kurang berkemahiran dalam pengendalian VM buat
aktiviti penting yang membawa kepada kejayaan sesuatu VM pertama kali
itu terletak pada peringkat lab. Pelaksanaan VM di peringkat
lab ini diadakan secara bengkel di mana pada peringkat ini
5 Kesimpulan
VM sesuai dilaksanakan ke atas mana-mana projek
membolehkan semua peserta dari latar belakang yang
penyelidikan dalam menyahut seruan kerajaan untuk
berbeza mendapat kefahaman yang sama berhubung projek
memberikan nilai terbaik bagi pelaburan sektor
tersebut.
awam.
Memandangkan VM bagi projek Cyclotron ini melibatkan
dua komponen besar iaitu pembangunan fizikal serta
penyelidikan dan pembangunan (R&D), Nuklear Malaysia
telah melalui tiga fasa VM peringkat Lab.

You might also like